Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 28 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 79

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 79

“Saya ada temujanji dengan Puan Angel.”
“Nama Tuan?” Soal penyambut tetamu bernama Tina didepannya.
“Tuan Khaleed Jamaluddin.”
Tina menekan butang interkom. Beberapa minit kemudian gagang telefon diletak kembali. “Puan Angel ada hal mendadak diluar jadi dia menyuruh Tuan tunggu didalam ruang menunggu.” Ujar Tina dengan sopan. Dia bangkit dari belakang mejanya untuk menunjuk Khaleed ke bilik Faryal.

Khaleed melihat jam tangannyadengan dahi yang berkerut. “Berapa lama harus saya menunggu?” Soalnya gelisah.
Tina senyum manis. “Sepuluh minit. Kalau Tuan keberatan Tuan boleh menundanya, tetapi agak sukar untuk saya membuat temujanji untuk Tuan, sebab jadual Puan Angel penuh sehingga pertengahan tahun.” Jelas Tina dengan suara simpatinya.
Khaleed berfikir sejenak. Kalau dia jumpa lain kali memang dia tidak boleh. Dia memang perlukan wang sekarang dan Puan Angel adalah solusinya. “Tak mengapa saya tunggu.”
Tina angguk faham dan membawa Khaleed ke ruang menunggu. Khaleed melihat ada banyak perubahan dipejabat itu. Paling ketara adalah pakaian yang dipakai pekerja disitu. Tiada yang mengguna tali leher atau pakaian untuk ke pejabat. Semua memakai pakaian yang santai. Seluar jeans. Kemeja-t dengan grafik. Dia melihat Tina yang berjalan didepannya pula. Skirt labuh kain kapas. Sandal tersarung dikaki dan berkemeja lengan panjang.
Kenapa pakaian semua dekat sini santai saja?” Soal Khaleed kepada Tina.
Tina yang tidak lokek dengan senyuman ketawa kecil, sudah lali dengan pertanyaan itu sejak Puan Angel mengambil alih syarikat itu. “Puan Angel tak suka berpakaian formal. Dia cakap rimas. Jadi dia benarkan semua memakai apa saja yang kita suka. Melainkan kena bertemu dengan klien, baru kena memakai pakaian pejabat.”
She seems relax in her rules.
Dia nafas baru yang pejabat ini perlukan. Tuan tunggu disini sebentar. Kalau Tuan mahu minum Tuan ambil saja dekat sana.” Khaleed melihat peti sejuk dan ruang pantri yang penuh dengan makanan. TV plasma yang tergantung elok didinding. Sofa yang empuk. Khaleed angguk faham dan Tina meninggalkannya seorang diri.
Matanya melilau mengamati ruang menunggu itu. Sebelum ini tiada langsung ruang menunggu seperti ini. Selalunya dia akan menanti di pejabat CEO sebelum ini. Memang ketara sekali perbezaan CEO lama dan sekarang. Khaleed menuju ke peti sejuk dan membuat seperti dia berada dirumahnya sendiri.
**
“Selamat petang Tuan, Puan.” Ucap Tina sebaik saja melihat kelibat Issac dan Faryal memasuki pintu pejabat. Dia senyum lebar bila melihat jari-jemari pasangan suami isteri itu bertaut. Berpimpin tangan. Romantik.
Faryal dan Issac membalas senyuman Tina. Issac meletak plastik yang berisi kotak kek dan pastry yang baru dibuat Faryal diatas meja Tina. “Selamat petang Tina. Tuan Khaleed masih ada disini?” Tina angguk dengan pertanyaan Faryal.
“Ada Puan. Saya sudah melakukan sepeti yang diarah Puan. Dia sedang menunggu diruang menunggu.” Jelas Tina.
“Bagus. Kalau ada apa-apa panggilan suruh tinggalkan pesan. Saya tak mahu diganggu.”
“Baik Puan.”
Issac mengorak langkah, tetapi langkahnya mati bila Faryal tidak bergerak mengikut rentaknya. Dia menoleh ke belakang memandang Faryal yang sedang berbual dengan Tina.
Bilang saya sedap ke tak resepi baru kek saya tu. Beritahu semua tinggalkan feedback seperti biasa.” Faryal memesan Tina yang ketawa dengan telatah majikan barunya itu. Lucu. Setiap kali majikannya itu masuk pejabat ada saja yang dibawanya. Sedap-sedap pula tu.
