Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Saturday, 18 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 56

Bab 56

Kelam-kabut Lutfiyah melangkah ke perkarangan lobi syarikatnya. Sudah lambat untuk temu janjinya diluar. Kalau tidak kerana masalah disalah satu cawangan hotelnya pasti dia tidak akan terkocoh-kocoh sebegini.
Nasib baik anak sulungnya, Shariq dan dua pasang kembar mahu bekerja disyarikatnya selepas tamat belajar. Sekarang hanya tinggal Fadi yang dari mula lagi tidak mahu bekerja disyarikatnya dan Faryal yang katanya mahu menjadi seorang cef. Dia tidak menghalang apa saja keputusan yang anak-anaknya mahu ambil. Kalau itu yang mereka mahu dia akan turuti.

Rindunya tiba-tiba kepada Fadi yang berada jauh di Germany. Faryal pula akan berangkat ke Paris untuk menyambung pelajarannya. Cuma Ahdia saja yang merisaukannya. Tidak ada apa-apa rancangan untuk mengikut jejak yang lain. Khaleed pula asyik memanjakan Ahdia saja. Apa yang Ahdia mahu pasti akan ditepati. Kalau tidak dapat dari Lutfiyah pasti akan dapat dari Khaleed dan kerana Ahdia jugalah mereka suami isteri boleh bertikam lidah.
Sejak balik dari Paris bertemu dengan Issac, dia dan Alex banyak memikirkan tentang langkah seterusnya. Apa harus dilakukan, pertolongan siapa mereka perlukan dan banyak lagi. Kalau mereka ada buah fikiran mereka akan beritahu Issac melalui emel atau kadang-kala melalui telefon. Mereka harus rancang seperincinya mungkin supaya Khaleed tidak mengesyaki apa-apa.
Termasuk sekarang. Semakin hari semakin pudar rasa cinta dan kasih sayang terhadap Khaleed. Mahu saja dia mengheret Khaleed ke pengadilan tetapi dia tidak mahu melakukan sedemikian. Khaleed orang yang berpengaruh. Dia boleh lakukan apa saja, termasuk menghabisinya sekelip mata.
Semakin dia menghampiri kereta, hairan dia melihat pembantu peribadinya yang mengganti tempat Jia sedang tercegat disebelah kereta. Mata memandang dengan tekun ke arah deretan kedai yang berdekatan sehingga tidak sedar kehadiran Lutfiyah.
Kenapa dengan kamu ni Din? Macam nampak hantu saja.” Gurau Lutfiyah. Dua pengawal peribadi yang mengiringinya dari tadi juga gelak melihat muka berkerut Geraldine.
Memang ternampak hantu. Hantu Puan Fiyah.”
Lutfiyah menggeleng kepala. Bahu anak muda itu dipukul lembut. Sudah dianggap Geraldine seperti anaknya sendiri. “Merepeklah kamu ni Din.” Ada-ada sajalah budak ni. Ada nampak hantu aku siang-siang hari macam ni.
Melihat majikannya tidak percaya dengan apa yang dicakapnya, lengan wanita itu dipegangnya. Tubuh Lutfiyah menghampiri Geraldine. “Puan cuba tengok perempuan pakai baju kurung putih yang dekat Ginger café tu.” Bisik Geraldine. Tidak menunjuk dengan jari tetapi dengan bibirnya yang dijuih.
Lutfiyah mengerdipkan mata dan leher dipanjangkan mahu melihat apa yang dikatakan Geraldine. “Yang mana?” Soalnya kurang pasti.
Yang pakai cermin mata hitam dan tudung putih tu. Sudah beberapa kali Din nampak dia dekat situ. Masa kita nak pergi makan tengah hari dengan Mr James kelmarin pun Din nampak dia dekat situ. Bila Din menghampiri dia terus lari.” Penjelasan Geraldine berjaya membangkit rasa curiga Lutfiyah, tetapi saja mahu menyedapkan hatinya dia berdalih.
Kebetulan kot. Dahlah, jom pergi dah lambat ni.” Ditarik Gerladine ke dalam kereta. Satu pengawal peribadi yang setia bersamanya mengambil tempat didepan sementara lagi satu menaiki kereta lagi satu dibelakang. Sejak mendengar perbualan Khaleed mahu menghabisinya, dia telah menaikkan pegawai keselamatnnya dan juga NekWan. Takut Khaleed akan menyerang bila-bila masa saja.
Bila kereta yang dipandu Pak Halim melintasi café Ginger, Lutfiyah mengamati perempuan yang dikatakan Geraldine tadi. Membulat mata Lutfiyah dengan apa yang dilihatnya tadi. Badan dipusing mahu melihat ke belakang. Kelibat wanita itu sedang berdiri melihat ke arah keretanya.
Tapi apa yang membuat jantungnya henti berdegup adalah bila wanita itu membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Oh tidak! Telefon bimbit dikeluarkannya dan pantas menekan telefon bimbit Alex.
I found her. Or better still she found me. She’s here.” Tutur Lutfiyah sebaik saja talian bersambung.
**
“Mungkin ini boleh menolong dalam rancangan kematian aunty itu.
Sekarang dia faham apa yang dimaksudkan Issac. Dari gambar yang diberi Issac, memang muka kakaknya seiras dengannya kecuali dia tidak mempunyai tahi lalat disebelah kanan bibir seperti kakaknya itu. Aairah. Itulah nama kembarnya.
“Kenapa dia tak terus jumpa dengan you? Kenapa harus bersembunyi?” Suara garau Alex menyapa telinganya. Kaki yang tadi menyilang diluruskan kembali. Duduknya atas sofa dibetulkan. Dilirk Alex yang sedang menghampirinya.
