Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 22 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 57

Bab 57

Aku tak sangka kau sanggup lakukan ini semua belakang aku! Apa yang kau mahu semua diikuti. Tapi ini yang kau balas balik? Tak guna punya anak!”
Mulut Khaleed menengking sementara tangannya melayang ke pipi putih gebu Faryal. Tidak menghiraukan Faryal yang sudah terjelepok atas lantai dengan tangisan yang teresak-esak, dia menyambung luahkan kemarahan yang terpendam.
Aku beri kau belajar di Paris ni untuk timbah ilmu, untuk capai cita-cita kau mahu jadi seorang Chef, tapi ini balasan kau!” Belum sempat tangan Khaleed mendarat dipipi Faryal sekali lagi, Lutfiyah pantas mencegah dengan memaut erat tubuh Faryal.
Khaleed membawa turun tangannya lantas mendengus dengan kasar bila Lutfiyah berada didepannya. “Abang bawa mengucap. Kita selesaikan masalah ini dengan cara baik. Abang ingat dengan cara kasar semua ini akan selesai? Fiyah tahu Ayal tak akan lakukan perbuatan terkutuk itu! Ayal anak saya, dari rahim saya. Saya tahu Ayal tak salah!” Lutfiyah memeluk erat anak perempuannya yang menangis teresak-esak di dalam dakapannya. Tangannya mengusap-usap kepala Faryal yang tersembam didadanya.
Firasat seorang ibu terhadap anak-anaknya sentiasa kuat. Dia tahu Faryal mesti dianiaya oleh seseorang yang dendam dengan keluarganya. Dia tahu benar anaknya itu. Dia tidak akan melakukan perbuatan terkutuk seperti apa yang ditangkap gambar yang diterima mereka dua hari yang lalu. Ubun-ubun Faryal dikucup cuba menenangkan hati anaknya itu.
Mata pasangan suami isteri itu berlaga. Masing-masing tidak mahu berundur dari tikaman lidah itu. “Itulah awak manjakan sangat dia. Semua yang dia mahu awak ikutkan, sampai dia buat perkara terkutuk begini awak masih mahu melindunginya!” Ditonjol kepala Faryal tetapi ditepis Lutfiyah dengan kasar. Khaleed memusing badannya membelakangi mereka. Marah dengan semua ini.
Sungguh dia membara apabila mendapat sepucuk surat mengandungi kepingan gambar yang sungguh memalukan. Dia tidak salah dengan apa yang dilihatnya. Ada gambar Faryal bersama seorang lelaki asing keluar berpelukan dari sebuah restoran dan juga memasuki ke dalam sebuah hotel. Ada juga gambar Faryal bersama lelaki itu dengan pelbagai adegan di dalam bilik hotel. Sungguh memalukan!
Papa percayakan Ayal papa. Ayal tak tahu siapa lelaki itu. Ayal tak ingat apa yang terjadi pada masa itu. Cuma yang Ayal tahu, Ayal ke restoran untuk menyambut hari jadi Eva. Selepas itu, Ayal tak ingat apa yang berlaku, apabila Ayal sedar Ayal tengah berada di dalam bilik hotel bersendirian. Ayal tak ingat apa yang berlaku. Percayalah Ayal Papa. Percayalah Ayal.” Dengan panjang lebar Faryal menerangkan situasi sebenar. Air mata yang mengalir dikesat belakang tapak tangannya.
Dia sendiri terkuejut bila mendapat panggilan dari Lutfiyah bertanya tentang gambar yang diterima mereka. Diceritanya semua yang berlaku. Eva masa itu berada dengannya turut memberitahu apa yang dia ketahui.
Bila tidak dapat apa-apa jawapan dari Khaleed, Faryal berpaling kepada Lutfiyah disisi. “Mama percaya Ayalkan mama?” Dipandang Lutfiyah dengan penuh harapan. Mamanya itulah satu-satu harapannya. Lutfiyah angguk kepalanya. Ditarik Faryal sekali lagi dalam pelukannya.
Mama percaya Ayal. Mama percaya.”
Faryal sendiri bingung dengan apa yang terjadi. Dia pergi ke restoran Petal untuk sambutan hari jadi Eva. Dia berada disalah satu meja sementara kawan-kawannya yang lain sedang berdansa dan Eva pula sibuk menyambut tetamu. Seingatnya, dia diberi segelas air daripada seorang pelayan yang bertugas semasa dia menikmati suasana di restoran itu. Setelah itu dia tidak ingat apa yang berlaku. Cuma kepalanya mula rasa berat dan berpusing. Dia beritahu Eva bahawa dia akan pulang kerana tidak sihat badan. Eva mahu menghantarnya pulang tetapi ditolaknya. Apa yang dia ingat dia sedang menunggu teksi diluar restoran itu. Selepas itu terus dia tidak ingat apa-apa yang berlaku. Bila dia sedar, dia sedang berada disebuah bilik hotel. Sungguh dia tidak ingat apa yang berlaku. Sehinggalah dia terima panggilan dari Lutfiyah.
