Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Saturday, 31 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 80

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 80

Faryal membetulkan gebar yang menyelimuti tubuh Nek Wan. Dia memberi kucupan seperti selalu didahi NekW an. Baru sahaja dia ingin membuka langkah, ketukan dipintu menghentikannya.
Tuk! Tuk!
Siapa yang ketuk? Selalunya mereka masuk main rempuh saja. Faryal memberi kebenaran untuk masuk dan kelibat Rohan muncul disebalik pintu.
Puan.” Ucap Rohan dengan anggukan kecil. Gerald turut masuk ke dalam seperti selalu.
Faryal senyum. Dia sudah dapat agak tujuan kedatagan Rohan itu. Tambah lagi dia melihat fail hitam yang berada dalam tangan lelaki itu.

Masuklah. Tak payah panggil saya Puan. Panggil Ayal saja. Macam mana?”
Rohan menarik nafas dalam sebelum menghembusnya kembali. Hati Faryal berdebar melihat kelakuan Rohan itu. “Saya rasa baik puan…awak duduk dulu.” Ujar Rohan.
Kening Faryal bertaut. Hatinya semakin berdegup kencang dari sebelumnya. “Mesti ni berita tak baik.” Agak Faryal. Rohan hanya memberi senyuman nipis sebelum mengeluarkan sekeping gambar dari dalam fail yang dipegangnya dan dihulurnya kepada Faryal.
Ini gambar Johan Marten.”
Faryal melihat gambar lelaki yang sama yang dilihatnya tempoh hari. Tapi entah mengapa dia rasa seperti pernah kenal tetapi dia tidak dapat ingat. Faryal berpaling kepada Gerald yang setia disisinya.
Gerald, does he look familiar?” Gerald mengambil setapak ke depan dan diambil gambar yang disua Faryal kepadanya. Gambar lelaki bernama Johan Marten itu diamatinya. Faryal dan Rohan menanti dengan sabar jawapan dari Gerald.
Lelaki yang bersama Ahdia bila kita bertembung dimall.” Jawab Gerald. Dikerling sekilas Faryal sebelum mengamati gambar itu sekali lagi sebleum memberinya kembali kepada Faryal.
Lelaki bersama Ahdia dekat mall? Ahdia? Mall? Mata Faryal membulat besar dengan tiba-tiba bila dia sudah ingat pertemuan mereka dengan Ahdia di mall. “Ah! That’s right! Lelaki yang tengok-tengok orang semacam tu. Tapi apa kaitan dia dengan aunty Irah?” Soal Faryal kepada Gerald dan Rohan.
Gerald dan Faryal memandang Rohan meminta penjelasan. “Johan Marten lebih dikenali sebagai Joe. Dia adalah seorang bekas tentera. A commando to be precise. Dia dilucutkan dari pangkatnya kerana didapati mengambil rasuah dari pihak luar.”
Rohan menghulur fail hitam diribanya kepada Faryal sambil menyambung penjelasannya. “Selapas dia dilepaskan, dia bekerja sebagai pegawai keselamatan peribadi untuk orang-orang ternama.”
Faryal angguk faham setelah teliti latar belakang Joe. Dihulur fail itu kepada Gerald yang sedikit tergamam, Faryal mahu mengongsi maklumat itu dengannya.
Fast-forward. Macam mana dia kenal dengan aunty Irah dan Ahdia sekali gus?” Itu yang menjadi tanda tanya. Dia tidak tahu menahu tentang hubungan Ahdia dengan Joe kerana sikap Ahdia yang suka bertukar-tukar pasangan. Mesti dia jumpa Joe dikelab dimana dia selalu pergi. Tetapi Aairah?
Dia kenal dengan puan Aairah terlebih dahulu. About eight years ago. Dikelab malam.” Rohan menjawab pertanyaan Faryal.
Otak Faryal mula membuat perhitungan. Lapan tahun lalu dia berada dibangku sekolah lagi. Lapan tahun. “Papa Izzat meninggal lapan tahun lalu.” Suara Faryal perlahan.
Rohan angguk mengiakan. “Joe berjumpa dengan Ahdia dikelab malam pula dua tahun lalu. Mereka mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan dan untuk pengetahuan puan, kandungan Ahdia yang gugur itu besar kemungkinan adalah anaknya Joe. Selama mereka bersama, Ahdia tidak pernah mempunyai hubungan dengan lelaki lain selain Joe.”
Kandungan Ahdia. Masa yang sangat kacau sekali. Khaleed ugut untuk mendakwa Faryal dan mereka telah membawa dia lari pergi ke Paris. Ahdia mengandung? Mengapa tiada sesiapa yang beritahunya? “Hubungan Joe dan aunty Irah macam mana?” Soal Faryal.
Rohan menunduk kepalanya seketika seperti apa yang ingin dikatakannya amat berat sekali. “Lebih dari kawan. Pada masa Joe bersama Ahdia, dia masih berhubungan dengan Puan Aairah.” Faryal semakin bingung.
