Bab
47
Selamat
Pagi Sayang! Semoga hari ini indah buat bidadari yang bertakhta
dihati ini. Love you. Miss you.
- Issac
Tersengih-sengih
sendiri Faryal dibuatnya pagi-pagi sebegini. Sejak hari mereka keluar
bersama, hampir setiap hari lelaki itu akan menghantar pesanan
ringkas kepadanya setiap pagi, waktu makan tengah hari dan setiap
malam sebelum tidur. Tanpa gagal. Apa yang membuat Faryal sentiasa
tertunggu-tunggu pesanan ringkas dari Issac adalah panggilan sayang
yang semakin hari semakin lali dengannya. Setiap panggilan yang
diterima juga sentiasa membuatnya dibuai atas awan. Kecuali…
“Hmm…Dah
mula dah perangai angau tahap maksima dia.” Cemerut muka Faryal
dengan teguran suara garau itu.
“Cemburulah
tu.” Inilah kecualinya. Kecuali diusik Hisham pasti terus awan dia
menjadi kabus dengan tiba-tiba. Ada saja nak kenakan orang. Nasib
baiklah Hisham orang kesayangan Nek Wan kalau tidak memang lama sudah
kena.
Faryal
mencapai beg kerjanya di atas sofa ruang tamu utama dan menghampiri
Aviya yang sedang menunggunya disebelah kereta. Sempat dia menjelir
lidah kepada Hisham yang disambut tawa galak lelaki itu. Nek Wan yang
baru sahaja keluar dari lif peribadinya menggeleng kepala melihat
telatah dua orang anak muda itu. Kalau tak usik mengusik memang tak
sah.
“Kamu
ni Sham, suka sangat usik si Ayal.”
“Seronok
tengok muka monyok dia Nek Wan.” Kata-kata Hisham disambut
gelengang kepala Nek Wan sekali lagi.
Ditampar
lembut lengan Hisham. “Ada-ada sajalah kamu. Marilah nanti kita
lambat pergi ofis.” Hisham beriringan dengan Nek Wan menuju ke
kereta.
“Macam
mana? Kamu dapat tahu mengenai perempuan nama Aairah tu?” Soal Nek
Wan semasa dalam perjalanan menghampiri kereta.
Gelengan
kepala anak muda disisinya cukup membuat dia mengerti. “Tak Nek
Wan. Sama seperti pencarian Rohan, Aairah pernah bertemu dengan puan
Lutfiyah beberapa tahun yang lalu. Selain itu tiada apa-apa lagi
maklumat mengenainya. Tiada maklumat tentang keluarga atau masa
silamnya. Sepertinya perempuan bernama Aairah tidak pernah wujud.”
Mengeluh Nek Wan dengan jawapan Hisham.
Seminggu
dihantar Hisham untuk mewakilnya dibeberapa acara yang penting,
terlanjur anak muda itu mahu ke Paris, dia mengarah Hisham menyelidik
perempuan misteri itu. Nampaknya dia terpaksa menunggu sehingga
perempuan yang terlantar di An-Nur itu sedarkan diri. Tiada jawapan
dan cara lain kecuali menunggu.
**
Fail
yang disua Shayaan dicapai Issac. Keningnya terangkat tidak sangka
kerja yang diberi kepada anak Lutfiyah itu selesai dengan begitu
pantas.
Shayaan
yang berdiri didepannya senyum herot dengan makna yang tersirat.
Tangan naik memeluk tubuh tidak ada tanda ingin melabuhkan duduk
dikerusi walaupun telah disilakan Issac. Tergelak sinis Shayaan dalam
hati. Ramai orang sentiasa memperkecilkan kebolehannya. Termasuk
lelaki yang sedang memegang jawatan CEO FS Companies.
“Wow!”
Tutur Issac lantas bangkit dari duduknya. Bahu tegap Shayaan
ditepuknya dan tangan berjabat satu sama lain.
“Saya
betul-betul tak sangka awak boleh lakukan kerja dengan begini cekap.
Tak sia-sia saya menarik awak ke dalam rancangan ini.”
