Bab
56
Kelam-kabut
Lutfiyah melangkah ke perkarangan lobi syarikatnya. Sudah lambat
untuk temu janjinya diluar. Kalau tidak kerana masalah disalah satu
cawangan hotelnya pasti dia tidak akan terkocoh-kocoh sebegini.
Nasib
baik anak sulungnya, Shariq dan dua pasang kembar mahu bekerja
disyarikatnya selepas tamat belajar. Sekarang hanya tinggal Fadi yang
dari mula lagi tidak mahu bekerja disyarikatnya dan Faryal yang
katanya mahu menjadi seorang cef. Dia tidak menghalang apa saja
keputusan yang anak-anaknya mahu ambil. Kalau itu yang mereka mahu
dia akan turuti.
Rindunya
tiba-tiba kepada Fadi yang berada jauh di Germany. Faryal pula akan
berangkat ke Paris untuk menyambung pelajarannya. Cuma Ahdia saja
yang merisaukannya. Tidak ada apa-apa rancangan untuk mengikut jejak
yang lain. Khaleed pula asyik memanjakan Ahdia saja. Apa yang Ahdia
mahu pasti akan ditepati. Kalau tidak dapat dari Lutfiyah pasti akan
dapat dari Khaleed dan kerana Ahdia jugalah mereka suami isteri boleh
bertikam lidah.
Sejak
balik dari Paris bertemu dengan Issac, dia dan Alex banyak memikirkan
tentang langkah seterusnya. Apa harus dilakukan, pertolongan siapa
mereka perlukan dan banyak lagi. Kalau mereka ada buah fikiran mereka
akan beritahu Issac melalui emel atau kadang-kala melalui telefon.
Mereka harus rancang seperincinya mungkin supaya Khaleed tidak
mengesyaki apa-apa.
Termasuk
sekarang. Semakin hari semakin pudar rasa cinta dan kasih sayang
terhadap Khaleed. Mahu saja dia mengheret Khaleed ke pengadilan
tetapi dia tidak mahu melakukan sedemikian. Khaleed orang yang
berpengaruh. Dia boleh lakukan apa saja, termasuk menghabisinya
sekelip mata.
Semakin
dia menghampiri kereta, hairan dia melihat pembantu peribadinya yang
mengganti tempat Jia sedang tercegat disebelah kereta. Mata memandang
dengan tekun ke arah deretan kedai yang berdekatan sehingga tidak
sedar kehadiran Lutfiyah.
“Kenapa
dengan kamu ni Din? Macam nampak hantu saja.” Gurau Lutfiyah. Dua
pengawal peribadi yang mengiringinya dari tadi juga gelak melihat
muka berkerut Geraldine.
“Memang
ternampak hantu. Hantu Puan Fiyah.”
Lutfiyah
menggeleng kepala. Bahu anak muda itu dipukul lembut. Sudah dianggap
Geraldine seperti anaknya sendiri. “Merepeklah kamu ni Din.”
Ada-ada sajalah budak ni. Ada nampak hantu aku siang-siang hari macam
ni.
Melihat
majikannya tidak percaya dengan apa yang dicakapnya, lengan wanita
itu dipegangnya. Tubuh Lutfiyah menghampiri Geraldine. “Puan cuba
tengok perempuan pakai baju kurung putih yang dekat Ginger café tu.”
Bisik Geraldine. Tidak menunjuk dengan jari tetapi dengan bibirnya
yang dijuih.
Lutfiyah
mengerdipkan mata dan leher dipanjangkan mahu melihat apa yang
dikatakan Geraldine. “Yang mana?” Soalnya kurang pasti.
“Yang
pakai cermin mata hitam dan tudung putih tu. Sudah beberapa kali Din
nampak dia dekat situ. Masa kita nak pergi makan tengah hari dengan
Mr James kelmarin pun Din nampak dia dekat situ. Bila Din menghampiri
dia terus lari.” Penjelasan Geraldine berjaya membangkit rasa
curiga Lutfiyah, tetapi saja mahu menyedapkan hatinya dia berdalih.
“Kebetulan
kot. Dahlah, jom pergi dah lambat ni.” Ditarik Gerladine ke dalam
kereta. Satu pengawal peribadi yang setia bersamanya mengambil tempat
didepan sementara lagi satu menaiki kereta lagi satu dibelakang.
Sejak mendengar perbualan Khaleed mahu menghabisinya, dia telah
menaikkan pegawai keselamatnnya dan juga NekWan. Takut Khaleed akan
menyerang bila-bila masa saja.