Aunty Irah kenali Joe lapan tahun yang lalu. Joe kenali Ahdia dua tahun yang lalu. Selama Ahdia dan Joe bersama, lelaki itu masih berhubungan dengan Aairah. Adakah Aairah ketahui bahawa Joe bermain kayu tiga?
Tapi kenapa aunty Irah tidak pernah beritahu mereka bahawa dia sudah berpunya? Kenapa dia menyembunyikan perkara ini daripada mereka? Mungkinkah kerana Joe jauh lebih muda darinya? Atau mungkin kerana reputsai Joe yang tidak membanggakan itu?
Saya dapat tahu yang Joe pernah berhubungan dengan Tuan Khaleed beberapa kali dan…” Rohan membiarkan ayatnya tergantung. Apa yang ingin diberitahunya mungkin sukar untuk diterima perempuan didepannya itu.
Dan apa?” Soal Gerald bagi pihak Faryal.
Tetapi baru sahaja Rohan mahu menyambung, telefon bimbit Faryal berbunyi. Faryal mengeluarkan telefon bimbit dari kocek blaus yang dipakainya. Nama Lutfiyah tertera diskrin.
Sekejap.” Rohan angguk dan Faryal menjawab panggilan mamanya itu.
Assalammualaikum mama.” Ucap Faryal ceria.
Faryal Shameena.” Riak wajah Faryal berubah mendadak bila suara garau yang tidak dikenalinya menjawab.
Dijarak telefon bimbitnya dari telinga untuk memastikan dia tidak salah bahawa Lutfiyah yang menelefonnya. “Siapa ni? Mama saya mana?” Soalnya bertalu-talu.
Gerald dan Rohan menoleh melihat Faryal bila mendengar pertanyaan Faryal itu. Tambah lagi suara Faryal kedengaran cemas sekali.
Lelaki dihujung talian ketawa. “Siapa aku kau tak perlu tahu. Tapi aku ada seseorang yang aku pasti kau kenal.” Faryal menekan telefon bimbit ke telinga. Dadanya berdegup kencang bila dia mendengar jeritan dihujung talian.
Lepaskan aku! Ayal tolong aunty!” Faryal berdiri secara mendadak. Secara automatis, Rohan juga melakukan perkara yang sama. Gerald sudah mengeluarkan telefon bimbit kerana dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.
Aunty Irah?” Faryal yakin itu suara Aairah. Apa yang telah berlaku? Siapa lelaki yang menelefonnya?
Kalau aunty Irah ada dengan lelaki itu, mama? Faryal meraup kepalanya yang tersarung dengan tudung. Dia mula mundar-mandir panik.
Siapa kau hah? Apa kau nak daripada aku? Mama aku mana?” Soal Faryal cemas. Dia yakin lelaki itu ada mamanya. Kalau tidak bagaimana telefon Lutfiyah ada dalam tangan lelaki itu? Mungkinkah lelaki ini orangnya Khaleed? Mungkinkah ini yang dirancang Khaleed setelah beberapa hari sunyi tanpa berita?
Apa aku nak? Senang. Semua yang kau miliki dan…” Lelaki itu biarkan kata-katanya tergantung ingin membuat suspen. Nafas Faryal sudah tidak terurus.
Kehancuran keluarga kau. Mama kau mana?” Soal lelaki itu sinis.
Kemarahan Faryal meledak dengan pertanyaan itu. Lelaki itu ingin mengejeknya. Lelaki itu ingin mengelirukannya dengan pertanyaan itu. Dia yakin Lutfiyah ada bersama Aairah. Dia yakin. “Siapa kau? Kau jangan nak berani…”
Ayal…” Terhenti terus apa yang ingin dikatakannya bila suara Lutfiyah menyapa ke telinganya. Kakinya juga sudah berhenti bergerak. Hampir terjatuh telefon bimbit di dalam tangannya.
Mama?” Soalnya. Dilihat pintu bilik Nek Wan terkuak, kelibat Rohan sudah tiada disitu hanya Gerald saja.
Ayal jangan dengar…Argh!”
Mama!” Jerit Faryal kuat bila Lutfiyah menjerit kesakitan. Dia semakin resah. Takut kalau Lutfiyah diapa-apakan mereka.
Kau jangan berani apa-apakan mama aku atau aku sendiri akan hapuskan kau.” Ugut Faryal keras. Dia tidak bermain dengan kata-katanya. Dia akan hapuskan mereka kalau apa-apa terjadi kepada Aairah dan Lutfiyah. Terutama sekali Lutfiyah.
Dia mendengar desahan nafas yang kencang dihujung talian. “Kalau kau nak mak cik kau dan mama kau selamat. Kau hanya perlu lakukan apa yang aku suruh. Atau aku akan buat perkara yang sama seperti aku lakukan kepada Eddy. Bapa mertua kau itu.”
