Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab 79
Bab 79
“Saya
ada temujanji dengan Puan Angel.”
“Nama
Tuan?” Soal penyambut tetamu bernama Tina didepannya.
“Tuan
Khaleed Jamaluddin.”
Tina
menekan butang interkom. Beberapa minit kemudian gagang telefon
diletak kembali. “Puan Angel ada hal mendadak diluar jadi dia
menyuruh Tuan tunggu didalam ruang menunggu.” Ujar Tina dengan
sopan. Dia bangkit dari belakang mejanya untuk menunjuk Khaleed ke
bilik Faryal.
Khaleed
melihat jam tangannyadengan dahi yang berkerut. “Berapa lama harus
saya menunggu?” Soalnya gelisah.
Tina
senyum manis. “Sepuluh minit. Kalau Tuan keberatan Tuan boleh
menundanya, tetapi agak sukar untuk saya membuat temujanji untuk
Tuan, sebab jadual Puan Angel penuh sehingga pertengahan tahun.”
Jelas Tina dengan suara simpatinya.
Khaleed
berfikir sejenak. Kalau dia jumpa lain kali memang dia tidak boleh.
Dia memang perlukan wang sekarang dan Puan Angel adalah solusinya.
“Tak mengapa saya tunggu.”
Tina
angguk faham dan membawa Khaleed ke ruang menunggu. Khaleed melihat
ada banyak perubahan dipejabat itu. Paling ketara adalah pakaian yang
dipakai pekerja disitu. Tiada yang mengguna tali leher atau pakaian
untuk ke pejabat. Semua memakai pakaian yang santai. Seluar jeans.
Kemeja-t dengan grafik. Dia melihat Tina yang berjalan didepannya
pula. Skirt labuh kain kapas. Sandal tersarung dikaki dan berkemeja
lengan panjang.
“Kenapa
pakaian semua dekat sini santai saja?” Soal Khaleed kepada Tina.
Tina
yang tidak lokek dengan senyuman ketawa kecil, sudah lali dengan
pertanyaan itu sejak Puan Angel mengambil alih syarikat itu. “Puan
Angel tak suka berpakaian formal. Dia cakap rimas. Jadi dia benarkan
semua memakai apa saja yang kita suka. Melainkan kena bertemu dengan
klien, baru kena memakai pakaian pejabat.”
“She
seems relax in her rules.”
“Dia
nafas baru yang pejabat ini perlukan. Tuan tunggu disini sebentar.
Kalau Tuan mahu minum Tuan ambil saja dekat sana.” Khaleed melihat
peti sejuk dan ruang pantri yang penuh dengan makanan. TV plasma yang
tergantung elok didinding. Sofa yang empuk. Khaleed angguk faham dan
Tina meninggalkannya seorang diri.
Matanya
melilau mengamati ruang menunggu itu. Sebelum ini tiada langsung
ruang menunggu seperti ini. Selalunya dia akan menanti di pejabat CEO
sebelum ini. Memang ketara sekali perbezaan CEO lama dan sekarang.
Khaleed menuju ke peti sejuk dan membuat seperti dia berada
dirumahnya sendiri.
**
“Selamat
petang Tuan, Puan.” Ucap Tina sebaik saja melihat kelibat Issac dan
Faryal memasuki pintu pejabat. Dia senyum lebar bila melihat
jari-jemari pasangan suami isteri itu bertaut. Berpimpin tangan.
Romantik.
Faryal
dan Issac membalas senyuman Tina. Issac meletak plastik yang berisi
kotak kek dan pastry yang baru dibuat Faryal diatas meja Tina.
“Selamat petang Tina. Tuan Khaleed masih ada disini?” Tina angguk
dengan pertanyaan Faryal.
“Ada
Puan. Saya sudah melakukan sepeti yang diarah Puan. Dia sedang
menunggu diruang menunggu.” Jelas Tina.
“Bagus.
