Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Sunday, 7 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 47

Bab 47

Selamat Pagi Sayang! Semoga hari ini indah buat bidadari yang bertakhta dihati ini. Love you. Miss you.
 - Issac
Tersengih-sengih sendiri Faryal dibuatnya pagi-pagi sebegini. Sejak hari mereka keluar bersama, hampir setiap hari lelaki itu akan menghantar pesanan ringkas kepadanya setiap pagi, waktu makan tengah hari dan setiap malam sebelum tidur. Tanpa gagal. Apa yang membuat Faryal sentiasa tertunggu-tunggu pesanan ringkas dari Issac adalah panggilan sayang yang semakin hari semakin lali dengannya. Setiap panggilan yang diterima juga sentiasa membuatnya dibuai atas awan. Kecuali…
Hmm…Dah mula dah perangai angau tahap maksima dia.” Cemerut muka Faryal dengan teguran suara garau itu.
Cemburulah tu.” Inilah kecualinya. Kecuali diusik Hisham pasti terus awan dia menjadi kabus dengan tiba-tiba. Ada saja nak kenakan orang. Nasib baiklah Hisham orang kesayangan Nek Wan kalau tidak memang lama sudah kena.
Faryal mencapai beg kerjanya di atas sofa ruang tamu utama dan menghampiri Aviya yang sedang menunggunya disebelah kereta. Sempat dia menjelir lidah kepada Hisham yang disambut tawa galak lelaki itu. Nek Wan yang baru sahaja keluar dari lif peribadinya menggeleng kepala melihat telatah dua orang anak muda itu. Kalau tak usik mengusik memang tak sah.
Kamu ni Sham, suka sangat usik si Ayal.”
Seronok tengok muka monyok dia Nek Wan.” Kata-kata Hisham disambut gelengang kepala Nek Wan sekali lagi.
Ditampar lembut lengan Hisham. “Ada-ada sajalah kamu. Marilah nanti kita lambat pergi ofis.” Hisham beriringan dengan Nek Wan menuju ke kereta.
Macam mana? Kamu dapat tahu mengenai perempuan nama Aairah tu?” Soal Nek Wan semasa dalam perjalanan menghampiri kereta.
Gelengan kepala anak muda disisinya cukup membuat dia mengerti. “Tak Nek Wan. Sama seperti pencarian Rohan, Aairah pernah bertemu dengan puan Lutfiyah beberapa tahun yang lalu. Selain itu tiada apa-apa lagi maklumat mengenainya. Tiada maklumat tentang keluarga atau masa silamnya. Sepertinya perempuan bernama Aairah tidak pernah wujud.” Mengeluh Nek Wan dengan jawapan Hisham.
Seminggu dihantar Hisham untuk mewakilnya dibeberapa acara yang penting, terlanjur anak muda itu mahu ke Paris, dia mengarah Hisham menyelidik perempuan misteri itu. Nampaknya dia terpaksa menunggu sehingga perempuan yang terlantar di An-Nur itu sedarkan diri. Tiada jawapan dan cara lain kecuali menunggu.
**
Fail yang disua Shayaan dicapai Issac. Keningnya terangkat tidak sangka kerja yang diberi kepada anak Lutfiyah itu selesai dengan begitu pantas.
Shayaan yang berdiri didepannya senyum herot dengan makna yang tersirat. Tangan naik memeluk tubuh tidak ada tanda ingin melabuhkan duduk dikerusi walaupun telah disilakan Issac. Tergelak sinis Shayaan dalam hati. Ramai orang sentiasa memperkecilkan kebolehannya. Termasuk lelaki yang sedang memegang jawatan CEO FS Companies.
Wow!” Tutur Issac lantas bangkit dari duduknya. Bahu tegap Shayaan ditepuknya dan tangan berjabat satu sama lain.
Saya betul-betul tak sangka awak boleh lakukan kerja dengan begini cekap. Tak sia-sia saya menarik awak ke dalam rancangan ini.”