Pada masa yang sama, Issac sudah meluru masuk. Muka cemas mendapatkan Faryal.
Kau kerja untuk Khaleedkan? Kau Joe?” Tebak Faryal disambut gelakkan kecil dari lelaki yang dia yakin adalah Joe.
Rohan tadi ada beritahu bahawa Joe pernah beberapa kali berhubungan dengan Khaleed. Joe juga adalah bekas tentera. Mungkin Joelah lelaki yang telah diupah Khaleed untuk membuat kerja kotornya.
Apa yang membuat kau sangka aku adalah Joe?”
Faryal memandang tepat ke mata hazel Issac yang ingin tahu apa yang sedang berlaku. “Kalau kau nak duit aku boleh beri kepada kau. Asalkan…”
Ini bukan hanya sebab duit tetapi hal peribadi juga. Jangan beritahu polis. Kalau aku dapat tahu kau buat laporan polis. Aku akan…”
Jeritan dari hujung talian membuat Faryal laung kuat memanggil Lutfiyah. “Mama! Mama! Tolong jangan apa-apakan mama aku.” Rayu Faryal. Kerongkongnya rasa ketat. Matanya sudah kabur. Dia takut kehilangan Lutfiyah sekali lagi.
Issac menarik Faryal mendekatinya. Tangannya mengusap lembut belakang isterinya itu. Dia mahu sangant merampas telefon bimbit itu tetapi dia yakin Faryal tidak akan menyukai itu sama sekali.
Tahu pun takut. Now be a good girl and listen to me. As we speak, Alex will receive a package with all the further instructions.
What instructions?” Soal Faryal.
Prepare letter of agreement, get your signature and so on. Tunggu dan kamu akan tahu. Patuhi setiap arahan, kalau tidak badan mama kau akan hanyut ditepi sungai. Sama seperti Eddy.” Ugut lelaki itu tanpa belas kasihan. Faryal memejamkan matanya. Setitik demi setitik air mata mula mengalir. Dia sudah membayang badan Lutfiyah terapung disungai. Tidak bernyawa.
Ingat jangan buat apa-apa yang melanggar arahan aku sebab aku akan tahu. Mama sayang say something to Faryal.”
Dengan debaran Faryal menanti mendegar suara Lutfiyah sekali lagi. Mungkin buat terakhir kali. “Jangan buat apa yang dia suruh! Argh!”
Mama!” Jeritan Faryal membuat Issac melepaskan pelukannya dibahu isterinya itu. Semakin deras air mata mengalir dipipi isterinya itu. Mahu saja dia menyekanya tetapi masa tidak tepat.
Faryal bergerak beberapa langkah menjauhi dari Issac. Bunyi bising dihujung talian menjadi fokus utamanya. “Dua puluh empat jam. Ingat. Ta-ta Angel.” Ucap lelaki itu.
Tunggu. Hello! Hello! Argh setan!” Semua yang berada dibilik itu terperanjat bila Faryal menghempas kuat telefon bimbitnya ke atas lantai. Diraup kepalanya dengan kasar sebelum dia melurut ke lantai. Badan menangis teresak-esak.
Sayang. What happened? Talk to me.” Soal Issac melutut disebelah Faryal. Kepala Faryal ditarik menghadapnya. Air mata isterinya itu diseka ibu jarinya yang kasar. Luruh hatinya melihat keadaan Faryal sebegini. Mata Faryal kelihatan sayu.
Bilang abang kenapa. Siapa yang telefon sayang?” Soal Issac bertalu-talu. Dia ingin jawapan dari Faryal supaya dia boleh melakukan sesuatu.
Faryal memejamkan matanya untuk beberapa saat sebelum dibukanya kembali. Issac mengamati Faryal dengan teliti. Hilang terus sepasang mata yang sayu. Kini ia diganti dengan sepasang mata yang penuh dendam dan amarah.
Issac angkat kepalanya bila Faryal berdiri secara mendadak. Faryal mencapai telefon bimbitnya yang sudah berkecai. Dikeluarkan ‘sim card’ darinya dengan tangan yang bergetar. Issac bangkit. Risau dia melihat Faryal yang tidak tentu arah selepas panggilan itu. “Telefon Hakim sekarang. Cari tahu dia dekat mana. Sekarang!” Arah Faryal tanpa memandang mereka. Dia mendengar pintu dibuka dan ditutup kembali.
Dia menapak kembali kepada Issac. Suaminya itu ingin menariknya kembali dalam dakapan tetapi Faryal mempunyai fikiran lain. Dia menyeluk seluar jeans yang dipakai Issac dan dikeluarkan telefon bimbit lelaki itu.
Sayang buat apa ni?” Soal Issac tetapi Faryal tidak menghiraukannya. Dia mencari nombor telefon yang dikehendakinya sebelum melekapnya ke telinga.
Hello uncle Alex. Did you get the package?