Kalau ada apa-apa panggilan suruh tinggalkan pesan. Saya tak mahu
diganggu.”
“Baik Puan.”
Issac
mengorak langkah, tetapi langkahnya mati bila Faryal tidak bergerak
mengikut rentaknya. Dia menoleh ke belakang memandang Faryal yang
sedang berbual dengan Tina.
“Bilang
saya sedap ke tak resepi baru kek saya tu. Beritahu semua tinggalkan
feedback
seperti biasa.” Faryal memesan Tina yang ketawa dengan telatah
majikan barunya itu. Lucu. Setiap kali majikannya itu masuk pejabat
ada saja yang dibawanya. Sedap-sedap pula tu.
“Abangkan
cakap sedap.” Issac yang mendengar bersuara membuat Tina dan Faryal
memandang ke arahnya serentak.
“Abang
semua yang Meen masak sedap. Kalau Meen letak kayu atau batu mesti
sedap juga.” Adu Faryal. Memang benar apa yang dikatakannya. Semua
yang dimasak Faryal mesti dicakap sedap. Macam mana boleh tidak cakap
sedap? Semua yang Faryal masak sedap sehingga menjilat jari, ikut
sangat seleranya.
Issac
mencuit hidung tidak mancung isterinya itu. Membuat Faryal gelak
sendiri. “Pandai. I
think we should not let our importang agenda wait any longer angel.
Shall we?”
Soal Issac dengan kening yang dijungkit.
Faryal
angguk mengiakan walaupun sebenarnya dia malas mahu menghadapi lelaki
bernama Khaleed Jamaluddin itu. Tetapi memikirkan apa yang telah
Khaleed lakukan kepada mereka, terutama sekali bangkai kucing yang
ditinggalkan diatas katil mereka, dia menjadi semangat. Bersemangat
untuk mengenakan Khaleed kembali.
Tuk!
Tuk!
Khaleed
yang sedang duduk santai menutup majalah yang sedang dibacanya. Dia
mengangkat kepala melihat pintu kayu itu terkuak dari luar. Dia
meletak majalah itu diatas meja kaca didepannya dan berdiri memikir
bahawa ia adalah CEO baru Lumiere. Kot yang tersarung dibetulkan dan
senyuman diukir.
“Tuan
Khaleed I’m sorry to keep you waiting.”
“It’s…Apa
yang kuat buat dekat sini hah?” Soal Khaleed dengan suara yang
meninggi bila kelibat Issac yang muncul bukan Puan Angel seperti yang
difikirkannya.
Issac
hanya senyum dan gelak kecil dengan pertanyaan Khaleed itu. Sudah
menjangka reaksi lelaki itu. Dia melihat riak muka Khaleed yang
terperanjat. Didalam fikirannya pula sudah membayang reaksi Khaleed
bila dapat tahu siapa sebenarnya Puan Angel itu.
“Saya?
Saya adalah penasihat Puan Angel. Dia menyuruh saya meneman Tuan
sementara menunggu dia. Dia dalam perjalanan ke sini.
Got caught up with a few staff on the way.”
Jelas Issac dengan tenang.
Khaleed
memandang Issac dengan muka yang masam. Tidak sangka Puan Angel
mengambil Issac sebagai penasihatnya. Mungkinkah Issac telah
memburuk-buruk dirinya kepada Puan Angel sebab mahu membalas dendam
terhadapnya? Bagaimana kalau Puan Angel tidak mahu menolongnya?
Khaleed merenung tajam Issac. “Dimana dia?” Soalnya tegas.
Issac
mahu membuka mulut tetapi suara perempuan menjawab pertanyaannya.
“I’m
here.
Assalammualaikum Tuan Khaleed. We
meet again.”
Membulat besar dari sebelumnya mata Khaleed bila Faryal membolos
dirinya ke dalam. Hatinya yang tadi berdegup kencang sepertinya
terhenti. Terperanjat.
“Hi
Angel. How was the meeting?”
