Bab
57
“Aku
tak sangka kau sanggup lakukan ini semua belakang aku! Apa yang kau
mahu semua diikuti. Tapi ini yang kau balas balik? Tak guna punya
anak!”
Mulut
Khaleed menengking sementara tangannya melayang ke pipi putih gebu
Faryal. Tidak menghiraukan Faryal yang sudah terjelepok atas lantai
dengan tangisan yang teresak-esak, dia menyambung luahkan kemarahan
yang terpendam.
“Aku
beri kau belajar di Paris ni untuk timbah ilmu, untuk capai cita-cita
kau mahu jadi seorang Chef,
tapi ini balasan kau!” Belum sempat tangan Khaleed mendarat dipipi
Faryal sekali lagi, Lutfiyah pantas mencegah dengan memaut erat tubuh
Faryal.
Khaleed
membawa turun tangannya lantas mendengus dengan kasar bila Lutfiyah
berada didepannya. “Abang bawa mengucap. Kita selesaikan masalah
ini dengan cara baik. Abang ingat dengan cara kasar semua ini akan
selesai? Fiyah tahu Ayal tak akan lakukan perbuatan terkutuk itu!
Ayal anak saya, dari rahim saya. Saya tahu Ayal tak salah!”
Lutfiyah memeluk erat anak perempuannya yang menangis teresak-esak di
dalam dakapannya. Tangannya mengusap-usap kepala Faryal yang
tersembam didadanya.
Firasat
seorang ibu terhadap anak-anaknya sentiasa kuat. Dia tahu Faryal
mesti dianiaya oleh seseorang yang dendam dengan keluarganya. Dia
tahu benar anaknya itu. Dia tidak akan melakukan perbuatan terkutuk
seperti apa yang ditangkap gambar yang diterima mereka dua hari yang
lalu. Ubun-ubun Faryal dikucup cuba menenangkan hati anaknya itu.
Mata
pasangan suami isteri itu berlaga. Masing-masing tidak mahu berundur
dari tikaman lidah itu. “Itulah awak manjakan sangat dia. Semua
yang dia mahu awak ikutkan, sampai dia buat perkara terkutuk begini
awak masih mahu melindunginya!” Ditonjol kepala Faryal tetapi
ditepis Lutfiyah dengan kasar. Khaleed memusing badannya membelakangi
mereka. Marah dengan semua ini.
Sungguh
dia membara apabila mendapat sepucuk surat mengandungi kepingan
gambar yang sungguh memalukan. Dia tidak salah dengan apa yang
dilihatnya. Ada gambar Faryal bersama seorang lelaki asing keluar
berpelukan dari sebuah restoran dan juga memasuki ke dalam sebuah
hotel. Ada juga gambar Faryal bersama lelaki itu dengan pelbagai
adegan di dalam bilik hotel. Sungguh memalukan!
“Papa
percayakan Ayal papa. Ayal tak tahu siapa lelaki itu. Ayal tak ingat
apa yang terjadi pada masa itu. Cuma yang Ayal tahu, Ayal ke restoran
untuk menyambut hari jadi Eva. Selepas itu, Ayal tak ingat apa yang
berlaku, apabila Ayal sedar Ayal tengah berada di dalam bilik hotel
bersendirian. Ayal tak ingat apa yang berlaku. Percayalah Ayal Papa.
Percayalah Ayal.” Dengan panjang lebar Faryal menerangkan situasi
sebenar. Air mata yang mengalir dikesat belakang tapak tangannya.
Dia
sendiri terkuejut bila mendapat panggilan dari Lutfiyah bertanya
tentang gambar yang diterima mereka. Diceritanya semua yang berlaku.
Eva masa itu berada dengannya turut memberitahu apa yang dia ketahui.
Bila
tidak dapat apa-apa jawapan dari Khaleed, Faryal berpaling kepada
Lutfiyah disisi. “Mama percaya Ayalkan mama?” Dipandang Lutfiyah
dengan penuh harapan. Mamanya itulah satu-satu harapannya. Lutfiyah
angguk kepalanya. Ditarik Faryal sekali lagi dalam pelukannya.
“Mama
percaya Ayal. Mama percaya.”
Faryal
sendiri bingung dengan apa yang terjadi. Dia pergi ke restoran Petal
untuk sambutan hari jadi Eva. Dia berada disalah satu meja sementara
kawan-kawannya yang lain sedang berdansa dan Eva pula sibuk menyambut
tetamu. Seingatnya, dia diberi segelas air daripada seorang pelayan
yang bertugas semasa dia menikmati suasana di restoran itu. Setelah
itu dia tidak ingat apa yang berlaku. Cuma kepalanya mula rasa berat
dan berpusing. Dia beritahu Eva bahawa dia akan pulang kerana tidak
sihat badan. Eva mahu menghantarnya pulang tetapi ditolaknya. Apa
yang dia ingat dia sedang menunggu teksi diluar restoran itu. Selepas
itu terus dia tidak ingat apa-apa yang berlaku. Bila dia sedar, dia
sedang berada disebuah bilik hotel. Sungguh dia tidak ingat apa yang
berlaku. Sehinggalah dia terima panggilan dari Lutfiyah.