**
Talian dimatikan Joe. Dipusing badannya menghadap dua kelibat yang terikat dikerusi itu. Dia senyum herot senang hati dengan apa yang telah dilakukannya. Dia tahu Faryal sudah mengarah orang suruhannya untuk mencari maklumat tentangnya. Jadi dia tidak terperanjat kalau Faryal tahu mengenainya.
Dia menoleh tubuhnya menghadap dua kelibat yang terikat diatas kerusi. Satu merenungnya dengan tajam sementara lagi satu menunduk setelah ditamparnya beberapa kali. Dia berjalan menghampiri mereka. Diamati kedua-dua wanita itu. “Sepasang kembar. Tetapi mempunyai dua perwatakan yang berbeza. Satu memakai tudung dan satu tidak. Satu mempunyai keluarga yang sempurna yang lagi satu tidak.”
Joe berjalan kelilingi mereka. Dia berhenti didepan Lutfiyah. Dibongkok sedikit dan menarik dagu Lutfiyah supaya sepasang mata galak menikamnya. “Satu pemilik syarikat yang paling terkenal didunia sementara lagi satu hanya pemilik kedai buku. Wajah seiras tetapi perjalanan kehidupan sungguh ketara.” Joe menegakkan badannya kembali.
Sementara menunggu mengapa tidak kita bersuka-ria. Tapi yang mana satu?” Dia mengetuk dagunya sambil berjalan ke arah Aairah pula.
Mama kepada lima orang anak atau yang janda yang I pernah rasa?” Dia berdiri tepat didepan Aairah. Dia mendekati mukanya dengan muka Aairah. Tergamam dia bila Aairah meludah ke mukanya.
Kenapa you sanggup buat I macam ni?” Joe gelak menahan marah dan mengesat air ludah Aairah dari mukanya. Lutfiyah yang mendengar semakin curiga apa hubungan Aairah dengan lelaki itu.
Dia senyum meleret pada Aairah sebelum menarik muka Aairah kasar. “I choose you.” Joe mendaratkan ciuman didahi Aairah dan melepaskan genggaman eratnya pada kedua belah pipi Aairah.
Setan kau!” Jerit Aairah. Kaki dia menendang-nendang ke arah Joe yang hanya ketawa sakan dengan kedegilan wanita itu.
Garang. I suka. Bawa dia.” Arah Joe. Dua orang dibelakangnya mendekati Aairah yang masih meronta-ronta minta dilepaskan. Ikatan Nila pada kerusi dibuka.
Lutfiyah yang membelakangi kakaknya itu semakin panik. “Jangan! Jangan! Jangan apa-apakan dia. Tolonglah. Jangan apa-apakan dia.” Rayunya dengan air mata yang merembes keluar. Dia takut kalau mereka melakukan sesutau yang tidak diingini kepada kakaknya itu.
Aariah yang sudah berhenti meronta, tercungap-cungap kepenatan. Tambah lagi dia tidak mungkin dapat mengalahkan kekuatan dua lelaki yang sedang memegang erat kedua belah tangannya itu. Dia melihat Joe merendahkan diri didepan Lutfiyah.
Joe menyeka air mata Lutfiyah yang mengalir. “Aww…Adik yang baru beberapa tahun kenal dengan si kakak membela kembarnya. Terharu. Kalau kau nak tahu aku dan kakak kau tu ada hubungan istimewa sebelum dia menghilangkan diri. Aku dah pernah rasa dia, kalau begitu aku pilih kau pula.” Jari Joe turun mengusap lembut bibir merah Lutfiyah.
Kau jangan apa-apakan dia. Buat saja apa kau suka dengan aku setan!” Aairah jerit lantang. Joe memandang Aairah. Dia senyum dengan makna yang tersirat.
Kau jangan ganggu dia Joe.” Suara seorang lelaki yang amat dikenali Lutfiyah didengarinya.
Joe berdiri mendadak dengan kata-kata itu. Matanya menyoroti kelibat yang menghampiri tahannya itu. “Bos.” Ucapnya dan menjauhi Lutfiyah.
A…Abang.” Ujar Lutfiyah separuh berbisik. Dipandang Khaleed didepannya. Lelaki itu sedang bersenyum lebar padanya.
Khaleed menurunkan badannya. Diusap lembut pipi Lutfiyah yang sudah merah akibat tamparan dari Joe. “Hello Fiyah. Rindu abang? Sebab abang benar-benar rindu dengan sayang. Setiap saat.” Ujar Khaleed lembut. Matanya mengamati wanita yang sudah lama tidak dia pandang. Rindu.
Khaleed…”
Heh setan! Lepaskan kita. Apa yang kau nak hah?” Aairah terjerit-jerit dan sekali lagi dia meronta-ronta minta dilepaskan.
Khaleed menutup matanya seketika. Dipandang Joe disebelahnya. “Tutup mulut dia. Bawa dia pergi.” Arahannya membuat jeritan dan rontaan Aairah semakin menjadi. Ahdia menoleh mahu melihat Aairah.