Just one thing you should know. She doesn’t want to be found. If I were you, I’ll wait for her to make the first move.”
Dia tidak pasti pada mulanya apa yang ingin disampaikan Issac pada pertemuan mereka itu. Sebaik saja mendapat maklumat tentang keberadaan Aairah dia ingin sekali berjumpa dengan kakak kandungnya itu tetapi kata-kata Issac bahawa Aairah tidak mahu dijumpai membatalkan hasratnya itu. Fikir punya fikir, dia faham apa yang dimaksudkan Issac.
Aairah sudah tahu tentang kewujudannya. Tetapi apa yang dilakukan Tok Wan pada mereka sekeluarga mungkin sebab yang paling utuh mengapa Aairah tidak datang mencarinya. Besar kemungkinan juga, Aairah fikir yang dia tidak mengetahui langsung tentangnya. Maklumlah, Tok Wan pernah memberi amaran supaya Lutfiyah tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang saudara kembar.
Papa I adalah punca masalahnya. Mungkin dia dendam terhadap apa yang dilakuakn papa aku kepada keluarga mereka. Dari maklumat yang dikumpulkan Issac, bapa angkatnya meninggal beberpa tahun yang lalu. Jadi sekarang dia hanya sebatang kara.” Alex angkat kedua belah keningnya dengan kesimpulan Lutfiyah.
“Dendam. Jadi bagaimana sekarang? You mahu jumpa dengan dia?”
Cawan berisi teh yang dihirup diletak atas ribanya. Mengalih pandangan melihat Alex yang menantikan jawapannya. Kepala diangguk mengiakan pertanyaan kawan baiknya itu. “Sudah masanya, dan dia juga boleh menolong kita. Itupun kalau dia mahu.” Walaupun mereka tidak mengenal satu sama lain, tetapi dia yakin kembarnya itu bisa menolongnya. Dia tidak mahu memaksa.
Keluhan dari Alex tidak diendahkan Lutfiyah. Dia tahu Alex tidak suka dengan apa yang baru dikatakannya. Tapi kalau itu satu jalan yang diperlukan dalam rancangan mereka, mengapa tidak? Air teh dihirupnya sekali lagi.
You tak rasa terlalu cepat ke untuk beritahu dia tentang rancangan kita ini. Maklumlah you belum kenal hati budi masing-masing. Tambah lagi apa yang you katakan tadi. Kalau benar dia masih berdendam dengan apa yang papa you buat padanya dulu. Macam mana? You bukan sahaja membawa masalah tetapi you sendiri yang mencari masalah.”
She’s my twin sister. My flesh and blood and there’s only one way to find out.” Dengan degil Lutfiyah membalas.
Alex merenung Lutfiyah yang sedang memeluk tubuh dengan senyuman nipis. Dia tahu dia sudah kalah. Wanita didepannya itu sudah membuat keputusan dan tidak akan berganjak sama sekali. Mata Alex yang dijuling memlebarkan lagi senyuman Lutfiyah. Menang.
So? What do you want me to do?” Soal Alex.
Bawa dia jumpa dengan I.”
**
Alex mengamati wanita yang baru tiba di café Ginger seperti yang dicakapkan Lutfiyah. Jam tangan dilirik. Tepat jam sepuluh wanita itu tiba dan sekejap lagi kereta yang dipandu Pak Halim akan memasuki lobi FS Companies. Bezanya hari ini, Lutfiyah tidak ada didalamnya.
Wanita itu tidak memesan apa-apa bila seorang pelayan tiba ke mejanya. Alex pura-pura membelek telefon bimbit bila pandangan wanita itu jatuh padanya. Dari tempatnya dia melihat reaksi wanita itu bila kereta Lutfiyah berhenti dilobi. Diperhati pula reaksi wanita itu yang tidak lepas dari memandang ke arah kereta itu. Suratkhabar yang dibawa bersama dibuka cuba bersembunyi dari penglihatan Geraldine yang baru membolos diri dari kereta.
Alex bangkit dari duduknya, mengambil peluang mendekati wanita itu bila dia sedang khusyuk memerhatikan kereta Lutfiyah.
Puan Aairah.”
Pantas Aairah menoleh ke belakang. Kepala diangkat dan dengan mata yang membulat dan bibir yang terlopong dia memandang Alex tidak berkelip. Baru saja dia mahu bangkit untuk membolos diri, seorang lelaki berbadan besar muncul dibelakangnya. Kerana takut dia terpaksa duduk kembali. Genggaman dikepala kerusi yang didudukinya semakin erat.
Puan jangan takut. Kami tak akan lakukan apa-apa kepada Puan. Cuma ini arahan dari Puan Lutfiyah, dia mahu berjumpa dengan Puan.” Jelas Alex bila melihat Aairah seakan dalam ketakutan.
Tersentak Aairah bila Alex mengata bahawa Lutfiyah, kembar yang dicari-carinya selama ini mahu berjumpa dengannya. Selama ini dia hanya melihat Lutfiyah dari jauh dan dia hanya tahu tentang Lutfiyah beberapa tahun yang lalu. Tidak mungkin Lutfiyah tahu tentangnya.
Jum…Jumpa saya?” Soal Aairah seakan tidak percaya.
Alex angguk dengan bibir yang menguntum senyuman mahu meredakan ketakutan dan kebingungan yang sedang melanda Aairah saat itu. “Iya. Dia sedang menunggu Puan dirumahnya. Kalau Puan tak keberatan, mari ikut saya ke tempat dia sedang menanti kehadiran Puan.”