Bila
kereta yang dipandu Pak Halim melintasi café Ginger, Lutfiyah
mengamati perempuan yang dikatakan Geraldine tadi. Membulat mata
Lutfiyah dengan apa yang dilihatnya tadi. Badan dipusing mahu melihat
ke belakang. Kelibat wanita itu sedang berdiri melihat ke arah
keretanya.
Tapi
apa yang membuat jantungnya henti berdegup adalah bila wanita itu
membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Oh tidak! Telefon bimbit
dikeluarkannya dan pantas menekan telefon bimbit Alex.
“I
found her. Or better still she found me. She’s here.”
Tutur Lutfiyah sebaik saja talian bersambung.
**
“Mungkin
ini boleh menolong dalam rancangan kematian aunty itu.”
Sekarang
dia faham apa yang dimaksudkan Issac. Dari gambar yang diberi Issac,
memang muka kakaknya seiras dengannya kecuali dia tidak mempunyai
tahi lalat disebelah kanan bibir seperti kakaknya itu. Aairah. Itulah
nama kembarnya.
“Kenapa
dia tak terus jumpa dengan you? Kenapa harus bersembunyi?” Suara
garau Alex menyapa telinganya. Kaki yang tadi menyilang diluruskan
kembali. Duduknya atas sofa dibetulkan. Dilirk Alex yang sedang
menghampirinya.
“Just
one thing you should know. She doesn’t want to be found. If I were
you, I’ll wait for her to make the first move.”
Dia
tidak pasti pada mulanya apa yang ingin disampaikan Issac pada
pertemuan mereka itu. Sebaik saja mendapat maklumat tentang
keberadaan Aairah dia ingin sekali berjumpa dengan kakak kandungnya
itu tetapi kata-kata Issac bahawa Aairah tidak mahu dijumpai
membatalkan hasratnya itu. Fikir punya fikir, dia faham apa yang
dimaksudkan Issac.
Aairah
sudah tahu tentang kewujudannya. Tetapi apa yang dilakukan Tok Wan
pada mereka sekeluarga mungkin sebab yang paling utuh mengapa Aairah
tidak datang mencarinya. Besar kemungkinan juga, Aairah fikir yang
dia tidak mengetahui langsung tentangnya. Maklumlah, Tok Wan pernah
memberi amaran supaya Lutfiyah tidak mengetahui bahawa dia mempunyai
seorang saudara kembar.
“Papa
I adalah punca masalahnya. Mungkin dia dendam terhadap apa yang
dilakuakn papa aku kepada keluarga mereka. Dari maklumat yang
dikumpulkan Issac, bapa angkatnya meninggal beberpa tahun yang lalu.
Jadi sekarang dia hanya sebatang kara.” Alex angkat kedua belah
keningnya dengan kesimpulan Lutfiyah.
“Dendam.
Jadi bagaimana sekarang? You mahu jumpa dengan dia?”
Cawan
berisi teh yang dihirup diletak atas ribanya. Mengalih pandangan
melihat Alex yang menantikan jawapannya. Kepala diangguk mengiakan
pertanyaan kawan baiknya itu. “Sudah masanya, dan dia juga boleh
menolong kita. Itupun kalau dia mahu.” Walaupun mereka tidak
mengenal satu sama lain, tetapi dia yakin kembarnya itu bisa
menolongnya. Dia tidak mahu memaksa.
Keluhan
dari Alex tidak diendahkan Lutfiyah. Dia tahu Alex tidak suka dengan
apa yang baru dikatakannya. Tapi kalau itu satu jalan yang diperlukan
dalam rancangan mereka, mengapa tidak? Air teh dihirupnya sekali
lagi.
“You
tak rasa terlalu cepat ke untuk beritahu dia tentang rancangan kita
ini. Maklumlah you belum kenal hati budi masing-masing. Tambah lagi
apa yang you katakan tadi. Kalau benar dia masih berdendam dengan apa
yang papa you buat padanya dulu. Macam mana? You bukan sahaja membawa
masalah tetapi you sendiri yang mencari masalah.”
“She’s
my twin sister. My flesh and blood and there’s only one way to find
out.”
Dengan degil Lutfiyah membalas.
Alex
merenung Lutfiyah yang sedang memeluk tubuh dengan senyuman nipis.
Dia tahu dia sudah kalah. Wanita didepannya itu sudah membuat
keputusan dan tidak akan berganjak sama sekali. Mata Alex yang
dijuling memlebarkan lagi senyuman Lutfiyah. Menang.