“Abangkan cakap sedap.” Issac yang mendengar bersuara membuat Tina dan Faryal memandang ke arahnya serentak.
“Abang semua yang Meen masak sedap. Kalau Meen letak kayu atau batu mesti sedap juga.” Adu Faryal. Memang benar apa yang dikatakannya. Semua yang dimasak Faryal mesti dicakap sedap. Macam mana boleh tidak cakap sedap? Semua yang Faryal masak sedap sehingga menjilat jari, ikut sangat seleranya.
Issac mencuit hidung tidak mancung isterinya itu. Membuat Faryal gelak sendiri. “Pandai. I think we should not let our importang agenda wait any longer angel. Shall we?” Soal Issac dengan kening yang dijungkit.
Faryal angguk mengiakan walaupun sebenarnya dia malas mahu menghadapi lelaki bernama Khaleed Jamaluddin itu. Tetapi memikirkan apa yang telah Khaleed lakukan kepada mereka, terutama sekali bangkai kucing yang ditinggalkan diatas katil mereka, dia menjadi semangat. Bersemangat untuk mengenakan Khaleed kembali.
Tuk! Tuk!
Khaleed yang sedang duduk santai menutup majalah yang sedang dibacanya. Dia mengangkat kepala melihat pintu kayu itu terkuak dari luar. Dia meletak majalah itu diatas meja kaca didepannya dan berdiri memikir bahawa ia adalah CEO baru Lumiere. Kot yang tersarung dibetulkan dan senyuman diukir.
Tuan Khaleed I’m sorry to keep you waiting.
It’s…Apa yang kuat buat dekat sini hah?” Soal Khaleed dengan suara yang meninggi bila kelibat Issac yang muncul bukan Puan Angel seperti yang difikirkannya.
Issac hanya senyum dan gelak kecil dengan pertanyaan Khaleed itu. Sudah menjangka reaksi lelaki itu. Dia melihat riak muka Khaleed yang terperanjat. Didalam fikirannya pula sudah membayang reaksi Khaleed bila dapat tahu siapa sebenarnya Puan Angel itu.
“Saya? Saya adalah penasihat Puan Angel. Dia menyuruh saya meneman Tuan sementara menunggu dia. Dia dalam perjalanan ke sini. Got caught up with a few staff on the way.” Jelas Issac dengan tenang.
Khaleed memandang Issac dengan muka yang masam. Tidak sangka Puan Angel mengambil Issac sebagai penasihatnya. Mungkinkah Issac telah memburuk-buruk dirinya kepada Puan Angel sebab mahu membalas dendam terhadapnya? Bagaimana kalau Puan Angel tidak mahu menolongnya? Khaleed merenung tajam Issac. “Dimana dia?” Soalnya tegas.
Issac mahu membuka mulut tetapi suara perempuan menjawab pertanyaannya. “I’m here. Assalammualaikum Tuan Khaleed. We meet again.” Membulat besar dari sebelumnya mata Khaleed bila Faryal membolos dirinya ke dalam. Hatinya yang tadi berdegup kencang sepertinya terhenti. Terperanjat.
Hi Angel. How was the meeting?” Soal Issac merangkul bahu isterinya itu. Faryal senyum manis bila Issac mengucup dahinya.
Good.” Balasnya dengan manja.
“Kau orang nak kenakan aku lagikan? Dimana Puan Angel?” Bertalu-talu Khaleed bertanya. Suara dia meninggi. Melihat pasangan didepannya itu. Permainan apa pula yang dimainkan mereka sekarang?
Tangan Issac yang melingkar bahu menurun ke pinggang isterinya itu. Ditarik Faryal mendekatiknya. “She’s right here. Puan Angel is my angel.” Ujarnya sambil mata hazelnya merenung mata Faryal.
Isterinya itu senyum bila Issac mengakhiri dengan mengenyit matanya. “Sweet.” Tangan Faryal naik mengusap pipi Issac. Mereka berdua sepertinya berada dalam dunia mereka sendiri tidak menghirau kehadiran Khaleed didepan mereka.
