Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab 80
Bab 80
Faryal
membetulkan gebar yang menyelimuti tubuh Nek Wan. Dia memberi kucupan
seperti selalu didahi NekW an. Baru sahaja dia ingin membuka langkah,
ketukan dipintu menghentikannya.
Tuk!
Tuk!
Siapa
yang ketuk? Selalunya mereka masuk main rempuh saja. Faryal memberi
kebenaran untuk masuk dan kelibat Rohan muncul disebalik pintu.
“Puan.”
Ucap Rohan dengan anggukan kecil. Gerald turut masuk ke dalam seperti
selalu.
Faryal
senyum. Dia sudah dapat agak tujuan kedatagan Rohan itu. Tambah lagi
dia melihat fail hitam yang berada dalam tangan lelaki itu.
“Masuklah.
Tak payah panggil saya Puan. Panggil Ayal saja. Macam mana?”
Rohan
menarik nafas dalam sebelum menghembusnya kembali. Hati Faryal
berdebar melihat kelakuan Rohan itu. “Saya rasa baik puan…awak
duduk dulu.” Ujar Rohan.
Kening
Faryal bertaut. Hatinya semakin berdegup kencang dari sebelumnya.
“Mesti ni berita tak baik.” Agak Faryal. Rohan hanya memberi
senyuman nipis sebelum mengeluarkan sekeping gambar dari dalam fail
yang dipegangnya dan dihulurnya kepada Faryal.
“Ini
gambar Johan Marten.”
Faryal
melihat gambar lelaki yang sama yang dilihatnya tempoh hari. Tapi
entah mengapa dia rasa seperti pernah kenal tetapi dia tidak dapat
ingat. Faryal berpaling kepada Gerald yang setia disisinya.
“Gerald,
does he look familiar?”
Gerald mengambil setapak ke depan dan diambil gambar yang disua
Faryal kepadanya. Gambar lelaki bernama Johan Marten itu diamatinya.
Faryal dan Rohan menanti dengan sabar jawapan dari Gerald.
“Lelaki
yang bersama Ahdia bila kita bertembung dimall.”
Jawab Gerald. Dikerling sekilas Faryal sebelum mengamati gambar itu
sekali lagi sebleum memberinya kembali kepada Faryal.
Lelaki
bersama Ahdia dekat mall?
Ahdia? Mall?
Mata Faryal membulat besar dengan tiba-tiba bila dia sudah ingat
pertemuan mereka dengan Ahdia di mall. “Ah!
That’s right! Lelaki
yang tengok-tengok orang semacam tu. Tapi apa kaitan dia dengan aunty
Irah?” Soal Faryal kepada Gerald dan Rohan.
Gerald
dan Faryal memandang Rohan meminta penjelasan. “Johan Marten lebih
dikenali sebagai Joe. Dia adalah seorang bekas tentera. A
commando to be precise.
Dia dilucutkan dari pangkatnya kerana didapati mengambil rasuah dari
pihak luar.”
Rohan
menghulur fail hitam diribanya kepada Faryal sambil menyambung
penjelasannya. “Selapas dia dilepaskan, dia bekerja sebagai pegawai
keselamatan peribadi untuk orang-orang ternama.”
Faryal
angguk faham setelah teliti latar belakang Joe. Dihulur fail itu
kepada Gerald yang sedikit tergamam, Faryal mahu mengongsi maklumat
itu dengannya.
“Fast-forward.
Macam mana dia kenal dengan aunty
Irah dan Ahdia sekali gus?” Itu yang menjadi tanda tanya. Dia tidak
tahu menahu tentang hubungan Ahdia dengan Joe kerana sikap Ahdia yang
suka bertukar-tukar pasangan. Mesti dia jumpa Joe dikelab dimana dia
selalu pergi. Tetapi Aairah?
“Dia
kenal dengan puan Aairah terlebih dahulu. About
eight years ago. Dikelab
malam.” Rohan menjawab pertanyaan Faryal.
Otak
Faryal mula membuat perhitungan. Lapan tahun lalu dia berada dibangku
sekolah lagi. Lapan tahun. “Papa Izzat meninggal lapan tahun lalu.”
Suara Faryal perlahan.
Rohan
angguk mengiakan. “Joe berjumpa dengan Ahdia dikelab malam pula dua
tahun lalu. Mereka mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan dan
untuk pengetahuan puan, kandungan Ahdia yang gugur itu besar
kemungkinan adalah anaknya Joe. Selama mereka bersama, Ahdia tidak
pernah mempunyai hubungan dengan lelaki lain selain Joe.”
Kandungan
Ahdia. Masa yang sangat kacau sekali. Khaleed ugut untuk mendakwa
Faryal dan mereka telah membawa dia lari pergi ke Paris. Ahdia
mengandung? Mengapa tiada sesiapa yang beritahunya? “Hubungan Joe
dan aunty
Irah macam mana?” Soal Faryal.
Rohan
menunduk kepalanya seketika seperti apa yang ingin dikatakannya amat
berat sekali. “Lebih dari kawan. Pada masa Joe bersama Ahdia, dia
masih berhubungan dengan Puan Aairah.” Faryal semakin bingung.