Soal Issac merangkul bahu isterinya itu. Faryal senyum manis bila
Issac mengucup dahinya.
“Good.”
Balasnya dengan manja.
“Kau
orang nak kenakan aku lagikan? Dimana Puan Angel?” Bertalu-talu
Khaleed bertanya. Suara dia meninggi. Melihat pasangan didepannya
itu. Permainan apa pula yang dimainkan mereka sekarang?
Tangan
Issac yang melingkar bahu menurun ke pinggang isterinya itu. Ditarik
Faryal mendekatiknya. “She’s
right here. Puan Angel is my angel.”
Ujarnya sambil mata hazelnya merenung mata Faryal.
Isterinya
itu senyum bila Issac mengakhiri dengan mengenyit matanya. “Sweet.”
Tangan Faryal naik mengusap pipi Issac. Mereka berdua sepertinya
berada dalam dunia mereka sendiri tidak menghirau kehadiran Khaleed
didepan mereka.
Faryal
mengalih matanya dari renungan mendalam Issac dan menghadap Khaleed
yang sedang memerhatikan mereka tidak berkelip. “Kalau tuan nak
tahu, sayalah pemilik sebenarnya Lumiere International. Tapi sebelum
itu, datok saya aka
bapa mertua tuan adalah pemiliknya. Dialah pembeli sebenar syarikat
tuan. Mr Franco Hill, hanya kawan baiknya yang menolong menyamar
sebagai pembeli.” Jelas Faryal panjang lebar sebelum menuju ke
pintu bilik kerjanya. Issac mendepa tangannya untuk menyilakan
Khaleed berjalan terlebih dahulu. Dia senyum sinis bila Khaleed
melepasinya. Muka tegang seperti harimau kelaparan.
Faryal
ke belakang meja kerjanya dan beg tangan diletak atas meja. Dilirk
Khaleed yang memasuki ruang kerjanya sekilas. “You
can’t imagine how useful favours are in time of need.”
Ujarnya sinis.
Itulah
bagaimana Franco Hill kawan Tok Wan menjadi ‘pembeli’ sebahagian
saham dari Lumiere International. Kebetulan semasa Franco Hill dalam
kesempitan, Tok Wan telah menolongnya sehingga syarikatnya dapat
berdiri gah semula. Kerana rasa berterima kasih dan terhutang budi,
dia telah bersetuju untuk menjadi si ‘pembeli’ tanpa ragu-ragu.
Khaleed
berhenti beberapa langkah dari meja kerjanya Faryal. Issac menunggu
setia dibelakang memerhatikan Khaleed dengan renungan tajam. Dia tahu
Faryal boleh menjaga dirinya dan kerana itu dia hanya berada
dibelakang, tidak disisi Faryal seperti dimahunya.
Perbualan
dengan Tuan Kamil Arsyad semalam telah membuat dia berfikir dengan
lebih dalam lagi. Dia akur dia memang tidak percayakan Faryal dalam
bab Khaleed. Tetapi dia mahu mencuba. Seperti yang dikatakan
datoknya, it
takes two to tango.
“Permainan
apa yang kau mainkan sekarang ni hah?” Soal Khaleed menahan
kemarahannya. Diamati tajam Faryal yang sedang membuka laci meja
kerjanya.
Faryal
menulis dibuku ceknya. Sempat dia gelak kecil dengan pertanyaan
Khaleed. Papanya itu sebelum ini suka sangat mengatakan bahawa ini
adalah permainannya. Tetapi hakikatnya bukan, sebab dia bukan orang
yang memulakan permainan yang sedang dimainkan mereka.
“Bukan
saya tapi arwah Tok Wan yang mempermainkan tuan. Saya hanya menjadi
kambing hitamnya. Jangan tuan fikir saya suka bila dapat tahu tentang
ini. Saya pun tak ingin saham syarikat tuan. Afterall,
I’ve got enough on my plate.”