Jangan! Jangan apa-apakan dia. Abang! Tolong lepaskan kak Irah. Dia tak bersalah dalam hal ini.” Rayu Lutfiyah pada Khaleed yang hanya memerahatinya sejak tadi.
Akak! Kak Irah! Kak Irah!” Laung Lutfiyah bila Aairah dibawa pergi oleh dua lelaki itu dan diikuti oleh Joe.
Mmm! Lepaskan. Mmm!” Kedengaran pintu ditutup kasar dan suara Aairah terus tidak kedengaran.
Kak Irah.” Sekali lagi air matanya mengalir. Ya Allah tolong lindungi kakak hamba. Tolong selamatkan kami Ya Allah. Rintih Lutfiyah dalam hati.
Sayang jangan menangis.” Khaleed menarik kerusi yang diduduki Aairah tadi dan didudukinya. Dia menarik Lutfiyah ke dalam dakapannya. Diusap lembut kepala Lutfiyah.
Shh…It’s going to be okay. Don’t cry. Setelah lama kita berpisah takkan sayang nak kita bertemu kembali dengan air mata ni?” Dikesat air mata Lutfiyah dengan lengan bajunya. Ditepuk lembut tubuh isterinya itu seperti anak kecil yang baru dimarahi kedua ibu bapanya.
Lama abang tunggu sayang balik. Lama sayang sembunyi dari abang. How was Paris?
Kepala Lutfiyah yang diusap Khaleed dijaraknya dari lelaki itu. Dipadang lelaki itu dengan mata yang bulat. Terkejut dengan apa yang baru ditanya Khaleed. Lelaki itu hanya senyum singgung padanya.
Ma..Macam mana ab…”
Khaleed ketawa kecil dengan reaksi Lutfiyah. “I have my sources sweetheart. Remember. Always one step ahead.
Mulut Lutfiyah buka tutup masih tidak dapat mencerna semua ini. “Jadi selama ini.”
Selama ini Khaleed tahu tentang keberadaannya? Khaleed tahu tentang rancangan mereka semua? Khaleed tahu bahawa kemalangan yang ditimpanya hanya satu lakonan saja? Tapi bagaimana Khaleed tahu mengenainya? Kenapa Khaleed membiarkan mereka melaksanakan rancangan mereka? Reaksi Khaleed selama ini hanya satu lakonan? Satu pembohongan?
Tak sangkakan abang pandai berlakon? Abang sendiri pun terperanjat dengan bakat yang terpendam abang ni. You look better then before. Lebih cantik.” Puji Khaleed. Walaupun keadaan Lutfiyah tidak terurus tetapi padanya tetap menawan. Tetap mengugat imannya.
Siapa yang bersubahat dengan abang selama ini?”
Abang yang sepatutnya tanya itu kepada Fiyah. Jadi memang benar yang abang tidak salah nampak dipejabat kelmarin. It’s you I saw yet they all deemed me crazy. Tapi nasib baiklah ada orang yang tolong abang keluar dari situ. Dia yang memberi abang segala maklumat tentang sayang. Keberadaan sayang semua. Tetapi apa yang abang tak faham mengapa sayang sanggup menipu abang? Merancang kejatuhan suami sendiri dibelakang abang?” Soal Khaleed dengan muka yang sedih.
Perkahwinan kita dari dulu hanya satu penipuan. Abang sendiri ingin jatuhkan Fiyah. Abang ingin mengambil semua yang Fiyah ada. Perkahwinan kita tidak pernah atas dasar cinta.”
Cinta? Kita kahwin pun kerana perjanjian orang tua kita. Afterall, I was desperate for a comfortable way of life and marrying you is the golden ticket. Pada mulanya itu memanglah ada rasa sayang semua. Tetapi ia mula berpaling bila abang jumpa dengan cinta hati abang.”
Nila.” Jawab Lutfiyah.
Hatinya yang sudah hancur kini menjadi abu. Dulu dia menerima Khaleed seadanya. Dia menyayangi Khaleed sebagai seorang suami dan perlahan-lahan cinta mula pupuk didalam hatinya. Tetapi dia hanya berpeluk sebelah tangan. Semua kata cinta Khaleed padanya dahulu palsu. Cinta hati Khaleed bukan kepada isteri didepannya tetapi pada isteri lelaki lain. Malah kakak kepada teman wanitanya dulu.
Khaleed angguk. “Pandai.”
Hati Lutfiyah semakin meledak. “Itu sebab kau bela Ahdia seperti anak sendiri. Malah lebih dari anak-anak kita sendiri. She was the key to Nila.