Aunty
Irah kenali Joe lapan tahun yang lalu. Joe kenali Ahdia dua tahun
yang lalu. Selama Ahdia dan Joe bersama, lelaki itu masih berhubungan
dengan Aairah. Adakah Aairah ketahui bahawa Joe bermain kayu tiga?
Tapi
kenapa aunty
Irah tidak pernah beritahu mereka bahawa dia sudah berpunya? Kenapa
dia menyembunyikan perkara ini daripada mereka? Mungkinkah kerana Joe
jauh lebih muda darinya? Atau mungkin kerana reputsai Joe yang tidak
membanggakan itu?
“Saya
dapat tahu yang Joe pernah berhubungan dengan Tuan Khaleed beberapa
kali dan…” Rohan membiarkan ayatnya tergantung. Apa yang ingin
diberitahunya mungkin sukar untuk diterima perempuan didepannya itu.
“Dan
apa?” Soal Gerald bagi pihak Faryal.
Tetapi
baru sahaja Rohan mahu menyambung, telefon bimbit Faryal berbunyi.
Faryal mengeluarkan telefon bimbit dari kocek blaus yang dipakainya.
Nama Lutfiyah tertera diskrin.
“Sekejap.”
Rohan angguk dan Faryal menjawab panggilan mamanya itu.
“Assalammualaikum
mama.” Ucap Faryal ceria.
“Faryal
Shameena.” Riak wajah Faryal berubah mendadak bila suara garau yang
tidak dikenalinya menjawab.
Dijarak
telefon bimbitnya dari telinga untuk memastikan dia tidak salah
bahawa Lutfiyah yang menelefonnya. “Siapa ni? Mama saya mana?”
Soalnya bertalu-talu.
Gerald
dan Rohan menoleh melihat Faryal bila mendengar pertanyaan Faryal
itu. Tambah lagi suara Faryal kedengaran cemas sekali.
Lelaki
dihujung talian ketawa. “Siapa aku kau tak perlu tahu. Tapi aku ada
seseorang yang aku pasti kau kenal.” Faryal menekan telefon bimbit
ke telinga. Dadanya berdegup kencang bila dia mendengar jeritan
dihujung talian.
“Lepaskan
aku! Ayal tolong aunty!”
Faryal berdiri secara mendadak. Secara automatis, Rohan juga
melakukan perkara yang sama. Gerald sudah mengeluarkan telefon bimbit
kerana dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.
“Aunty
Irah?” Faryal yakin itu suara Aairah. Apa yang telah berlaku? Siapa
lelaki yang menelefonnya?
Kalau
aunty
Irah ada dengan lelaki itu, mama? Faryal meraup kepalanya yang
tersarung dengan tudung. Dia mula mundar-mandir panik.
“Siapa
kau hah? Apa kau nak daripada aku? Mama aku mana?” Soal Faryal
cemas. Dia yakin lelaki itu ada mamanya. Kalau tidak bagaimana
telefon Lutfiyah ada dalam tangan lelaki itu? Mungkinkah lelaki ini
orangnya Khaleed? Mungkinkah ini yang dirancang Khaleed setelah
beberapa hari sunyi tanpa berita?
“Apa
aku nak? Senang. Semua yang kau miliki dan…” Lelaki itu biarkan
kata-katanya tergantung ingin membuat suspen. Nafas Faryal sudah
tidak terurus.
“Kehancuran
keluarga kau. Mama kau mana?” Soal lelaki itu sinis.
Kemarahan
Faryal meledak dengan pertanyaan itu. Lelaki itu ingin mengejeknya.
Lelaki itu ingin mengelirukannya dengan pertanyaan itu. Dia yakin
Lutfiyah ada bersama Aairah. Dia yakin. “Siapa kau? Kau jangan nak
berani…”
“Ayal…”
Terhenti terus apa yang ingin dikatakannya bila suara Lutfiyah
menyapa ke telinganya. Kakinya juga sudah berhenti bergerak. Hampir
terjatuh telefon bimbit di dalam tangannya.
“Mama?”
Soalnya. Dilihat pintu bilik Nek Wan terkuak, kelibat Rohan sudah
tiada disitu hanya Gerald saja.
“Ayal
jangan dengar…Argh!”
“Mama!”
Jerit Faryal kuat bila Lutfiyah menjerit kesakitan. Dia semakin
resah. Takut kalau Lutfiyah diapa-apakan mereka.
“Kau
jangan berani apa-apakan mama aku atau aku sendiri akan hapuskan
kau.” Ugut Faryal keras. Dia tidak bermain dengan kata-katanya. Dia
akan hapuskan mereka kalau apa-apa terjadi kepada Aairah dan
Lutfiyah. Terutama sekali Lutfiyah.
Dia
mendengar desahan nafas yang kencang dihujung talian. “Kalau kau
nak mak cik kau dan mama kau selamat. Kau hanya perlu lakukan apa
yang aku suruh. Atau aku akan buat perkara yang sama seperti aku
lakukan kepada Eddy. Bapa mertua kau itu.”