Cek yang baru ditulisnya dikoyak dari buku dan meletaknya diatas fail
coklat yang terletak elok diatas meja sebelum menolak kedua-duanya ke
arah Khaleed.
“Here.
Tanda tangan dokumen itu dan saya akan beri tuan dua puluh lima juta
untuk saham tuan di Lumiere.” Semapt Faryal memandang Issac yang
menjadi kekuatannya sebelum melihat Khaleed yang tidak ada
tanda-tanda mahu maju.
“Kerana
inikan tuan mahu jumpa dengan saya?” Soal Faryal dengan kening yang
dijungkit. Tangan naik memeluk tubuh.
Khaleed
menghampiri meja kerja Faryal. Dipandang sekilas Faryal sebelum
melihat cek yang tertera seperti yang dikatakan Faryal. Dia menayang
cek itu dimuka Faryal “Kau fikir dua puluh lima juta tu cukup?”
Soalnya sebelum menggumpal dan dilempar cek itu ke arah Faryal.
Issac
maju ke depan tetapi bila mata dia dan Faryal bertembung, langkahnya
terhenti. Itu isyarat bahawa isterinya itu boleh mengendalinya
sendiri. Issac menarik nafas yang dalam. Sukar dia untuk melakukan
seperti yang diinginkan Faryal tetapi memikirkan pesanan Tuan Kamil
Arsyad, dia akur.
“Aku
nak dua ratus lima puluh juta.”
Issac
melihat mata Faryal berubah serta-merta. Mata yang sama dia lihat
dimalam isterinya itu berdepan dengan Khaleed bersama pistol
ditangan. “Tuan ingat syarikat ni tempat cetak duit? Dua puluh lima
juta lebih dari cukup untuk bahagian tuan. Lagipun, tuan tak buat
apa-apa untuk syarikat ini melainkan dapat keuntungan yang tidak
sepatutunya tuan dapat.” Faryal mencapai buku ceknya dan ditulis
jumlah dua kali ganda dari apa yang diberinya tadi. Dikoyakkan dan
disuanya kepada Khaleed.
“Lima
puluh juta. Tawaran terakhir. Take
it or leave it.”
Keputusan Faryal sudah muktamad.
“Ini
cukup untuk kau bayar orang suruhan tuan bagi menjatuhkan saya dalam
rancangan selanjutnya.” Sindir Faryal bila Khaleed hanya
memandangnya tidak mengambil cek itu darinya.
“If
I were you, I’ll take it. You don’t want her aiming a loaded gun
on your head again don’t you?”
Issac melepaskan ketawa kecil. Sementara Faryal menjuling matamnya
dengan sindiran Issac itu.
“Abang.
Behave.”
Ujar Faryal sedaya upaya tidak ketawa. Issac mengangkat kedua belah
tangannya menanda bahawa dia akur.
Faryal
kembali fokus Khaleed didepannya. “So?
Lima puluh juta atau cari pembeli saham yang lain. Saya yakin pembeli
saham lain tak kan beri tuan bayaran yang telah saya tawar kepada
tuan.”
Ayat
terakhir Faryal membuat Khaleed merampas cek itu dari tangannya
dengan kasar. Faryal senyum nipis. “Keputusan yang tuan tak akan
kesal sama sekali.” Ucap Faryal dan melingkar tangannya dipinggang
Issac yang sudah berdiri disebelahnya. Issac turut melakukan perkara
yang sama.
Issac
maju setapak dan menunding jari telunjuknya kepada pasangan suami
isteri yang membuat hatinya membara. “Kau yang akan kesal nanti.
Aku akan pastikan.” Ugut Khaleed sebelum berlalu pergi dengan cek
ditangan.
We’ll
see papa. We’ll see.
Bisik Faryal dalam hati.
Faryal
mengangkat kepalanya bila dia merasa kucupan hangat didahinya.
“Should
we go angel?
Abang baru dapat mesej dari abang Yan. Nek
Wan is home.”