Kedua-dua
tangan Shayaan menyeluk poket seluarnya. Dia membuka langkah
menghampiri tingkap yang terdapat dihujung pejabat itu. Kaget
seketika Issac apabila tiba-tiba Shayaan menjarakkan diri darinya.
Dipandang belakang tubuh Shayaan. Otak fikirannya mula memutarkan
andaian demi andaian dengan sikap Shayaan yang berubah drastis.
“Bagaimana
dengan tandantangan Shariq?”
“Masih
dalam proses. Faizan tak tanya banyak?”
“Setakat
tandatangan Faizan, kacang saja. Kau pun tahukan?” Tubuh berpaling
menghadap Issac kembali.
Tandatangan
Faizan diperoleh dengan mudah walaupun kembarnya itu mahu bertanya
dengan lebih lanjut, tetapi dia tahu kembarnya itu lebih suka
memerhati dari merunsingkan kepala dengan bertanya.
Selama
beberapa minggu itu dia sedang mengatur rentaknya sendiri. Walaupun
Faizan sudah tahu serba sedikit mengenai apa yang sedang berlaku,
tetapi dia tidak akan sesekali membahayakan nyawa keluarganya yang
lain. Cukup saja kembarnya itu sedia maklum mengenai apa yang
dilakukan papa mereka. Tambah lagi dengan permergian mendadak Pak
Halim dan Mak Limah, dia yakin papanya sudah memulakan langkah dan
dia harus berjaga-jaga. Dia Faaris Shayaan, dan dia tidak akan
sesekali bermain tanpa peraturannya sendiri.
Melihat
ekspresi Shayaan, Issac dapat mengagak bahawa anak kedua Lutfiyah
pasti mahu sesuatu darinya. Dia sudah arif dengan ini semua. Siapa
mahu bermain kalau tidak diberi jaminan? Siapa yang berani menaruh
reputasi dan prinsip hidup kalau tidak mempunyai agenda tersendiri?
Dia tahu sebab dia salah satu dari orangnya. Bersetuju dengan
rancangan ini kerana mempunyai agendanya yang tersendiri. Agenda yang
terlalu lama terpendam didada.
Tangan
naik mengurut leher yang tidak rasa sakit. Sebelum beralih kembali
pandangan kepada Shayaan yang setia menanti didepannya. “Apa yang
kau mahu?”
Terangguk-angguk
kepala Shayaan dengan pertanyaan yang dinanti-natikannya. “Apa aku
mahu? Senang saja. Aku pasti yang kau akan setuju dengannya.”
**
“Seperti
yang dibincang minggu lepas. Beberapa pakej akan dipromosikan untuk
pelancaran Ivic Resort Island.”
Tekun
Nek Wan mendengar agenda mesyuarat pada pagi itu. Semua ketua jabatan
dipandangnya setiap seorang. Tanpa pengetahuan mereka, dia sedang
menilai prestasi masing-masing. Didalam buku nota yang terbuka
didepannya kinilah, dimana dia mencatat setiap pemerhatiannya.
Matanya terpana kepada cucunya yang duduk beberapa kerusi darinya.
Mata memandang ke depan tetapi tangan sibuk menconteng sesuatu diatas
kertas. Kepalanya digeleng. Hisham yang selalu disebelah pula hilang
entah ke mana sebaik saja meminta diri untuk menjawab panggilan.
Pintu
dibuka perlahan dan matanya melihat muka Hisham yang tegang
menghampirinya. Dia sangka Hisham akan duduk kembali dikerusinya
tetapi lelaki itu membongkok dan berbisik sesuatu di telinganya.
“Nek
Wan, dia dah sedar.”
Hujung
pen yang dari tadi sibuk berjalan dipermukaan buku notanya berhenti
tiba-tiba. Pantas Nek Wan menoleh memandang Hisham mencari kepastian.
Anggukkan dari Hisham membuat dia menjadi serba tidak kena.
Akhirnya,
setiap persoalannya akan terjawab. Nek Wan mengangguk kepala faham
lantas membisik kepada Hisham supaya menyuruh Pak Atan sediakan
kereta. Sebaik saja ketua jabatan bahagian pemasaran habis membuat
hujahnya, Nek Wan pantas menutup buku notanya tidak mahu berlengah.
“Maaf.