“Fiyah
yakin pasti ada yang ingin buat jahat dengan kita Abang. Fiyah yakin
dengan apa yang berlaku semua mesti kerja orang yang dengki dengan
keluarga kita. Ayal tak akan pernah buat kerja terkutuk itu.”
Lutfiyah yakin dengan apa yang dikatanya itu.
Faryal
anak yang dilahir dari rahimnya dan dibesarkan dengan pelajaran
dunia dan didikkan agama olehnya sendiri. Lutfiyah pasti dengan
naluri keibuannya bahawa Faryal tidak bersalah, pasti seseorang ingin
menjatuhkan keluarganya. Aku harus cari siapa yang merancang semua
ini. Aku harus cari siapa yang ingin hancurkan kebahagiaan keluarga
aku dan aku tidak akan lepaskan mereka.
Dia
teringat apa yang berlaku kepadanya sebelum ini. Mungkinkah orang
yang sama telah melakukan ini? Tetapi siapa dan mengapa? Pada
pertemuan terakhir dia dan Issac, anak muda itu telah memberi buah
fikiran untuk menggunakan anaknya itu. Pada mulanya dia mengesyaki
Issac yang melakukannya tetapi bila ditelefon, lelaki itu tidak tahu
menahu tentang itu. Malah lelaki itu sendiri kata bahawa dia akan
mencari tahu siapa yang telah menfitnah Faryal.
Khaleed
memusing menghadap mereka. Muka merah, marah dengan perkara yang
amat mengaibkan itu. “Aku tak kisah, dia harus ikut kita pulang.
Aku tak tahu apa lagi yang akan dia buat disini sementara kita dekat
sana. Suka-suka dekat sini tak ada orang mengawasi gerak-geri dia.
Jangan satu hari nanti dia balik bukan dengan ijazah tetapi dengan
perut yang memboyot!”
“Abang!”
Kepala
Faryal ditonjol sekali lagi. “Anak tak kenang budi! Either
she goes home with us or she is never allowed to step into the house
anymore!”
Anak mata Khaleed merenung tajam menikam ke arah sekali lagi di dalam
pelukan isterinya.
Keputusan
untuk membawa pulang Faryal hanyalah satu-satu jalan untuk mengawasi
gerak-geri Faryal. Walaupun Faryal bertudung dan berpakaian sopan
tetapi semua orang boleh berubah jika berada di dalam suasana yang
baru. Tunjuk baik depan orang tapi dibelakang, macam setan.
“Sanggup
abang cakap begitu tentang Ayal. Dia anak abang, darah daging abang!
Fiyah tak setuju dengan keputusan abang. Abang jangan buat keputusan
terburu-buru, Ayal tinggal setahun lagi sebelum tamat pengajian.
Kalau abang risau tentang Ayal, biar Fiyah tinggal disini dengan
Ayal. Fiyah boleh pantau dia jika itu yang abang risaukan.”
Lutfiyah berdiri dihadapan Khaleed yang sedang memeluk tubuh.
Seperti
tadi Lutfiyah dan Khaleed merenung satu sama lain. Anak mata menikam
tidak mahu berganjak dari apa yang ingin dipertahankan mereka.
Lutfiyah ingin mempertahankan kebenaran. Kebenaran bahawa Faryal
tidak bersalah dan ada seseorang ingin memporak-peranda kehidupan
mereka. Khaleed pula mahu mempertahankan reputasinya sebagai seorang
usahawan dan kedudukannya dikalangan kawan-kawannya.
“Kalau
Fiyah disini siapa nak urus makan minum abang dan anak-anak dekat
rumah. Awak jangan lupa, awak ada empat orang lagi dekat sana. Siapa
nak urus FS disana sementara awak dekat sini? Saya tak setuju! Saya
tak setuju!” Khaleed membantah cadangan Lutfiyah yang padanya
sungguh tidak masuk akal langsung. Hanya kerana anak yang tidak tahu
kenang budi itu, dia sanggup tinggalkan semua di Naraya.
Lutfiyah
menarik nafasnya dalam. Dia tahu pasti suaminya itu tidak akan
setuju. Tapi anak-anak lelakinya boleh mengendalikan syarikat
sementara dia berada disini. Lambat-laun juga mereka harus
menjalankan syarikat itu tanpa dia disisi. Tentang hal ehwal rumah
pula, Pak Halim dan Mak Limah banyak mengurus semua yang berkaitan
dengan keperluan rumah. Dia juga boleh bekeja dari Paris. Dia tidak
lihat apa yang sukar sangat untuk Khaleed setuju.
“Riq,
Yan dan Zan boleh tengokkan syarikat. Dia pun ada boleh
tengok-tengokkan abang. Kalau tentang makan dan minum abang, Limah ada untuk bersihkan rumah dan juga untuk menjaga keperluan
semua yang ada di rumah. Kalau ada apa-apa beritahu sahaja Fiyah
dekat sini. Bukan susah pun abang.” Khaleed masih tidak memberi
tindak balas atas cadangan Lutfiyah.