Fiyah yakin pasti ada yang ingin buat jahat dengan kita Abang. Fiyah yakin dengan apa yang berlaku semua mesti kerja orang yang dengki dengan keluarga kita. Ayal tak akan pernah buat kerja terkutuk itu.” Lutfiyah yakin dengan apa yang dikatanya itu.
Faryal anak yang dilahir dari rahimnya dan dibesarkan dengan pelajaran dunia dan didikkan agama olehnya sendiri. Lutfiyah pasti dengan naluri keibuannya bahawa Faryal tidak bersalah, pasti seseorang ingin menjatuhkan keluarganya. Aku harus cari siapa yang merancang semua ini. Aku harus cari siapa yang ingin hancurkan kebahagiaan keluarga aku dan aku tidak akan lepaskan mereka.
Dia teringat apa yang berlaku kepadanya sebelum ini. Mungkinkah orang yang sama telah melakukan ini? Tetapi siapa dan mengapa? Pada pertemuan terakhir dia dan Issac, anak muda itu telah memberi buah fikiran untuk menggunakan anaknya itu. Pada mulanya dia mengesyaki Issac yang melakukannya tetapi bila ditelefon, lelaki itu tidak tahu menahu tentang itu. Malah lelaki itu sendiri kata bahawa dia akan mencari tahu siapa yang telah menfitnah Faryal.
Khaleed memusing menghadap mereka. Muka merah, marah dengan perkara yang amat mengaibkan itu. “Aku tak kisah, dia harus ikut kita pulang. Aku tak tahu apa lagi yang akan dia buat disini sementara kita dekat sana. Suka-suka dekat sini tak ada orang mengawasi gerak-geri dia. Jangan satu hari nanti dia balik bukan dengan ijazah tetapi dengan perut yang memboyot!”
Abang!”
Kepala Faryal ditonjol sekali lagi. “Anak tak kenang budi! Either she goes home with us or she is never allowed to step into the house anymore!” Anak mata Khaleed merenung tajam menikam ke arah sekali lagi di dalam pelukan isterinya.
Keputusan untuk membawa pulang Faryal hanyalah satu-satu jalan untuk mengawasi gerak-geri Faryal. Walaupun Faryal bertudung dan berpakaian sopan tetapi semua orang boleh berubah jika berada di dalam suasana yang baru. Tunjuk baik depan orang tapi dibelakang, macam setan.
Sanggup abang cakap begitu tentang Ayal. Dia anak abang, darah daging abang! Fiyah tak setuju dengan keputusan abang. Abang jangan buat keputusan terburu-buru, Ayal tinggal setahun lagi sebelum tamat pengajian. Kalau abang risau tentang Ayal, biar Fiyah tinggal disini dengan Ayal. Fiyah boleh pantau dia jika itu yang abang risaukan.” Lutfiyah berdiri dihadapan Khaleed yang sedang memeluk tubuh.
Seperti tadi Lutfiyah dan Khaleed merenung satu sama lain. Anak mata menikam tidak mahu berganjak dari apa yang ingin dipertahankan mereka. Lutfiyah ingin mempertahankan kebenaran. Kebenaran bahawa Faryal tidak bersalah dan ada seseorang ingin memporak-peranda kehidupan mereka. Khaleed pula mahu mempertahankan reputasinya sebagai seorang usahawan dan kedudukannya dikalangan kawan-kawannya.
Kalau Fiyah disini siapa nak urus makan minum abang dan anak-anak dekat rumah. Awak jangan lupa, awak ada empat orang lagi dekat sana. Siapa nak urus FS disana sementara awak dekat sini? Saya tak setuju! Saya tak setuju!” Khaleed membantah cadangan Lutfiyah yang padanya sungguh tidak masuk akal langsung. Hanya kerana anak yang tidak tahu kenang budi itu, dia sanggup tinggalkan semua di Naraya.
Lutfiyah menarik nafasnya dalam. Dia tahu pasti suaminya itu tidak akan setuju. Tapi anak-anak lelakinya boleh mengendalikan syarikat sementara dia berada disini. Lambat-laun juga mereka harus menjalankan syarikat itu tanpa dia disisi. Tentang hal ehwal rumah pula, Pak Halim dan Mak Limah banyak mengurus semua yang berkaitan dengan keperluan rumah. Dia juga boleh bekeja dari Paris. Dia tidak lihat apa yang sukar sangat untuk Khaleed setuju.
Riq, Yan dan Zan boleh tengokkan syarikat. Dia pun ada boleh tengok-tengokkan abang. Kalau tentang makan dan minum abang, Limah ada untuk bersihkan rumah dan juga untuk menjaga keperluan semua yang ada di rumah. Kalau ada apa-apa beritahu sahaja Fiyah dekat sini. Bukan susah pun abang.” Khaleed masih tidak memberi tindak balas atas cadangan Lutfiyah.