Pada
masa yang sama, Issac sudah meluru masuk. Muka cemas mendapatkan
Faryal.
“Kau
kerja untuk Khaleedkan? Kau Joe?” Tebak Faryal disambut gelakkan
kecil dari lelaki yang dia yakin adalah Joe.
Rohan
tadi ada beritahu bahawa Joe pernah beberapa kali berhubungan dengan
Khaleed. Joe juga adalah bekas tentera. Mungkin Joelah lelaki yang
telah diupah Khaleed untuk membuat kerja kotornya.
“Apa
yang membuat kau sangka aku adalah Joe?”
Faryal
memandang tepat ke mata hazel Issac yang ingin tahu apa yang sedang
berlaku. “Kalau kau nak duit aku boleh beri kepada kau. Asalkan…”
“Ini
bukan hanya sebab duit tetapi hal peribadi juga. Jangan beritahu
polis. Kalau aku dapat tahu kau buat laporan polis. Aku akan…”
Jeritan
dari hujung talian membuat Faryal laung kuat memanggil Lutfiyah.
“Mama! Mama! Tolong jangan apa-apakan mama aku.” Rayu Faryal.
Kerongkongnya rasa ketat. Matanya sudah kabur. Dia takut kehilangan
Lutfiyah sekali lagi.
Issac
menarik Faryal mendekatinya. Tangannya mengusap lembut belakang
isterinya itu. Dia mahu sangant merampas telefon bimbit itu tetapi
dia yakin Faryal tidak akan menyukai itu sama sekali.
“Tahu
pun takut. Now
be a good girl and listen to me. As we speak, Alex will receive a
package with all the further instructions.”
“What
instructions?”
Soal Faryal.
“Prepare
letter of agreement, get your signature and so on.
Tunggu dan kamu akan tahu. Patuhi setiap arahan, kalau tidak badan
mama kau akan hanyut ditepi sungai. Sama seperti Eddy.” Ugut lelaki
itu tanpa belas kasihan. Faryal memejamkan matanya. Setitik demi
setitik air mata mula mengalir. Dia sudah membayang badan Lutfiyah
terapung disungai. Tidak bernyawa.
“Ingat
jangan buat apa-apa yang melanggar arahan aku sebab aku akan tahu.
Mama sayang say
something to
Faryal.”
Dengan
debaran Faryal menanti mendegar suara Lutfiyah sekali lagi. Mungkin
buat terakhir kali. “Jangan buat apa yang dia suruh! Argh!”
“Mama!”
Jeritan Faryal membuat Issac melepaskan pelukannya dibahu isterinya
itu. Semakin deras air mata mengalir dipipi isterinya itu. Mahu saja
dia menyekanya tetapi masa tidak tepat.
Faryal
bergerak beberapa langkah menjauhi dari Issac. Bunyi bising dihujung
talian menjadi fokus utamanya. “Dua puluh empat jam. Ingat. Ta-ta
Angel.”
Ucap lelaki itu.
“Tunggu.
Hello!
Hello!
Argh setan!” Semua yang berada dibilik itu terperanjat bila Faryal
menghempas kuat telefon bimbitnya ke atas lantai. Diraup kepalanya
dengan kasar sebelum dia melurut ke lantai. Badan menangis
teresak-esak.
“Sayang.
What
happened? Talk to me.”
Soal Issac melutut disebelah Faryal. Kepala Faryal ditarik
menghadapnya. Air mata isterinya itu diseka ibu jarinya yang kasar.
Luruh hatinya melihat keadaan Faryal sebegini. Mata Faryal kelihatan
sayu.
“Bilang
abang kenapa. Siapa yang telefon sayang?” Soal Issac bertalu-talu.
Dia ingin jawapan dari Faryal supaya dia boleh melakukan sesuatu.
Faryal
memejamkan matanya untuk beberapa saat sebelum dibukanya kembali.
Issac mengamati Faryal dengan teliti. Hilang terus sepasang mata yang
sayu. Kini ia diganti dengan sepasang mata yang penuh dendam dan
amarah.
Issac
angkat kepalanya bila Faryal berdiri secara mendadak. Faryal mencapai
telefon bimbitnya yang sudah berkecai. Dikeluarkan ‘sim card’
darinya dengan tangan yang bergetar. Issac bangkit. Risau dia melihat
Faryal yang tidak tentu arah selepas panggilan itu. “Telefon Hakim
sekarang. Cari tahu dia dekat mana. Sekarang!” Arah Faryal tanpa
memandang mereka. Dia mendengar pintu dibuka dan ditutup kembali.
Dia
menapak kembali kepada Issac. Suaminya itu ingin menariknya kembali
dalam dakapan tetapi Faryal mempunyai fikiran lain. Dia menyeluk
seluar jeans yang dipakai Issac dan dikeluarkan telefon bimbit lelaki
itu.
“Sayang
buat apa ni?” Soal Issac tetapi Faryal tidak menghiraukannya. Dia
mencari nombor telefon yang dikehendakinya sebelum melekapnya ke
telinga.
“Hello
uncle Alex. Did you get the package?”