Kedua-dua tangan Shayaan menyeluk poket seluarnya. Dia membuka langkah menghampiri tingkap yang terdapat dihujung pejabat itu. Kaget seketika Issac apabila tiba-tiba Shayaan menjarakkan diri darinya. Dipandang belakang tubuh Shayaan. Otak fikirannya mula memutarkan andaian demi andaian dengan sikap Shayaan yang berubah drastis.
Bagaimana dengan tandantangan Shariq?”
Masih dalam proses. Faizan tak tanya banyak?”
Setakat tandatangan Faizan, kacang saja. Kau pun tahukan?” Tubuh berpaling menghadap Issac kembali.
Tandatangan Faizan diperoleh dengan mudah walaupun kembarnya itu mahu bertanya dengan lebih lanjut, tetapi dia tahu kembarnya itu lebih suka memerhati dari merunsingkan kepala dengan bertanya.
Selama beberapa minggu itu dia sedang mengatur rentaknya sendiri. Walaupun Faizan sudah tahu serba sedikit mengenai apa yang sedang berlaku, tetapi dia tidak akan sesekali membahayakan nyawa keluarganya yang lain. Cukup saja kembarnya itu sedia maklum mengenai apa yang dilakukan papa mereka. Tambah lagi dengan permergian mendadak Pak Halim dan Mak Limah, dia yakin papanya sudah memulakan langkah dan dia harus berjaga-jaga. Dia Faaris Shayaan, dan dia tidak akan sesekali bermain tanpa peraturannya sendiri.
Melihat ekspresi Shayaan, Issac dapat mengagak bahawa anak kedua Lutfiyah pasti mahu sesuatu darinya. Dia sudah arif dengan ini semua. Siapa mahu bermain kalau tidak diberi jaminan? Siapa yang berani menaruh reputasi dan prinsip hidup kalau tidak mempunyai agenda tersendiri? Dia tahu sebab dia salah satu dari orangnya. Bersetuju dengan rancangan ini kerana mempunyai agendanya yang tersendiri. Agenda yang terlalu lama terpendam didada.
Tangan naik mengurut leher yang tidak rasa sakit. Sebelum beralih kembali pandangan kepada Shayaan yang setia menanti didepannya. “Apa yang kau mahu?”
Terangguk-angguk kepala Shayaan dengan pertanyaan yang dinanti-natikannya. “Apa aku mahu? Senang saja. Aku pasti yang kau akan setuju dengannya.”
**
Seperti yang dibincang minggu lepas. Beberapa pakej akan dipromosikan untuk pelancaran Ivic Resort Island.”
Tekun Nek Wan mendengar agenda mesyuarat pada pagi itu. Semua ketua jabatan dipandangnya setiap seorang. Tanpa pengetahuan mereka, dia sedang menilai prestasi masing-masing. Didalam buku nota yang terbuka didepannya kinilah, dimana dia mencatat setiap pemerhatiannya. Matanya terpana kepada cucunya yang duduk beberapa kerusi darinya. Mata memandang ke depan tetapi tangan sibuk menconteng sesuatu diatas kertas. Kepalanya digeleng. Hisham yang selalu disebelah pula hilang entah ke mana sebaik saja meminta diri untuk menjawab panggilan.
Pintu dibuka perlahan dan matanya melihat muka Hisham yang tegang menghampirinya. Dia sangka Hisham akan duduk kembali dikerusinya tetapi lelaki itu membongkok dan berbisik sesuatu di telinganya.
Nek Wan, dia dah sedar.”
Hujung pen yang dari tadi sibuk berjalan dipermukaan buku notanya berhenti tiba-tiba. Pantas Nek Wan menoleh memandang Hisham mencari kepastian. Anggukkan dari Hisham membuat dia menjadi serba tidak kena.
Akhirnya, setiap persoalannya akan terjawab. Nek Wan mengangguk kepala faham lantas membisik kepada Hisham supaya menyuruh Pak Atan sediakan kereta. Sebaik saja ketua jabatan bahagian pemasaran habis membuat hujahnya, Nek Wan pantas menutup buku notanya tidak mahu berlengah.