Mereka sunyi seketika. Masing-masing dengan kedegilan dan ego yang harus dipertahankan. Lutfiyah memandang Faryal yang masih berada dilantai dengan kepala yang tertunduk memandang permaidani. Hatinya berbelah bagi. Harus melindungi Faryal di Paris dan juga memantau keluarga dan syarikatnya di Naraya. Terutama sekali memantau suaminya itu. Mata dipejam seketika.
Kalau abang tak setuju, Fiyah akan suruh orang kepercayaan Fiyah untuk tengok-tengokkan Ayal disini.” Lutfiyah pasti candangannya kali ini tidak akan ditolak Khaleed.
Dia akan menyuruh Gerladine untuk menjaga Faryal disini. Dengan adanya Geraldine disini boleh juga dia memantau cawangan Lumiere International dan berhubung dengan Issac mengenai rancangan mereka. Khaleed memandang ke arah Faryal. Amarahnya semakin mendadak melihat anak perempuannya itu. Kebencian yang dirasainya sejak dulu semakin menjadi-jadi.
Mak dan anak sama saja. Pakaian saja menutup aurat. Bertudung, berpakaian sopan tapi kalau tidak berada didepan mata, ditunjuk belang mereka. Bila ditangkap, dinafikan. Desis hati kecil Khaleed.
Suka hati awaklah saya dah pening dengan ni semua.” Dia terus berlalu meniti tangga untuk ke bilik. Lutfiyah memegang bahu Faryal lalu membawanya duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu pangsapuri yang disewa mereka.
Ayal dengar sini. Mama percayakan Ayal, mama tahu anak mama tak akan buat semua itu. Ayal jangan ambil hati dengan apa yang dikatakan papa. Papa tengah emosi sekarang, nanti papa dah sejuk okaylah tu.” Lutfiyah berkata lembut sambil mengusap pipi gebu anaknya yang sudah merah setelah disepak Khaleed.
Jari-jemari Lutfiyah turun memegang dagu Faryal. Faryal mengamati wajah Lutfiyah yang terlukis sebaris senyuman dibibir. Kepala diangguk faham. Dia tahu Khaleed dari dulu lagi tidak menyukainya. Semasa kecil dia tidak faham mengapa layanan Khaleed sentiasa dingin terhadapnya. Bila ditanya Lutfiyah, mamanya hanya beritahu bahawa satu hari bila dia sudah sudah bersedia Faryal akan tahu kesemuanya. Dia terpaksa akur dengan permintaan mamanya itu.
Ayal kena ingat apa-apa yang berlaku, mama sayangkan Ayal. Mama tak mahu Ayal putus asa hanya kerana kutukkan orang. Mama mahu Ayal ambil ini sebagai pelajaran untuk Ayal. Anak mama ni kuat macam mamakan?” Faryal angguk sekali lagi, membuat Lutfiyah tersenyum lebar. Jari-jemari Faryal diusap lembut.
Kalau mama tak ada Ayal kena janji dengan mama yang Ayal tidak akan sia-siakan apa yang Ayal belajar disini dan paling penting, walaupun mama tak ada disisi, mama tetap dihati dan fikiran Ayal.” Lutfiyah menunjuk ke arah hati Faryal.
Mama nak pergi mana?”
Lutfiyah menarik tubuh Faryal dalam dakapannya. Lucu dengan soalan polos anaknya itu. “Ingat tak mama selalu cakap dengan Ayal bahawa ajal dan maut ditangan Tuhan?” Faryal angkat mendongak kepalanya. Mata bundar Faryal merenung dalam matanya.
Kita tak tahu bila kita akan pergi. Jadi mama nak ingatkan Ayal bahawa mama sentiasa sayang Ayal. Kalau apa yang akan berlaku kemudian hari membuat Ayal keliru, Ayal berdoa kepada-NYA. Kerana Dia saja yang boleh membantu kita. Semua yang berlaku pada masa lalu, sekarang dan masa depan ada hikmahnya. Jadi Ayal tak boleh putus asa sehinggalah ke nafas terakhir.”
Dikucup ubun-ubun anaknya itu. Air mata yang mengalir menitis dikepala Faryal. Sebak memikirkan apa yang akan berlaku bila dia tidak berada disisi anak-anaknya. Mungkinkah rancangan mereka akan berjaya? Mereka hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
**
Kenapa Faryal perlukan pembantu peribadi? Dia bukannya mahu bekerja dalam syarikat kamu pun bila dia habis kerja nanti. Seorang cef yang terperap dalam dapur tak perlukan pembantu peribadi.” Tutur Nek Wan kurang setuju dengan keputusan Lutfiyah mengambil seorang pembantu peribadi untuk Faryal.
Lutfiyah yang sedang memantau ubah suai yang sedang dilakukan didalam bilik Faryal memandang sekilas Nek Wan yang sedang berdiri diambang pintu. “Ini untuk kebaikan Ayal bila dia habis belajar nanti.” Balas Lutfiyah sambil menunjuk apa yang diingininya kepada salah seorang pekerja disitu.