Faryal mengalih matanya dari renungan mendalam Issac dan menghadap Khaleed yang sedang memerhatikan mereka tidak berkelip. “Kalau tuan nak tahu, sayalah pemilik sebenarnya Lumiere International. Tapi sebelum itu, datok saya aka bapa mertua tuan adalah pemiliknya. Dialah pembeli sebenar syarikat tuan. Mr Franco Hill, hanya kawan baiknya yang menolong menyamar sebagai pembeli.” Jelas Faryal panjang lebar sebelum menuju ke pintu bilik kerjanya. Issac mendepa tangannya untuk menyilakan Khaleed berjalan terlebih dahulu. Dia senyum sinis bila Khaleed melepasinya. Muka tegang seperti harimau kelaparan.
Faryal ke belakang meja kerjanya dan beg tangan diletak atas meja. Dilirk Khaleed yang memasuki ruang kerjanya sekilas. “You can’t imagine how useful favours are in time of need.” Ujarnya sinis.
Itulah bagaimana Franco Hill kawan Tok Wan menjadi ‘pembeli’ sebahagian saham dari Lumiere International. Kebetulan semasa Franco Hill dalam kesempitan, Tok Wan telah menolongnya sehingga syarikatnya dapat berdiri gah semula. Kerana rasa berterima kasih dan terhutang budi, dia telah bersetuju untuk menjadi si ‘pembeli’ tanpa ragu-ragu.
Khaleed berhenti beberapa langkah dari meja kerjanya Faryal. Issac menunggu setia dibelakang memerhatikan Khaleed dengan renungan tajam. Dia tahu Faryal boleh menjaga dirinya dan kerana itu dia hanya berada dibelakang, tidak disisi Faryal seperti dimahunya.
Perbualan dengan Tuan Kamil Arsyad semalam telah membuat dia berfikir dengan lebih dalam lagi. Dia akur dia memang tidak percayakan Faryal dalam bab Khaleed. Tetapi dia mahu mencuba. Seperti yang dikatakan datoknya, it takes two to tango.
Permainan apa yang kau mainkan sekarang ni hah?” Soal Khaleed menahan kemarahannya. Diamati tajam Faryal yang sedang membuka laci meja kerjanya.
Faryal menulis dibuku ceknya. Sempat dia gelak kecil dengan pertanyaan Khaleed. Papanya itu sebelum ini suka sangat mengatakan bahawa ini adalah permainannya. Tetapi hakikatnya bukan, sebab dia bukan orang yang memulakan permainan yang sedang dimainkan mereka.
Bukan saya tapi arwah Tok Wan yang mempermainkan tuan. Saya hanya menjadi kambing hitamnya. Jangan tuan fikir saya suka bila dapat tahu tentang ini. Saya pun tak ingin saham syarikat tuan. Afterall, I’ve got enough on my plate.” Cek yang baru ditulisnya dikoyak dari buku dan meletaknya diatas fail coklat yang terletak elok diatas meja sebelum menolak kedua-duanya ke arah Khaleed.
Here. Tanda tangan dokumen itu dan saya akan beri tuan dua puluh lima juta untuk saham tuan di Lumiere.” Semapt Faryal memandang Issac yang menjadi kekuatannya sebelum melihat Khaleed yang tidak ada tanda-tanda mahu maju.
“Kerana inikan tuan mahu jumpa dengan saya?” Soal Faryal dengan kening yang dijungkit. Tangan naik memeluk tubuh.
Khaleed menghampiri meja kerja Faryal. Dipandang sekilas Faryal sebelum melihat cek yang tertera seperti yang dikatakan Faryal. Dia menayang cek itu dimuka Faryal “Kau fikir dua puluh lima juta tu cukup?” Soalnya sebelum menggumpal dan dilempar cek itu ke arah Faryal.
Issac maju ke depan tetapi bila mata dia dan Faryal bertembung, langkahnya terhenti. Itu isyarat bahawa isterinya itu boleh mengendalinya sendiri. Issac menarik nafas yang dalam. Sukar dia untuk melakukan seperti yang diinginkan Faryal tetapi memikirkan pesanan Tuan Kamil Arsyad, dia akur.
Aku nak dua ratus lima puluh juta.”