Maaf. Saya terpaksa menunda mesyuarat ini ke hari yang lain. Ada hal mustahak yang harus saya tangani.” Tanpa lengah Nek Wan bangkit dan menuju ke pintu utama diikuti oleh Hisham meninggalkan semua didalam bilik mensyuarat itu tertanya-tanya sesama sendiri termasuk Faryal.
Sebaik saja pintu lif tutup rapat, Nek Wan menarik nafas yang dalam. Mata dipejam. Degupan jantungnya bagai terhenti apabila berita itu sampai ditelinga.
Kamu sudah telefon Hanis?”
Sudah. Dia tengah dalam perjalanan ke sana.” Jelas Hisham.
Dengan pantas mereka melangkah menuju kereta yang sudah menanti diperkarangan Ivic International. Pak Atan membuka luas pintu kereta apabila melihat majikannya menghampiri. Pintu ditutup rapat dan dia bergegas ke tempat pemandu.
Pak Atan, kita ke An-Nur.”
Baik Puan.” Akur Pak Atan dan memandu pergi sebaik saja memakai tali pinggang keledarnya.
**
Badan dihempas atas kerusi kerjanya sambil melepaskan keluhan dibibir. Apabila mendengar pintu bilik diketuk dan dikuak dari luar. Faryal membuka matanya yang direhatkan seketika. Aviya yang baru masuk melabuh duduk didepannya.
Cepatnya habis mesyuarat?” Soal Aviya hairan mengapa mesyuarat itu habis cepat. Selalunya mesyuarat dengan kepala jabatan sentiasa akan larut sehingga tengah hari.
Nek Wan ada hal penting yang harus dia tangani.” Balas Faryal sambil memeriksa emelnya.
Hal apa?” Jungkitan bahu Faryal menjawab pertanyaan Aviya.
Tangan masih memegang tetikus, otaknya tertanya juga apa hal yang mendadak sangat sehingga Nek Wan terpaksa mengakhiri mesyuarat dengan tergesa-gesa. Tambah lagi Nek Wan dan Hisham meninggalkan mesyuarat dengan muka yang serius.
Faryal menoleh menghadap Aviya yang sepertinya sedang berkhayal. “Tapi macam kelam-kabut saja. Abang Sham kelaur lama jugalah. Lepas tu dia masuk muka tegang habis. Lepas tu tup-tup Nek Wan cakap dia kena pergi. Entahlah, mungkin ada hal dekat luar kot.”
Baru saja Aviya ingin membalas Faryal menyambung. “Hah! Kak Viya pergi mana? Hilang terus? Cakap pergi ambil dompet dekat rumah. Lamanya. Mendak tau mesyuarat tadi.”
Sebaik saja Faryal turun dari kereta, Aviya terus memandu pergi sebaik saja mendapat panggilan dari Alex. Tapi apa yang diberitahunya kepada Faryal adalah dia tertinggalkan dompetnya dirumah. Pada mulanya Faryal beria-ia memberinya duit untuk hari itu, tetapi kerana terpaksa meloloskan diri, dia terpaksa kata yang banyak kad penting ada didalamnya. Nasib baik Faryal tidak mencegah.
Traffic jam dekat lebuh raya itu yang lambat. Okaylah, kak Viya pergi depan dulu. Happy working.” Dengan pantas Aviya menghampiri meja kerjanya sebaik saja pintu bilik Faryal ditutup rapat. Telefon bimbit dalam tas tangannya dikeluarkan. Pantas jari-jemari bergerak dipermukaan telefon bimbitnya. Issac harus tahu mengenai perkara yang sungguh musykilkan itu.
**
NW tak ada. Keluar dengan mendadak. I tak sedap hatilah-Aviya.
Noted. I’ll take it from here.-Issac.
Telefon bimbit disimpan kembali dalam poket seluarnya. Hatinya tidak senang dengan pesanan ringkas yang baru diterimanya. Apatah lagi kalau Aviya tidak sedap hati. Deheman dari lelaki didepannya membuat dia kembali kepada realiti.