Habis tu kamu nak ubah suai bilik ini buat apa? Kenapa kamu tak betulkan bilik anak-anak kamu yang lain sekali? Lebih afdal kamu ubah suai satu rumah ni hah.” Tersenyum nipis Lutfiyah dengan bebelan mamanya itu. Sudah lali.
Buku warna cat yang dibawanya dihulur kepada Aviya yang baru tiba beberapa bulan yang lalu. Terus dibawa mengenal dengan mamanya sebab anak Pablo akan banyak meluang masanya dirumah itu. “Viya, kamu tolong bawa ini ke dalam kereta. Selepas itu kamu beritahu Din saya masuk pejabat lewat hari ini.” Aviya angguk akur dan meminta diri untuk ke bawah.
Lutfiyah menapak ke arah Nek Wan yang mahu beransur pergi dari bilik itu. “Mama, lepas Ayal habis belajar, Fiyah nak suruh dia tinggal dekat sini.” Langkah Nek Wan terhenti. Dipusing badan menghadap Lutfiyah yang sedang berdiri dibelakang. Keningnya diangkat ingin kepastian dengan apa yang baru didengarinya.
Dekat sini? Buat apa? Rumah kau yang besar tu tak ada tempat ke? Itulah bawa masuk anak yang tahu kenang budi tu lagi.” Lutfiyah menggaru kepalanya. Sukar sedikit kalau mahu bercakap dengan mamanya yang suka sekali menjawab. Diamati Nek Wan yang semakin langkah jauh darinya. Mulut masih merungut tentang keputusannya mengadopsi Ahdia.
Mama.” Tegur Lutfiyah tapi tidak dihiraukan Nek Wan. Kaki masih terus melangkah menuju ke bilik kerjanya.
Bila Lutfiyah berada disisinya kembali, Nek Wan menghadiahkan jelingan maut pada anak perempuannya itu. “Suka hati kamulah nak suruh dia pindah masuk ke apa. Lagipun itupun bilik dia yang arwah Tok Wan beri khas kepada dia. Mama tak boleh cakap apa-apa.”
Setiap bilik kosong yang ada dirumah agam itu sudah dimiliki semua cucunya kecuali Ahdia yang Nek Wan letak ditempat tetamu dibelakang. Bila Lutfiyah mahu memberi salah satu bilik itu kepada Ahdia, ditentang habisan oleh Nek Wan. Ada mamanya itu ugut akan pindah ke rumah lain kalau ada bilik untuk Ahdia didalam rumahnya itu. Pening betul Lutfiyah dengan layanan Nek Wan itu.
Hmm… Apa yang kamu nak cakap dengan aku ni sampai sanggup cari aku sehingga ke sini. Selalunya kalau pada hujung minggu saja kamu ke mari. Ini hari waktu kamu bekerja kamu dekat sini. Mesti nak apa-apa ni daripada aku.” Nek Wan berkata lantas melabuh duduk dikerusi meja kerjanya.
Dahulu bilik itu sentiasa digunakan oleh suaminya tetapi sekarang sudah menjadi miliknya. Disinilah dia meluangkan masa setiap kali dia tidak ke pejabat. Diamati Lutfiyah yang duduk dikerusi kosong bertentang dengannya.
Lutfiyah menunduk kepalanya seketika sebelum memulakan bicara. “Fiyah tahu yang Fiyah hanya anak angkat mama dan papa.”
Kamu jangan nak sentimental-sentimental dengan aku. Straight to the point.” Cantas Nek Wan dengan tegas. Malas mahu mendengar kata-kata jiwang dari anak perempuannya itu.
Lutfiyah mencebik. Baru nak feeling. Macam anak lelakinya selalu kata, potong steam betul. “Mama ni orang nak feeling-feeling pun tak boleh.” Nek Wan membalas rajukan Lutfiyah dengan menjuling matanya. Tidak hairan dengan rajukan anaknya itu. Tangan sibuk menggerakkan tetikus komputernya. Mata menghadap skrin komputer membaca e-mel yang diterimanya.
Sebenarnya, Fiyah ke mari sebab mahu amanahkan sesuatu kepada mama kalau ada apa-apa berlaku kepada Fiyah.”
Kamu nak mati ke?” Soal Nek Wan dengan jujur masih tidak mengalih pandangannya daripada skrin komputer. Malah jari-jemarinya sedang rancak menari ataspapan kekunci membalas e-emel yang diterimanya.
Lutfiyah yang mendengar pertanyaan Nek Wan itu berkerut dahi. Dapat mengagak reaksi orang tuanya itu. “Bukan macam begitulah. Ajal dan mautkan ditangan Tuhan. Bila-bila masa saja kita boleh mati. Jadi andainya Fiyah pergi sebelum mama, Fiyah mahu mama beri surat ini kepada Ayal.” Dihulur sampul surat putih kepada Nek Wan.