Saya terpaksa menunda mesyuarat ini ke hari yang lain. Ada hal
mustahak yang harus saya tangani.” Tanpa lengah Nek Wan bangkit dan
menuju ke pintu utama diikuti oleh Hisham meninggalkan semua didalam
bilik mensyuarat itu tertanya-tanya sesama sendiri termasuk Faryal.
Sebaik
saja pintu lif tutup rapat, Nek Wan menarik nafas yang dalam. Mata
dipejam. Degupan jantungnya bagai terhenti apabila berita itu sampai
ditelinga.
“Kamu
sudah telefon Hanis?”
“Sudah.
Dia tengah dalam perjalanan ke sana.” Jelas Hisham.
Dengan
pantas mereka melangkah menuju kereta yang sudah menanti
diperkarangan Ivic International. Pak Atan membuka luas pintu kereta
apabila melihat majikannya menghampiri. Pintu ditutup rapat dan dia
bergegas ke tempat pemandu.
“Pak
Atan, kita ke An-Nur.”
“Baik
Puan.” Akur Pak Atan dan memandu pergi sebaik saja memakai tali
pinggang keledarnya.
**
Badan
dihempas atas kerusi kerjanya sambil melepaskan keluhan dibibir.
Apabila mendengar pintu bilik diketuk dan dikuak dari luar. Faryal
membuka matanya yang direhatkan seketika. Aviya yang baru masuk
melabuh duduk didepannya.
“Cepatnya
habis mesyuarat?” Soal Aviya hairan mengapa mesyuarat itu habis
cepat. Selalunya mesyuarat dengan kepala jabatan sentiasa akan larut
sehingga tengah hari.
“Nek
Wan ada hal penting yang harus dia tangani.” Balas Faryal sambil
memeriksa emelnya.
“Hal
apa?” Jungkitan bahu Faryal menjawab pertanyaan Aviya.
Tangan
masih memegang tetikus, otaknya tertanya juga apa hal yang mendadak
sangat sehingga Nek Wan terpaksa mengakhiri mesyuarat dengan
tergesa-gesa. Tambah lagi Nek Wan dan Hisham meninggalkan mesyuarat
dengan muka yang serius.
Faryal
menoleh menghadap Aviya yang sepertinya sedang berkhayal. “Tapi
macam kelam-kabut saja. Abang Sham kelaur lama jugalah. Lepas tu dia
masuk muka tegang habis. Lepas tu tup-tup Nek Wan cakap dia kena
pergi. Entahlah, mungkin ada hal dekat luar kot.”
Baru
saja Aviya ingin membalas Faryal menyambung. “Hah! Kak Viya pergi
mana? Hilang terus? Cakap pergi ambil dompet dekat rumah. Lamanya.
Mendak tau mesyuarat tadi.”
Sebaik
saja Faryal turun dari kereta, Aviya terus memandu pergi sebaik saja
mendapat panggilan dari Alex. Tapi apa yang diberitahunya kepada
Faryal adalah dia tertinggalkan dompetnya dirumah. Pada mulanya
Faryal beria-ia memberinya duit untuk hari itu, tetapi kerana
terpaksa meloloskan diri, dia terpaksa kata yang banyak kad penting
ada didalamnya. Nasib baik Faryal tidak mencegah.
“Traffic
jam
dekat lebuh raya itu yang lambat. Okaylah, kak Viya pergi depan dulu.
Happy
working.”
Dengan pantas Aviya menghampiri meja kerjanya sebaik saja pintu bilik
Faryal ditutup rapat. Telefon bimbit dalam tas tangannya dikeluarkan.
Pantas jari-jemari bergerak dipermukaan telefon bimbitnya. Issac
harus tahu mengenai perkara yang sungguh musykilkan itu.
**
NW
tak ada. Keluar dengan mendadak. I tak sedap hatilah-Aviya.
Noted.
I’ll take it from here.-Issac.
Telefon
bimbit disimpan kembali dalam poket seluarnya. Hatinya tidak senang
dengan pesanan ringkas yang baru diterimanya. Apatah lagi kalau Aviya
tidak sedap hati. Deheman dari lelaki didepannya membuat dia kembali
kepada realiti.
