Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 3 February 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 81

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 81

Ayal, Nek Wan nak jumpa. Ayal seorang saja.” Hisham menyampaikan arahan Nek Wan padanya sebentar tadi. Faryal dan si kembar yang menanti dengan setia diluar bilik Nek Wan memandang satu sama lain, sementara Shariq menghantar doktor Irfan ke depan.
Shayaan memaut bahu adiknya. Pasti ada perkara penting yang ingin Nek Wan sampaikan kepada Faryal. Sesuatu perkara yang Nek Wan tidak mahu mereka ketahui. Tapi dia yakin lambat laun mereka akan tahu juga apa perkaranya itu.
Ayal pergi masuk. Abang Yan dan abang Zan pergi jumpa dengan uncle Alex dan Izzat. Kita akan cari tahu siapa pelaku yang beri Nek Wan ubat tidur tu.” Ujar Shayaan lembut tetapi serius.

Faryal melepaskan keluhan mendengar nama suaminya itu. Dari tadi dia tidak nampak kelibat Issac hanya Tuan Kamil Arsyad saja yang datang menjumpainya semasa mereka sedang menanti kata putus dari doktor Irfan. Shayaan dan Faizan melihat Faryal membolos diri ke dalam sebelum mereka berlangkah pergi untuk beri privasi untuk Nek Wan dan adik perempuan mereka.
Nek Wan.” Panggil Faryal sebaik saja menutup rapat pintu bilik.
Nek Wan yang sedang menyandar dikepala katil sambil melempar pandangan ke luar tingkap menmandang ke arahnya. “Duduk.” Arah Nek Wan menepuk-nepuk birai katil. Faryal senyum nipis. Akur.
Nek Wan mencapai kedua belah tangan cucunya itu. Diamati dan ditilik riak wajah cucunya itu. Satu tangannya naik mengusap lembut muka Faryal. Rindu benar dia dengan Faryal. Sayu hatinya melihat mata sembap Faryal. Kasihan cucu aku ni. Banyak yang dia harungi seorang diri.
Faryal membawa tangan Nek Wan yang digenggam erat ke bibir dan dikucup lama. Nek Wan senyum lebar, senang dengan perlakuan cucu perempuannya itu. “Ayal syukur sangat-sangat Nek Wan dah sedar. Lama betul Nek Wan tidur.” Mereka berdua gelak kecil.
Nek Wan tidur tapi telinga Nek Wan ni mendengar setiap butir kata-kata kamu semua. Banyak betul kamu semua celoteh. Bila Nek Wan sedarkan diri semua buat hal sendiri. Bila Nek Wan terlantar tak boleh membalas, semua kamu orang cerita dekat Nek Wan.” Leter Nek Wan membuat Faryal ketawa. Rindu benar dia dengan bebelan neneknya itu.
Doktor Irfan beritahu yang Nek Wan cakap ada orang beri Nek Wan ubat tidur. Siapa orangnya?” Soal Faryal tertanya-tanya.
Puan Wanda maklum kepada saya bahawa ada seseorang telah menyuntik ubat tidur selama dia dihospital. Saya sudah mengambil sample darahnya dan akan membuat pemeriksaan. Kalau benar, saya sarankan masalah ini dilaporkan kepada polis.”
Terperanjat beruk mereka semua bila doktor Irfan menyampaikan mereka tentang perkara itu. Macam mana orang itu boleh memberi ubat tidur kepada Nek Wan bila tempat itu dikawal dua puluh empat jam? Mereka yakin pasti ada orang yang bekerja disana bersubahat dalam ini semua.
Nek Wan gelak sinis. “Orang yang kamu tak akan sangka sama sekali. Sekarang penting untuk kamu selamatkan mama kamu.” Tangan Nek Wan menggenggam erat tangan cucunya itu. Riak wajah Nek Wan berubah serius.
Ayal tahu. Ayal dah buat keputusan. Ayal akan serahkan segala-galanya kepada papa. Mama lebih penting dari semua harta benda didunia ini. Bila dengar doktor irfan cakap yang ada orang memberi ubat tidur kepada Nek Wan. Ayal yakin papa menyuruh orangnya memberi ubat itu kepada Nek Wan. Kalau orang papa boleh masuk ke rumah Izzat dan juga melanggar Nek Wan apatah lagi memberi ubat tidur.” Jelas Faryal panjang.
Nek Wan hanya senyum nipis dengan andaian Faryal itu. Dia tahu semua akan fikir bahawa Khaleed adalah dalang disebalik ini. Tetapi apa yang mereka tidak tahu, dalang itu lebih dekat dari mereka sangkakan selama ini. Ditepuk lembut belakang tangannya Faryal.
Rohan. Tadi dia ada beritahu kamu tentang lelaki bernama Johan Marten. Nek Wan rasa Rohan belum sempat beritahu kamu sesuatu yang penting. Tapi jangan beritahu yang lain. Nyawa mama kamu lebih selamat kalau begitu. Kalau semua tahu, kecoh satu kampong nanti.” Nek Wan menjulingkan mata.
Berkerut dahi Faryal. Dia hampir terlupa tentang Rohan. Sebelum dia menerima panggilan dari itu, Rohan mahu beritahunya sesuatu. Mungkinkah siapa yang memberi ubat tidur kepada Nek Wan?
Rohan?” Soal Faryal.