Bila melihat Aairah tidak berganjak dan memandangnya dengan sepasang mata yang galak seperti Lutfiyah, tangannya menyeluk kocek seluarnya. Dompet dikeluarkan dan mengeluarkan sekeping kad nama. Aairah memerhati setiap gerak-geri lelaki didepannya itu, masih sangsi. Kad nama yang sudah berada didepannya dipandang bersilir ganti dengan muka lelaki itu.
Alex mengangguk kepalanya memberi galakan kepada Aairah untuk mengambil kad namanya itu. Teragak-agak kad nama itu dicapai Aairah lantas dibacanya.
Alex Seem. Seem and Associates.
Saya peguam Puan Lutfiyah. Saya tak akan apa-apakan Puan. Saya hanya mengikut arahan dari Puan Lutfiyah. Mari Puan ikut saya.” Alex mengarak Aairah ke kereta Lutfiyah yang dipandu Pak Halim tadi.
Geraldine pula sedang menanti disebelah kereta. Sebaik saja melihat kelibat Aairah dan Alex, pintu kereta dibukanya dengan senyuman manis dibibir. Tidak mahu menakutkan wanita itu. “Saya Geraldine, pembantu peribadi Puan Lutfiyah.” Geraldine mengenalkan dirinya sendiri. Tangan mereka berjabat seketika.
Silakan Puan Aairah.” Dalam kereta ditunjuknya. Aairah angguk dan membolos dirinya ke dalam diikuti oleh Geraldine. Sementara Alex pula didepan.
Perjalanan ke pangsapuri yang dibawa mereka mengambil lebih kurang lima belas minit. Sepanjang perjalanan, fikirannya memikirkan pelabagai situasi yang akan ditimpanya nanti. Apakah reaksi Lutfiyah nanti? Adakah Ltufiyah akan menerimanya walaupun mereka dibesarkan dengan dua dunia yang berbeza? Bila ditanya kepada pembantu peribadi Lutfiyah bagaimana dia tahu tentangnya, Geraldine hanya senyum memberitahu bahawa dia yang terserempak dengannya tempoh hari dan semasa kereta yang Lutfiyah naiki melewati café Ginger, Lutfiyah telah melihatnya dengan mata kepalanya sendiri.
Kakinya berhenti bila mereka tiba disebuah pintu dihujung koridor sebuah bangunan. Hatinya berdebar begitu kencang dan jari-jemarinya bermain dengan satu sama lain gelisah.
Silakan.” Ucap Alex bila pintu itu dibuka luas.
Dengan Bismillah, kasut dibuka dan dengan langkah kanan dia menjejak kaki ke dalam pangsapuri yang sungguh mewah itu. Tercengang dia melihat hiasan dari setiap sudut pangsapuri itu. Lampu chandelier tergantung tinggi ditengah-tengah ruang tamu dan pasu kristal yang berkilauan mengena cahaya menarik perhatiannya. Punggung dilabuh atas sofa yang sungguh empuk bila disilakan oleh Geraldine.
“Puan tunggu sebentar. Saya mahu panggil Puan Lutfiyah.” Dia angguk laju sambil mata melilau sekeliling ruang itu. Tangan mengusap permukaan sofa yang didudukinya. Pasti mahal. Gubahan bunga hidup yang terletak ditengah meja kopi membuatnya tersenyum. Suka dia setiap kali melihat bunga.
“Aairah.”
Henti terus perlakuannya tadi bila mendengar namanya disebut. Kepala dipusing ke belakang. Terlopong mulut dan membulat mata melihat ‘dirinya’ sedang berdiri didepannya. Bezanya, ‘dirinya’ itu ayu bertudung. Sedikti tinggi darinya dan sedikit berisi. Apa yang paling membedakan mereka bukan saja dari segi pakaian tetapi tahi lalat yang tidak ada disebelah kanan bibir kelibat itu.
Perlahan tubuh diangkat dari sofa. Mata tidak lepas dari wanita didepannya kini. Matanya mula kabur kerana air mata yang mula mengumpul. “Lutfiyah.” Nama yang baru didengarinya dua tahun lepas melepasi bibirnya. Hatinya menjadi sebak mengingati cerita perpisahan mereka selama ini.
Belum sempat dia memulakan langkah, dalam sekelip mata dia sudah berada dalam dakapan erat Lutfiyah. Tersentak seketika dia dengan aksi spontan kembarnya itu. Dia dapat mendengar esakan dari wanita itu ditelinganya. Perlahan tangannya juga naik membalas pelukan pertama mereka itu. Air matanya mengalir membasahi pipi seperti yang dilakukan Lutfiyah terlebih dahulu.
Tak sangka Fiyah dapat jumpa dengan kakak. Allah makbulkan doa Fiyah untuk jumpa dengan kakak sebelum apa-apa jadi kepada Fiyah. Alhamdulillah.” Ucap Lutfiyah bila menjarakkan tubuh mereka. Tak sangka kesabarannya akhirnya membuahkan hasil. Mereka senyum sesama sendiri sebelum Lutfiyah menarik tubuh mereka labuh atas sofa yang didudukinya tadi.
Tangannya masih tidak lepas dari genggaman hangat kembarnya itu. “Kenapa kak Irah tak datang jumpa Fiyah? Bertahun Fiyah cari akak. Sukar sekali untuk jejak kakak sekeluarga. Nasib baik ada kawan yang dapat kesan kak Irah.” Tutur Lutfiyah sambil mengesat pipinya yang basah.