Dari ekor mata Nek Wan dapat melihat sampul putih ditangan Lutfiyah. Jari-jemarinya henti bergerak. Kepala dipusing mengamati sampul putih itu dengan muka Lutfiyah bersilir ganti. Sebelum menghadap skrin komputer kembali.
Kenapa pula aku? Beri sajalah dekat peguam kamu ke? Atau lebih senang beri saja dekat pembantu peribadi yang kamu upah tu.” Sindir Nek Wan.
Jari-jemari mula hentak papan kekunci sedikit kasar dari sebelumnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia tidak suka dengan apa yang baru dikatakan Lutfiyah tentang kematian. Kalau boleh dia mahu pergi dahulu sebelum anaknya itu.
Sampul surat dalam tangan Lutfiyah diletak atas meja bila melihat Nek Wan menyambung kerjanya. “Fiyah sebenarnya mahu mama ajar Ayal selok-belok mengendalikan bisnes. Mama pun tahukan arwah papa tinggalkan Lumiere International kepada Ayal, jadi tiada orang yang lebih pantas untuk mengajarnya dari mama. Fiyah tahu mama akan ajar dia dengan benar. Jadi bila mama rasa dia sudah bersedia untuk mengendali syarikat itu, mama berikan surat itu kepadanya. Surat ini mama beri kepada dia hanya selepas dia sudah membaca surat yang Fiyah beri kepadanya melalui Alex, peguam peribadi Fiyah.”
Mendengar kata-kata terakhir Lutfiyah akhirnya membuat Nek Wan berpusing menghadapnya. “Alex? Macam pernah dengar saja nama dia.” Otaknya mula mengingati kembali nama itu.
Dia dulu satu sekolah dengan Fiyah. Dengan Danial.”
Nek Wan angguk laju sudah tahu siapa yang dimaksudkan Lutfiyah. Salah satu kawan baik Lutifyah semasa di universiti. “Hmm…Budak cina yang pakai cermin mata besar tu? Mana boleh mama lupa. Sekarang sudah jadi peguam. Bagus sekali. Dia peguam. Kamu dan Danial pula usahawan. Cuma si Danial lesap entah ke mana.”
Lutfiyah malas mahu berdebat mengenai lelaki bernama Danial itu. Selepas apa yang terjadi dahulu dia tidak mahu memikirkan lagi. Kerana mereka difitnah, Faryal ditolak tepi oleh Khaleed walaupun sudah dibuktikan bahawa Faryal adalah darah dagingnya.
Kenapa kamu lantik dia jadi peguam kamu pula? Si loyar buruk kawan baik suami kamu tu bukan ke peguam keluarga kamu?” Tergelak Lutfiyah bila Nek Wan mengatakan peguam keluarganya sebegitu.
Ini untuk hal peribadi.”
Baguslah tu. Memang aku tak percaya dengan lelaki loyar buruk tu. Muka pula sebiji macam Khaleed. Penipu. Pembelot. Mata dia tu asyik ada dollar sign saja.” Bebel Nek Wan sekali lagi.
Mama tak boleh beritahu sesiapa mengenai Alex.”
Jari telunjuk Nek Wan menunding ke dirinya sendiri. “Kira aku seoranglah yang tahu?” Lutfiyah angguk mengiakan.
Sampul surat putih yang berada atas meja dicapai Nek Wan. “Aku tak tahu apa yang sedang kamu rancang dalam otak fikiran kamu yang berbelit macam belut tu. Tapi kamu jangan risau, amanah kamu ini akan mama pegang sepenuhnya. Faryal cucu mama juga. Mama tak akan biarkan dia terpinga-pinga ditengah jalan.” Senyuman lebar terukir dimuka Lutfiyah senang dengan jawapan Nek Wan.
Diperhati Nek Wan menyimpan surat itu dalam laci yang berkunci disisi meja sebelum mematikan komputernya dan berdiri untuk menapak ke pintu bilik kerjanya. Lutfiyah turut melakukan perkara yang sama. Mengikuti mamanya di belakang.
Kamu pergi sana jumpa pereka dalaman kamu tu. Aku nak keluar sekejap, duduk lama dekat rumah ni boleh mati sesak nafas kerana habuk yang bertepek. Duduk rumah pun tak senang.” Rungut NekWan meninggalkan Lutfiyah didepan bilik kerjanya dengan senyuman dan gelengan kepala.
**
Senyuman lebar bermain dibibir setelah habis berbual dengan Faryal dan Fadi. Komputer riba ditutup dan diletak atas meja kecil disebelah kerusi malas yang didudukinya. Dengan adanya teknologi yang canggih jarak yang jauh semakin dekat, hanya perlu menekan butang dan semua sudah tersedia. Sayang dan rindu benar dengan dua anaknya yang berada jauh darinya. Mengejar dan mencapai cita-cita untuk menjadi orang yang berguna untuk masyarakat. Walaupun Villa Nur itu tidak kurangnya kecoh dengan adanya anak-anaknya yang lain termasuk Widayah, dia tetap merindu celoteh Faryal dan suara memujuk Fadi.