Nek Wan menjuling matanya sekali lagi. “Habis tu siapa Hirthik Roshan?” Sindir Nek Wan. Faryal gelak.
At least Nek Wan is back. Alhamdulillah.
**
Abang nak mayat mama dijumpai tepi sungai seperti arwah papa abang? Abang nak mama diberi ubat-ubatan sebelum mati seperti arwah papa abang? Abang nak macam begitu?”
Tangan dikepal dan mata dipejam, melawan air mata yang ingin mengalir. Dia terbayang wajah papanya yang pucat dan tidak bermaya. Tubuh papanya yang hampir tidak dapat dikenali akibat terlalu lama berada dalam sungai. Papanya yang sudah tiada lagi.
Meen tak bencikan mama sepertimana abang bencikan papa abang. Meen tak sanggup kehilangan mama seperti abang sanggup kehilangan papa abang. Meen tak mahu menyesali selepas mama sudah tiada lagi.”
Direnung tajam kolam renang yang dapat dilihatnya dari ruang tamu belakang itu. Dia mengetap bibirnya kuat bila matanya semakin kabur. Dia tidak bencikan lelaki yang dipanggil papa. Itu hakikatnya. Emosinya yang tidak kacau mengatasi hatinya. Dia hanya sedar bila semuanya sudah terlambat. Dia tidak boleh meminta maaf. Dia tidak boleh memberitahu papanya betapa dia sayang kepada lelaki itu. Dia tidak boleh memeluk dan menyalami lelaki itu. Dia hanya boleh berdoa untuk papanya disana.
Abang.” Issac memicit kedua belah matanya bila mendengar suara Faryal memanggilnya. Dia tidak mahu Faryal melihat air matanya. Dia harus kuat. Apatahlagi isterinya itu memerlukannya.
Tangannya yang sejuk menjadi hangat bila jari-jemari Faryal mencapainya. Dari ekor matanya dia melihat kelibat Faryal merenung ke arahnya. “Abang, Meen minta maaf kerana telah menyakiti hati abang. Meen tak patut cakap begitu kepada abang. Meen…”
Pantas jari telunjuk Issac mendarat dibibir mungil isterinya itu. Serta-merta mematikan kata maaf dari Faryal. Issac menggeleng kepalanya tidak mahu Faryal meneruskannya. Mata Faryal yang sembap dan kelopak mata yang mula bersinar itu direnungnya dalam.
Meen tak salah. Apa yang Meen cakapkan tu benar. Abang sanggup kehilangan papa. Abang sedar bila semuanya terlambat. Abang ingin membetulkan keadaan kembali, tetapi tak ada gunanya kerana papa abang sudah tiada lagi. Abang hanya boleh doa untuk mereka disana.” Jelas Issac lembut. Tangannya naik menhapuskan air mata yang mula membasahi pipi Faryal.
Abang.”
Kedua belah tangan Issac menggapit pipinya Faryal. “I’m scared of losing you angel. I’m scared.” Rintih Issac.
Faryal terkedu bila melihat suaminya mengalirkan air mata sepertinya. Dia memaut pergelangan Isssac dan diusap lembut dengan kedua ibu jarinya.
Abang tak sanggup kehilangan sesiapa lagi ditangan Khaleed. Cukuplah mama dan papa abang. I just…I just can’t lose you. I just can’t.” Issac mendarat dahinya didahi Faryal. Dipejamkan matanya, kalah dengan air mata dan perasaannya.
Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang lagi. Dia tidak boleh kehilangan Faryal yang telah mengisi ruang kosong dihatinya. Faryal telah memberinya sebab untuk meneruskan kehidupannya. Isterinya itu adalah segala-gala buatnya. Dia tidak boleh bayang kehidupannya tanpa Faryal. Tidak boleh.
Faryal mengusap pipi Issac yang sudah lencun. Terharu dia dengan rintihan hati suaminya itu. Dia kasihan dengan semua yang suaminya itu harus lalui kerana kejahatan Khaleed. Sepertimana Issac takut kehilangan Faryal, begitu juga sebaliknya.
You won’t. I promise.” Faryal menjarakkan muka mereka. Ditarik muka Issac supaya memandangnya. Dia tenggelam didalam mata suaminya itu.
Tapi abang kena ingat yang ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Kita tak tahu bila masa kita. Jadi Meen nak abang tahu yang Meen sayang sangat dengan abang. You’re the best thing that ever happened in my life. I’m your angel. You’re my knight in shining armour and I love you.”
Issac memeluk erat isterinya itu. Dikucup ubun-ubun Faryal lama dan penuh kasih. “I love you too angel. From the first time we met till forever. Remember that.” Faryal angguk didada Issac. Dia sayang dan cinta sangat dengan lelaki itu.
Pelukan mereka terlerai bila telefon bimbit Faryal berbunyi menanda pesanan ringkas baru diterimanya. Faryal mengeluarkan telefon bimbit dari poket blausnya. Issac masih memeluknya tetapi tidak erat seperti tadi.
~ Tersentuh dengar salam perpisahan kau dan Issac. Pertama kali aku melihat Issac menitiskan air mata. –Unknown.
Kening Faryal bertaut dan melirik kepada Issac. Issac menunduk melihat pesanan ringkas itu dan dahinya berkerut seribu. Telefon bimbit Faryal bunyi sekali lagi.
~Oh! Aku lupa. Syukur Nek Wan dah sedar. – Unknown.