Aairah turut melakukan perkara yang sama. Dia tidak tahu mahu katakan apa. Mulutnya bagaikan terkunci. Ganjil sungguh mendengar seseorang yang seiras dengannya memanggil dia kakak. Dari kecil dia selalu berangan-angan bagaimana rasanya kalau dia mempunyai seorang adik perempuan. Sekarang dia dapat merealisasikan angan-angan mat jeninnya itu.
“Maafkan kak Irah. Cuma, kak Irah takut Fiyah tak mahu mengaku kewujudan akak. Maklumlah kita dari dua dunia yang berbeza. Tambah lagi papa kamu…” Kepala ditunduk sedar dengan dirinya yang tidak setaraf dengan Lutfiyah.
Keluhan melepasi bibir Lutfiyah kurang senang dengan apa yang baru didengari. Belakang tangan Aairah yang berada dalam genggamannya ditepuk lembut. Dia faham apa yang dirasakan Aairah. Dia juga takut kembarnya itu tidak dapat menerima kehadirannya yang penuh dengan cacat dan celah. Walaupun mereka dibesarkan dengan dua kehidupan yang berbeza, pada dia mereka tetap sama. Darah yang mengalir dalam tubuh mereka dan raut muka mereka yang seiras itu tidak boleh menafikan pertalian antara mereka.
Direnung Aairah yang sedang menunduk kepala. Ditarik lembut kepala kembarnya itu. Matanya menikam mata yang bergenang dengan air mutiara. Senyuman manis terukir dan air yang menodai pipi mulus Aairah disekanya. “Darah yang mengalir tetap sama. Tiada perbezaan. Wang ringgit dan kududukan tak akan bawa kita ke mana. Kak Irah satu-satunya kakak kandung Fiyah. Walaupun Fiyah tak ingat pertemuan pertama kita di air terjun, orang bodoh saja yang menafi persamaan yang kita ada.” Terharu sungguh Aairah mendengar kata-kata tadi.
Andaiannya terpesong sama sekali. Selalu dia fikir orang yang kaya-raya sentiasa tidak mengendahkan mereka yang tidak setaraf.
Dia teringat pertemuan antara papanya Lutfiyah dan ayahnya semasa dia kecil. Dia sendiri mencuri-curi dengar perbualan mereka, itupun secara tidak sengaja. Masa itu dia baru saja pulang dari sekolah. Bila melihat kereta mahal terparkir didepan rumahnya, dia tertanya-tanya, siapa pemiliknya dan apa tujuan mereka datang ke mari. Disitulah dia dapat tahu tentang Lutfiyah. Kembarnya.
Mereka merenung satu sama lain sepuas-puasnya. Tidak sangka mereka akan berjumpa akhirnya. Takdir memisahkan mereka dan takdir jugalah yang menemukan mereka kembali.
Bila mengingati permintaan akhir Tok Wan, Lutfiyah menarik nafas yang dalam. Sukar untuk dia mengatakannya kerana papanya adalah sebab permisahan mereka. “Sebelum itu, Fiyah nak minta maaf dekat kak Irah sekeluarga atas apa arwah papa telah lakukan dulu. Fiyah dan mama benar-benar tak tahu tentang ini semua. Sehinggalah arwah papa meninggal. Itupun setahun selepas dia pergi baru Fiyah menerima surat darinya mengatakan tentang kewujudan kak Irah. Puas Fiyah cari kak Irah sekeluarga tapi sukar sungguh mahu ditemui.” Dengan hati yang tulus dia menyampaikan hasrat terakhir Tok Wan.
Mereka diam seketika. Aairah mengetap bibir tidak mahu memikir apa yang berlaku kepada keluarganya kerana ugutan lelaki itu. Sukar untuk dia memaafkan tetapi kerana itu masa lalu yang dia ingin melupakan, dia akur. Kemaafan harus diberi walauapapun yang terjadi.
Setelah kebakaran itu, akak tak pernah menyebut nama Fiyah depan arwah ayah. Tapi itu tidak bermakna akak melupakannya begitu saja. Dulu akak berdendam terhadap apa yang dilakukan arwah papa kamu. Dia mengambil satu-satunya mama yang akak ada. Tetapi sebelum arwah ayah menghembus nafas terakhir, dia menyebut nama Fiyah. Dia menyuruh akak mencari Fiyah, dan dia juga mengatakan bahawa dia sudah memaafkan ke semua kesalahan arwah papa kamu terhadap kami sekeluarga. Akak kenal benar dengan arwah ayah. Dia tak pernah berdendam dengan sesiapa yang berlaku jahat padanya. Jadi, Fiyah jangan risau, sepertimana arwah ayah sudah maafkan arwah papa Fiyah, begitu juga kak Irah. Kita mulakan buku baru.” Jelas Aairah panjang lebar.
Lutfiyah mengukir senyuman. Terharu dengan kata-kata Aairah itu. Kalau dia berada ditempat Aairah, dia tidak akan sama sekali dapat memaafkan apa yang dilakukan Tok Wan kepada mereka. Menghancurkan sebuah keluarga dan mengambil sebuah nyawa yang tidak bersalah memang tidak dapat dimaafkan langsung. Mendengar bahawa Aairah dan ayahnya telah maafkan Tok Wan, dia rasa bersyukur. Semoga roh papanya tenteram disana.
“Pertama kali Kak Irah nampak Fiyah di bangunan syarikat Fiyah. Sudah hampir tiga bulan kak Irah intip Fiyah dari jauh. Mesti Fiyah ingat kak Irah ni pengecut sebab tak berdepan terus dengan Fiyah. Cuma, kak Irah takut reaksi Fiyah bila berjumpa dengan akak. Banyak persoalan yang bermundar-mandir dikepala otak akak. Kepada akak, tengok Fiyah dari jauh sudah mencukupi. Melihat kebahagiaan Fiyah sekeluarga membuat akak bahagia juga.”