Bagaimana dengan permintaan aku?”
Aku setuju untuk memastikan keselamatan Pak Halim sekeluarga terjamin. Kau jangan risau mengenai itu. Aku akan pastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Selagi permainan ini belum selesai aku akan pastikan semua nama yang kau sebutkan tadi akan aku tingkatkan keselamatan mereka.” Issac menyakinkan Shayaan.
Mendengar cerita mengenai pemergian Pak Halim dan Mak Limah dari Villa Nur membuat hati Issac membara. Dia harus pastikan Widayah sekeluarga tidak diapa-apakan oleh Khaleed. Kini, dia pula perlu kepastian dari Shayaan.
Kau ada sembunyi apa-apa daripada aku?”
Maksud kau?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
Shayaan tidak akan sesekali memberitahu mengenai wanita di An-Nur itu. Dia mengagak bahawa Issac mempunyai kaitan dengan wanita itu. Buat sementara biar pengetahuan itu disimpannya kerana dia tidak tahu apa akan bakal berlaku. Manusia boleh berubah dan dia takut anak muda didepannya akan berpaling tadah. Padanya, wanita itu adalah kartu yang amat penting sekali dan belum masanya untuk mendedahkannya.
**
Mereka menanti dengan penuh debaran diluar bilik. Hisham berdiri sebelah Isha yang hanya diam membisu dari tadi. Sebaik saja mereka tiba di An-Nur, doktor Hanis masih berada didalam dengan ibunya Hisham. Pelbagai persoalan bermain difikiran Nek Wan tidak tahu apa yang harus ditanya. Kerap-kali dia memainkan adegan ini di dalam fikirannya. Tetapi kini entah mengapa dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Semua pertanyaan tidak teratur. Berkecamuk.
Terdiri tegak mereka semua apabila pintu bilik itu terbuka. Doktor Hanis keluar dari bilik bersama ibunya Hisham dengan muka yang tenang. Senyuman diberi kepada Nek Wan yang dia tahu sedang gelisah mahu berjumpa dengan pesakitnya itu.
Bagaimana Hanis?” Soal Nek Wan sebaik saja pintu bilik itu ditutup rapat.
Alhamdulillah, semua okay. Cuma kakinya masih perlukan terapi. Insyaallah dia akan sembuh sepenuhnya.” Lega Nek Wan mendengar penjelasan Hanis.
Boleh Nek Wan jumpa dengan dia?” Doktor Hanis mengangguk dan mendepa tangannya membenarkan Nek Wan masuk.
Silalah. Dia dari tadi sebut nama Nek Wan.” Terperanjat Nek Wan apabila perempuan itu menyebut namanya. Semakin membuak-buak keinginannya untuk berjumpa dengan wanita itu. Bagaimana dia tahu mengenainya?
Hisham menghampiri doktor Hanis. “Mari Hanis saya hantar ke depan.”
Sebaik saja Hisham dan yang lain beredar, terketar-ketar tangan Nek Wan naik memegang tombol pintu itu. Beberapa kali nafasnya ditarik dan dihembus cuba menenangkan hatinya. Mata dipejam seketika dan dengan Bismillah dia memulas tombol dan menolak daun pintu perlahan.
Pandangannya terjatuh kepada sekujur tubuh yang sedang menyandar dikepala katil beralaskan bantal. Bunyi mesin yang selalu didengari setiap kali dia kemari sudah tiada lagi, hanya bau ubat-ubatan seperti dihospital masih dihidunya. Sekujur tubuh itu yang tadi menghadap tingkap yang berdekatan berpaling menghadapnya apabila merasa kehadiran seseorang didalam bilik itu.
Segaris senyuman diukir kepada Nek Wan tetapi senyumannya mati apabila tubuh wanita yang bertongkat ditangan tidak membalasnya. Wajah yang serius menyambutnya. Pandangan kembali dilempar ke luar tingkap. Sudah lama dia tidak melihat pancaran matahari. Sudah lama dia hanya melihat kegelapan. Rasa sakit dan tidak selesa menjalur seluruh tubuhnya tetapi ditahan dengan ketapan gigi. Tidak mahu menunjuk kelemahannya.