**
Talian
dimatikan Joe. Dipusing badannya menghadap dua kelibat yang terikat
dikerusi itu. Dia senyum herot senang hati dengan apa yang telah
dilakukannya. Dia tahu Faryal sudah mengarah orang suruhannya untuk
mencari maklumat tentangnya. Jadi dia tidak terperanjat kalau Faryal
tahu mengenainya.
Dia
menoleh tubuhnya menghadap dua kelibat yang terikat diatas kerusi.
Satu merenungnya dengan tajam sementara lagi satu menunduk setelah
ditamparnya beberapa kali. Dia berjalan menghampiri mereka. Diamati
kedua-dua wanita itu. “Sepasang kembar. Tetapi mempunyai dua
perwatakan yang berbeza. Satu memakai tudung dan satu tidak. Satu
mempunyai keluarga yang sempurna yang lagi satu tidak.”
Joe
berjalan kelilingi mereka. Dia berhenti didepan Lutfiyah. Dibongkok
sedikit dan menarik dagu Lutfiyah supaya sepasang mata galak
menikamnya. “Satu pemilik syarikat yang paling terkenal didunia
sementara lagi satu hanya pemilik kedai buku. Wajah seiras tetapi
perjalanan kehidupan sungguh ketara.” Joe menegakkan badannya
kembali.
“Sementara
menunggu mengapa tidak kita bersuka-ria. Tapi yang mana satu?” Dia
mengetuk dagunya sambil berjalan ke arah Aairah pula.
“Mama
kepada lima orang anak atau yang janda yang I pernah rasa?” Dia
berdiri tepat didepan Aairah. Dia mendekati mukanya dengan muka
Aairah. Tergamam dia bila Aairah meludah ke mukanya.
“Kenapa
you sanggup buat I macam ni?” Joe gelak menahan marah dan mengesat
air ludah Aairah dari mukanya. Lutfiyah yang mendengar semakin curiga
apa hubungan Aairah dengan lelaki itu.
Dia
senyum meleret pada Aairah sebelum menarik muka Aairah kasar. “I
choose you.”
Joe mendaratkan ciuman didahi Aairah dan melepaskan genggaman eratnya
pada kedua belah pipi Aairah.
“Setan
kau!” Jerit Aairah. Kaki dia menendang-nendang ke arah Joe yang
hanya ketawa sakan dengan kedegilan wanita itu.
“Garang.
I suka. Bawa dia.” Arah Joe. Dua orang dibelakangnya mendekati
Aairah yang masih meronta-ronta minta dilepaskan. Ikatan Nila pada
kerusi dibuka.
Lutfiyah
yang membelakangi kakaknya itu semakin panik. “Jangan! Jangan!
Jangan apa-apakan dia. Tolonglah. Jangan apa-apakan dia.” Rayunya
dengan air mata yang merembes keluar. Dia takut kalau mereka
melakukan sesutau yang tidak diingini kepada kakaknya itu.
Aariah
yang sudah berhenti meronta, tercungap-cungap kepenatan. Tambah lagi
dia tidak mungkin dapat mengalahkan kekuatan dua lelaki yang sedang
memegang erat kedua belah tangannya itu. Dia melihat Joe merendahkan
diri didepan Lutfiyah.
Joe
menyeka air mata Lutfiyah yang mengalir. “Aww…Adik yang baru
beberapa tahun kenal dengan si kakak membela kembarnya. Terharu.
Kalau kau nak tahu aku dan kakak kau tu ada hubungan istimewa sebelum
dia menghilangkan diri. Aku dah pernah rasa dia, kalau begitu aku
pilih kau pula.” Jari Joe turun mengusap lembut bibir merah
Lutfiyah.
“Kau
jangan apa-apakan dia. Buat saja apa kau suka dengan aku setan!”
Aairah jerit lantang. Joe memandang Aairah. Dia senyum dengan makna
yang tersirat.
“Kau
jangan ganggu dia Joe.” Suara seorang lelaki yang amat dikenali
Lutfiyah didengarinya.
Joe
berdiri mendadak dengan kata-kata itu. Matanya menyoroti kelibat yang
menghampiri tahannya itu. “Bos.” Ucapnya dan menjauhi Lutfiyah.
“A…Abang.”
Ujar Lutfiyah separuh berbisik. Dipandang Khaleed didepannya. Lelaki
itu sedang bersenyum lebar padanya.
Khaleed
menurunkan badannya. Diusap lembut pipi Lutfiyah yang sudah merah
akibat tamparan dari Joe. “Hello Fiyah. Rindu abang? Sebab abang
benar-benar rindu dengan sayang. Setiap saat.” Ujar Khaleed lembut.
Matanya mengamati wanita yang sudah lama tidak dia pandang. Rindu.
“Khaleed…”
“Heh
setan! Lepaskan kita. Apa yang kau nak hah?” Aairah terjerit-jerit
dan sekali lagi dia meronta-ronta minta dilepaskan.
Khaleed
menutup matanya seketika. Dipandang Joe disebelahnya. “Tutup mulut
dia. Bawa dia pergi.” Arahannya membuat jeritan dan rontaan Aairah
semakin menjadi. Ahdia menoleh mahu melihat Aairah.