Tangan Lutfiyah digenggam erat dengan dua belah tangannya. Senyuman yang ikhlas dari hati ditayang kepada kembarnya itu. Raut wajah Lutfiyah sedikit sayu mendengar cerita itu dari Aairah. Hatinya mengalir airmata setiap kali semua mengatakan betapa bahagia dan sempurna keluarganya itu. Dia tak mampu berkata hanya senyum sebagai jawapan. Seperti sekarang.
Akak. Tak semua yang kak Irah lihat dengan mata kasar seperti apa yang disangkakan. Kebahagiaan yang Fiyah kecapi kalau dilihat dengan mata hati baru kak Irah dapat lihat kehidupan yang penuh onak dan duri. Dari zahirnya dilihat sebegitu sempurna tetapi dari segi batin, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sukar sekali hidup Fiyah ini.”
Berkerut dahi Aairah mendengar apa yang baru diucap Lutfiyah.“Apa yang Fiyah maksudkan?”
Lutfiyah geleng kepalanya. Sekarang bukan masanya untuk bercerita tentang masalahnya. “Lain kali Fiyah ceritakan. Sekarang Fiyah nak tahu semua tentang kembar Fiyah.” Senyuman ditayang dan ketawa kecil melepasi bibir. Pipi yang basah dikesat. Wajah yang sayu kembali ceria.
**
Hi, Eva’s my name and I’m your housemate.”
“Faryal. This is my mum and brother.
“Jom I tunjuk bilik you.” Eva mahu membantu mengangkat salah satu bagasi yang dibawa Faryal tetapi dicegah Fadi. Lutfiyah dan Faryal mengikut langkah Eva ke tingkat atas. Dalam perjalanan, sibuk Eva bercerita mengenai dirinya sendiri, sekali-sekala bertanya juga tentang Faryal.
Sebaik tiba ditingkat atas, Eva menunjuk ke biliknya disebelah kiri tangga. “Hujung sana tu bilik I. Bilik tengah ni bilik tetamu. Kalau aunty nak tinggal dekat sini boleh. Strictly ladies only. Bro sorry kena tendang luar.” Mereka ketawa dengan gurauan Eva.
“Ini bilik you. As promised you have your own bathroom. I tak sempat cat bilik ni. Jadi you buat apa sajalah yang you suka dengan bilik ni supaya you selesa. Kalau nak suruh I cat. Boleh tu bolehlah, tapi kena bilang in advance.” Tersengih-sengih Eva dengan kata-katanya sendiri.
Fadi meletak bagasi Faryal disebelah pintu. Lutfiyah melihat keseluruhan bilik itu sementara Faryal melihat bilik air peribadinya sendiri. Selama tiga tahun dia akan berada disini. Nasib baik rumah sewa Eva ini tidak jauh dari sekolahnya.
Okay I leave you all alone. Kalau nak apa-apa , I ada dekat bawa. Have fun.” Tutur Eva dengan riang sebelum meninggalkan bilik itu. Sebaik saja kelibat Eva tidak kelihatan, Fadi menghenyak tubuhnya atas katil empuk dihujung bilik itu. Sedapnya! Mata dipejam. Badannya yang penat itu seperti berada diawangan sebaik saja belakangnya mencium katil itu.
Pap!
Argh! Sakitlah Ayal.” Mata yang tadi terpejam kini terbuka luas. Perutnya yang dipukul Faryal diusapnya. Dipandang Faryal yang bercekak pinggang didepannya sementara Lutfiyah pula geleng kepalanya melihat dua beradik itu.
Ayal belum buat official landing. Abang dah potong jalan dulu.” Rungut Faryal dengan muka monyoknya. Tidak puas hati. Nampaknya dia bukan orang pertama yang berbaring atas katilnya itu tetapi pak engineer itu yang melakukannya terlebih dahulu.
Melihat riak wajah Faryal yang cemerut macam buah limau belakang rumah, tangannya yang tadi mengusap perut kini disilang ke belakang, menindih kepalanya. Dengan senyuman nakal dibibir dia memejam mata kembali saja ingin menguji Faryal.
I was testing the bed for you. Mana tahu nanti bila Ayal baring terus macam video dekat youtube tu. Baru nak landing terus tembus masuk air. Tak ke haru namanya.”
Mata yang dipejam dikerdip sedikit melihat Faryal yang semakin berasap telinganya. “You little princess should be thankful.” Suka dia dapat mengusik adik perempuannya itu. Tak tahu bila lagi dia dapat berbuat sedemikian. Maklumlah, Faryal akan berada di Paris sementara dia akan berada di Germanya dan Lutfiyah semua akan berada di Naraya. Dia pasti akan rindu sakan dengan adiknya yang satu itu.
Mama! Tengok abang ni.” Adu Faryal kepada Lutfiyah pula bila Fadi masih tidak mahu berganjak.
Lutfiyah menghampiri dua anaknya itu. Dipaut bahu Faryal. “Abang Adi saja tu mahu usik Ayal. Nanti tak ada peluang nak usik Ayal lagi. Ayal dekat sini sementara kita semua dekat Naraya. Abang Adi pula dekat Germany.”
Faryal menjeling Fadi yang sengih mengejek kepadanya. Sukalah tu mama dekat pihak dia. Benci! Semakin menjuih bibirnya. Walaupun kata-kata Lutfiyah ada juga benarnya, bibir Faryal semakin memuncung ke depan belum selesai rajuknya.