Mereka
sunyi seketika. Masing-masing dengan kedegilan dan ego yang harus
dipertahankan. Lutfiyah memandang Faryal yang masih berada dilantai
dengan kepala yang tertunduk memandang permaidani. Hatinya berbelah
bagi. Harus melindungi Faryal di Paris dan juga memantau keluarga dan
syarikatnya di Naraya. Terutama sekali memantau suaminya itu. Mata
dipejam seketika.
“Kalau
abang tak setuju, Fiyah akan suruh orang kepercayaan Fiyah untuk
tengok-tengokkan Ayal disini.” Lutfiyah pasti candangannya kali ini
tidak akan ditolak Khaleed.
Dia
akan menyuruh Gerladine untuk menjaga Faryal disini. Dengan adanya
Geraldine disini boleh juga dia memantau cawangan Lumiere
International dan berhubung dengan Issac mengenai rancangan mereka.
Khaleed memandang ke arah Faryal. Amarahnya semakin mendadak melihat
anak perempuannya itu. Kebencian yang dirasainya sejak dulu semakin
menjadi-jadi.
Mak
dan anak sama saja. Pakaian saja menutup aurat. Bertudung, berpakaian
sopan tapi kalau tidak berada didepan mata, ditunjuk belang mereka.
Bila ditangkap, dinafikan. Desis hati kecil Khaleed.
“Suka
hati awaklah saya dah pening dengan ni semua.” Dia terus berlalu
meniti tangga untuk ke bilik. Lutfiyah memegang bahu Faryal lalu
membawanya duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu pangsapuri yang
disewa mereka.
“Ayal
dengar sini. Mama percayakan Ayal, mama tahu anak mama tak akan buat
semua itu. Ayal jangan ambil hati dengan apa yang dikatakan papa.
Papa tengah emosi sekarang, nanti papa dah sejuk okaylah tu.”
Lutfiyah berkata lembut sambil mengusap pipi gebu anaknya yang sudah
merah setelah disepak Khaleed.
Jari-jemari
Lutfiyah turun memegang dagu Faryal. Faryal mengamati wajah Lutfiyah
yang terlukis sebaris senyuman dibibir. Kepala diangguk faham. Dia
tahu Khaleed dari dulu lagi tidak menyukainya. Semasa kecil dia tidak
faham mengapa layanan Khaleed sentiasa dingin terhadapnya. Bila
ditanya Lutfiyah, mamanya hanya beritahu bahawa satu hari bila dia
sudah sudah bersedia Faryal akan tahu kesemuanya. Dia terpaksa akur
dengan permintaan mamanya itu.
“Ayal
kena ingat apa-apa yang berlaku, mama sayangkan Ayal. Mama tak mahu
Ayal putus asa hanya kerana kutukkan orang. Mama mahu Ayal ambil ini
sebagai pelajaran untuk Ayal. Anak mama ni kuat macam mamakan?”
Faryal angguk sekali lagi, membuat Lutfiyah tersenyum lebar.
Jari-jemari Faryal diusap lembut.
“Kalau
mama tak ada Ayal kena janji dengan mama yang Ayal tidak akan
sia-siakan apa yang Ayal belajar disini dan paling penting, walaupun
mama tak ada disisi, mama tetap dihati dan fikiran Ayal.” Lutfiyah
menunjuk ke arah hati Faryal.
“Mama
nak pergi mana?”
Lutfiyah
menarik tubuh Faryal dalam dakapannya. Lucu dengan soalan polos
anaknya itu. “Ingat tak mama selalu cakap dengan Ayal bahawa ajal
dan maut ditangan Tuhan?” Faryal angkat mendongak kepalanya. Mata
bundar Faryal merenung dalam matanya.
“Kita
tak tahu bila kita akan pergi. Jadi mama nak ingatkan Ayal bahawa
mama sentiasa sayang Ayal. Kalau apa yang akan berlaku kemudian hari
membuat Ayal keliru, Ayal berdoa kepada-NYA. Kerana Dia saja yang
boleh membantu kita. Semua yang berlaku pada masa lalu, sekarang dan
masa depan ada hikmahnya. Jadi Ayal tak boleh putus asa sehinggalah
ke nafas terakhir.”
Dikucup
ubun-ubun anaknya itu. Air mata yang mengalir menitis dikepala
Faryal. Sebak memikirkan apa yang akan berlaku bila dia tidak berada
disisi anak-anaknya. Mungkinkah rancangan mereka akan berjaya? Mereka
hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
**
“Kenapa
Faryal perlukan pembantu peribadi? Dia bukannya mahu bekerja dalam
syarikat kamu pun bila dia habis kerja nanti. Seorang cef yang
terperap dalam dapur tak perlukan pembantu peribadi.” Tutur Nek Wan
kurang setuju dengan keputusan Lutfiyah mengambil seorang pembantu
peribadi untuk Faryal.
Lutfiyah
yang sedang memantau ubah suai yang sedang dilakukan didalam bilik
Faryal memandang sekilas Nek Wan yang sedang berdiri diambang pintu.
“Ini untuk kebaikan Ayal bila dia habis belajar nanti.” Balas
Lutfiyah sambil menunjuk apa yang diingininya kepada salah seorang
pekerja disitu.