“Jangan!
Jangan apa-apakan dia. Abang! Tolong lepaskan kak Irah. Dia tak
bersalah dalam hal ini.” Rayu Lutfiyah pada Khaleed yang hanya
memerahatinya sejak tadi.
“Akak!
Kak Irah! Kak Irah!” Laung Lutfiyah bila Aairah dibawa pergi oleh
dua lelaki itu dan diikuti oleh Joe.
“Mmm!
Lepaskan. Mmm!” Kedengaran pintu ditutup kasar dan suara Aairah
terus tidak kedengaran.
“Kak
Irah.” Sekali lagi air matanya mengalir. Ya Allah tolong lindungi
kakak hamba. Tolong selamatkan kami Ya Allah. Rintih Lutfiyah dalam
hati.
“Sayang
jangan menangis.” Khaleed menarik kerusi yang diduduki Aairah tadi
dan didudukinya. Dia menarik Lutfiyah ke dalam dakapannya. Diusap
lembut kepala Lutfiyah.
“Shh…It’s
going to be okay. Don’t cry.
Setelah lama kita berpisah takkan sayang nak kita bertemu kembali
dengan air mata ni?” Dikesat air mata Lutfiyah dengan lengan
bajunya. Ditepuk lembut tubuh isterinya itu seperti anak kecil yang
baru dimarahi kedua ibu bapanya.
“Lama
abang tunggu sayang balik. Lama sayang sembunyi dari abang. How
was Paris?”
Kepala
Lutfiyah yang diusap Khaleed dijaraknya dari lelaki itu. Dipadang
lelaki itu dengan mata yang bulat. Terkejut dengan apa yang baru
ditanya Khaleed. Lelaki itu hanya senyum singgung padanya.
“Ma..Macam
mana ab…”
Khaleed
ketawa kecil dengan reaksi Lutfiyah. “I
have my sources sweetheart. Remember. Always one step ahead.”
Mulut
Lutfiyah buka tutup masih tidak dapat mencerna semua ini. “Jadi
selama ini.”
Selama
ini Khaleed tahu tentang keberadaannya? Khaleed tahu tentang
rancangan mereka semua? Khaleed tahu bahawa kemalangan yang
ditimpanya hanya satu lakonan saja? Tapi bagaimana Khaleed tahu
mengenainya? Kenapa Khaleed membiarkan mereka melaksanakan rancangan
mereka? Reaksi Khaleed selama ini hanya satu lakonan? Satu
pembohongan?
“Tak
sangkakan abang pandai berlakon? Abang sendiri pun terperanjat dengan
bakat yang terpendam abang ni. You
look better then before.
Lebih cantik.” Puji Khaleed. Walaupun keadaan Lutfiyah tidak
terurus tetapi padanya tetap menawan. Tetap mengugat imannya.
“Siapa
yang bersubahat dengan abang selama ini?”
“Abang
yang sepatutnya tanya itu kepada Fiyah. Jadi memang benar yang abang
tidak salah nampak dipejabat kelmarin. It’s
you I saw yet they all deemed me crazy.
Tapi nasib baiklah ada orang yang tolong abang keluar dari situ. Dia
yang memberi abang segala maklumat tentang sayang. Keberadaan sayang
semua. Tetapi apa yang abang tak faham mengapa sayang sanggup menipu
abang? Merancang kejatuhan suami sendiri dibelakang abang?” Soal
Khaleed dengan muka yang sedih.
“Perkahwinan
kita dari dulu hanya satu penipuan. Abang sendiri ingin jatuhkan
Fiyah. Abang ingin mengambil semua yang Fiyah ada. Perkahwinan kita
tidak pernah atas dasar cinta.”
“Cinta?
Kita kahwin pun kerana perjanjian orang tua kita. Afterall,
I was desperate for a comfortable way of life and marrying you is the
golden ticket. Pada
mulanya itu memanglah ada rasa sayang semua. Tetapi ia mula berpaling
bila abang jumpa dengan cinta hati abang.”
“Nila.”
Jawab Lutfiyah.
Hatinya
yang sudah hancur kini menjadi abu. Dulu dia menerima Khaleed
seadanya. Dia menyayangi Khaleed sebagai seorang suami dan
perlahan-lahan cinta mula pupuk didalam hatinya. Tetapi dia hanya
berpeluk sebelah tangan. Semua kata cinta Khaleed padanya dahulu
palsu. Cinta hati Khaleed bukan kepada isteri didepannya tetapi pada
isteri lelaki lain. Malah kakak kepada teman wanitanya dulu.
Khaleed
angguk. “Pandai.”
Hati
Lutfiyah semakin meledak. “Itu sebab kau bela Ahdia seperti anak
sendiri. Malah lebih dari anak-anak kita sendiri. She
was the key to Nila.”
Suaminya
itu hanya ketawa. Benar semua yang keluar dari mulut isterinya itu.
Pada mulanya dia ingat Ahdia adalah anaknya hasil hubungan intim
antara dia dengan Kat, tetapi tekaannya itu meleset sama sekali.