Garisan yang lebar hingga ke telinga terukir dibibir melihat telatah anak bongsunya itu. Manja dengan dia dan abang-abangnya kecuali dengan Khaleed. Bagaimana Faryal mahu bermanja dengan lelaki yang bernama papa kalau setiap kali mahu berdekat, dingaum macam singa kelaparan. Kasihan dia melihat satu-satu anak perempuannya itu sentiasa bersikap berjaga-jaga acap kali berada disatu ruang bersama Khaleed.
Dah jangan nak monyok-monyok lagi, dah tak lawa dah anak mama ni. Mama tolong kemas barang Ayal. Lepas tu tengok apa yang tak ada nanti kita pergi beli.” Ditepuk bahu Faryal supaya mengikut arahannya.
Ow! Mama tengok Ayal.” Adu Fadi bila pahanya ditepuk kuat adiknya itu. Terduduk Fadi dibuatnya sambil mengusap riba yang mula rasa perit. Pandangan menerkam Faryal yang sedang menjelir lidah kepadanya.
Padan muka.” Belum sempat Fadi mahu membalas, Faryal sudah kekek bersembunyi dibelakang Lutfiyah. Mengguna tubuh Lutfiyah sebagai penghadang dari tangan abangnya yang galak ingin menariknya.
Lutfiyah yang berada ditengah-tengah mereka tidak dapat menyembunyi senyumannya. “Dah-dah. Kamu berdua kalau tak bergurau memang tak sah. Nasib baik Zan dan Wid tak ada. Boleh tonggang terbalik bilik ni nanti.” Memang betul apa yang dikatakan Lutfiyah. Kalau anak-anaknya semua bergurau serentak termasuk Widayah sekali, memang kecoh satu rumah dibuatnya.
**
Hari ini mama ada temujanji dengan klien. Jadi kamu pergi ambil Ayal dekat rumah Eva.” Arah Lutfiyah sebaik saja menjejak kakinya dilobi hotel dimana Fadi sedang menanti.
Dekat Paris pun mama ada klien?” Pertanyaan Fadi disambut anggukan Lutfiyah. Dipandang mamanya yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya lantas mengeluarkan dompet. Dihulur kad kreditnya kepada Fadi.
A potential client. Adi pergi jalan-jalan ke apa dengan Ayal. Beli sikit buah tangan untuk semua dekat Naraya sementara kamu berdua berpusing-pusing tu. Ajak Eva sekali. Nanti mama telefon bila mama dah habis.” Fadi angguk kecil mengiakan arahan Lutfiyah.
Kad kredit disimpan dalam dompetnya malas mahu bertanya tentang klien mamanya itu. Kalau masih dalam peringkat mahu menjadi klien lebih baik dia tak banyak soal, lambat laun Lutfiyah pasti akan beritahunya, walaupun dia sudah siang-siang menyatakan bahawa dia tidak mahu bekerja di FS Companies. Cermin mata hitam dikenakan lantas menyalami Lutfiyah sebelum meninggalkan lobi menuju ke kereta yang sedang menanti.
Sebaik saja kereta yang dinaiki Fadi tidak kelihatan, Lutfiyah mengeluarkan telefon bimbit dan melekapnya ditelinga. “Hello Alex, Semua ada? Okay bagus. I’m on the way there.” Talian dimatikan dan kaki memasuki lif yang terbuka luas.
Pengawalnya menapak ke luar terlebih dahulu bila lif tiba ditingkat enam. Geraldine sudah menanti di depan lif. Pembantu peribadinya itu membawa Lutfiyah ke bilik suite dimana Alex sedang menanti. Pintu berukiran kayu dibuka Geraldine. Lutfiyah menapak ke dalam. Lima pasang mata jatuh kepadanya. Suite yang berkonsep moden dengan dinding kaca yang menerangi ruang itu dengan cahaya matahari.
Fiyah, ini anak bongsu saya Aviya. Dia akan menjadi pembantu peribadi Faryal seperti yang kita bincangkan.” Pablo mengenalkan anak muda disebelahnya. Lutfiyah berjabat tangan sebelum menyilakan semua mengambil tempat masing-masing.
Betulkah aunty Irah mahu serta dalam rancangan ini? Afterall both of you just met. Bukankah terlalu awal untuk mengorbankan nyawa untuk orang yang baru kita kenal walaupun dia adik sendiri.” Issac bersuara.
Itu juga pertanyaan Fiyah kepada aunty. Memang semua akan kata yang aunty membuat keputusan yang terburu-buru tetapi kepada aunty, ini semua untuk satu-satunya darah daging aunty. Tak kira kita baru kenal atau sudah lama. Pertalian darah yang mengalir tidak akan dapat diputuskan. Lagipun dari cerita Fiyah tentang apa yang berlaku, lelaki itu harus diberi pelajaran dan hukuman yang setimpal. Kalau aunty terpaksa mengorbankan nyawa, aunty sanggup.” Dengan hati yang berkobar-kobar Aairah menerangkan apa yang tersirat dalam hati.
Pertama kali Lutfiyah bercerita tentang keluarganya semua cukup sempurna sekali. Keluarga angkat yang penyayang. Seorang suami yang dicintai. Dikurniakan anak-anak yang ramai dan juga kerjaya yang sungguh membanggakan. Kehidupan Lutfiyah seperti yang diidamkan Aairah sejak kecil lagi. Tetapi bila Lutfiyah bercerita mengenai hubungan Khaleed dan Kat. Tentang kemalangan yang meninmpa Kat. Bayi yang masih hidup. Eddy yang muncul dan pergi dan Khaleed yang ingin membolot kesemua harta milik Lutfiyah sekeluarga benar-benar membuat dia marah. Tidak sangka ada orang seperti itu didunia ini. Sungguh kejam dan tidak berhati perut langsung.