Sayang buat apa tu?” Tersentap Lutfiyah bila disergah sebegitu oleh Khaleed. Tangannya naik menurut dada. Mulut pula beristighfar.
Khaleed gelak dengan reaksi Lutfiyah lantas duduk dibelakang Lutfiyah atas kerusi malas. “Terperanjat Fiyah. Bila abang balik? Tak dengar pun kereta masuk?” Tubuhnya kini berada dalam dakapan Khaleed. Dia dapat rasa bahunya dikucup suaminya.
Baru saja. Macam mana sayang nak perasan kalau termenung jauh tinggalkan abang seorang dekat sini.” Usik Khaleed. Dari tadi dia mengamati Lutfiyah dari permukaan pintu. Tetapi isterinya itu langsung tidak perasaan kehadirannya.
Bukan abang keseorangan pun.” Balas Lutfiyah selamba. Membiarkan Khaleed memeluknya erat walaupun hakikatnya dia sudah tawar hati dengan lelaki itu. Mahu saja dia menepis tetapi mengingatkan bahawa lelaki itu masih suaminya yang sah, dan tidak mahu Khaleed mengesyaki apa-apa dia terpaksa merelakan.
Apa?” Soal Khaleed kurang pasti dengan apa yang baru dikatakan Lutfiyah.
Iyalah. Kalau Fiyah pergi, anak-anakkan ada. Mana abang boleh keseorangan.” Lutfiyah dapat mendengar tawa kecil Khaleed dibelakang. Dia dapat merasa dada Khaleed yang berombak. Suaminya tidak membalas kata-katanya itu.
Mereka kembali sepi. Lutfiyah menghirup udara malam yang segar. Angin sepoi-sepoi yang bertiupan membuat hatinya yang gundah itu rasa nyaman dan tenang. Kepala mendongak sedikit memandang langit yang tidak dihiasi dengan kerlipan bintang dan kecantikan bulan pada malam itu. Mungkin ia dapat merasa kesuraman yang sedang melanda hati dan kehidupannya. Entahlah.
Sayang kita pergi bercuti nak tak? Just you and me?” Lutfiyah memusing kepala ke belakang. Hairan dengan cadangan Khaleed yang tiba-tiba itu. Tidak ada angin tidak ada ribut terus mahu ajaknya bercuti.
Kenapa?” Soal Khaleed melihat ekspresi Lutiyah yang kelihatan hairan itu.
Dahi dan lehernya dipegang Lutfiyah dengan belakang tapak tangannya. “Abang demam ke? Atau kepala terhentak bola golf tadi?” Khaleed gelak dengan pertanyaan Lutfiyah. Dicapai tangan Lutfiyah dan dibawa ke bibirnya. Dikucup jari-jemari runcing isterinya itu.
Tak adalah sayang. Abang terfikir yang anak semua dah besar. Kita pula asyik sibuk dengan kerja tak ada masa untuk bersama.”
Bagus juga idea abang tu. Kita pergi Paris nak? Boleh tengok Ayal sekali. Lepas tu kita pergi Germany tengok Adi.” Cadang Lutfiyah membuat Khaleed senyum hambar. Kurang senang dengan rancangan isterinya itu. Dia mahu mengajak isterinya seorang tetapi dalam fikiran Lutfiyah tetap ada anak-anak.
Lutfiyah saja ingin menduga keikhlasan Khaleed mengajaknya bercuti. Dia mahu melihat reaksi suaminya itu bila nama anak-anak disebutnya. Memang dia sudah agak Khaleed pasti tidak suka dengan rancangannya itu. Tengok sekarang, muka kelat semacam.
Fiyah ni. Abang ajak pergi bulan madu bukan nak tengok dia orang. Mereka dah besar tahulah dia orang jaga diri dekat sana. Jangan anak perempuan awak tu buat hal macam tahun lepas sudah. Malukan saya saja. Nasib baik tak tersebar luas. Kalau tak habis saya jadi bahan kawan-kawan saya.” Kata-kata Khaleed itu walaupun dari dasarnya dia tidak menunjuk bahawa dia terasa tetapi hatinya benar-benar terguris bila kejadian yang menimpa Faryal diungkit buat acap kali.
Badannya dipusing menghadap kolam renang kembali. “Anak perempuan saya itu anak perempuan abang juga. Darah yang mengalir itu darah abang juga.”
Baru Khaleed mahu membalas, suara riang Ahdia menyapa telinga mereka.“Papa!” Bahu Khaleed dipaut manja.
Hmm…Dia nak pergi mana ni lawa-lawa?”
Dia ada temujanji dengan kawan.” Balas Ahdia membetulkan beg tangannya dalam genggaman.
Lutfiyah mengamati pakaian Ahdia yang mengikut bentuk bandannya yang ramping. Bahu pula terdedah dan baju yang dipakai pula hanya diparas paha. Benar-benar tidak disenangi Lutfiyah. “Dia, berapa kali mama cakap pakai baju yang elok-elok sikit. Mana baju yang mama beli kelmarin?” Akhirnya terkeluar juga pertanyaan itu.