“Habis
tu kamu nak ubah suai bilik ini buat apa? Kenapa kamu tak betulkan
bilik anak-anak kamu yang lain sekali? Lebih afdal kamu ubah suai
satu rumah ni hah.” Tersenyum nipis Lutfiyah dengan bebelan
mamanya itu. Sudah lali.
Buku
warna cat yang dibawanya dihulur kepada Aviya yang baru tiba beberapa
bulan yang lalu. Terus dibawa mengenal dengan mamanya sebab anak
Pablo akan banyak meluang masanya dirumah itu. “Viya, kamu tolong
bawa ini ke dalam kereta. Selepas itu kamu beritahu Din saya masuk
pejabat lewat hari ini.” Aviya angguk akur dan meminta diri untuk
ke bawah.
Lutfiyah
menapak ke arah Nek Wan yang mahu beransur pergi dari bilik itu.
“Mama, lepas Ayal habis belajar, Fiyah nak suruh dia tinggal dekat
sini.” Langkah Nek Wan terhenti. Dipusing badan menghadap Lutfiyah
yang sedang berdiri dibelakang. Keningnya diangkat ingin kepastian
dengan apa yang baru didengarinya.
“Dekat
sini? Buat apa? Rumah kau yang besar tu tak ada tempat ke? Itulah
bawa masuk anak yang tahu kenang budi tu lagi.” Lutfiyah menggaru
kepalanya. Sukar sedikit kalau mahu bercakap dengan mamanya yang suka
sekali menjawab. Diamati Nek Wan yang semakin langkah jauh darinya.
Mulut masih merungut tentang keputusannya mengadopsi Ahdia.
“Mama.”
Tegur Lutfiyah tapi tidak dihiraukan Nek Wan. Kaki masih terus
melangkah menuju ke bilik kerjanya.
Bila
Lutfiyah berada disisinya kembali, Nek Wan menghadiahkan jelingan
maut pada anak perempuannya itu. “Suka hati kamulah nak suruh dia
pindah masuk ke apa. Lagipun itupun bilik dia yang arwah Tok Wan beri
khas kepada dia. Mama tak boleh cakap apa-apa.”
Setiap
bilik kosong yang ada dirumah agam itu sudah dimiliki semua cucunya
kecuali Ahdia yang Nek Wan letak ditempat tetamu dibelakang. Bila
Lutfiyah mahu memberi salah satu bilik itu kepada Ahdia, ditentang
habisan oleh Nek Wan. Ada mamanya itu ugut akan pindah ke rumah lain
kalau ada bilik untuk Ahdia didalam rumahnya itu. Pening betul
Lutfiyah dengan layanan Nek Wan itu.
“Hmm…
Apa yang kamu nak cakap dengan aku ni sampai sanggup cari aku
sehingga ke sini. Selalunya kalau pada hujung minggu saja kamu ke
mari. Ini hari waktu kamu bekerja kamu dekat sini. Mesti nak apa-apa
ni daripada aku.” Nek Wan berkata lantas melabuh duduk dikerusi
meja kerjanya.
Dahulu
bilik itu sentiasa digunakan oleh suaminya tetapi sekarang sudah
menjadi miliknya. Disinilah dia meluangkan masa setiap kali dia tidak
ke pejabat. Diamati Lutfiyah yang duduk dikerusi kosong bertentang
dengannya.
Lutfiyah
menunduk kepalanya seketika sebelum memulakan bicara. “Fiyah tahu
yang Fiyah hanya anak angkat mama dan papa.”
“Kamu
jangan nak sentimental-sentimental dengan aku. Straight
to the point.”
Cantas Nek Wan dengan tegas. Malas mahu mendengar kata-kata jiwang
dari anak perempuannya itu.
Lutfiyah
mencebik. Baru nak feeling.
Macam anak lelakinya selalu kata, potong steam
betul. “Mama ni orang nak feeling-feeling
pun tak boleh.” Nek Wan membalas rajukan Lutfiyah dengan menjuling
matanya. Tidak hairan dengan rajukan anaknya itu. Tangan sibuk
menggerakkan tetikus komputernya. Mata menghadap skrin komputer
membaca e-mel yang diterimanya.
“Sebenarnya,
Fiyah ke mari sebab mahu amanahkan sesuatu kepada mama kalau ada
apa-apa berlaku kepada Fiyah.”
“Kamu
nak mati ke?” Soal Nek Wan dengan jujur masih tidak mengalih
pandangannya daripada skrin komputer. Malah jari-jemarinya sedang
rancak menari ataspapan kekunci membalas e-emel yang diterimanya.
Lutfiyah
yang mendengar pertanyaan Nek Wan itu berkerut dahi. Dapat mengagak
reaksi orang tuanya itu. “Bukan macam begitulah. Ajal dan mautkan
ditangan Tuhan. Bila-bila masa saja kita boleh mati. Jadi andainya
Fiyah pergi sebelum mama, Fiyah mahu mama beri surat ini kepada
Ayal.” Dihulur sampul surat putih kepada Nek Wan.
Dari
ekor mata Nek Wan dapat melihat sampul putih ditangan Lutfiyah.