Suaminya itu hanya ketawa. Benar semua yang keluar dari mulut isterinya itu. Pada mulanya dia ingat Ahdia adalah anaknya hasil hubungan intim antara dia dengan Kat, tetapi tekaannya itu meleset sama sekali. Sehinggalah dia terdengar perbualan antara Pablo dan Nila bercakap tentang anak mereka yang dikandungkan Kat. Dari situ dia telah buat keputusan, bayi perempuan itu tidak akan dihantarnya ke rumah anak-anak yatim tetapi dia akan menghantarnya ke rumah dia dan Lutfiyah. Ke Villa Nur.
Dari kecil lagi dia menatang Ahdia seperti minyak yang penuh. Apa saja yang Ahdia mahu akan dia berikan. Apa saja untuk puteri yang akan membawa permaisuri ke sisinya. Selama ini dia hanya menggunakan Ahdia. Adakah dia sayang dengan Ahdia? Sayang sepenuh hati.
Tetapi itu semua telah musnah. Musnah kerana anak pembawa sial bernama Faryal Shameena. “Dan anak kau yang tak sedar diri tu telah mengambilnya dari aku. Jadi giliran aku untuk mengambil apa yang paling berharga padanya. Sayang.” Dagu Lutfiyah dicuitnya sebelum sempat dielak oleh isterinya itu.
Kau dah gila!” Jerkah Lutfiyah.
Khaleed bangkit secara mendadak dan menendang kuat kerusi yang didudukinya tadi. Berkecai kerusi itu bila mencium dinding. Diapit kedua belah pipi Lutfiyah kuat.
Memang aku dah gila! Bapa kau yang gila kuasa itu yang buat aku macm begini. Dia ugut aku ingin mendedah semua hubungan sulit aku bukan hanya kepada kau tetapi kepada seluruh Naraya, tapi itu semua tidak berguna kerana aku ada perkara paling penting yang boleh menjatuhkannya. Aku bermaharajalela buat apa saja yang aku suka, tetapi dalam diam orang tua itu merancang kejatuhan aku.”
Lutfiyah cuba melepaskan genggaman kuat Khaleed pada pipinya yang semakin perit tetapi gagal. Kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.
Dia ambil syarikat aku tanpa pengetahuan aku. Dia beri syarikat milik aku kepada anak kesayangan kau tu kerana dia tahu betapa benci aku kepadanya. Dia menggunakan Faryal untuk balas dendam terhadap aku. Sadly, he failed sebab semua harta kekayaan bawah nama Faryal akan menjadi milik aku. Hanya aku.” Dilepaskan muka Lutfiyah kasar selepas melepaskan amarahnya terhadap Tok Wan lelaki yang memulakan semua ini.
Kalau Tok Wan tidak datang mengugut dengan hubungan sulitnya dia pasti tidak akan mahu mengambil semua hak milik lelaki tua itu. Tetapi bapa mertuanya itu ingat dia saja yang berkuasa. Dia salah.
Kau jangan yakin sangat. Ayal…”
Aku yakin sebab kelemahan Faryal adalah kau. Hanya kau.” Dipintas kata-kata Lutfiyah dan dikerling jam tangannya. Pada masa yang sama, dua lelaki yang pergi bawa Aairah kembali tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tiada kelibat Joe atau Aairah.
Okaylah, abang ada hal nak kena buat. Afterall, tak lama lagi abang akan jadi jutawan. If you’re nice to me I’l’ share.” Khaleed mengenyit matanya.
On second thoughts. No.
Khaleed mengucup bibir Lutfiyah pantas sebelum isterinya itu dapat mengelak. “Jangan nakal-nakal. Jangan rindu abang. Sekejap lagi abang datang balik.” Dicuit hidung Lutfiyah seperti dulu.
Kau akan jatuh Khaleed. Kau akan jatuh dalam tangan anak kau sendiri.” Laung Lutfiyah kuat. Khaleed mendepa tangannya kepada kedua lelaki dibelakang. Salah satu daripada lelaki itu menghulur sapu tangan kepada Khaleed.
Kau akan terima balas…” Belum sempat Lutfiyah habis kata-katanya, Khaleed sudah menekup mulut isterinya itu dengan sapu tangan yang diterimanya tadi.
Be good. Jaga dia. Ada beberapa perkara yang harus aku selesaikan.” Kata Khaleed kepada dua lelaki itu. Dipandang Lutfiyah buat terakhir kali sebelum mengorak langkah meninggalkan isterinya itu terikat sambil memerhati dia pergi.
**
Suasana semakin tegang diruang tamu utama rumah agam Nek Wan. Semua telah berkumpul setelah berita tentang penculikkan Aairah dan Lutfiyah sampai ke teling masing-masing. Sekarang mereka semua sedang mengumpul.
Papa dah melampau!” Shariq bersuara setelah lama berdiam diri.
Faizan yang berdiri disebelah Hisham bersuara pula. “Macam mana papa boleh tahu tentang keberadaan mama?” Dia menyuara pertanyaan yang dia yakin sedang bermain disetiap benak fikiran yang ada disitu.
Ada pembelot diantara kita.” Semua memandang Shayaan yang bersandar dirangka pintu menuju ke belakang sambil memeluk tubuh.