“So?
What do you want me to do?”
Soal Alex.
“Bawa
dia jumpa dengan I.”
**
Alex
mengamati wanita yang baru tiba di café Ginger seperti yang
dicakapkan Lutfiyah. Jam tangan dilirik. Tepat jam sepuluh wanita itu
tiba dan sekejap lagi kereta yang dipandu Pak Halim akan memasuki
lobi FS Companies. Bezanya hari ini, Lutfiyah tidak ada didalamnya.
Wanita
itu tidak memesan apa-apa bila seorang pelayan tiba ke mejanya. Alex
pura-pura membelek telefon bimbit bila pandangan wanita itu jatuh
padanya. Dari tempatnya dia melihat reaksi wanita itu bila kereta
Lutfiyah berhenti dilobi. Diperhati pula reaksi wanita itu yang tidak
lepas dari memandang ke arah kereta itu. Suratkhabar yang dibawa
bersama dibuka cuba bersembunyi dari penglihatan Geraldine yang baru
membolos diri dari kereta.
Alex
bangkit dari duduknya, mengambil peluang mendekati wanita itu bila
dia sedang khusyuk memerhatikan kereta Lutfiyah.
“Puan
Aairah.”
Pantas
Aairah menoleh ke belakang. Kepala diangkat dan dengan mata yang
membulat dan bibir yang terlopong dia memandang Alex tidak berkelip.
Baru saja dia mahu bangkit untuk membolos diri, seorang lelaki
berbadan besar muncul dibelakangnya. Kerana takut dia terpaksa duduk
kembali. Genggaman dikepala kerusi yang didudukinya semakin erat.
“Puan
jangan takut. Kami tak akan lakukan apa-apa kepada Puan. Cuma ini
arahan dari Puan Lutfiyah, dia mahu berjumpa dengan Puan.” Jelas
Alex bila melihat Aairah seakan dalam ketakutan.
Tersentak
Aairah bila Alex mengata bahawa Lutfiyah, kembar yang dicari-carinya
selama ini mahu berjumpa dengannya. Selama ini dia hanya melihat
Lutfiyah dari jauh dan dia hanya tahu tentang Lutfiyah beberapa tahun
yang lalu. Tidak mungkin Lutfiyah tahu tentangnya.
“Jum…Jumpa
saya?” Soal Aairah seakan tidak percaya.
Alex
angguk dengan bibir yang menguntum senyuman mahu meredakan ketakutan
dan kebingungan yang sedang melanda Aairah saat itu. “Iya. Dia
sedang menunggu Puan dirumahnya. Kalau Puan tak keberatan, mari ikut
saya ke tempat dia sedang menanti kehadiran Puan.”
Bila
melihat Aairah tidak berganjak dan memandangnya dengan sepasang mata
yang galak seperti Lutfiyah, tangannya menyeluk kocek seluarnya.
Dompet dikeluarkan dan mengeluarkan sekeping kad nama. Aairah
memerhati setiap gerak-geri lelaki didepannya itu, masih sangsi. Kad
nama yang sudah berada didepannya dipandang bersilir ganti dengan
muka lelaki itu.
Alex
mengangguk kepalanya memberi galakan kepada Aairah untuk mengambil
kad namanya itu. Teragak-agak kad nama itu dicapai Aairah lantas
dibacanya.
Alex
Seem. Seem and Associates.
“Saya
peguam Puan Lutfiyah. Saya tak akan apa-apakan Puan. Saya hanya
mengikut arahan dari Puan Lutfiyah. Mari Puan ikut saya.” Alex
mengarak Aairah ke kereta Lutfiyah yang dipandu Pak Halim tadi.
Geraldine
pula sedang menanti disebelah kereta. Sebaik saja melihat kelibat
Aairah dan Alex, pintu kereta dibukanya dengan senyuman manis
dibibir. Tidak mahu menakutkan wanita itu. “Saya Geraldine,
pembantu peribadi Puan Lutfiyah.” Geraldine mengenalkan dirinya
sendiri. Tangan mereka berjabat seketika.
“Silakan
Puan Aairah.” Dalam kereta ditunjuknya. Aairah angguk dan membolos
dirinya ke dalam diikuti oleh Geraldine. Sementara Alex pula didepan.