Sehinggalah dia terdengar perbualan antara Pablo dan Nila bercakap
tentang anak mereka yang dikandungkan Kat. Dari situ dia telah buat
keputusan, bayi perempuan itu tidak akan dihantarnya ke rumah
anak-anak yatim tetapi dia akan menghantarnya ke rumah dia dan
Lutfiyah. Ke Villa Nur.
Dari
kecil lagi dia menatang Ahdia seperti minyak yang penuh. Apa saja
yang Ahdia mahu akan dia berikan. Apa saja untuk puteri yang akan
membawa permaisuri ke sisinya. Selama ini dia hanya menggunakan
Ahdia. Adakah dia sayang dengan Ahdia? Sayang sepenuh hati.
Tetapi
itu semua telah musnah. Musnah kerana anak pembawa sial bernama
Faryal Shameena. “Dan anak kau yang tak sedar diri tu telah
mengambilnya dari aku. Jadi giliran aku untuk mengambil apa yang
paling berharga padanya. Sayang.” Dagu Lutfiyah dicuitnya sebelum
sempat dielak oleh isterinya itu.
“Kau
dah gila!” Jerkah Lutfiyah.
Khaleed
bangkit secara mendadak dan menendang kuat kerusi yang didudukinya
tadi. Berkecai kerusi itu bila mencium dinding. Diapit kedua belah
pipi Lutfiyah kuat.
“Memang
aku dah gila! Bapa kau yang gila kuasa itu yang buat aku macm
begini. Dia ugut aku ingin mendedah semua hubungan sulit aku bukan
hanya kepada kau tetapi kepada seluruh Naraya, tapi itu semua tidak
berguna kerana aku ada perkara paling penting yang boleh
menjatuhkannya. Aku bermaharajalela buat apa saja yang aku suka,
tetapi dalam diam orang tua itu merancang kejatuhan aku.”
Lutfiyah
cuba melepaskan genggaman kuat Khaleed pada pipinya yang semakin
perit tetapi gagal. Kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.
“Dia
ambil syarikat aku tanpa pengetahuan aku. Dia beri syarikat milik aku
kepada anak kesayangan kau tu kerana dia tahu betapa benci aku
kepadanya. Dia menggunakan Faryal untuk balas dendam terhadap aku.
Sadly,
he failed sebab
semua harta kekayaan bawah nama Faryal akan menjadi milik aku. Hanya
aku.” Dilepaskan muka Lutfiyah kasar selepas melepaskan amarahnya
terhadap Tok Wan lelaki yang memulakan semua ini.
Kalau
Tok Wan tidak datang mengugut dengan hubungan sulitnya dia pasti
tidak akan mahu mengambil semua hak milik lelaki tua itu. Tetapi bapa
mertuanya itu ingat dia saja yang berkuasa. Dia salah.
“Kau
jangan yakin sangat. Ayal…”
“Aku
yakin sebab kelemahan Faryal adalah kau. Hanya kau.” Dipintas
kata-kata Lutfiyah dan dikerling jam tangannya. Pada masa yang sama,
dua lelaki yang pergi bawa Aairah kembali tersengih-sengih seperti
kerang busuk. Tiada kelibat Joe atau Aairah.
“Okaylah,
abang ada hal nak kena buat. Afterall,
tak lama lagi abang akan jadi jutawan. If
you’re nice to me I’l’ share.”
Khaleed mengenyit matanya.
“On
second thoughts. No.”
Khaleed
mengucup bibir Lutfiyah pantas sebelum isterinya itu dapat mengelak.
“Jangan nakal-nakal. Jangan rindu abang. Sekejap lagi abang datang
balik.” Dicuit hidung Lutfiyah seperti dulu.
“Kau
akan jatuh Khaleed. Kau akan jatuh dalam tangan anak kau sendiri.”
Laung Lutfiyah kuat. Khaleed mendepa tangannya kepada kedua lelaki
dibelakang. Salah satu daripada lelaki itu menghulur sapu tangan
kepada Khaleed.
“Kau
akan terima balas…” Belum sempat Lutfiyah habis kata-katanya,
Khaleed sudah menekup mulut isterinya itu dengan sapu tangan yang
diterimanya tadi.
“Be
good.
Jaga dia. Ada beberapa perkara yang harus aku selesaikan.” Kata
Khaleed kepada dua lelaki itu. Dipandang Lutfiyah buat terakhir kali
sebelum mengorak langkah meninggalkan isterinya itu terikat sambil
memerhati dia pergi.
**
Suasana
semakin tegang diruang tamu utama rumah agam Nek Wan. Semua telah
berkumpul setelah berita tentang penculikkan Aairah dan Lutfiyah
sampai ke teling masing-masing. Sekarang mereka semua sedang
mengumpul.
“Papa
dah melampau!” Shariq bersuara setelah lama berdiam diri.
Faizan
yang berdiri disebelah Hisham bersuara pula. “Macam mana papa boleh
tahu tentang keberadaan mama?” Dia menyuara pertanyaan yang dia
yakin sedang bermain disetiap benak fikiran yang ada disitu.
“Ada
pembelot diantara kita.” Semua memandang Shayaan yang bersandar
dirangka pintu menuju ke belakang sambil memeluk tubuh.