Jari-jemarinya henti bergerak. Kepala dipusing mengamati sampul putih
itu dengan muka Lutfiyah bersilir ganti. Sebelum menghadap skrin
komputer kembali.
“Kenapa
pula aku? Beri sajalah dekat peguam kamu ke? Atau lebih senang beri
saja dekat pembantu peribadi yang kamu upah tu.” Sindir Nek Wan.
Jari-jemari
mula hentak papan kekunci sedikit kasar dari sebelumnya. Hanya Tuhan
sahaja yang tahu betapa dia tidak suka dengan apa yang baru dikatakan
Lutfiyah tentang kematian. Kalau boleh dia mahu pergi dahulu sebelum
anaknya itu.
Sampul
surat dalam tangan Lutfiyah diletak atas meja bila melihat Nek Wan
menyambung kerjanya. “Fiyah sebenarnya mahu mama ajar Ayal
selok-belok mengendalikan bisnes. Mama pun tahukan arwah papa
tinggalkan Lumiere International kepada Ayal, jadi tiada orang yang
lebih pantas untuk mengajarnya dari mama. Fiyah tahu mama akan ajar
dia dengan benar. Jadi bila mama rasa dia sudah bersedia untuk
mengendali syarikat itu, mama berikan surat itu kepadanya. Surat ini
mama beri kepada dia hanya selepas dia sudah membaca surat yang Fiyah
beri kepadanya melalui Alex, peguam peribadi Fiyah.”
Mendengar
kata-kata terakhir Lutfiyah akhirnya membuat Nek Wan berpusing
menghadapnya. “Alex? Macam pernah dengar saja nama dia.” Otaknya
mula mengingati kembali nama itu.
“Dia
dulu satu sekolah dengan Fiyah. Dengan Danial.”
Nek
Wan angguk laju sudah tahu siapa yang dimaksudkan Lutfiyah. Salah
satu kawan baik Lutifyah semasa di universiti. “Hmm…Budak cina
yang pakai cermin mata besar tu? Mana boleh mama lupa. Sekarang sudah
jadi peguam. Bagus sekali. Dia peguam. Kamu dan Danial pula usahawan.
Cuma si Danial lesap entah ke mana.”
Lutfiyah
malas mahu berdebat mengenai lelaki bernama Danial itu. Selepas apa
yang terjadi dahulu dia tidak mahu memikirkan lagi. Kerana mereka
difitnah, Faryal ditolak tepi oleh Khaleed walaupun sudah dibuktikan
bahawa Faryal adalah darah dagingnya.
“Kenapa
kamu lantik dia jadi peguam kamu pula? Si loyar buruk kawan baik
suami kamu tu bukan ke peguam keluarga kamu?” Tergelak Lutfiyah
bila Nek Wan mengatakan peguam keluarganya sebegitu.
“Ini
untuk hal peribadi.”
“Baguslah
tu. Memang aku tak percaya dengan lelaki loyar buruk tu. Muka pula
sebiji macam Khaleed. Penipu. Pembelot. Mata dia tu asyik ada dollar
sign
saja.” Bebel Nek Wan sekali lagi.
“Mama
tak boleh beritahu sesiapa mengenai Alex.”
Jari
telunjuk Nek Wan menunding ke dirinya sendiri. “Kira aku seoranglah
yang tahu?” Lutfiyah angguk mengiakan.
Sampul
surat putih yang berada atas meja dicapai Nek Wan. “Aku tak tahu
apa yang sedang kamu rancang dalam otak fikiran kamu yang berbelit
macam belut tu. Tapi kamu jangan risau, amanah kamu ini akan mama
pegang sepenuhnya. Faryal cucu mama juga. Mama tak akan biarkan dia
terpinga-pinga ditengah jalan.” Senyuman lebar terukir dimuka
Lutfiyah senang dengan jawapan Nek Wan.
Diperhati
Nek Wan menyimpan surat itu dalam laci yang berkunci disisi meja
sebelum mematikan komputernya dan berdiri untuk menapak ke pintu
bilik kerjanya. Lutfiyah turut melakukan perkara yang sama. Mengikuti
mamanya di belakang.
“Kamu
pergi sana jumpa pereka dalaman kamu tu. Aku nak keluar sekejap,
duduk lama dekat rumah ni boleh mati sesak nafas kerana habuk yang
bertepek. Duduk rumah pun tak senang.” Rungut NekWan meninggalkan
Lutfiyah didepan bilik kerjanya dengan senyuman dan gelengan kepala.
**
Senyuman
lebar bermain dibibir setelah habis berbual dengan Faryal dan Fadi.
Komputer riba ditutup dan diletak atas meja kecil disebelah kerusi
malas yang didudukinya. Dengan adanya teknologi yang canggih jarak
yang jauh semakin dekat, hanya perlu menekan butang dan semua sudah
tersedia. Sayang dan rindu benar dengan dua anaknya yang berada jauh
darinya. Mengejar dan mencapai cita-cita untuk menjadi orang yang
berguna untuk masyarakat. Walaupun Villa Nur itu tidak kurangnya
kecoh dengan adanya anak-anaknya yang lain termasuk Widayah, dia
tetap merindu celoteh Faryal dan suara memujuk Fadi.