Mendengar
berita itu, Faryal berubah ceria. Akhirnya Nek Wan telah pulang ke
rumah. Dia angguk laju dan mencapai beg tangannya.
Nek
Wan I’m coming.
**
Gelas
yang baru dicucinya berkecai diatas lantai. “Apa maksud kau dia
sudah balik?!” Soalnya dengan suara yang meninggi. Gelas yang pecah
tidak dihiraukannya. Berita yang baru diterimanya lagi penting dari
itu.
Dia
berjalan menuju ke tingkap dan melempar pandangannya ke arah
pemandangan yang selalunya dapat mendamaikan hatinya itu. Tetapi kini
tidak berkesan langsung.
“Betul
puan. Saya baru dapat tahu tentang ini. Mereka baru saja bawa dia
pulang tadi.” Suara dihujung talian menjelasakan apa yang terjadi.
Wanita
itu mematikan talian dan mengenggam erat telefon bimbit ditangan.
Kalau dia mempunyai kekuatan seperti hulk
memang sudah berkecai telefonnya itu. “Sial! Sial! Sial!”
Jeritnya lantang. Rambutnya diraup kasar.
“What’s
wrong sweetheart?”
Suara lelaki dibelakangnya. Dia membiarkan saja lelaki itu menyelak
rambut ikalnya itu ke tepi sebelum membenam muka dileher jinjangnya.
Tangan dia sudah melingkari pinggang ramping perempuan itu.
“They
brought her home.”
Terhenti
perlakuan lelaki itu. Dia memanadang muka wanita itu dengan dahi yang
berkerut. “Home?
Maksud you…”
“Dia
dirawat dekat rumah.” Sambungnya dengan nada tidak puas hatinya.
Semakin
sukar sekarang kalau orang tua itu dibawa pulang ke rumah. Siapa yang
akan memberi suntikan yang selalu dilakukan jururawat upahannya?
Kalau dis lakukan juga ia akan lebih sukar kerana kawalan ketat bukan
sahaja oleh pegawai kesalamatan tetapi ahli keluarga mereka, terutama
sekali Faryal.
“Tapi
I yakin you ada jalan untuk keluar dari masalah nikan?” Soal lelaki
itu bila wanita itu hanya senyap tidak mahu menghuraikan apa yang
telah berlaku.
Memang
dia ada jalan keluar, tetapi dia tidak sangka harus menggunanya lebih
awal daripada jangkaannya. Dipandang sebuah kereta hitam yang
melepasi depan rumahnya.
“Kita
tak ada masa. It’s
sooner than we expected.
Telefon orang kita untuk bersiap sedia. Kita akan memberi mereka
kejutan yang tidak akan mereka lupa buat selama-lamanya.”
**
Aairah
yang baru keluar dari teksi hairan melihat kereta yang banyak
terpakir didepan rumah agam Nek Wan. Langkahnya dipercepatkan bila
melihat ambulans didepan halaman rumah itu. Dia menjadi cemas bila
memikirkan panggilan dari Lutfiyah yang menyuruhnya datang ke rumah
Nek Wan dengan cepat. Bila ditanya apa sebabnya, adiknya itu tidak
menjawab malah menyuruhnya datang secepat mungkin. Adakah sesuatu
telah jadi kepada Nek Wan? Mungkinkah Nek Wan sudah…
“Fiyah.
Kenapa ni? Kenapa kamu panggil akak mendadak? Mama kamu tak
apa-apakan?” Aairah mendapat Lutfiyah yang sedang melintasi ruang
tamu depan. Lutfiyah memeluk erat kakaknya itu. Ditarik tangan Aairah
menuju ke bilik tetamu dibelakang. Aairah hanya mengikut.
Pintu
bilik tetamu dibuka Lutfiyah dan ditunjuk Aairah apa yang membuat dia
telefon kakak kandungnya itu secara mendadak. Tangan Aairah naik
menekup mulutnya tidak percaya. Nek Wan sedang berbaring diatas
katil.