“Tapi
siapa?”
“Ayal.”
Faryal yang sedari tadi duduk diatas sofa dikepit oleh Mak Limah dan
Widayah berdiri bila kelibat Alex berada didepannya.
“Uncle
Alex. How is it?”
Soalnya sudah tidak boleh bersabar lagi. Issac yang berdiri
dibelakang sofa yang diduduki Faryal menghampiri mereka.
“I’ve
got the papers.”
Alex menuju ke meja kopi dan diletak beg bimbitnya atas permukaan
marmar itu. Tetapi sebelum membuka beg bimbit itu dia menoleh pada
Faryal yang sedang berdiri hampir dengannya, Issac setia disisi.
“Ayal
yakin dengan apa yang Ayal mahu lakukan ini?”
Faryal
angguk tegas. “Kalau ini saja caranya yang boleh selamatkan nyawa
aunty
Irah dan mama. Ayal yakin. Ayal rela hilang segala-galanya dari
keluarga Ayal sendiri.” Keputusan Faryal sudah muktamad.
Ini
yang Khaleed inginkan dan dia akan berinya kepada lelaki itu.
Keluarga lebih penting dari harta kekayaan. Dia tidak sanggup
kehilangan mamanya buat kali kedua. Terutama sekali kalau ia di
tangan Khaleed.
Faryal
berpaling ke sisi bila dia merasa jari-jemarinya bertaut dengan
Issac. “Sayang, abang rasa ini semua perangkap. Abang yakin kalau
sayang beri apa yang mereka inginkan, mereka pasti tidak akan
melepaskan mereka begitu saja. This
is a trap angel. I know.”
Issac bersuara.
Dia
ingin Faryal memikirkan betul-betul keputusannya. Firasatnya kuat
mengatakan bahawa ini semua perangkap Khaleed. Dia yakin setelah
Faryal memberi apa yang diinginkan lelaki itu, Khaleed tidak akan
dengan mudah melepaskan mereka semua.
“Abang!
Ini saja caranya untuk menjamin keselamatan mama. Abang nak mayat
mama dijumpai tepi sungai seperti arwah papa abang? Abang nak mama
diberi ubat-ubatan sebelum mati seperti arwah papa abang? Abang nak
macam begitu? Well
I don’t!”
Ditepis kasar tangan Issac. Kerongkongnya mula rasa perit. Mata sudah
kabur.
Dia
benar-benar tidak faham mengapa lelaki itu tidak boleh memahaminya
sekarang. Dia perlukan sokongan suaminya itu. Masa tidak ada dipihak
mereka. Dia tidak mahu pemanggil itu melakukan seperti yang
dikatakannya. Dia tidak mahu jumpa badan Lutfiyah terapung-apung
ditepi sungai. Dia tidak mahu!
Semua
yang berada diruang tamu itu tergamam dengan apa yang baru keluar
dari mulut Faryal, terutama sekali Issac. Lelaki itu kelihatan
tersentap. Badan Shayaan yang menyandar dirangka pintu pula sudah
berdiri tegak. Mak Limah dan Widayah mendapat Faryal yang sudah
hilang kawalannya.
Empangan
air mata Faryal pecah jua. Matanya menikam tajam mata hazel suaminya
itu. “Meen tak bencikan mama sepertimana abang bencikan papa abang.
Meen tak sanggup kehilangan mama seperti abang sanggup kehilangan
papa abang. Meen tak mahu menyesali selepas mama sudah tiada lagi.
Meen tak sanggup…”
“Fine.
Kalau itu yang Meen rasa betul. Then
do it. Abang
tak mahu Meen rasa bersalah sepertimana yang abang tanggung sehingga
sekarang.” Pintas Issac dengan lantang sebelum berlalu pergi
meninggalkan ruang tamu utama itu.
Faryal
terkedu. Tangisannya mula berjuraian. Apa yang telah dia lakukan? Apa
yang telah dia lakukan kepada Issac? Tangan terketar-ketar menekup
mulutnya tidak percaya dia mengeluarkan kata-kata itu semua.
Kata-kata yang dia yakin telah menyakiti perasaan suaminya itu.
Alex
meletak tangannya dibahu Faryal. Dia tahu mereka semua sedang resah
dan gelisah. Terutama sekali Faryal. “Uncle
beri Ayal masa untuk bertenang. Once
you’ve made your decision. I’ll be in the back living room.”
Suara Alex dan mengikut Hisham ke ruang tamu belakang.
“Ayal.”
Mak Limah mendapatkan Faryal yang sudah melurut ke permaidani.
Menangis terhinggut-hinggut, menyesali apa yang telah dia katakan.
“Ibu.
Kenapa semua orang tak faham. Mama lebih penting dari segala-galanya.
Ayal tak mahu kehilangan mama lagi. Ayal…”
Mak
Limah menarik Faryal ke dalam dakapannya. Diusap lembut kepala anak
muda itu. Widayah disisi mengusap lembut belakang kawan baiknya itu.