Issac dapat merasa keresahan Faryal. Tangannya mengusap lembut belakang Faryal yang tegang serta-merta. Faryal memandang suaminya. Matanya bertanya macam mana lelaki itu tahu apa yang sedang mereka lakukan dan tentang Nek Wan.
Mata Issac melilau sekeliling ruang tamu itu. Dia menunduk sedikit dan mendekatkan Faryal kepadanya. “Dia ada disini. Keep distracting him.” Bisik Issac sebelum menapak pergi. Mata Faryal menyoroti suaminya itu dan Issac angguk memberi Faryal semangat. Jari-jemari Faryal menari laju diskrin telefon bimbitnya. Melakukan seperti dimahunya Issac. Sementara suaminya itu entah sudah hilang ke mana.
~ Apa kau nak?- Faryal.
Bukan pesanan ringkas yang diterimanya tetapi panggilan. Tanpa lengah Faryal menjawab.
Hello.
Aku nak tengok kau tandatangan surat perjanjian itu. Sekarang.” Arah Joe tanpa membuang masa.
Faryal melihat Issac dan abang-abangnya memasuki ruang tamu itu. Issac memberi isyarat mata untuk meneruskan perbualan diruang lain. Faryal akur dengan melangkah ke ruang depan. Bila dia meninggalkan ruang depan itu, lampu diruang tamu itu serta-merta dimatikan mereka.
Aku masih ada lebih dari sepuluh jam lagi.” Ujar Faryal bila mendengar arahan lelaki itu.
Cepat atau…” Hati Faryal berdebar-debar bila kata ugut lelaki itu dibiarkan tergantung.
Jeritan kuat dihujung talian membuat Faryal kembali cemas. “Mama! Jangan apa-apakan mama aku. Aku tandatangan sekarang kalau itu yang kau mahu.” Issac bila mendengar suara Faryal meninggi dia henti dari mencari dan mendapat isterinya itu.
Ayal, Izzat kenapa ni? Kenapa lampu ditutup?” Danial yang baru tiba ke rumah agam itu bertanya.
Issac mencapai telefon bimbit dari tangan Faryal tetapi talian sudah mati. Baru Faryal mahu mencari Alex untuk surat perjanjian itu, peguam itu sudah muncul didepannya. Melihat reaksi Faryal, Alex menghulur fail yang berisi surat perjanjian itu kepada Faryal.
Faryal memasuki kembali ke ruang tamu belakang dengan surat perjanjian dalam tangan. Kalau benar apa yang mereka syakkan bahawa ada kamera yang terpasang diruang itu, ia bermakna Khaleed semua sedang melihat setiap aksi mereka.
Faryal melabuh duduk diatas sofa. Surat perjanjian diletakkan atas meja kopi. Danial yang mengikuti bersuara. “Betulkah apa yang Ayal buatkan ni?”
Nafas ditarik Faryal sebelum angguk yakin. “Ini saja jalannya. Pen.” Alex menghulurkan pen kepada Faryal dan dengan bismillah, Faryal menyonteng namanya diatas kertas putih itu. Sedang Faryal melihat surat perjanjian itu, telefon bimbitnya berbunyi.
~ Nampaknya kau sudah jumpa bekas kekasih mama kau. Sekarang ikut arahan seterusnya. I’ll be waiting. Ingat pesanan aku. Seorang diri. - Unknown.
Tuan Kamil Arsyad memasuki ruang itu bersama Hisham dan Pak Halim. Semua tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Belum sempat Issac menanya Faryal apa yang mereka cakapkan, suara Faizan menarik perhatian mereka.
Got it!” Faizan mengeluarkan sesuatu dari pasu perhiasan yang berisi batu-batu kecil. Faizan menilik benda kecil yang dijumpainya itu.
Apa benda tu Zan?” Soal Pak Halim bila Faizan sudah taksub dengan benda dalam tanganya itu. Faizan berpaling dan menghampiri mereka.
Mini camera. Nampaknya dia mendengar dan melihat setiap pergerakan kita selama ini. Damn!” Shayaan mengambil kamera kecil yang sebesar setengah ibu jari dan seperti Faizan tadi, dia turut membeleknya.
Telefon bimbit Faryal berbunyi.
~You found me. Now find the others.- Unkown
Issac mencapai telefon bimbit Faryal. Tuan Kamil Arsyad memandang cucunya itu. “Kenapa Danish?”
Ada lebih dari satu dirumah ni.” Faizan tergamam. Jadi selama ini setiap pergerakan mereka telah diawasi? Mungkinkah dibilik mereka juga?
Fariz, panggil Bala dan orang-orangnya ke rumah puan Wanda Ivic sekarang.” Arah Danial pada siapa dihujung talian.
Danial menjelaskan apa yang telah dia lakukan. “They are going to help you find the others. Sekarang tumpuan kamu adalah mencari mama dan mak cik kamu. Apa yang mereka mahu sekarang Ayal?” Soal Danial kepada Faryal yang dari tadi hanya berdiam diri.
Dia mahu Ayal ikut arahan seterusnya. Uncle Alex?” Faryal menoleh kepada Alex ingin tahu apa yang harus dilakukan seterusnya.
Ayal harus menaiki teksi dan pergi ke Jalan Bayu, seorang diri.” Kata Alex seperti yang tertulis didalam surat yang diterimanya itu.