Issac melihat mata Faryal berubah serta-merta. Mata yang sama dia lihat dimalam isterinya itu berdepan dengan Khaleed bersama pistol ditangan. “Tuan ingat syarikat ni tempat cetak duit? Dua puluh lima juta lebih dari cukup untuk bahagian tuan. Lagipun, tuan tak buat apa-apa untuk syarikat ini melainkan dapat keuntungan yang tidak sepatutunya tuan dapat.” Faryal mencapai buku ceknya dan ditulis jumlah dua kali ganda dari apa yang diberinya tadi. Dikoyakkan dan disuanya kepada Khaleed.
Lima puluh juta. Tawaran terakhir. Take it or leave it.” Keputusan Faryal sudah muktamad.
Ini cukup untuk kau bayar orang suruhan tuan bagi menjatuhkan saya dalam rancangan selanjutnya.” Sindir Faryal bila Khaleed hanya memandangnya tidak mengambil cek itu darinya.
If I were you, I’ll take it. You don’t want her aiming a loaded gun on your head again don’t you?” Issac melepaskan ketawa kecil. Sementara Faryal menjuling matamnya dengan sindiran Issac itu.
“Abang. Behave.” Ujar Faryal sedaya upaya tidak ketawa. Issac mengangkat kedua belah tangannya menanda bahawa dia akur.
Faryal kembali fokus Khaleed didepannya. “So? Lima puluh juta atau cari pembeli saham yang lain. Saya yakin pembeli saham lain tak kan beri tuan bayaran yang telah saya tawar kepada tuan.”
Ayat terakhir Faryal membuat Khaleed merampas cek itu dari tangannya dengan kasar. Faryal senyum nipis. “Keputusan yang tuan tak akan kesal sama sekali.” Ucap Faryal dan melingkar tangannya dipinggang Issac yang sudah berdiri disebelahnya. Issac turut melakukan perkara yang sama.
Issac maju setapak dan menunding jari telunjuknya kepada pasangan suami isteri yang membuat hatinya membara. “Kau yang akan kesal nanti. Aku akan pastikan.” Ugut Khaleed sebelum berlalu pergi dengan cek ditangan.
We’ll see papa. We’ll see. Bisik Faryal dalam hati.
Faryal mengangkat kepalanya bila dia merasa kucupan hangat didahinya. “Should we go angel? Abang baru dapat mesej dari abang Yan. Nek Wan is home.
Mendengar berita itu, Faryal berubah ceria. Akhirnya Nek Wan telah pulang ke rumah. Dia angguk laju dan mencapai beg tangannya.
Nek Wan I’m coming.
**
Gelas yang baru dicucinya berkecai diatas lantai. “Apa maksud kau dia sudah balik?!” Soalnya dengan suara yang meninggi. Gelas yang pecah tidak dihiraukannya. Berita yang baru diterimanya lagi penting dari itu.
Dia berjalan menuju ke tingkap dan melempar pandangannya ke arah pemandangan yang selalunya dapat mendamaikan hatinya itu. Tetapi kini tidak berkesan langsung.
“Betul puan. Saya baru dapat tahu tentang ini. Mereka baru saja bawa dia pulang tadi.” Suara dihujung talian menjelasakan apa yang terjadi.
Wanita itu mematikan talian dan mengenggam erat telefon bimbit ditangan. Kalau dia mempunyai kekuatan seperti hulk memang sudah berkecai telefonnya itu. “Sial! Sial! Sial!” Jeritnya lantang. Rambutnya diraup kasar.
What’s wrong sweetheart?” Suara lelaki dibelakangnya. Dia membiarkan saja lelaki itu menyelak rambut ikalnya itu ke tepi sebelum membenam muka dileher jinjangnya. Tangan dia sudah melingkari pinggang ramping perempuan itu.
They brought her home.
Terhenti perlakuan lelaki itu. Dia memanadang muka wanita itu dengan dahi yang berkerut. “Home? Maksud you…”
“Dia dirawat dekat rumah.” Sambungnya dengan nada tidak puas hatinya.
Semakin sukar sekarang kalau orang tua itu dibawa pulang ke rumah. Siapa yang akan memberi suntikan yang selalu dilakukan jururawat upahannya? Kalau dis lakukan juga ia akan lebih sukar kerana kawalan ketat bukan sahaja oleh pegawai kesalamatan tetapi ahli keluarga mereka, terutama sekali Faryal.
“Tapi I yakin you ada jalan untuk keluar dari masalah nikan?” Soal lelaki itu bila wanita itu hanya senyap tidak mahu menghuraikan apa yang telah berlaku.