“Bagaimana
dengan permintaan aku?”
“Aku
setuju untuk memastikan keselamatan Pak Halim sekeluarga terjamin.
Kau jangan risau mengenai itu. Aku akan pastikan tiada apa-apa yang
berlaku kepada mereka. Selagi permainan ini belum selesai aku akan
pastikan semua nama yang kau sebutkan tadi akan aku tingkatkan
keselamatan mereka.” Issac menyakinkan Shayaan.
Mendengar
cerita mengenai pemergian Pak Halim dan Mak Limah dari Villa Nur
membuat hati Issac membara. Dia harus pastikan Widayah sekeluarga
tidak diapa-apakan oleh Khaleed. Kini, dia pula perlu kepastian dari
Shayaan.
“Kau
ada sembunyi apa-apa daripada aku?”
“Maksud
kau?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
Shayaan
tidak akan sesekali memberitahu mengenai wanita di An-Nur itu. Dia
mengagak bahawa Issac mempunyai kaitan dengan wanita itu. Buat
sementara biar pengetahuan itu disimpannya kerana dia tidak tahu apa
akan bakal berlaku. Manusia boleh berubah dan dia takut anak muda
didepannya akan berpaling tadah. Padanya, wanita itu adalah kartu
yang amat penting sekali dan belum masanya untuk mendedahkannya.
**
Mereka
menanti dengan penuh debaran diluar bilik. Hisham berdiri sebelah
Isha yang hanya diam membisu dari tadi. Sebaik saja mereka tiba di
An-Nur, doktor Hanis masih berada didalam dengan ibunya Hisham.
Pelbagai persoalan bermain difikiran Nek Wan tidak tahu apa yang
harus ditanya. Kerap-kali dia memainkan adegan ini di dalam
fikirannya. Tetapi kini entah mengapa dia tidak tahu apa yang harus
dilakukannya. Semua pertanyaan tidak teratur. Berkecamuk.
Terdiri
tegak mereka semua apabila pintu bilik itu terbuka. Doktor Hanis
keluar dari bilik bersama ibunya Hisham dengan muka yang tenang.
Senyuman diberi kepada Nek Wan yang dia tahu sedang gelisah mahu
berjumpa dengan pesakitnya itu.
“Bagaimana
Hanis?” Soal Nek Wan sebaik saja pintu bilik itu ditutup rapat.
“Alhamdulillah,
semua okay. Cuma kakinya masih perlukan terapi. Insyaallah dia akan
sembuh sepenuhnya.” Lega Nek Wan mendengar penjelasan Hanis.
“Boleh
Nek Wan jumpa dengan dia?” Doktor Hanis mengangguk dan mendepa
tangannya membenarkan Nek Wan masuk.
“Silalah.
Dia dari tadi sebut nama Nek Wan.” Terperanjat Nek Wan apabila
perempuan itu menyebut namanya. Semakin membuak-buak keinginannya
untuk berjumpa dengan wanita itu. Bagaimana dia tahu mengenainya?
Hisham
menghampiri doktor Hanis. “Mari Hanis saya hantar ke depan.”
Sebaik
saja Hisham dan yang lain beredar, terketar-ketar tangan Nek Wan naik
memegang tombol pintu itu. Beberapa kali nafasnya ditarik dan
dihembus cuba menenangkan hatinya. Mata dipejam seketika dan dengan
Bismillah dia memulas tombol dan menolak daun pintu perlahan.
Pandangannya
terjatuh kepada sekujur tubuh yang sedang menyandar dikepala katil
beralaskan bantal. Bunyi mesin yang selalu didengari setiap kali dia
kemari sudah tiada lagi, hanya bau ubat-ubatan seperti dihospital
masih dihidunya. Sekujur tubuh itu yang tadi menghadap tingkap yang
berdekatan berpaling menghadapnya apabila merasa kehadiran seseorang
didalam bilik itu.