Shariq menghulur kamera kecil itu kepada Faizan. “Apa? Seorang diri? No! Riq tak benarkan. What if it’s a trap? Kalau Ayal dan mama semua tak balik macam mana? No! Riq tak setuju.” Bantah Shariq.
Faryal pergi seorang diri kepada si penjahat memang kerja gila. Bagaimana cara mereka akan tahu ke mana mereka membawa Faryal selepas adiknya itu ke Jalan Bayu seperti yang dimahu mereka? Kalau mereka dapat apa yang mereka inginkan dan telah mengubah fikiran untuk tidak melepaskan Lutfiyah bagaimana? Tidak! Dia tidak akan membahayakan nyawa adiknya itu. Tidak akan.
Faryal bangkit dan mendapatkan abangnya itu. “Abang Riq. Ayal tahu jaga diri Ayal sendiri.”
Issac ketawa sinis. “Seriously bro, she’s deadly with a gun.” Kata-katanya membuat Faryal menjuling mata pada suaminya itu. Tetapi kata-kata itu membuat Shariq semakin tidak tenteram.
Lengan abangnya dipaut. Shariq menunduk melihat Faryal. “Untuk mama. Please abang Riq.” Mata bundar Faryal mengingatikannya kepada Lutfiyah. Dia melihat Issac yang menjungkit bahunya, tidak membantu langsung.
Shariq melepaskan keluhan. Walaupun berat tetapi dia akur lantas mengangguk kecil. “Tapi janji dengan abang, Ayal akan jaga diri Ayal.” Faryal angguk dan Shariq memeluk erat adik perempuannya itu.
Tak ada jalan lain ke? Macam mana kita nak tahu mereka bawa Ayal ke mana? Aku tak sedap hatilah.” Faizan menyuarakan pendapatnya.
Me too.” Shayaan menyokong adiknya itu. Suasana sunyi seketika masing-masing memikirkan caranya.
Issac mengamati isterinya yang berdiri bersama Shariq. Matanya jatuh kepada sesuatu dipergelangan Faryal. Dia senyum herot. “Izzat rasa Izzat tahu caranya. Uncle Danial, I’m going to need your help.” Danial angguk akur.
**
Issac memeluk erat Faryal. Berat hatinya mahu melepaskan isterinya itu. “I’ll be fine. Trust me.” Ucap Faryal sambil mengusap lembut pipi Issac.
Issac mengukir senyuman nipis walaupun ia seperti terpaksa. “Abang percaya sayang. I love you now and forever. Ingat apa yang abang cakapkan tadi tentang apa yang Rohan beritahu sayang. Situasi akan jadi kacau jadi abang perlu sayang sentiasa berwaspada. I need you to always be alert. Okay?” Bisik Issac ditelinga Faryal.
Faryal angguk akur. Semasa dia berbincang dengan Rohan, tentang apa yang ingin disampaikan lelaki itu kepadanya sebelum panggilan dari pemanggil, Issac telah mendengar perbualan mereka. Terpaksa Faryal beritahu suaminya itu tentang pencarian Rohan itu.
Ayal. Go kick some ass!” Faizan mengepal tangannya ke udara, memberi adiknya semangat dengan caranya sendiri. Semua ketawa dengan perangai Faizan yang satu itu.
Apa yang abang Zan merepek ni. Kick some ass. Tendang abang Zan punya baru tahu.” Bebel Widayah seperti selalu. Faryal tersenyum melihat perbalahan antara dua insan yang dia sayang itu. Adakah dia akan dapat menyaksikannya lagi?
You’ll be fine.” Bisik Issac ditelinga Faryal bila melihat muka isterinya itu tiba-tiba mendung. Faryal melentok kepalanya didada Issac. Mata masih melihat Widayah dan Faizan yang sedang bertikam lidah.
Kalau Wid tendang abang punya. Abang bilang Adi.” Ugut Faizan seperti budak kecil.
Widayah menjelir lidahnya. “Tak takut.” Dia menjelir lidahnya sekali lagi.
Mak Limah yang berada ditengah-tengah merka bersuara. “Sudah-sudah. Kamu berdua bertekak saja kerjanya. Orang dulu-dulu cakap kalau asyik bergaduh nanti jatuh suka.” Gurau Mak Limah disambut riak muka tidak suka oleh Faizan dan Widayah.
Eee! Siapa entah nak jatuh suka dengan kasanova ni.”
Eleh! Mentang-mentang dah dapat orang dekat Australia tu. Untuk pengetahuan cik adik disana, abang pun tak teringin okay.” Ujar Faizan lantas memeluk tubuhnya.
Faryal melirik jam tangan Issac. “Okaylah. Ayal pergi dulu. Doakan Ayal.” Ucap Faryal ringkas. Dia menuju ke teksi yang sedang menunggu.
Kami semua akan sentiasa doakan kamu. Hati-hati Ayal. Ingat. Allah akan sentiasa melindungi hamba-hambanya yang benar.” Pak Halim yang membuka pintu untuk Faryal sempat memesan.
Faryal menyalam tangan lelaki itu. “Ayal ingat. Assalammualaikum.” Ucapnya kepada Pak Halim dan yang lain.
Diamati buat terakhir kali semua yang berdiri didepannya. Danial, Alex, Shariq, Shayaan, Faizan, Hisham, Tuan Kamil Arsyad, Widayah, Mak Limah, Pak Halim dan Issac. Dia mengingati setiap wajah itu sebelum membolos dirinya ke dalam perut teksi. Dia tidak akan mematah balik. Gelang tangan pemeberian Shariq diteleknya. Jari-jemarinya memegang koleksi terbaru yang tergantung beberapa jam yang lalu. Sebentuk orkid kecil, persis rantai leher milik arwah nenek Issac.