Setelah Lutfiyah selesai bercerita terus Aairah membuat keputusan untuk turut serta dalam rancangan gila Lutfiyah itu. Adiknya itu tergamam tak sangka begitu pantas Aairah membuat keputusan. Mereka juga membuat keputusan bukan masanya untuk Aairah mengenalkan dirinya kepada keluarga Lutfiyah. Kalau mahu rancangan itu berjaya mereka harus menyimpan rahsia ini sehingga ia selesai.
Baiklah kalau itu keputusan aunty saya tak boleh kata apa-apa melainkan, Welcome to the club.” Dengan senyuman herot Issac bersuara. Lutfiyah gelak kecil semakin lali dengan sikap bersahaja anak muda itu.
“Khaleed ada mengupah seorang pengintip mengekori setiap pergerakkan Fiyah, termasuklah setiap aktiviti yang dilakukannya disini.” Alex maklum kepada semua. Pablo sedikit kaget dengan berita itu.
Hampir dua minggu lepas, para pengawalnya memberitahu bahawa ada seseorang sedang mengikuti setiap langkah mereka. Syafiq pula memberitahunya bahawa Khaleed telah mengupah seorang pengintip untuk mengekori setiap langkah Lufiyah.
That is not good.” Pablo bersuara dengan muka yang tidak berpuas hati.
Melihat reaksi Pablo, tercetus tawa Issac membuat semua menoleh menghadapnya. Gelengan kepala serta bibir yang masih melepaskan gelak sakan itu membuat semua tertanya apa yang sungguh melucukan pada anak muda itu.
Dear Father, aunty Fiyah bukan bodoh. Kalau pengintip itu sedang melaporkan pertemuan kita, aunty pasti tak akan bertemu kita disini. I reckon she’s taken care of that spy.” Dengan penuh yakin Issac membuat andaian. Matanya berlaga dengan Lutfiyah yang tersenyum nipis.
Saya sudah membayarnya tiga kali ganda dari apa yang Khaleed tawar kepadanya. Let’s just say he can’t resist.” Senyuman nipis semakin lebar. Dilirik Pablo yang mengeluh lega lantas menghenyak tubuhnya kembali dibelakang sofa.
Pablo menggoyang-goyang jari telunjuknya kepada Aairah. “Seperti Issac, otak kamu berbahaya juga. Jadi bagaimana rancangan ‘kematian’ kamu itu? Kita akan guna Aairah untuk sesuatu bukan?” Dipandang sekilas Aairah disebelah Lutfiyah.
Pertama kali menjejakkan kaki dalam bilik suite itu dia sangka Lutfiyah sedang berdiri dihadapannnya. Tetapi dia hairan mengapa Lutfiyah tidak mengenakan tudung seperti selalu. Bila Alex mengenalkan Aairah kepada mereka baru dia faham. Muka memang seiras tetapi cara pemakaian lain. Sedang menanti Lutfiyah, dia mengamati wanita itu. Sukar sekali mahu lihat perbezaan mereka. Benar-benar iras. Sehinggalah Issac memberitahu bahawa Aairah mempunyai tahi lalat disebelah bawah kanan bibirnya dan Lutfiyah sedikit tinggi dari Aairah. Baru dia dapat melihat perbezaannnya.
Tukar identiti. Dia akan menjadi saya dan saya akan menjadi dia. Sebaik saja Faryal selesai dengan peperiksaan tahun akhirnya saya akan bertolak ke sana.” Umum Lutfiyah.
Seriously?” Soal Issac tidak percaya.
Lutfiyah angguk. “That’s the best.” Mungkin terlalu mendadak dan tidak berhati perut tetapi padanya itulah masa yang paling sesuai. Hari bila tamatnya peperiksaan anak bongsunya itulah masa yang terbaik. Dia tidak perlu fikirkan keadaan anaknya itu bila anaknya itu kembali semula ke tanah air. Sebab semua sudah dirancang dan disediakan olehnya.
Saya akan ke apartment saya dengan memandu kereta saya sendiri. Aairah akan menunggu disana dan kita akan bertukar tempat. Aairah akan menaiki kereta yang saya pandu untuk ke lapangan terbang dan setengah jam selepas itu saya akan bergerak ke tempat yang selamat. Aairah akan menimpa kemalangan dan kereta akan meletup. Saya sudah dapat orang yang akan menolong kita dalam hal itu. Lepas itu dia akan bergerak ke tempat yang lebih selamat.” Semua yang hadir mendengar dengan tekun apa yang sedang dikatakan Lutfiyah.
Polis, anggota keselamatan semua adalah orang kita. Saya sudah uruskan kesemuanya. Apa yang tinggal di dalam kereta itu hanya rangka saya. Ujian forensik semua akan dilakukan mengikut prosedur biasa.”
Dengan pertolongan Alex, mereka dapat bekerjasama dengan beberapa orang yang penting dan mahir dalam setiap bidang yang diperlukan mereka. Dari bekas polis, pegawai keselamatan, doktor semuanya sudah dirancang mereka dengan teliti.
After all that fiasco, wasiat lama akan dibaca sebulan selepas kematian saya. Wasiat baru pula akan dibaca empat bulan selepas pemergian saya. Keluarga saya tak ada tahu menahu tentang kewujudan Alex. Mereka hanya tahu mengenai peguam keluarga saya sahaja. Peguam yang bekerja untuk Khaleed. ” Seorang pembelot.