Segaris
senyuman diukir kepada Nek Wan tetapi senyumannya mati apabila tubuh
wanita yang bertongkat ditangan tidak membalasnya. Wajah yang serius
menyambutnya. Pandangan kembali dilempar ke luar tingkap. Sudah lama
dia tidak melihat pancaran matahari. Sudah lama dia hanya melihat
kegelapan. Rasa sakit dan tidak selesa menjalur seluruh tubuhnya
tetapi ditahan dengan ketapan gigi. Tidak mahu menunjuk kelemahannya.
Derapan
kaki dan hentakan tongkat dilantai menyapa telinga. Perlahan Nek Wan
menghampiri katil tetapi tidak terus duduk dikerusi yang sudah
tersedia disebelah katil. Sekujur tubuh itu diamatinya. Terutama
sekali muka yang penuh dengan parut luka. Walaupun parut luka semakin
sembuh tetapi kaki kanannya masih berbalut. Mata yang galak
mengingatkannya kepada seseorang. Bibir yang menguntum senyuman
sebentar tadi mengingatkannya kepada seseorang. Hidung yang sedikit
mancung mengingatkannya kepada seseorang. Seseorang yang amat
dirinduinya.
“Saya
tahu puan tertanya-tanya siapa saya. Saya tahu puan mahu tahu apa
penglibatan saya dengan kemalangan Fiyah.” Perlahan dia menoleh
kepada susuk tubuh yang sedang berdiri tegak sebelahnya.
Dia
tahu wanita berumur itu mempunyai pelbagai pertanyaan. Dia juga tahu
sudah masanya permainan ini dimaklum kepada Nek Wan. Apa yang dia
rancangkan tidak jadi sesama sekali. Tiada telefon untuk memaklumkan
kepada mereka tentang keberadaannya. Tiada jalan untuk dia keluar
dari bawa kawalan ketat Nek Wan, tambah lagi dengan kakinya yang
masih berbalut. Tiada jalan keluar baginya melainkan mendedah
kebenaran.
“Saya
akan jawab semua pertanyaan puan dan saya juga akan ceritakan
segalanya. Tetapi saya perlukan kerjasama puan.”
Bertaut
kening Nek Wan mendengar tawaran dari wanita itu. Hati dan fikirannya
berbelah bagi. Haruskan dia menerima tawaran itu? “Bolehkah saya
percaya kata-kata kamu?” Mata dikerdip meminta kepastian.
Senyuman
nipis diberi wanita itu sudah dapat mengagak pertanyaan dari Nek Wan.
Kedudukannya atas katil diperbetulkan sedikit. Badannya mengensot
sedikit ke atas. “Dalam keadaan sekarang, hanya sayalah yang dapat
menjawap semua pertanyaan puan. Hanya saya.”
Nek
Wan berfikir sejenak. Memang benar wanita itu satu-satunya mesin
jawapannya. Jawapan untuk setiap pertanyaannya. Jawapan untuk semua
yang sedang berlaku. Jawapan untuk mencari kebenaran.
“Baiklah.
Tapi ada soalan yang saya mahu tanya kepada kamu. Siapa nama kamu dan
apa hubungan kamu dengan anak saya Fiyah.”
Wanita
itu menunduk memandang jari-jemarinya yang bermain antara satu sama
lain. Dia yakin Nek Wan pasti terperanjat dengan apa yang ingin
diberitahunya. Rahsia yang tersimpan selama ini.
“Nama
saya Aairah. Aairah Zabidin” Butang mata Nek Wan mendengar nama
penuh wanita itu. Zabidin? Bukankah itu? Oh tidak!
“Kamu…”
Jari telunjuk naik menunding Aairah yang angguk kepala mengiakan apa
yang ingin dikatakan Nek Wan. Dengan nama bapanya saja dia pasti Nek
Wan sudah tahu siapa dia dengan Lutfiyah.
“Saya
kakak kepada Lutfiyah Zabidin atau lebih dikenali sebagai Lutfiyah
Saad anak angkat kepada Saad Halim dan Wanda Ivic Abdullah.”
oh don't tell me kakak mama ayal nk bunuh dia...or sebenarnye nk protect tapi kena kemalangan...hmm dulu kn ade scene sorang pompuan dtg bilik ayal malam-malam..mama ayal hidup lagi ke?pening! hehe btw good job kak ^^
ReplyDeleteHehe...Kan akak dah cakap mesti pening punya:B
Delete