“Sayang
buat apa tu?” Tersentap Lutfiyah bila disergah sebegitu oleh
Khaleed. Tangannya naik menurut dada. Mulut pula beristighfar.
Khaleed
gelak dengan reaksi Lutfiyah lantas duduk dibelakang Lutfiyah atas
kerusi malas. “Terperanjat Fiyah. Bila abang balik? Tak dengar pun
kereta masuk?” Tubuhnya kini berada dalam dakapan Khaleed. Dia
dapat rasa bahunya dikucup suaminya.
“Baru
saja. Macam mana sayang nak perasan kalau termenung jauh tinggalkan
abang seorang dekat sini.” Usik Khaleed. Dari tadi dia mengamati
Lutfiyah dari permukaan pintu. Tetapi isterinya itu langsung tidak
perasaan kehadirannya.
“Bukan
abang keseorangan pun.” Balas Lutfiyah selamba. Membiarkan Khaleed
memeluknya erat walaupun hakikatnya dia sudah tawar hati dengan
lelaki itu. Mahu saja dia menepis tetapi mengingatkan bahawa lelaki
itu masih suaminya yang sah, dan tidak mahu Khaleed mengesyaki
apa-apa dia terpaksa merelakan.
“Apa?”
Soal Khaleed kurang pasti dengan apa yang baru dikatakan Lutfiyah.
“Iyalah.
Kalau Fiyah pergi, anak-anakkan ada. Mana abang boleh keseorangan.”
Lutfiyah dapat mendengar tawa kecil Khaleed dibelakang. Dia dapat
merasa dada Khaleed yang berombak. Suaminya tidak membalas
kata-katanya itu.
Mereka
kembali sepi. Lutfiyah menghirup udara malam yang segar. Angin
sepoi-sepoi yang bertiupan membuat hatinya yang gundah itu rasa
nyaman dan tenang. Kepala mendongak sedikit memandang langit yang
tidak dihiasi dengan kerlipan bintang dan kecantikan bulan pada malam
itu. Mungkin ia dapat merasa kesuraman yang sedang melanda hati dan
kehidupannya. Entahlah.
“Sayang
kita pergi bercuti nak tak? Just
you and me?”
Lutfiyah memusing kepala ke belakang. Hairan dengan cadangan Khaleed
yang tiba-tiba itu. Tidak ada angin tidak ada ribut terus mahu
ajaknya bercuti.
“Kenapa?”
Soal Khaleed melihat ekspresi Lutiyah yang kelihatan hairan itu.
Dahi
dan lehernya dipegang Lutfiyah dengan belakang tapak tangannya.
“Abang demam ke? Atau kepala terhentak bola golf
tadi?” Khaleed gelak dengan pertanyaan Lutfiyah. Dicapai tangan
Lutfiyah dan dibawa ke bibirnya. Dikucup jari-jemari runcing
isterinya itu.
“Tak
adalah sayang. Abang terfikir yang anak semua dah besar. Kita pula
asyik sibuk dengan kerja tak ada masa untuk bersama.”
“Bagus
juga idea abang tu. Kita pergi Paris nak? Boleh tengok Ayal sekali.
Lepas tu kita pergi Germany tengok Adi.” Cadang Lutfiyah membuat
Khaleed senyum hambar. Kurang senang dengan rancangan isterinya itu.
Dia mahu mengajak isterinya seorang tetapi dalam fikiran Lutfiyah
tetap ada anak-anak.
Lutfiyah
saja ingin menduga keikhlasan Khaleed mengajaknya bercuti. Dia mahu
melihat reaksi suaminya itu bila nama anak-anak disebutnya. Memang
dia sudah agak Khaleed pasti tidak suka dengan rancangannya itu.
Tengok sekarang, muka kelat semacam.
“Fiyah
ni. Abang ajak pergi bulan madu bukan nak tengok dia orang. Mereka
dah besar tahulah dia orang jaga diri dekat sana. Jangan anak
perempuan awak tu buat hal macam tahun lepas sudah. Malukan saya
saja. Nasib baik tak tersebar luas. Kalau tak habis saya jadi bahan
kawan-kawan saya.” Kata-kata Khaleed itu walaupun dari dasarnya dia
tidak menunjuk bahawa dia terasa tetapi hatinya benar-benar terguris
bila kejadian yang menimpa Faryal diungkit buat acap kali.
Badannya
dipusing menghadap kolam renang kembali. “Anak perempuan saya itu
anak perempuan abang juga. Darah yang mengalir itu darah abang juga.”
Baru
Khaleed mahu membalas, suara riang Ahdia menyapa telinga
mereka.“Papa!” Bahu Khaleed dipaut manja.
“Hmm…Dia
nak pergi mana ni lawa-lawa?”
“Dia
ada temujanji dengan kawan.” Balas Ahdia membetulkan beg tangannya
dalam genggaman.
Lutfiyah
mengamati pakaian Ahdia yang mengikut bentuk bandannya yang ramping.
Bahu pula terdedah dan baju yang dipakai pula hanya diparas paha.
Benar-benar tidak disenangi Lutfiyah. “Dia, berapa kali mama cakap
pakai baju yang elok-elok sikit. Mana baju yang mama beli kelmarin?”