Ini hadiah abang untuk sayang.” Issac mencapai pergelangan tangan Faryal. Orkid kecil digantung digelang yang sudah tersedia sarung ditangannya.
There’s a tracking device on it.” Issac menunjuk satu bulatan kecil dipertengahan bunga orkid itu.
Faryal melirik suaminya. “Jadi kita boleh tahu ke mana mereka membawa sayang dan pada masa yang sama dimana mereka sembunyikan mama. We won’t be far. Abang janji.” Ucap Issac cuba menyakinkan isterinya itu.
Diusap dahi Faryal yang berkerut. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran isterinya itu. “Kalau mereka ambil ni dari Meen macam mana?”Soal Faryal resah.
Issac senyum nipis. “Let’s pray they won’t. Just be yourself. Don’t put too much emphasize on it. Okay angel?”
Faryal angguk akur. “Okay.”
Ya Allah, hamba perlu pertolongan dan perlindungan-Mu. Tolonglah hamba. Permudahkanlah jalan hamba ini. Ini semua untuk mama. Mama dan keluarga yang begitu bermakna pada hamba. Amin.
**
Sedang Faryal melayani perasaan sendiri. Teksi berhenti ditepi jalan. Faryal melempar pandangannya ke sekliling. Gelap-gelita. Fail coklat berisi surat perjanjiannya itu digenggamnya kuat. Hatinya semakin berdegup kencang. Gelisah dan resah menjadi satu.
Ada kereta sedang menghampiri puan.” Suara pemandu didepan. Faryal menoleh ke belakang sekilas kerana suara pemandu itu menarik perhatiannya. Matanya bertembung dengan mata si pemandu dicermin kereta.
Gerald? Kenapa awak ada dekat sini?” Soalnya kaget.
Menjaga puan adalah kerja saya. Mereka sedang menunggu puan. Baik puan pergi sekarang.” Faryal menoleh ke belakang, melihat kereta hitam yang sudah parkir beberapa meter dibelakang. Faryal membuka pintu.
Hati-hati puan.” Ucap Gerald membuat Faryal tersentuh dengan rasa prihatin pegawai keselamatannya itu.
Dia senyum ikhlas dari hati. “Terima kasih Gerald.” Dan buat pertama kali, Faryal melihat Gerald senyum. Bukan senyum herot seperti selalu tetapi senyum yang memberi semangat kepadanya.
Jangan ucapkan terima kasih kepada saya. Bila puan balik nanti, puan boleh ucapkan terima kasih dengan membuatkan pie ayam yang puan buat kelmarin.”
Pie ayam?” Gerald angguk. Faryal gelak kecil. Pie ayam.
Kedengaran hon kereta membuat perbualan mereka mati. Mereka sudah tidak sabar. Faryal menjejak kakinya ke tanah. Ditarik nafasnya dalam. “Kita jumpa nanti.” Ucap Faryal dan membolos dirinya keluar dari teksi itu. Pintu ditutup dan dia melihat dua kelibat lelaki sedang berdiri tegak menantikannya.
Dia mula mengorak langkah mendekati kereta hitam itu dan semakin menjauhi teksi yang adanya Gerald. You can do this Ayal! Demi semua. Untuk semua. Dengan setiap langkah degupan jantungnya semakin rancak. Faryal berpaling bila kedengaran teksi yang dipandu Gerald bergerak pergi. Sekarang dia seorang diri dengan kedua orang Khaleed.
Tangannnya gatal ingin mencapai pistol yang diletak dibelakang. Haruskah aku melakukannya? Haruskah aku melepaskan tembakan? Kalau mereka menembak aku macam mana? Matanya jatuh pada pistol yang tersangkut diseluar kedua lelaki itu. Dalam hati Faryal berdolak-dalik kalau dia perlu mengeluarkan pistolnya. Dia membuat pengiraan dan membayang apa akan terjadi kalau dia keluarkan pistolnya sekarang.
Bawa mari surat perjanjian tu.” Arah salah seorang lelaki dengan kasar. Lelaki itu merentapnya dari tangan Faryal bila Faryal tidak mengikut perintahnya.
Lelaki itu ketawa sinis dan dipandang lelaki disebelahnya. “Periksa dia.” Faryal menelan air liurnya. Pistolnya akan dijumpai mereka. Haruskah dia bertindak sekarang?
Mama aku dan aunty Irah mana?” Soal Faryal sambil mengeraskan badannya bila tubuhnya dirata lelaki lagi satu.
Dia merasa tangan lelaki yang memeriksanya terhenti dibelakang. Dipistolnya. Faryal memejam matanya. Tertangkap. “Han! Pistol.” Lelaki itu menayang pistol itu kepada kawannya itu.
Lelaki yang memegang fail itu menggeleng kepala dan mengambil pistol itu dari kawannya. “Ini aku simpan. Kau nak jumpa mama kau? Ikut kami. Tetapi sebelum itu. Pakai ni. Tutup mata kau. Arahan dari bos.”