Ahdia berdecit tidak suka dengan komen Lutfiyah. “Alah, mama ni. Baju tu tak sesuailah nak jumpa dengan kawan. Lagipun baju ni okay apa. Masih tutup apa yang patut apa.” Jawab Ahdia dengan selamba.
Khaleed yang mendengar tikaman lidah antara Lutfiyah dan Ahdia bersuara terlebih dahulu. “Dahlah Fiyah. Biarkanlah. Anak muda. Nanti pandai-pandailah dia ubah cara dia pakai. Dia ada duit tak nak keluar ni?” Melihat gelengan kepala Ahdia, Khaleed mengeluarkan dompet dikocek seluarnya dan dihulur kad kredit miliknya kepada Ahdia.
Tersenyum riang Ahdia melihat apa yang baru diterimanya. Sementara Lutfiyah hanya menggeleng tidak tahu apa yang haurs dikatakan lagi. Kalau dicegah pasti Khaleed akan menyebelahi Ahdia. Tiada guna dia membuka mulut.
Jangan belanja banyak sangat. Nanti jangan lupa beri balik papa kad kredit tu.” Ahdia angguk laju. Dikucup pipi Khaleed manja.
Thank you papa! Ini yang Dia sayang sangat-sangat dengan papa.” Dengan hati yang senang dan langkah yang ringan Ahdia meninggalkan Lutfiyah dan Khaleed masing-masing dengan tanggapan mereka sendiri dengan apa yang baru berlaku.
Lutfiyah memusing menghadap Khaleed yang sedang menyimpan dompet dalam poket seluarnya. Muka berkerut tidak puas hati dengan sikap berlebihan suaminya itu.
Abang, berapa kali Fiyah cakap jangan beri kad kredit abang begitu saja dekat Dia. Semakin tak terkawal Fiyah tengok. Keluar malam balik pagi. Kadang-kadang tak balik langsung. Risau tau Fiyah dengan anak dara kita tu.” Luah Lutfiyah kepada Khaleed buat sekian kali.
Khaleed melepaskan keluhan penat berdebat dengan Lutfiyah mengenai perkara ini. “Biarlah, diakan masih muda.” Mata Lutfiyah mengikut setiap gerak-geri Khaleed yang kini sedang bangkit dari kerusi malas.
Dia belum habis lagi bercakap. “Masa mudalah kita kena kawal. Nanti apa-apa jadi dekat dia macam mana? Kita juga yang susah.”
Khaleed merenung tajam Lutfiyah tidak suka bila Ahdia diperkecilkan sebegitu. “Dia bukan macam anak awak dekat Paris tu. Dahlah, abang nak naik atas mandi.” Tanpa berlengah Khaleed memasuki kembali ke Villa meninggalkan Lutfiyah seorang diri diatas kerusi malas. Terus lupa tentang cadangannya untuk pergi bercuti. Hilang terus lelaki yang sikap romantik tadi. Hanya kerana perempuan bernama Ahdia.
**
“Fiyah! Fiyah!”
Terkocoh-kocoh Lutfiyah yang sedang berada dalam bilik kerjanya menuruni tangga bila mendengar namanya dilaung Khaleed dibawah. Sampai diruang tamu dia melihat Ahdia yang baru pulang dari cutinya di Paris sedang berdiri dengan kening yang diangkat bila melihat kelibat Lutfiyah.
Dia sudah dapat agak apa yang telah berlaku. Tetapi dia perlu memainkan peranan. Dia melihat Khaleed sedang bercekak pinggang memandang sesuatu dalam telefon bimbit Ahdia.
Kenapa ni bang?”
Awak tengok ni. Tengok apa anak kesayangan awak dekat Paris tu buat lagi.” Kaki Lutfiyah menghampiri Khaleed.
Apa yang Ayal buat? Dia?”
Telefon bimbit milik Ahdia dicapainya. Berkerut dahi dengan apa yang dilihatnya. Mulut yang tercengang ditekup tangannya. Kepala digeleng berkali-kali. Dipandang Ahdia, Khaleed dan apa yang sedang dilihatnya itu bergilir-gilir.
Astarghfirullah. Mana kamu dapat gambar ini semua?” Ditanya kepada Ahdia ingin kepastian.
Bila Dia nak pergi rumah dia tinggal tu. Terserempak dia keluar dari kereta. Berpelukkan lagi tu. Dia nak pergi sergah tapi Dia takut nanti Ayal apa-apakan Dia. Itu sebab Dia pendekkan cuti Dia dekat Paris nak tunjuk gambar ini dekat mama dan papa.” Jelas Ahdia dengan muka simpatinya. Tetapi hakikatnya, hatinya sedang bersorak riang melihat reaksi Khaleed dan Lutfiyah. Pasti Faryal akan kena teruk dari sebelumnya. Padan muka!