“Kejutan
dari budak-budak. Fiyah pun tak tahu tentang ini semua. They
just told me to be prepared.”
Jelas Lutfiyah dengan hati yang riang. Dia tidak perlu lagi menyamar
hanya untuk menjenguk mamanya di hospital. Dia benar-benar tidak
sangka anak-anaknya telah memikirkan perkara ini.
Aairah
mengamati wajah Nek Wan yang tidak pucat seperti dulu. Dilihat
Lutfiyah yang melabuh duduk dibirai katil. Gebar yang menutup separuh
tubuh Nek Wan dibetulkannya. Aairah menayang senyuman.
“Ada-ada
saja budak-budak ni tau. Suka sangat buat kejutan. Maklumlah mereka
semua sayangkan kamu, itu sebab mereka membuat keputusan bawa mama
kamu pulang.” Suara Aairah membalas senyuman Lutfiyah.
Baru
sahaja Lutfiyah mahu membalas, suara girang anak perempuannya mengisi
bilik tetamu itu. “Mama!” Laung Faryal kuat. Dipeluk erat
Lutfiyah sebelum sebuah kucupan hinggap didua belah pipi mamanya itu.
Dia turut melakukan perkara sama kepada NekWan.
Issac
yang menyalam Lutfiyah dan Aairah menggeleng kepala melihat telatah
isterinya yang nakal itu. Mahu saja dia mencubit pipi isterinya yang
sentiasa buat dia geram itu.
“Ayal!
Kenapa tak beritahu mama nak rawat Nek Wan dekat rumah?” Soal
Lutfiyah lantas memaut pinggang anak perempuannya itu.
Faryal
membalas pautan Lutfiyah mesra sambil tersenyum riang. “Kalau
beritahu mama bukan kejutan namanya. Betul tak aunty Irah?” Balas
Faryal dengan gelak tawanya. Dilirik Aairah dan Issac yang turut
ketawa sakan.
“Memang
kamu ni.” Pipi Faryal dicubit geram. Serta-merta membuat Faryal
jerit kesakitan. Dia sudah menunjuk muncungnya. Merajuklah tu.
Faryal
menghadap Issac disisinya sambil menggosok pipinya yang baru dicubit
Lutfiyah, meminta simpati. Issac yang menjungkit bahunya itu membuat
muncung Faryal semakin panjang sedepa.
Lutfiyah
bangkit dari duduknya dibirai kati dan ditepuk lembut pipinya Faryal.
“Mama nak pergi dapur sekejap. Abang Yan kamu ada dekat ruang tamu
belakang. Abang Riq dan abang Zan kamu pula ada dekat taman belakang.
Mama rasa tengah gaduh dengan Wid tu. Baik kamu pergi tengok sana.”
“Biar
abang pergi. Boleh abang join
sekaki
buli bekas setiausaha abang tu.” Suara Issac membuat Lutfiyah
geleng kepalanya. Sebelum pergi Issac sempat mengucup pipi Faryal
yang menjadi sasaran cubitan Lutfiyah sebentar tadi. Faryal senyum
manis bila Issac mengenyit matanya.
“Buat
untuk Meen sekali.” Kata Faryal bila Issac mula mengorak langkah
untuk pergi diiringi Lutfiyah, meninggalkan Aairah dan Faryal bersama
Nek Wan.
“Kamu
berdua cocok sekali. Bagai pinang dibelah dua.” Ujar Aairah melihat
Faryal yang berseri-seri sejak beberapa hari ini. Faryal senyum
simpul. Bahagia.
“Aunty
pula bila? Takkan tak ada yang berkenan dalam hati.” Gurau Faryal
membuat Aairah hanya tersenyum dengan penuh makna.
“Siapalah
nak aunty
ni. Dah tua.”
Siapa
nak aunty?
Lelaki dalam gambar tu? “Johan Marten?” Soal Faryal menduga.
“Apa?”