Memang dia ada jalan keluar, tetapi dia tidak sangka harus menggunanya lebih awal daripada jangkaannya. Dipandang sebuah kereta hitam yang melepasi depan rumahnya.
Kita tak ada masa. It’s sooner than we expected. Telefon orang kita untuk bersiap sedia. Kita akan memberi mereka kejutan yang tidak akan mereka lupa buat selama-lamanya.”
**
Aairah yang baru keluar dari teksi hairan melihat kereta yang banyak terpakir didepan rumah agam Nek Wan. Langkahnya dipercepatkan bila melihat ambulans didepan halaman rumah itu. Dia menjadi cemas bila memikirkan panggilan dari Lutfiyah yang menyuruhnya datang ke rumah Nek Wan dengan cepat. Bila ditanya apa sebabnya, adiknya itu tidak menjawab malah menyuruhnya datang secepat mungkin. Adakah sesuatu telah jadi kepada Nek Wan? Mungkinkah Nek Wan sudah…
Fiyah. Kenapa ni? Kenapa kamu panggil akak mendadak? Mama kamu tak apa-apakan?” Aairah mendapat Lutfiyah yang sedang melintasi ruang tamu depan. Lutfiyah memeluk erat kakaknya itu. Ditarik tangan Aairah menuju ke bilik tetamu dibelakang. Aairah hanya mengikut.
Pintu bilik tetamu dibuka Lutfiyah dan ditunjuk Aairah apa yang membuat dia telefon kakak kandungnya itu secara mendadak. Tangan Aairah naik menekup mulutnya tidak percaya. Nek Wan sedang berbaring diatas katil.
Kejutan dari budak-budak. Fiyah pun tak tahu tentang ini semua. They just told me to be prepared.” Jelas Lutfiyah dengan hati yang riang. Dia tidak perlu lagi menyamar hanya untuk menjenguk mamanya di hospital. Dia benar-benar tidak sangka anak-anaknya telah memikirkan perkara ini.
Aairah mengamati wajah Nek Wan yang tidak pucat seperti dulu. Dilihat Lutfiyah yang melabuh duduk dibirai katil. Gebar yang menutup separuh tubuh Nek Wan dibetulkannya. Aairah menayang senyuman.
“Ada-ada saja budak-budak ni tau. Suka sangat buat kejutan. Maklumlah mereka semua sayangkan kamu, itu sebab mereka membuat keputusan bawa mama kamu pulang.” Suara Aairah membalas senyuman Lutfiyah.
Baru sahaja Lutfiyah mahu membalas, suara girang anak perempuannya mengisi bilik tetamu itu. “Mama!” Laung Faryal kuat. Dipeluk erat Lutfiyah sebelum sebuah kucupan hinggap didua belah pipi mamanya itu. Dia turut melakukan perkara sama kepada NekWan.
Issac yang menyalam Lutfiyah dan Aairah menggeleng kepala melihat telatah isterinya yang nakal itu. Mahu saja dia mencubit pipi isterinya yang sentiasa buat dia geram itu.
“Ayal! Kenapa tak beritahu mama nak rawat Nek Wan dekat rumah?” Soal Lutfiyah lantas memaut pinggang anak perempuannya itu.
Faryal membalas pautan Lutfiyah mesra sambil tersenyum riang. “Kalau beritahu mama bukan kejutan namanya. Betul tak aunty Irah?” Balas Faryal dengan gelak tawanya. Dilirik Aairah dan Issac yang turut ketawa sakan.
“Memang kamu ni.” Pipi Faryal dicubit geram. Serta-merta membuat Faryal jerit kesakitan. Dia sudah menunjuk muncungnya. Merajuklah tu.
Faryal menghadap Issac disisinya sambil menggosok pipinya yang baru dicubit Lutfiyah, meminta simpati. Issac yang menjungkit bahunya itu membuat muncung Faryal semakin panjang sedepa.
Lutfiyah bangkit dari duduknya dibirai kati dan ditepuk lembut pipinya Faryal. “Mama nak pergi dapur sekejap. Abang Yan kamu ada dekat ruang tamu belakang. Abang Riq dan abang Zan kamu pula ada dekat taman belakang. Mama rasa tengah gaduh dengan Wid tu. Baik kamu pergi tengok sana.”