“Shh…Ibu
faham apa yang Ayal rasakan. Tapi Ayal harus berfikir dari sudut lain
juga. Benar cakap Izzat tadi. Papa kamu tu seorang yang licik. Kalau
dia perangkap kamu macam mana? Bukan saja kita kehilangan mama kamu
malah kamu juga.”
Shariq,
Shayaan dan Faizan hanya memerhati. Runtuh hati mereka melihat
keadaan Faryal. Mereka sebagai anak lelaki harus melindungi keluarga
tetapi Faryal yang terpaksa menanggung itu semua.
Faryal
memejam matanya. Kata-katanya tadi berulang lagi difikirannya. Dia
merasa kucupan hangat didahinya. “Izzat takut kehilangan kamu. Itu
sebab dia menyuruh kamu berfikir dengan betul.” Sambung Mak Limah.
“Tapi
Meen dah sakiti abang. Meen…”
Mak
Limah meleraikan pelukannya. Dia menggeleng kepala dan menyeka air
mata anak kawan baiknya itu. Dia tahu hati dan fikiran Faryal sedang
kacau dan hanya ada satu jalan untuk menyelesaikannya. “Kamu pergi
solat. Minta petunjuk. Sejuk dan tenangkan hati kamu tu. Selepas itu
nincang dengan Izzat tentang keputusan kamu. Dia suami. Kamu harus
mendahuluinya dalam apa-apa hal.”
Faryal
angguk akur. Solat. DIA saja yang boleh menolongnya sekarang. Hanya
DIA yang mempunyai jalan keluar untuk ini semua. Hanya Dia.
“Aku
temankan kau.” Suara Widayah menemani Faryal menuju ke atas.
**
Usai
solat, Faryal tidak mencari Izzat tetapi melencong ke bilik Nek Wan.
Matanya jatuh melihat kelibat Nek Wan yang masih tidak sedarkan diri.
Dia menghampiri tubuh itu dan melabuh duduk dikerusi yang terdapat
disisi katil. Tapak tangan Nek Wan digapainya. Sementara itu
tangannya yang lagi satu mengusap lembut rambut Nek Wan yang semakin
panjang.
“Nek
Wan, Ayal tahu Nek Wan dengar apa yang Ayal cakapkan selama ini. Ayal
banyak berhutang budi kepada Nek Wan. You’ve
taught me things that are useful for me now.”
Dia melentok kepalanya dibahu Nek Wan.
“Papa
ada mama sekarang dan Ayal takut. Ayal takut apa yang lelaki itu
cakap ditelefon akan terjadi pada mama. Ayal takut apa yang terjadi
pada orang tuanya abang jadi kepada Ayal. Ayal takut Nek Wan. Ayal
takut kehilangan orang-orang yang Ayal sayang. Ayal takut kehilangan
mama. Ayal takut kehilangan Nek Wan.” Hatinya menjadi sebak sekali
lagi. Air jernih yang sudah henti mengalir kembali.
“Tapi
sekarang Ayal sudah buat keputusan. Benar cakap ibu. Hanya DIA saja
yang ada jalan untuk semua masalah kita. Ayal harap apa saja
keputusan yang Ayal ambil ni direstui semua.” Jari-jemari Nek Wan
dimain-mainnya.
“Nek
Wan…”
Belakang
tangan Nek Wan dibawa ke bibir dan dikucup lama. Mungkin ini kali
terakhir dia dapat berjumpa dengan Nek Wan. Banyak yang ingin
dikatakannya, tetapi dia tidak ada banyak masa.
“Maafkan
dosa-dosa Ayal selama ini. Halalkan makan dan minum Ayal selama duduk
bersama Nek Wan. Ayal nak Nek Wan tahu yang Ayal sayang sangat dengan
Nek Wan. Sayang sangat-sangat.” Dikucup pipi Nek Wan bertalu-talu.
Dia
bangkit dari melentok kepalanya dibahu Nek Wan lantas mengucup lembut
dahi neneknya itu. “Nek Wan jaga diri Nek Wan baik-baik. Jangan
nakal-nakal bila Ayal tak ada. Ayal pergi dulu.” Ucap Faryal dengan
suara tersekat-sekat. Disalam Nek Wan buat terakhir kali sebelum
pergi.
“Ayal…”
Langkah
Faryal mati bila mendengar suara yang amat dirindui memanggilnya. Dia
menoleh. Dilihat tangan yang baru disalaminya tadi mengenggam
pergelangan tangannya kejap. Matanya beralih melihat ke muka Nek Wan.
Mulutnya tercengang. Sepasang mata hazel menikamnya tajam.
“Nek
Wan?”
Rasanya pembelot adlh aunty airah... Moga faryal dan mamanya xde apa2...sbr mnnti smbungannya... Truskn usaha pnulis
ReplyDeleteSama2...sambungan esok! Njoys! :B
Deletesah2 aunty irah..or maybe uncle alex? HAHAHAHHA syakwasangka di mana2 so cepat2lh sambung ye kak!! lg 4 bab je kn
ReplyDelete4 bab lagi! Uncle Alex? Iyakah? :B
Deletemesti aairah pembelot tu huhu cepat mai sambungannya...
ReplyDeleteNxt bab diupload bsk!:B
Delete