Faryal mecapai sapu tangan yang disua kepadanya. Dia memandang kedua lelaki itu tajam sebelum mengikuti arahan yang diberi. Diikat sapu tangan itu menutupi mata. Dia merasa tangan salah seorang dari lelaki itu mengikat kedua belah tangannya lantas memegang lengannya. Dia mengikut langkah lelaki itu. “Masuk.” Suara lelaki itu ditelinganya.
Faryal meraba pintu kereta yang sudah dibuka. Kaki masuk terlebih dahulu sebelum terus membolos diri ke dalam. Dia tiba-tiba memikirkan tentang Gerald. Dimanakah lelaki itu sekarang?
Kereta bergerak sedikit menanda kedua orang lelaki itu telah masuk ke dalam kereta. Telinga Faryal menangkap bunyi pintu ditutup. Sedaya upaya dia cuba menenangkan penafasannya yang semakin tidak teratur bila mendengar pintu kereta dikunci dari dalam.
Mata tidak dapat melihat, telinganya menjadi satu-satu harapannya. “Hello bos. Kita dalam perjalanan.” Suara lelaki yang memeriksanya tadi. Faryal duduk diam. Dia benar-benar mengharap Issac dapat mengesannya. Abang, tolong Meen.
**
Issac berdiri dibelakang Bala dan beberapa orangnya sejak Faryal berlalu pergi. Dia sudah mendapat panggilan dari Gerald yang sedang mengikuti mereka tanpa dikesan. Mereka semua tidak tahu bahawa Gerald adalah pemandu teksi melainkan dia.
“Macam mana Bala?” Soal Danial yang baru memasuki ruang tamu yang sudah penuh dengan alat-alat pengesan orang-orangnya Bala.
Rumah mereka telah diperiksa untuk alat pengintip seperti yang dijumpai mereka di ruang tamu belakang tadi. Tidak sangka banyak juga yang telah dijumpai mereka. Termasuk dibilik Nek Wan dan juga bilik tidur mereka. “Mereka sekarang bergerak menuju ke Jalan Sims.” Bala menyampaikan apa yang sedang dilihatnya diskrin komputer.
Semua yang berada dibilik itu berfikir. Faizan memetik jarinya. “Jalan Sims. Bukan dekat situ ada tapak perumahan yang terbiar? Unfinished construction.” Ujarnya. Dia tahu mengenai itu sebab semasa zaman remajanya mereka selalu ke sana mahu mencari hantu. Orang tak ada kerja, cari kerja yang tak berfaedah.
Tuan, mereka dah berhenti.” Semua mata terarah kepada apa yang ditunjuk diskrin komputer itu.
Issac mengangkat kepalanya. “Stacy, kumpulkan semua. Kita bergerak sekarang.” Stacy angguk akur dan berlari anak meninggalkan ruang itu.
Angel, hang in there. We’re coming.
**
Badan Faryal terhanyun ke depan dan kereta sudah tidak bergerak lagi. Dia mendengar enjin kereta dimatikan dan pintu dibuka didepan. Dia menanti dengan penuh debaran dibelakang. Dimana mereka sekarang? Faryal tiba-tiba menggigil bila angin malam menyelubungi tubuhnya secara mendadak.
Keluar cepat.” Lengannya ditarik kasar dan dia hampir tersandung dalamnya kereta. Terkocoh-kocoh langkah Faryal mengikut rentak kaki lelaki itu. Dia sengaja menyeret kakinya. Licin. Tanah yang rata. Mungkinkah mereka ada disebuah rumah yang terbiar seperti selalu yang ditontonnya ditelevisyen? Hidungnya membau asap rokok. Dia mengikut saja setiap langkah mereka sehinggalah dia ditolak kasar sehingga tubuhnya mencium lantai.
Ayal.” Suara Lutfiyah menyapa telinganya. Dia bangkit dari pembaringannya dan duduk tegak. Dia meraba-raba udara kerana penutup mata masih belum dibuka.
Mama.”
Matanya tiba-tiba menyilau. Penutup sudah dibuka. Dia memejam matanya seketika sebelum membukanya kembali. Wajah Lutfiyah yang tidak terurus dijamahnya. Baru saja dia mahu mendapatkan Lutfiyah tangannya ditarik kuat sehingga dia terdorong ke belakang. Faryal menyeringai kesakitan bila tapak tangannya tercucuk sesuatu yang tajam.
Sebelum Faryal dapat memeriksa lukanya, sekali lagi tanganya ditarik kasar memaksanya bangkit dari kedudukkannya dilantai. Dia ditarik menuju ke salah satu tiang bangunan yang terdapat disitu. Faryal disuruh duduk dilantai sambil menyandar ditiang itu sebelum dia diikat dengan pada tiang besar itu.
Sayang. Ayal tak apa-apakan?” Soal Lutfiyah yang diikat ditiang bertentangan. Faryal menggeleng walaupun dia dapat merasa perit ditapak tangannya. Dua lelaki yang tadi membawanya ke sini hanya gelak dengan apa yang dilihat mereka.
Oi! Mana aunty Irah?” Semakin mereka gelak dengan pertanyaan Faryal itu sebelum lelaki yang memeriksanya tadi meninggalkan ruang itu.
Mereka bawa aunty Irah pergi. Mama…Mama tak tahu apa yang terjadi pada dia. Mama…”
It’s okay mama. Ayal yakin aunty Irah tak diapa-apakan.” Ujar Faryal tidak mahu Lutfiyah terlalu risau tentang Aairah. Sayu dia melihat keadaan mamanya.