Tapi siapa?”
Ayal.” Faryal yang sedari tadi duduk diatas sofa dikepit oleh Mak Limah dan Widayah berdiri bila kelibat Alex berada didepannya.
Uncle Alex. How is it?” Soalnya sudah tidak boleh bersabar lagi. Issac yang berdiri dibelakang sofa yang diduduki Faryal menghampiri mereka.
I’ve got the papers.” Alex menuju ke meja kopi dan diletak beg bimbitnya atas permukaan marmar itu. Tetapi sebelum membuka beg bimbit itu dia menoleh pada Faryal yang sedang berdiri hampir dengannya, Issac setia disisi.
Ayal yakin dengan apa yang Ayal mahu lakukan ini?”
Faryal angguk tegas. “Kalau ini saja caranya yang boleh selamatkan nyawa aunty Irah dan mama. Ayal yakin. Ayal rela hilang segala-galanya dari keluarga Ayal sendiri.” Keputusan Faryal sudah muktamad.
Ini yang Khaleed inginkan dan dia akan berinya kepada lelaki itu. Keluarga lebih penting dari harta kekayaan. Dia tidak sanggup kehilangan mamanya buat kali kedua. Terutama sekali kalau ia di tangan Khaleed.
Faryal berpaling ke sisi bila dia merasa jari-jemarinya bertaut dengan Issac. “Sayang, abang rasa ini semua perangkap. Abang yakin kalau sayang beri apa yang mereka inginkan, mereka pasti tidak akan melepaskan mereka begitu saja. This is a trap angel. I know.” Issac bersuara.
Dia ingin Faryal memikirkan betul-betul keputusannya. Firasatnya kuat mengatakan bahawa ini semua perangkap Khaleed. Dia yakin setelah Faryal memberi apa yang diinginkan lelaki itu, Khaleed tidak akan dengan mudah melepaskan mereka semua.
Abang! Ini saja caranya untuk menjamin keselamatan mama. Abang nak mayat mama dijumpai tepi sungai seperti arwah papa abang? Abang nak mama diberi ubat-ubatan sebelum mati seperti arwah papa abang? Abang nak macam begitu? Well I don’t!” Ditepis kasar tangan Issac. Kerongkongnya mula rasa perit. Mata sudah kabur.
Dia benar-benar tidak faham mengapa lelaki itu tidak boleh memahaminya sekarang. Dia perlukan sokongan suaminya itu. Masa tidak ada dipihak mereka. Dia tidak mahu pemanggil itu melakukan seperti yang dikatakannya. Dia tidak mahu jumpa badan Lutfiyah terapung-apung ditepi sungai. Dia tidak mahu!
Semua yang berada diruang tamu itu tergamam dengan apa yang baru keluar dari mulut Faryal, terutama sekali Issac. Lelaki itu kelihatan tersentap. Badan Shayaan yang menyandar dirangka pintu pula sudah berdiri tegak. Mak Limah dan Widayah mendapat Faryal yang sudah hilang kawalannya.
Empangan air mata Faryal pecah jua. Matanya menikam tajam mata hazel suaminya itu. “Meen tak bencikan mama sepertimana abang bencikan papa abang. Meen tak sanggup kehilangan mama seperti abang sanggup kehilangan papa abang. Meen tak mahu menyesali selepas mama sudah tiada lagi. Meen tak sanggup…”
Fine. Kalau itu yang Meen rasa betul. Then do it. Abang tak mahu Meen rasa bersalah sepertimana yang abang tanggung sehingga sekarang.” Pintas Issac dengan lantang sebelum berlalu pergi meninggalkan ruang tamu utama itu.
Faryal terkedu. Tangisannya mula berjuraian. Apa yang telah dia lakukan? Apa yang telah dia lakukan kepada Issac? Tangan terketar-ketar menekup mulutnya tidak percaya dia mengeluarkan kata-kata itu semua. Kata-kata yang dia yakin telah menyakiti perasaan suaminya itu.
Alex meletak tangannya dibahu Faryal. Dia tahu mereka semua sedang resah dan gelisah. Terutama sekali Faryal. “Uncle beri Ayal masa untuk bertenang. Once you’ve made your decision. I’ll be in the back living room.” Suara Alex dan mengikut Hisham ke ruang tamu belakang.
Ayal.” Mak Limah mendapatkan Faryal yang sudah melurut ke permaidani. Menangis terhinggut-hinggut, menyesali apa yang telah dia katakan.
Ibu. Kenapa semua orang tak faham. Mama lebih penting dari segala-galanya. Ayal tak mahu kehilangan mama lagi. Ayal…”
Mak Limah menarik Faryal ke dalam dakapannya. Diusap lembut kepala anak muda itu. Widayah disisi mengusap lembut belakang kawan baiknya itu.