Soal Aairah meminta Faryal ulang apa yang disebutnya tadi.
Faryal
menggeleng kepalanya. “Tak ada. Jom aunty
kita pergi dapur. Mesti ibu ada masak sedap-sedap. Kita tinggalkan
Nek Wan untuk rehat.” Ujar Faryal. Dipaut lengan Aairah mesra dan
mereka mula maju menjauhi Nek Wan.
“Ayal…”
Aairah berpaling ke belakang bila telinganya menangkap suara
memanggil anak saudaranya itu. Dipandang Nek Wan yang masih kaku
diatas katil. Mungkinkah?
**
Khaleed
mencampak cek yang diberi Faryal ke atas meja. Dia mengeluarkan
telefon bimbit dan menelefon nombor yang dicarinya. “Gambar
terakhir yang aku beri kepada kau tempoh hari. Kau ingat?” Soal
Khaleed sebaik saja talian diangkat.
Sunyi
seketika dihujung talian tetapi dapat dengar hembusan nafas lelaki
dihujung talian. “Tiga gambar yang tuan beri kepada saya. Dua sudah
saya gunakan, jadi tinggal satu. Gambar perempuan tudung merah.”
Ujar lelaki itu.
Khaleed
angguk mengiakan. “Hmm…Aku mahu kau lakukan sepertimana kau buat
kepada Eddy.” Arahnya sudah membuat keputusan.
“Dadah
sekali?” Soal lelaki itu. Dadah. Dadah yang disuntik ke dalam badan
Eddy sebelum dia dicampak ke dalam sungai. Tapi perlukah dia lakukan
ini kepada sasaran terakhirnya?
“Itu
tak perlu. Aku mahu dia sedar setiap detik. Tapi hati-hati. Kawalan
mereka ketat. Aku tak mahu mereka kesan kau.”
“Jangan
takut bos. Serahkan semuanya kepada saya. Ditanggung beres.” Jawab
lelaki itu yakin akan melaksanakan kerja yang diberi Khaleed itu.
“Bagus.”
Dan Khaleed mematikan talian. Dia tahu dia tidak perlu risau. Orang
suruhannya itu akan melaksanakan tugasnya dengan baik seperti arahan
sebelum ini. Dia senyum mengingati Eddy. Lelaki yang banyak
menyusahkannya.
Diambil
cek yang dicampaknya atas meja. Digelak sinis bila memain balik apa
yang berlaku di Lumiere sebentar tadi. Puan Angel. Faryal Shameena.
Franco Hill. Tok Wan. Biadap!
Telefon
bimbitnya berbunyi menanda mesej baru diterimanya. Dia membuka MMS
yang bari diterimanya. Matanya mengamati dua wanita yang amat
berharga padanya yang telah diambil oleh Faryal. Melihat senyuman
lebar Ahdia dan Nila, dendamnya semakin mendalam terhadap Faryal dan
sekutunya. Dia sepatutnya berada bersama mereka, bukan lelaki bernama
Pablo!
Kau
orang tunggu saja. Aku bukan bodoh seperti yang kamu semua sangkakan.
Kamu mahu singkirkan aku Faryal? Aku akan lakukannya terlebih dahulu.
Tapi bukan engkau. Orang yang kau sayang seumur hidup kau.
One
for one.
**
Faryal
menyibukkan diri didapur. Tepung, mentega dan beberapa bahan yang
lain disimpan kembali ke tempatnya. Dapur sudah bau harum dengan
scones
yang dibuatnya. Dia menyanyi senang hati. Sudah beberapa hari dan
tiada khabar tentang Khaleed dari orang-orangnya. Dia tahu Khaleed
sedang menrancang sesuatu. Apa dia? Dia kurang pasti.
“Ayal,
kamu tak pergi kerja ke?” Suara Lutfiyah bertanya membaut Faryal
yang sedan menyimpan perkakas dalam laci mengangkat kepala. Dia
mengukir senyuman melihat kelibat mama yang disayanginya lantas
menggeleng kepala.