Akhirnya terkeluar juga pertanyaan itu.
Ahdia
berdecit tidak suka dengan komen Lutfiyah. “Alah, mama ni. Baju tu
tak sesuailah nak jumpa dengan kawan. Lagipun baju ni okay apa. Masih
tutup apa yang patut apa.” Jawab Ahdia dengan selamba.
Khaleed
yang mendengar tikaman lidah antara Lutfiyah dan Ahdia bersuara
terlebih dahulu. “Dahlah Fiyah. Biarkanlah. Anak muda. Nanti
pandai-pandailah dia ubah cara dia pakai. Dia ada duit tak nak keluar
ni?” Melihat gelengan kepala Ahdia, Khaleed mengeluarkan dompet
dikocek seluarnya dan dihulur kad kredit miliknya kepada Ahdia.
Tersenyum
riang Ahdia melihat apa yang baru diterimanya. Sementara Lutfiyah
hanya menggeleng tidak tahu apa yang haurs dikatakan lagi. Kalau
dicegah pasti Khaleed akan menyebelahi Ahdia. Tiada guna dia membuka
mulut.
“Jangan
belanja banyak sangat. Nanti jangan lupa beri balik papa kad kredit
tu.” Ahdia angguk laju. Dikucup pipi Khaleed manja.
“Thank
you
papa! Ini yang Dia sayang sangat-sangat dengan papa.” Dengan hati
yang senang dan langkah yang ringan Ahdia meninggalkan Lutfiyah dan
Khaleed masing-masing dengan tanggapan mereka sendiri dengan apa yang
baru berlaku.
Lutfiyah
memusing menghadap Khaleed yang sedang menyimpan dompet dalam poket
seluarnya. Muka berkerut tidak puas hati dengan sikap berlebihan
suaminya itu.
“Abang,
berapa kali Fiyah cakap jangan beri kad kredit abang begitu saja
dekat Dia. Semakin tak terkawal Fiyah tengok. Keluar malam balik
pagi. Kadang-kadang tak balik langsung. Risau tau Fiyah dengan anak
dara kita tu.” Luah Lutfiyah kepada Khaleed buat sekian kali.
Khaleed
melepaskan keluhan penat berdebat dengan Lutfiyah mengenai perkara
ini. “Biarlah, diakan masih muda.” Mata Lutfiyah mengikut setiap
gerak-geri Khaleed yang kini sedang bangkit dari kerusi malas.
Dia
belum habis lagi bercakap. “Masa mudalah kita kena kawal. Nanti
apa-apa jadi dekat dia macam mana? Kita juga yang susah.”
Khaleed
merenung tajam Lutfiyah tidak suka bila Ahdia diperkecilkan sebegitu.
“Dia bukan macam anak awak dekat Paris tu. Dahlah, abang nak naik
atas mandi.” Tanpa berlengah Khaleed memasuki kembali ke Villa
meninggalkan Lutfiyah seorang diri diatas kerusi malas. Terus lupa
tentang cadangannya untuk pergi bercuti. Hilang terus lelaki yang
sikap romantik tadi. Hanya kerana perempuan bernama Ahdia.
**
“Fiyah!
Fiyah!”
Terkocoh-kocoh
Lutfiyah yang sedang berada dalam bilik kerjanya menuruni tangga bila
mendengar namanya dilaung Khaleed dibawah. Sampai diruang tamu dia
melihat Ahdia yang baru pulang dari cutinya di Paris sedang berdiri
dengan kening yang diangkat bila melihat kelibat Lutfiyah.
Dia
sudah dapat agak apa yang telah berlaku. Tetapi dia perlu memainkan
peranan. Dia melihat Khaleed sedang bercekak pinggang memandang
sesuatu dalam telefon bimbit Ahdia.
“Kenapa
ni bang?”
“Awak
tengok ni. Tengok apa anak kesayangan awak dekat Paris tu buat lagi.”
Kaki Lutfiyah menghampiri Khaleed.
“Apa
yang Ayal buat? Dia?”
Telefon
bimbit milik Ahdia dicapainya. Berkerut dahi dengan apa yang
dilihatnya. Mulut yang tercengang ditekup tangannya. Kepala digeleng
berkali-kali. Dipandang Ahdia, Khaleed dan apa yang sedang dilihatnya
itu bergilir-gilir.
“Astarghfirullah.
Mana kamu dapat gambar ini semua?” Ditanya kepada Ahdia ingin
kepastian.
“Bila
Dia nak pergi rumah dia tinggal tu. Terserempak dia keluar dari
kereta. Berpelukkan lagi tu. Dia nak pergi sergah tapi Dia takut
nanti Ayal apa-apakan Dia. Itu sebab Dia pendekkan cuti Dia dekat
Paris nak tunjuk gambar ini dekat mama dan papa.” Jelas Ahdia
dengan muka simpatinya. Tetapi hakikatnya, hatinya sedang bersorak
riang melihat reaksi Khaleed dan Lutfiyah. Pasti Faryal akan kena
teruk dari sebelumnya. Padan muka!