Perjalanan
ke pangsapuri yang dibawa mereka mengambil lebih kurang lima belas
minit. Sepanjang perjalanan, fikirannya memikirkan pelabagai situasi
yang akan ditimpanya nanti. Apakah reaksi Lutfiyah nanti? Adakah
Ltufiyah akan menerimanya walaupun mereka dibesarkan dengan dua dunia
yang berbeza? Bila ditanya kepada pembantu peribadi Lutfiyah
bagaimana dia tahu tentangnya, Geraldine hanya senyum memberitahu
bahawa dia yang terserempak dengannya tempoh hari dan semasa kereta
yang Lutfiyah naiki melewati café Ginger, Lutfiyah telah melihatnya
dengan mata kepalanya sendiri.
Kakinya
berhenti bila mereka tiba disebuah pintu dihujung koridor sebuah
bangunan. Hatinya berdebar begitu kencang dan jari-jemarinya bermain
dengan satu sama lain gelisah.
“Silakan.”
Ucap Alex bila pintu itu dibuka luas.
Dengan
Bismillah, kasut dibuka dan dengan langkah kanan dia menjejak kaki ke
dalam pangsapuri yang sungguh mewah itu. Tercengang dia melihat
hiasan dari setiap sudut pangsapuri itu. Lampu chandelier
tergantung tinggi ditengah-tengah ruang tamu dan pasu kristal yang
berkilauan mengena cahaya menarik perhatiannya. Punggung dilabuh atas
sofa yang sungguh empuk bila disilakan oleh Geraldine.
“Puan
tunggu sebentar. Saya mahu panggil Puan Lutfiyah.” Dia angguk laju
sambil mata melilau sekeliling ruang itu. Tangan mengusap permukaan
sofa yang didudukinya. Pasti mahal. Gubahan bunga hidup yang terletak
ditengah meja kopi membuatnya tersenyum. Suka dia setiap kali melihat
bunga.
“Aairah.”
Henti
terus perlakuannya tadi bila mendengar namanya disebut. Kepala
dipusing ke belakang. Terlopong mulut dan membulat mata melihat
‘dirinya’ sedang berdiri didepannya. Bezanya, ‘dirinya’ itu
ayu bertudung. Sedikti tinggi darinya dan sedikit berisi. Apa yang
paling membedakan mereka bukan saja dari segi pakaian tetapi tahi
lalat yang tidak ada disebelah kanan bibir kelibat itu.
Perlahan
tubuh diangkat dari sofa. Mata tidak lepas dari wanita didepannya
kini. Matanya mula kabur kerana air mata yang mula mengumpul.
“Lutfiyah.” Nama yang baru didengarinya dua tahun lepas melepasi
bibirnya. Hatinya menjadi sebak mengingati cerita perpisahan mereka
selama ini.
Belum
sempat dia memulakan langkah, dalam sekelip mata dia sudah berada
dalam dakapan erat Lutfiyah. Tersentak seketika dia dengan aksi
spontan kembarnya itu. Dia dapat mendengar esakan dari wanita itu
ditelinganya. Perlahan tangannya juga naik membalas pelukan pertama
mereka itu. Air matanya mengalir membasahi pipi seperti yang
dilakukan Lutfiyah terlebih dahulu.
“Tak
sangka Fiyah dapat jumpa dengan kakak. Allah makbulkan doa Fiyah
untuk jumpa dengan kakak sebelum apa-apa jadi kepada Fiyah.
Alhamdulillah.” Ucap Lutfiyah bila menjarakkan tubuh mereka. Tak
sangka kesabarannya akhirnya membuahkan hasil. Mereka senyum sesama
sendiri sebelum Lutfiyah menarik tubuh mereka labuh atas sofa yang
didudukinya tadi.
Tangannya masih tidak lepas dari genggaman hangat kembarnya itu.
“Kenapa kak Irah tak datang jumpa Fiyah? Bertahun Fiyah cari akak.
Sukar sekali untuk jejak kakak sekeluarga. Nasib baik ada kawan yang
dapat kesan kak Irah.” Tutur Lutfiyah sambil mengesat pipinya yang
basah.
Aairah
turut melakukan perkara yang sama. Dia tidak tahu mahu katakan apa.
Mulutnya bagaikan terkunci. Ganjil sungguh mendengar seseorang yang
seiras dengannya memanggil dia kakak. Dari kecil dia selalu
berangan-angan bagaimana rasanya kalau dia mempunyai seorang adik
perempuan. Sekarang dia dapat merealisasikan angan-angan mat jeninnya
itu.
“Maafkan
kak Irah. Cuma, kak Irah takut Fiyah tak mahu mengaku kewujudan akak.
Maklumlah kita dari dua dunia yang berbeza. Tambah lagi papa kamu…”
Kepala ditunduk sedar dengan dirinya yang tidak setaraf dengan
Lutfiyah.