Lutfiyah menatap gambar itu lama. Gambar dimana Faryal sedang dipapah seorang lelaki dari kereta ke dalam rumah. Telefon bimbit dicampaknya ke atas sofa dan kaki pantas menuju ke arah tangga.
Fiyah! Awak nak pergi mana tu?” Suara Khaleed kedengaran dibelakangnya.
Pantas kakinya menjinjit tangga menuju ke bilik tidur. “Saya nak pergi ke sana.” Balas Lutfiyah keras.
Sekarang? Awak sudah gila ke apa? Bukan penerbangan awak minggu depan?” Suara Khaleed mula meninggi bila melihat Lutfiyah mengeluarkan bagasi yang selalu dibawanya setiap kali mahu ke luar negara.
Lutfiyah mencapai telefon bimbit lantas dilekap ke telinganya. “Din dapatkan saya penerbangan ke Paris hari ini. The latest flight.” Pakaian dalam almari dicapai dan dicampaknya ke dalam bagasi yang terletak ditengah-tengah katil.
Ayal ada dengan kamu?”
Okay. Jangan beri dia kemana-mana. Beritahu saya bila kamu sudah sediakan semuanya.” Talian dimatikan dan telefon bimbit dicampaknya atas katil.
Macam mana awak nak tempah flight pada saat akhir macam ni?” Soal Khaleed sambil memerhati setiap gerak-geri Lutfiyah dari satu sudut bilik ke satu. Dia sudah bercekak pinggang di tengah-tengah bilik tidur mereka.
Lutfiyah menuju ke meja soleknya. “Saya sudah suruh Din uruskannya. Sekejap lagi dia akan dapatkan penerbangaan yang terawal untuk saya.” Salah satu laci meja soleknya dibuka. Dikeluarkan passport dan beberapa keperluan peribadinya sebelum bergerak pantas menuju ke katil.
Itulah awak. Dulu saya suruh bawa dia balik ke sini tapi awak tak mahu. Ada pengasuh dekat sana pun tak guna. Tengok siapa yang tak boleh kawal? Dia, yang berada depan mata kita atau anak awak yang berada di Paris tu?”
Baju yang berada dalam tangannya dicampak atas katil dengan kasar. Penat dengan sindiran Khaleed terhadap Faryal. “Sudahlah abang! Kenapa abang selalu nak perkecilkan Ayal? Fiyah yakin ini semua pasti salah faham saja.” Direntap baju yang dicampaknya tadi dan dimasukkan kembali ke dalam bagasi. Satu-persatu dimasukkannya. Sekali-sekala melihat telefon bimbit menanti pesanan ringkas dari Geraldine yang berada di Paris.
Khaleed menarik kasar tangan Lutfiyah yang sibuk mengemas barangnya. Mata mereka menikam satu sama lain. Digenggam erat tangan Lutfiyah. Rasa tercabar bila Lutfiyah melawannya. “Awak nak katakan yang Dia reka-reka ini semua? Apa lagi yang awak nak? Dulu kita sudah ada gambar. Sekarang pun. Tambah lagi Dia nampak dengan mata dia sendiri. Apa lagi yang awak nak?” Digoyang-goyang kasar tubuh Lutfiyah.
Cengkaman Khaleed semakin perit tetapi ditahan Lutfiyah. Dengan kasar dia merentap tangannya kasar dari cengakaman maut Khaleed itu. Dua-dua dengan dada yang berombak menahan marah yang semakin membara.
Saya nak bertanya dengan dia secara empat mata apa yang telah berlaku. Saya tahu anak saya. Dia tak akan sesekali melakukan perkara sebegitu.” Dengan tegas Lutfiyah bersuara melindungi Faryal. Seperti sebelumnya dia sentiasa berada dipihak Faryal kerana dia tahu anaknya itu tak akan melakukan perkara itu. Terutama sekali pada saat itu.
Khaleed mendengus kasar.“Suka hati awaklah. Saya malas mahu bertengkar. Buang masa saya halang awak. Keluar lagi bagus!” Pintu yang ditutup kasar oleh Khaleed membuat Lutfiyah terkejut. Perlahan Lutfiyah melurut tubuhnya diatas katil. Air mata mula mengalir. Sukar untuk dia menerima ini semua. Sayang, maafkan mama. Maafkan mama sayang.
Telefon bimbitnya berbunyi menanda pesanan ringkas baru diterimanya. Satu tangan mencapai telefon bimbit sementara lagi satu mengesat air matanya yang mengalir. Nafas dalam ditariknya.
Semua sudah sedia seperti yang dirancangkan. You boleh bergerak lagi sejam untuk ke apartment .- Alex.

Lutfiyah memejam matanya. Masanya sudah tiba.

2 comments:

  1. omg..ayal tabahkan hati! sodih kita yg membaca ni kak oi..hmm sape agaknye yg kejam nk fitnah ayal waktu first tu...same with the one yg dgr tu ke..btw good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape yg nk fitnah ayal? Mesti org yg tak sukakn dia..Mai bagi hintlah...tapi bukan org yg dgr tu..hehe:B

      Delete