Jadi ia sesuatu yang mereka tak akan jangka sama sekali?” Lutfiyah angguk bila Pablo bersuara.
Interesting.” Tangan Pablo naik memeluk tubuh. Semakin tertarik dengan apa yang sedang dirancangkan.
Lutfiyah memandang anak muda disebelah Pablo. Alex menyambung menjelaskan rancangan mereka. “Aviya akan memantau semua yang berada di rumah mama saya sebagai pembantu peribadi Faryal. Kerja kamu senang sekali, menemukan Faryal dengan Issac, dan pada masa yang sama kamu harus memaklumkan apa-apa yang ganjil dirumah mama saya. Agak sukar sebab kamu tak akan duduk satu bumbung dengannya, jadi kamu harus membuat Faryal mempercayai kamu.” Aviya angguk akur faham dengan apa yang harus dilakukaknnya. Risau juga dia kalau rancangan mereka dapat dihidu Nek Wan.
Melihat Aviya menggigit bibir, Lutfiyah mencantas. “Jangan risau, anak saya senang mahu diajak kawan. Kamu tak payah banyak bercakap sebab anak perempuan saya hobi dia ialah bercakap. That will not be a problem for you. Tapi saya harus bawa kamu ke sana supaya kamu boleh sesuaikan diri dirumah mama saya dan paling penting sekali dengan mama saya. Mungkin beberapa bulan sebelum ini semua bermula kamu boleh datang ke Naraya. Is that okay with you Pablo?” Dipandang Pablo dengan kening yang diangkat meminta jawapan.
Anggukan dari Pablo membuat mereka semua senyum lega.“Asalkan, tak ada apa-apa berlaku kepadanya saya izinkan. Afterall, Issac is going to be there.
Okay that’s settled for now. Apa yang saya risaukan adalah bagaimana kita mahu perangkap Khaleed.” Aairah menyuarakan apa yang bermain difikirannya.
Faryal dan Ahdia.” Nama itu melepasi bibir Issac.
Semua berpusing menghadap anak muda itu yang berdiam diri dari tadi.
Faryal dan Ahdia?” Aairah bersuara tidak faham.
Issac angguk. Badannya yang tadi enak bersandar dibelakang sofa diengsot ke hujung sofa. Lengan diletak atas riba sementara jari-jemarinya bertaut kemas.
They are the key to all this. Bayangkan. Kita sudah sedia maklum bahawa Ahdia dan Faryal tidak sehaluan. So we use that to our advantage. Kita buat Ahdia jatuh dalam perangkap kita.”
Macam mana?” Aairah bertanya.
That is where Faryal comes in. What is best then Ahdia reporting to Khaleed what bad things Faryal is doing in Paris.
Aunty tak faham.”
Issac mengalih pandangan pada Lutfiyah. “Kita buat macam mana aunty Fiyah dan Danial diperangkap. Tapi bezanya, Ahdia yang menangkap gambar itu, sebab dia dihantar bercuti oleh aunty Fiyah ke Paris. I can guarantee you, Ahdia will be all please to send this news to Khaleed. Kejatuhan Faryal adalah apa yang diinginkan Ahdia. Aunty nampak gambar itu dan membuat keputusan untuk ke Paris secara mendadak. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, that is where kereta yang dipandu aunty Irah menimpa kemalangan.” Jelas Issac.
Maksud kamu fitnah Ayal?”
Anggukan anak muda itu membuat Lutfiyah tidak senang duduk. Membuat sebegitu kepada Faryal akan menambah kebencian Khaleed terhadap Faryal. Bukan saja itu, anak-anak yang lain pasti akan menyalahkan Faryal atas ‘kematiannya’ dan anak perempuannya itu pasti akan rasa sedih atas semua ini.
Melainkan aunty ada jalan lain. Ofcourse we still have about three years before executing this plan.” Ucap Issac bila melihat riak muka Lutfiyah yang sedang berbelah bagi dengan buah fikirannya itu.
**
Okay aunty, saya bergerak dulu. Let’s hope this works out. Kalau ada apa-apa perkembangan baru dengan rancangan ini, jangan lupa beritahu saya. I will do the same.
“Issac.” Lelaki itu memusing bila namanya dipanggil.
“Terima kasih.” Issac senyum lebar. Melihat Lutfiyah mengingatkannya kepada Kat. Walaupun dia masih kecil bila Kat meninggalkannya, dari cerita Nila dia dapat merasakan bahawa mamanya amat menyayanginya hanya tidak ada peluang untuk dia merasakannya.
No hal aunty. Kita mahukan perkara yang sama. Keadilan demi masa depan orang yang tersayang. Jadi tak perlu aunty ucapkan terima kasih. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Ucap Lutfiyah melihat kelibat Issac semakin menjauhinya. Tanpa dia sedari sepasang mata sedang memerhati dan sepasang telinga telah mendengar perbualan mereka.





5 comments:

  1. haa suspennya, nk lg huhuhu x sabar nk tahu sapa yg mendengar tu

    ReplyDelete
  2. hmm...fadi ke yg dgr..or faryal..tapi hrp-hrp bukan org jht!.. mama ayal hidup lagi lh kn..dh teka sbb ada org masuk bilik ayal pastu bahasakan diri mama..tapi kesian ayal kena fitnah...btw can't wait for more entries!! good job kak^^

    ReplyDelete
  3. maybe fadi sbb lepas dia balik dari germany terus dia berubah jd pendiam kan hihihi

    ReplyDelete