Lutfiyah
menatap gambar itu lama. Gambar dimana Faryal sedang dipapah seorang
lelaki dari kereta ke dalam rumah. Telefon bimbit dicampaknya ke atas
sofa dan kaki pantas menuju ke arah tangga.
“Fiyah!
Awak nak pergi mana tu?” Suara Khaleed kedengaran dibelakangnya.
Pantas
kakinya menjinjit tangga menuju ke bilik tidur. “Saya nak pergi ke
sana.” Balas Lutfiyah keras.
“Sekarang?
Awak sudah gila ke apa? Bukan penerbangan awak minggu depan?” Suara
Khaleed mula meninggi bila melihat Lutfiyah mengeluarkan bagasi yang
selalu dibawanya setiap kali mahu ke luar negara.
Lutfiyah
mencapai telefon bimbit lantas dilekap ke telinganya. “Din dapatkan
saya penerbangan ke Paris hari ini. The
latest flight.”
Pakaian dalam almari dicapai dan dicampaknya ke dalam bagasi yang
terletak ditengah-tengah katil.
“Ayal
ada dengan kamu?”
“Okay.
Jangan beri dia kemana-mana. Beritahu saya bila kamu sudah sediakan
semuanya.” Talian dimatikan dan telefon bimbit dicampaknya atas
katil.
“Macam
mana awak nak tempah flight pada saat akhir macam ni?” Soal Khaleed
sambil memerhati setiap gerak-geri Lutfiyah dari satu sudut bilik ke
satu. Dia sudah bercekak pinggang di tengah-tengah bilik tidur
mereka.
Lutfiyah
menuju ke meja soleknya. “Saya sudah suruh Din uruskannya. Sekejap
lagi dia akan dapatkan penerbangaan yang terawal untuk saya.” Salah
satu laci meja soleknya dibuka. Dikeluarkan passport
dan beberapa keperluan peribadinya sebelum bergerak pantas menuju ke
katil.
“Itulah
awak. Dulu saya suruh bawa dia balik ke sini tapi awak tak mahu. Ada
pengasuh dekat sana pun tak guna. Tengok siapa yang tak boleh kawal?
Dia, yang berada depan mata kita atau anak awak yang berada di Paris
tu?”
Baju
yang berada dalam tangannya dicampak atas katil dengan kasar. Penat
dengan sindiran Khaleed terhadap Faryal. “Sudahlah abang! Kenapa
abang selalu nak perkecilkan Ayal? Fiyah yakin ini semua pasti salah
faham saja.” Direntap baju yang dicampaknya tadi dan dimasukkan
kembali ke dalam bagasi. Satu-persatu dimasukkannya. Sekali-sekala
melihat telefon bimbit menanti pesanan ringkas dari Geraldine yang
berada di Paris.
Khaleed
menarik kasar tangan Lutfiyah yang sibuk mengemas barangnya. Mata
mereka menikam satu sama lain. Digenggam erat tangan Lutfiyah. Rasa
tercabar bila Lutfiyah melawannya. “Awak nak katakan yang Dia
reka-reka ini semua? Apa lagi yang awak nak? Dulu kita sudah ada
gambar. Sekarang pun. Tambah lagi Dia nampak dengan mata dia sendiri.
Apa lagi yang awak nak?” Digoyang-goyang kasar tubuh Lutfiyah.
Cengkaman
Khaleed semakin perit tetapi ditahan Lutfiyah. Dengan kasar dia
merentap tangannya kasar dari cengakaman maut Khaleed itu. Dua-dua
dengan dada yang berombak menahan marah yang semakin membara.
“Saya
nak bertanya dengan dia secara empat mata apa yang telah berlaku.
Saya tahu anak saya. Dia tak akan sesekali melakukan perkara
sebegitu.” Dengan tegas Lutfiyah bersuara melindungi Faryal.
Seperti sebelumnya dia sentiasa berada dipihak Faryal kerana dia tahu
anaknya itu tak akan melakukan perkara itu. Terutama sekali pada saat
itu.
Khaleed
mendengus kasar.“Suka hati awaklah. Saya malas mahu bertengkar.
Buang masa saya halang awak. Keluar lagi bagus!” Pintu yang ditutup
kasar oleh Khaleed membuat Lutfiyah terkejut. Perlahan Lutfiyah
melurut tubuhnya diatas katil. Air mata mula mengalir. Sukar untuk
dia menerima ini semua. Sayang, maafkan mama. Maafkan mama sayang.
Telefon
bimbitnya berbunyi menanda pesanan ringkas baru diterimanya. Satu
tangan mencapai telefon bimbit sementara lagi satu mengesat air
matanya yang mengalir. Nafas dalam ditariknya.
Semua
sudah sedia seperti yang dirancangkan. You boleh bergerak lagi sejam
untuk ke apartment .- Alex.
Lutfiyah
memejam matanya. Masanya sudah tiba.
omg..ayal tabahkan hati! sodih kita yg membaca ni kak oi..hmm sape agaknye yg kejam nk fitnah ayal waktu first tu...same with the one yg dgr tu ke..btw good job kak^^
ReplyDeletesape yg nk fitnah ayal? Mesti org yg tak sukakn dia..Mai bagi hintlah...tapi bukan org yg dgr tu..hehe:B
Delete