Shh…Ibu faham apa yang Ayal rasakan. Tapi Ayal harus berfikir dari sudut lain juga. Benar cakap Izzat tadi. Papa kamu tu seorang yang licik. Kalau dia perangkap kamu macam mana? Bukan saja kita kehilangan mama kamu malah kamu juga.”
Shariq, Shayaan dan Faizan hanya memerhati. Runtuh hati mereka melihat keadaan Faryal. Mereka sebagai anak lelaki harus melindungi keluarga tetapi Faryal yang terpaksa menanggung itu semua.
Faryal memejam matanya. Kata-katanya tadi berulang lagi difikirannya. Dia merasa kucupan hangat didahinya. “Izzat takut kehilangan kamu. Itu sebab dia menyuruh kamu berfikir dengan betul.” Sambung Mak Limah.
Tapi Meen dah sakiti abang. Meen…”
Mak Limah meleraikan pelukannya. Dia menggeleng kepala dan menyeka air mata anak kawan baiknya itu. Dia tahu hati dan fikiran Faryal sedang kacau dan hanya ada satu jalan untuk menyelesaikannya. “Kamu pergi solat. Minta petunjuk. Sejuk dan tenangkan hati kamu tu. Selepas itu nincang dengan Izzat tentang keputusan kamu. Dia suami. Kamu harus mendahuluinya dalam apa-apa hal.”
Faryal angguk akur. Solat. DIA saja yang boleh menolongnya sekarang. Hanya DIA yang mempunyai jalan keluar untuk ini semua. Hanya Dia.
Aku temankan kau.” Suara Widayah menemani Faryal menuju ke atas.
**
Usai solat, Faryal tidak mencari Izzat tetapi melencong ke bilik Nek Wan. Matanya jatuh melihat kelibat Nek Wan yang masih tidak sedarkan diri. Dia menghampiri tubuh itu dan melabuh duduk dikerusi yang terdapat disisi katil. Tapak tangan Nek Wan digapainya. Sementara itu tangannya yang lagi satu mengusap lembut rambut Nek Wan yang semakin panjang.
Nek Wan, Ayal tahu Nek Wan dengar apa yang Ayal cakapkan selama ini. Ayal banyak berhutang budi kepada Nek Wan. You’ve taught me things that are useful for me now.” Dia melentok kepalanya dibahu Nek Wan.
Papa ada mama sekarang dan Ayal takut. Ayal takut apa yang lelaki itu cakap ditelefon akan terjadi pada mama. Ayal takut apa yang terjadi pada orang tuanya abang jadi kepada Ayal. Ayal takut Nek Wan. Ayal takut kehilangan orang-orang yang Ayal sayang. Ayal takut kehilangan mama. Ayal takut kehilangan Nek Wan.” Hatinya menjadi sebak sekali lagi. Air jernih yang sudah henti mengalir kembali.
Tapi sekarang Ayal sudah buat keputusan. Benar cakap ibu. Hanya DIA saja yang ada jalan untuk semua masalah kita. Ayal harap apa saja keputusan yang Ayal ambil ni direstui semua.” Jari-jemari Nek Wan dimain-mainnya.
Nek Wan…”
Belakang tangan Nek Wan dibawa ke bibir dan dikucup lama. Mungkin ini kali terakhir dia dapat berjumpa dengan Nek Wan. Banyak yang ingin dikatakannya, tetapi dia tidak ada banyak masa.
Maafkan dosa-dosa Ayal selama ini. Halalkan makan dan minum Ayal selama duduk bersama Nek Wan. Ayal nak Nek Wan tahu yang Ayal sayang sangat dengan Nek Wan. Sayang sangat-sangat.” Dikucup pipi Nek Wan bertalu-talu.
Dia bangkit dari melentok kepalanya dibahu Nek Wan lantas mengucup lembut dahi neneknya itu. “Nek Wan jaga diri Nek Wan baik-baik. Jangan nakal-nakal bila Ayal tak ada. Ayal pergi dulu.” Ucap Faryal dengan suara tersekat-sekat. Disalam Nek Wan buat terakhir kali sebelum pergi.
Ayal…”
Langkah Faryal mati bila mendengar suara yang amat dirindui memanggilnya. Dia menoleh. Dilihat tangan yang baru disalaminya tadi mengenggam pergelangan tangannya kejap. Matanya beralih melihat ke muka Nek Wan. Mulutnya tercengang. Sepasang mata hazel menikamnya tajam.
Nek Wan?”



6 comments:

  1. Rasanya pembelot adlh aunty airah... Moga faryal dan mamanya xde apa2...sbr mnnti smbungannya... Truskn usaha pnulis

    ReplyDelete
  2. sah2 aunty irah..or maybe uncle alex? HAHAHAHHA syakwasangka di mana2 so cepat2lh sambung ye kak!! lg 4 bab je kn

    ReplyDelete
  3. mesti aairah pembelot tu huhu cepat mai sambungannya...

    ReplyDelete