“Biar abang pergi. Boleh abang join sekaki buli bekas setiausaha abang tu.” Suara Issac membuat Lutfiyah geleng kepalanya. Sebelum pergi Issac sempat mengucup pipi Faryal yang menjadi sasaran cubitan Lutfiyah sebentar tadi. Faryal senyum manis bila Issac mengenyit matanya.
“Buat untuk Meen sekali.” Kata Faryal bila Issac mula mengorak langkah untuk pergi diiringi Lutfiyah, meninggalkan Aairah dan Faryal bersama Nek Wan.
“Kamu berdua cocok sekali. Bagai pinang dibelah dua.” Ujar Aairah melihat Faryal yang berseri-seri sejak beberapa hari ini. Faryal senyum simpul. Bahagia.
Aunty pula bila? Takkan tak ada yang berkenan dalam hati.” Gurau Faryal membuat Aairah hanya tersenyum dengan penuh makna.
“Siapalah nak aunty ni. Dah tua.”
Siapa nak aunty? Lelaki dalam gambar tu? “Johan Marten?” Soal Faryal menduga.
“Apa?” Soal Aairah meminta Faryal ulang apa yang disebutnya tadi.
Faryal menggeleng kepalanya. “Tak ada. Jom aunty kita pergi dapur. Mesti ibu ada masak sedap-sedap. Kita tinggalkan Nek Wan untuk rehat.” Ujar Faryal. Dipaut lengan Aairah mesra dan mereka mula maju menjauhi Nek Wan.
“Ayal…” Aairah berpaling ke belakang bila telinganya menangkap suara memanggil anak saudaranya itu. Dipandang Nek Wan yang masih kaku diatas katil. Mungkinkah?
**
Khaleed mencampak cek yang diberi Faryal ke atas meja. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon nombor yang dicarinya. “Gambar terakhir yang aku beri kepada kau tempoh hari. Kau ingat?” Soal Khaleed sebaik saja talian diangkat.
Sunyi seketika dihujung talian tetapi dapat dengar hembusan nafas lelaki dihujung talian. “Tiga gambar yang tuan beri kepada saya. Dua sudah saya gunakan, jadi tinggal satu. Gambar perempuan tudung merah.” Ujar lelaki itu.
Khaleed angguk mengiakan. “Hmm…Aku mahu kau lakukan sepertimana kau buat kepada Eddy.” Arahnya sudah membuat keputusan.
“Dadah sekali?” Soal lelaki itu. Dadah. Dadah yang disuntik ke dalam badan Eddy sebelum dia dicampak ke dalam sungai. Tapi perlukah dia lakukan ini kepada sasaran terakhirnya?
“Itu tak perlu. Aku mahu dia sedar setiap detik. Tapi hati-hati. Kawalan mereka ketat. Aku tak mahu mereka kesan kau.”
“Jangan takut bos. Serahkan semuanya kepada saya. Ditanggung beres.” Jawab lelaki itu yakin akan melaksanakan kerja yang diberi Khaleed itu.
“Bagus.” Dan Khaleed mematikan talian. Dia tahu dia tidak perlu risau. Orang suruhannya itu akan melaksanakan tugasnya dengan baik seperti arahan sebelum ini. Dia senyum mengingati Eddy. Lelaki yang banyak menyusahkannya.
Diambil cek yang dicampaknya atas meja. Digelak sinis bila memain balik apa yang berlaku di Lumiere sebentar tadi. Puan Angel. Faryal Shameena. Franco Hill. Tok Wan. Biadap!
Telefon bimbitnya berbunyi menanda mesej baru diterimanya. Dia membuka MMS yang bari diterimanya. Matanya mengamati dua wanita yang amat berharga padanya yang telah diambil oleh Faryal. Melihat senyuman lebar Ahdia dan Nila, dendamnya semakin mendalam terhadap Faryal dan sekutunya. Dia sepatutnya berada bersama mereka, bukan lelaki bernama Pablo!
Kau orang tunggu saja. Aku bukan bodoh seperti yang kamu semua sangkakan. Kamu mahu singkirkan aku Faryal? Aku akan lakukannya terlebih dahulu. Tapi bukan engkau. Orang yang kau sayang seumur hidup kau.
One for one.