Bunyi tepukan menarik perhatian mereka. Faryal merenung tajam kelibat yang baru masuk ke dalam ruang itu. Khaleed. Faryal mengetap bibir dengan muka ceria lelaki itu. Tergamak dia melakukan sebegitu kepada mereka. Kepada isteri dan darah dagingnya sendiri.
Khaleed berhenti ditengah-tengah mereka. Dipandang bersilih ganti dua wanita didua sisinya. “Ibu dan anak disatukan kembali. Touching. Tapi tak lama.” Tuturnya dengan muka yang tersenyum ceria.
Tangan Faryal yang terikat dibelakang dikepal kuat. Marah dan geram dengan lelaki didepannya sekarang. Tetapi apa yang Khaleed tidak tahu dia sedang cuba memotong tali dengan serpihan kaca yang dikutipnya semasa dia terjatuh tadi.
Kenapa papa buat macam begini? Ayal dah buat apa yang papa mahu. Sekarang papa lepaskan kita.” Arahnya dengan suara yang meninggi.
Khaleed gelak sinis dan menapak menuju ke arah Faryal. “Papa? Sejak bila aku jadi papa kau? Kau tak ingat beberapa kali kita bersua muka, kau memanggil aku dengan tuan Khaleed, panggilan aku dan kau. Tapi hairan sekarang kau panggil aku papa. Kelakar.” Kepala Faryal ditonjolnya sebelum memusing menghadap Lutfiyah pula.
Dia anak kau.” Sudah acap kali dia mengatakannya tetapi Khaleed tidak pernah mempercayainya. Ujian DNA telah dilakukan bukan sekali tapi dua kali namun Khaleed masih dengan pendiriannya. Faryal Shameena bukan anaknya.
Anak aku? Huh! Anak perempuan aku hanya satu. Ahdia. Ahdia yang telah kau rampas dari aku.” Dia memusing pada Faryal pula. Khaleed menurunkan badannya disebelah Faryal. Ditikam anak matanya Faryal dalam. Kedua belah pipi Faryal ditekannya kuat. Lutfiyah menraung meminta Khaleed melepaskan anaknya itu bila melihat Faryal dalam kesakitan.
Lagi satu kau fikir aku ni bodoh untuk lepaskan kau begitu saja? Selepas semua yang kau lakukan kepada aku? Kau dan orang-orang kau semua mempermainkan aku. Kau halau aku dari rumah aku. Kau ambil syarikat aku dan paling penting sekali, kau ambil satu-satunya harta paling berharga daripada aku.” Dengan bibir yang diketap dengan penuh dendam Khaleed bersuara.
Api kemarahan Khaleed membara bila Faryal mula gelakkannya. Tidak takut dengan apa yang dilakukan Khaleed. “Kalau kau nak tahu, harta paling berharga kau tu sedang bersenang-senang dengan keluarga dia. Tak pernah pun dia bertanya khabar tentang kau. Silap kau sebab mandikannya dengan harta kekayaan. Dia tak akan sesekali kembali kepada kau yang tidak punya apa-apa. Tak akan.”
Terhayun tubuhnya Faryal bila Khaleed mendaratkan tamparan kuat di kedua belah pipi yang mulus itu. “Ayal!” Laung Lutfiyah kuat. Terhinggut-hinggut dia menangis melihat anaknya itu ditampar kuat.
Khaleed sekali lagi menekan kedua belah pipi Faryal yang baru ditamparnya. Mencerlung matanya memandang Faryal. “Kau jangan buat aku naik darah. Kau kena ingat nyawa kau dan mama kau ada dalam tangan aku. Jadi jangan nak berlagak.” Ditolak kasar mukanya Faryal. Faryal menggerak-gerakkan rahangnya. Pipinay rasa perit seperti tapak tangannya yang luka tetapi ditahannya.
Mana kakak aku? Apa kau buat dekat dia?” Soal Lutfiyah keras bila Khaleed mengelap tangannya diseluar yang dipakainya. Semakin gelisah dia bila tidak melihat Aairah atau lelaki yang bernama Joe itu sejak tadi. Apa telah mereka lakukan padanya?
Kakak kau tu? Ada dekat belakang sedang bersuka ria.” Balas Khaleed dengan senyuman herot. Dua lelaki didalam bilik itu turut gelak sesama sendiri. Sepertinya mereka mengetahui sesuatu tentang apa yang telah terjadi pada Aairah.
Lutfiyah menendang-nendang kakinya tidak menghiraukan kesakitan akibat tali yang mengikatnya pada tiang dibelakang. “Kau jangan berani apa-apakan dia. Dia tak bersalah dalam hal ini.” Khaleed hanya ketawa kecil dan membelakangi mereka.
Mana surat tu?” Faryal melihat fail coklat yang dibawanya tadi disua kepada Khaleed yang membacanya dengan senyuman dibibir.
Khaleed angguk kepalanya. “Bagus. Sekarang aku dah dapat apa yang aku mahukan. Sekarang…”
Siapa harus aku tembak dahulu?” Khaleed berpaling dengan pistol ditangan. Diacukan kepada Faryal dan Lutfiyah bergilir-gilir. Lutfiyah tergamam tetapi Faryal berlagak biasa.
Kau dah dapat apa yang kau nak. Jadi lepaskan kita.” Ujar Lutfiyah tegas. Ditiang lagi satu pula, Faryal masih mencuba memotong tali yang melilit tangannya.