“Cuti.”
“Semalam
dah cuti. Hari ini pun cuti juga?”
Faryal
sengih macam kerang busuk. Dia cuti dari masuk pejabat, tetapi dia
melakukan pekerjaan dari rumah. “Hmm.” Balasnya saja membuat
Lutfiyah memandang tidak puas hati dengan puterinya itu.
Faryal
tahu mamanya itu tidak suka jika mengambil ringan tentang hal
pekerjaan. Pada Lutfiyah, sebagai seorang pemimpin mereka harus
menunjuk contoh yang bagus. Dengan itu baru pekerja yang lain akan
bersemangat untuk kerja. Kalau tidak memang hancur syarikat itu.
“Izzat
mana?” Soal Lutfiyah. Selalunya pasangan suami isteri itu akan
berkepit ke mana saja. Dimana Faryal ada, disitulah Issac dan
sebaliknya.
Faryal
muncungkan bibirnya memikir jawapan untuk pertanyaan mamanya itu.
“Dekat dalam bilik kot. Kenapa mama tanya?” Soalnya sambil
mengelap bekas yang digunanya tadi.
Matanya
mengamati Lutfiyah didepannya. Ditilik pakaian dan tudung yang
tersarung elok dikepala Lutfiyah. “Mama nak pergi mana ni?
Lawanya.” Faryal bertanya hairan mengapa Lutfiyah berpakaian
seperti mahu keluar saja.
Lutfiyah
membetulkan tudungnya. “Mama nak keluar sekejap dengan aunty
Irah.” Jawab Lutfiyah kepada puterinya itu.
“Ayal
ikut.”
Bila
Lutfiyah menggeleng tidak mengizin, Faryal sudah menayang muka
masamnya “Tak payahlah. Kamu layan suami kamu dekat rumah.”
Faryal
mendapatkan Lutfiyah dan dipaut manja lengan mamanya itu. “Alah
mama. Abang tahu jaga diri sendirilah. Betulkan bang?” Soal Faryal
kepada Issac yang baru menjejak kaki dalam dapur.
Issac
memandang Lutfiyah dan Faryal tidak faham apa yang sedang berlaku.
Bila dia melihat penampilan Lutfiyah baru dia faham. “Tak betul.
Jangan nak muncung-muncung. Abang cubit kang.” Ugutnya membuat
Faryal jeling padanya.
“Dengar
tu. Suami kamu cubit nanti merajuk cari mama.”
Faryal
melepaskan pautan lengannya Lutfiyah. “Mana ada.” Dipandang
Lutfiyah dan Issac bersilir ganti. Benci!
“Duduk
dengan Nek Wan lagi best.”
Rajuk Faryal dan meninggalkan Lutfiyah dan Issac menggelakkan
perangai keanak-anakkan Faryal itu.
Sebaik
saja kelibat Faryal hilang dari pandangan mereka, Issac memandang
Lutfiyah didepannya. “Mama pergi bawa Hakim sekali.”
Lutfiyah
menepuk lembut lengan Issac faham dengan arahan menantunya itu. Dia
tahu Issac risau tentang keselamatannya. “Hmm. Iyalah. Kamu
tengok-tengokkan anak mama tu. Entah apa lagi dia tengah rancang
dalam otak dia tu. Mama pergi dulu.”
Issac
mencapai tangan Lutfiyah untuk disalam. “Hati-hati mama. Kirim
salam aunty
Irah.” Lutfiyah angguk dan meninggalkan Issac seorang diri didapur
yang bau harum itu.
hmm..lagi 5 bab kan?okay otak sedang proses...WAHAHAHAHA
ReplyDeleteYap2! Lima bab to go!:B
Deletewahhh x sabar rasanya nak tahu sapa lg dalangnya itu, adakah aairah huhu mai tolong cepatkan ckit.
ReplyDeleteHehehe:B
Delete