**
Faryal menyibukkan diri didapur. Tepung, mentega dan beberapa bahan yang lain disimpan kembali ke tempatnya. Dapur sudah bau harum dengan scones yang dibuatnya. Dia menyanyi senang hati. Sudah beberapa hari dan tiada khabar tentang Khaleed dari orang-orangnya. Dia tahu Khaleed sedang menrancang sesuatu. Apa dia? Dia kurang pasti.
Ayal, kamu tak pergi kerja ke?” Suara Lutfiyah bertanya membaut Faryal yang sedan menyimpan perkakas dalam laci mengangkat kepala. Dia mengukir senyuman melihat kelibat mama yang disayanginya lantas menggeleng kepala.
Cuti.”
Semalam dah cuti. Hari ini pun cuti juga?”
Faryal sengih macam kerang busuk. Dia cuti dari masuk pejabat, tetapi dia melakukan pekerjaan dari rumah. “Hmm.” Balasnya saja membuat Lutfiyah memandang tidak puas hati dengan puterinya itu.
Faryal tahu mamanya itu tidak suka jika mengambil ringan tentang hal pekerjaan. Pada Lutfiyah, sebagai seorang pemimpin mereka harus menunjuk contoh yang bagus. Dengan itu baru pekerja yang lain akan bersemangat untuk kerja. Kalau tidak memang hancur syarikat itu.
Izzat mana?” Soal Lutfiyah. Selalunya pasangan suami isteri itu akan berkepit ke mana saja. Dimana Faryal ada, disitulah Issac dan sebaliknya.
Faryal muncungkan bibirnya memikir jawapan untuk pertanyaan mamanya itu. “Dekat dalam bilik kot. Kenapa mama tanya?” Soalnya sambil mengelap bekas yang digunanya tadi.
Matanya mengamati Lutfiyah didepannya. Ditilik pakaian dan tudung yang tersarung elok dikepala Lutfiyah. “Mama nak pergi mana ni? Lawanya.” Faryal bertanya hairan mengapa Lutfiyah berpakaian seperti mahu keluar saja.
Lutfiyah membetulkan tudungnya. “Mama nak keluar sekejap dengan aunty Irah.” Jawab Lutfiyah kepada puterinya itu.
Ayal ikut.”
Bila Lutfiyah menggeleng tidak mengizin, Faryal sudah menayang muka masamnya “Tak payahlah. Kamu layan suami kamu dekat rumah.”
Faryal mendapatkan Lutfiyah dan dipaut manja lengan mamanya itu. “Alah mama. Abang tahu jaga diri sendirilah. Betulkan bang?” Soal Faryal kepada Issac yang baru menjejak kaki dalam dapur.
Issac memandang Lutfiyah dan Faryal tidak faham apa yang sedang berlaku. Bila dia melihat penampilan Lutfiyah baru dia faham. “Tak betul. Jangan nak muncung-muncung. Abang cubit kang.” Ugutnya membuat Faryal jeling padanya.
Dengar tu. Suami kamu cubit nanti merajuk cari mama.”
Faryal melepaskan pautan lengannya Lutfiyah. “Mana ada.” Dipandang Lutfiyah dan Issac bersilir ganti. Benci!
Duduk dengan Nek Wan lagi best.” Rajuk Faryal dan meninggalkan Lutfiyah dan Issac menggelakkan perangai keanak-anakkan Faryal itu.
Sebaik saja kelibat Faryal hilang dari pandangan mereka, Issac memandang Lutfiyah didepannya. “Mama pergi bawa Hakim sekali.”
Lutfiyah menepuk lembut lengan Issac faham dengan arahan menantunya itu. Dia tahu Issac risau tentang keselamatannya. “Hmm. Iyalah. Kamu tengok-tengokkan anak mama tu. Entah apa lagi dia tengah rancang dalam otak dia tu. Mama pergi dulu.”
Issac mencapai tangan Lutfiyah untuk disalam. “Hati-hati mama. Kirim salam aunty Irah.” Lutfiyah angguk dan meninggalkan Issac seorang diri didapur yang bau harum itu.



4 comments:

  1. hmm..lagi 5 bab kan?okay otak sedang proses...WAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. wahhh x sabar rasanya nak tahu sapa lg dalangnya itu, adakah aairah huhu mai tolong cepatkan ckit.

    ReplyDelete