Kau ingat senang untuk aku buat begitu selepas apa yang kau berdua terutama kali anak tak kenang budi ini buat kepada aku?” Mulut pistol ditunjuk pada Faryal sementara mata dia dan Lutfiyah berlaga.
Bunuhlah aku. Aku tak takut dengan kau.” Suara Faryal dengan berani. Lutfiyah menjadi panik bila melihat Khaleed kini fokus kepada Faryal. Kedua belah tangan menggengam erat pistol ditangan.
Ayal! Jangan bunuh Ayal. Bunuh aku. Akulah yang mulakan ini semua. Jadi tembak aku.” Rayu Lutfiyah.
Faryal ketawa sinis. “Dia tak berani melakukannya.” Sindiran Faryal membuat Khaleed meledak.
Apa kau cakap? Aku tak berani?”
Lutfiyah semakin tidak senang melihat Faryal yang berani mencabar Khaleed. “Memang kau tak berani. Selama ini orang suruhan kau saja yang membuat kerja kotor kau. Bukan kau sendiri. Jadi aku yakin kau tak berani melakukannya.”
Khaleed memandang tajam Faryal yang senyum sinis padanya. Mata yang memandang pula mengejeknya. Kerana rasa tercabar dan diperlekehkan dia mengangkat tangannya ke atas dan melepaskan tembakan ke siling.
Berdentum bunyi das pistol dilepaskan. Lutfiyah jerit terperanjat sementara Faryal tidak langsung riak.
Sekarang cakap! Aku berani ke tak? Hah
Setakat dekat siling saja, semua boleh buat.”
Ayal.” Lutfiyah memanggil anaknya itu tetapi Faryal tidak menghiraukannya. Pandagannya hanya kepada Khaleed yang masih setia mengacukan pistol padanya.
Bila Lutfiyah tidak mendapat respon dari Faryal, dia beralih kepada Khaleed pula. “Khaleed tolong lepaskan anak kita. Jangan apa-apakan dia.” Rayu Lutfiyah tetapi seperti Faryal dia juga tidak dihiraukan. Kini adalah perbalahan antara seorang bapa dan anaknya sendiri.
Khaleed maju ke depan. Mulut pistol diacu pada kepalanya Faryal. Nafas Lutfiyah bagaikan terhenti melihat itu. Faryal pula riak biasa saja. Tenang. “Kau ingat masa kau acukan pistol dekat aku? Sekarang giliran kau pula. Macam mana rasanya?”
Seronok.” Balas Faryal sinis.
Mulut pistol yang berada dikepala Faryal turun ke dagu pula. “Kau nak aku humban badan kau ditepi sungai? Kau nak aku buat Issac jadi duda pada usia dia yang muda? Tapi aku ada cara yang lain. Kenapa pula aku perlu bunuh kau sekarang kalau aku tak buat hidup kau sengsara terlebih dahulu? Sepertimana kau buat kepada aku.” Diusap mulut pistol itu naik semula ke pipi Faryal.
Apa pendapat kau kalau aku beri orang-orang aku rasa anak kita ni sayang? Mesti mereka sukakan?” Soal Khaleed dengan memandang sekilas pada Lutfiyah yang menggeleng kepala laju tidak setuju.
Faryal melihat air mata mamanya kembali mengalir. Dia menggigit dalam mulutnya kuat menahan perasaannya yang sudah kucar-kacir. “Khaleed, tolong Khaleed. Jangan apa-apakan Ayal. Tolong Khaleed.” Rayuan Lutfiyah memenuhi ruang itu.
Kau dengar tu, mama kau merayu dekat aku untuk melepaskan kau. Abang teringin sangat mahu dengar cakap sayang tapi abangkan papanya Ayal. I know what’s best for our daughter. Kalau dia boleh jual dirinya di Paris. Mengapa tidak sekarang?”


Kejadian di Paris diungkit Khaleed. Peristiwa hitam yang masih menjadi tanda-tanya sehingga sekarang.
Itu kerja kaukan? Perangkap aku di Paris?” Faryal yakin Khaleed yang memerangkapnya di Paris. Khaleed yang mengupah orang untuk menghancurkannya.
Faryal mendengus bila Khaleed merentap kasar tudung yang tersarung dikepalanya. Pistol masih setia dipipi Faryal. Mulut didekatkan kepada telinga Faryal. “Aku mahu saja menjawab iya. Malangnya jawapannya tidak. Aku bukan orang yang perangkap kau di Paris. Kalau aku dapat tahu orang yang melakukannya itu, aku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.” Penjelasan Khaleed itu membuat Faryal tersentap. Kalau bukan Khaleed habis tu siapa?
Kenapa kau tak ucapkannya sekarang Khaleed?” Belum sempat Khaleed berpaling, dia rasa kepalanya dihentak kuat dengan sesuatu. Badannya terjelepok depan Faryal dan pandangannya menjadi gelap.



10 comments:

  1. Cpt smbg.. Best citer... Moga ayal dn mamanya x apa2..rasanya dalang sbnr adlh aunty airah

    ReplyDelete
  2. xboleh sabar dah nih nak tahu kesudahan please mai.... :-)

    ReplyDelete
  3. ish suspensnye...cepat sambung kak!!! HAHAHHAHAHA

    ReplyDelete
  4. Huhhh. Suspen, brdebar. X sabar dgn bab selanjutnya. Good job writer!

    ReplyDelete