Derapan kaki dan hentakan tongkat dilantai menyapa telinga. Perlahan Nek Wan menghampiri katil tetapi tidak terus duduk dikerusi yang sudah tersedia disebelah katil. Sekujur tubuh itu diamatinya. Terutama sekali muka yang penuh dengan parut luka. Walaupun parut luka semakin sembuh tetapi kaki kanannya masih berbalut. Mata yang galak mengingatkannya kepada seseorang. Bibir yang menguntum senyuman sebentar tadi mengingatkannya kepada seseorang. Hidung yang sedikit mancung mengingatkannya kepada seseorang. Seseorang yang amat dirinduinya.
Saya tahu puan tertanya-tanya siapa saya. Saya tahu puan mahu tahu apa penglibatan saya dengan kemalangan Fiyah.” Perlahan dia menoleh kepada susuk tubuh yang sedang berdiri tegak sebelahnya.
Dia tahu wanita berumur itu mempunyai pelbagai pertanyaan. Dia juga tahu sudah masanya permainan ini dimaklum kepada Nek Wan. Apa yang dia rancangkan tidak jadi sesama sekali. Tiada telefon untuk memaklumkan kepada mereka tentang keberadaannya. Tiada jalan untuk dia keluar dari bawa kawalan ketat Nek Wan, tambah lagi dengan kakinya yang masih berbalut. Tiada jalan keluar baginya melainkan mendedah kebenaran.
Saya akan jawab semua pertanyaan puan dan saya juga akan ceritakan segalanya. Tetapi saya perlukan kerjasama puan.”
Bertaut kening Nek Wan mendengar tawaran dari wanita itu. Hati dan fikirannya berbelah bagi. Haruskan dia menerima tawaran itu? “Bolehkah saya percaya kata-kata kamu?” Mata dikerdip meminta kepastian.
Senyuman nipis diberi wanita itu sudah dapat mengagak pertanyaan dari Nek Wan. Kedudukannya atas katil diperbetulkan sedikit. Badannya mengensot sedikit ke atas. “Dalam keadaan sekarang, hanya sayalah yang dapat menjawap semua pertanyaan puan. Hanya saya.”
Nek Wan berfikir sejenak. Memang benar wanita itu satu-satunya mesin jawapannya. Jawapan untuk setiap pertanyaannya. Jawapan untuk semua yang sedang berlaku. Jawapan untuk mencari kebenaran.
Baiklah. Tapi ada soalan yang saya mahu tanya kepada kamu. Siapa nama kamu dan apa hubungan kamu dengan anak saya Fiyah.”
Wanita itu menunduk memandang jari-jemarinya yang bermain antara satu sama lain. Dia yakin Nek Wan pasti terperanjat dengan apa yang ingin diberitahunya. Rahsia yang tersimpan selama ini.
Nama saya Aairah. Aairah Zabidin” Butang mata Nek Wan mendengar nama penuh wanita itu. Zabidin? Bukankah itu? Oh tidak!
Kamu…” Jari telunjuk naik menunding Aairah yang angguk kepala mengiakan apa yang ingin dikatakan Nek Wan. Dengan nama bapanya saja dia pasti Nek Wan sudah tahu siapa dia dengan Lutfiyah.

Saya kakak kepada Lutfiyah Zabidin atau lebih dikenali sebagai Lutfiyah Saad anak angkat kepada Saad Halim dan Wanda Ivic Abdullah.” 

2 comments:

  1. oh don't tell me kakak mama ayal nk bunuh dia...or sebenarnye nk protect tapi kena kemalangan...hmm dulu kn ade scene sorang pompuan dtg bilik ayal malam-malam..mama ayal hidup lagi ke?pening! hehe btw good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Kan akak dah cakap mesti pening punya:B

      Delete