Keluhan
melepasi bibir Lutfiyah kurang senang dengan apa yang baru didengari.
Belakang tangan Aairah yang berada dalam genggamannya ditepuk lembut.
Dia faham apa yang dirasakan Aairah. Dia juga takut kembarnya itu
tidak dapat menerima kehadirannya yang penuh dengan cacat dan celah.
Walaupun mereka dibesarkan dengan dua kehidupan yang berbeza, pada
dia mereka tetap sama. Darah yang mengalir dalam tubuh mereka dan
raut muka mereka yang seiras itu tidak boleh menafikan pertalian
antara mereka.
Direnung
Aairah yang sedang menunduk kepala. Ditarik lembut kepala kembarnya
itu. Matanya menikam mata yang bergenang dengan air mutiara. Senyuman
manis terukir dan air yang menodai pipi mulus Aairah disekanya.
“Darah yang mengalir tetap sama. Tiada perbezaan. Wang ringgit dan
kududukan tak akan bawa kita ke mana. Kak Irah satu-satunya kakak
kandung Fiyah. Walaupun Fiyah tak ingat pertemuan pertama kita di air
terjun, orang bodoh saja yang menafi persamaan yang kita ada.”
Terharu sungguh Aairah mendengar kata-kata tadi.
Andaiannya
terpesong sama sekali. Selalu dia fikir orang yang kaya-raya sentiasa
tidak mengendahkan mereka yang tidak setaraf.
Dia
teringat pertemuan antara papanya Lutfiyah dan ayahnya semasa dia
kecil. Dia sendiri mencuri-curi dengar perbualan mereka, itupun
secara tidak sengaja. Masa itu dia baru saja pulang dari sekolah.
Bila melihat kereta mahal terparkir didepan rumahnya, dia
tertanya-tanya, siapa pemiliknya dan apa tujuan mereka datang ke
mari. Disitulah dia dapat tahu tentang Lutfiyah. Kembarnya.
Mereka
merenung satu sama lain sepuas-puasnya. Tidak sangka mereka akan
berjumpa akhirnya. Takdir memisahkan mereka dan takdir jugalah yang
menemukan mereka kembali.
Bila
mengingati permintaan akhir Tok Wan, Lutfiyah menarik nafas yang
dalam. Sukar untuk dia mengatakannya kerana papanya adalah sebab
permisahan mereka. “Sebelum itu, Fiyah nak minta maaf dekat kak
Irah sekeluarga atas apa arwah papa telah lakukan dulu. Fiyah dan
mama benar-benar tak tahu tentang ini semua. Sehinggalah arwah papa
meninggal. Itupun setahun selepas dia pergi baru Fiyah menerima surat
darinya mengatakan tentang kewujudan kak Irah. Puas Fiyah cari kak
Irah sekeluarga tapi sukar sungguh mahu ditemui.” Dengan hati yang
tulus dia menyampaikan hasrat terakhir Tok Wan.
Mereka
diam seketika. Aairah mengetap bibir tidak mahu memikir apa yang
berlaku kepada keluarganya kerana ugutan lelaki itu. Sukar untuk dia
memaafkan tetapi kerana itu masa lalu yang dia ingin melupakan, dia
akur. Kemaafan harus diberi walauapapun yang terjadi.
“Setelah
kebakaran itu, akak tak pernah menyebut nama Fiyah depan arwah ayah.
Tapi itu tidak bermakna akak melupakannya begitu saja. Dulu akak
berdendam terhadap apa yang dilakukan arwah papa kamu. Dia mengambil
satu-satunya mama yang akak ada. Tetapi sebelum arwah ayah menghembus
nafas terakhir, dia menyebut nama Fiyah. Dia menyuruh akak mencari
Fiyah, dan dia juga mengatakan bahawa dia sudah memaafkan ke semua
kesalahan arwah papa kamu terhadap kami sekeluarga. Akak kenal benar
dengan arwah ayah. Dia tak pernah berdendam dengan sesiapa yang
berlaku jahat padanya. Jadi, Fiyah jangan risau, sepertimana arwah
ayah sudah maafkan arwah papa Fiyah, begitu juga kak Irah. Kita
mulakan buku baru.” Jelas Aairah panjang lebar.
Lutfiyah
mengukir senyuman. Terharu dengan kata-kata Aairah itu. Kalau dia
berada ditempat Aairah, dia tidak akan sama sekali dapat memaafkan
apa yang dilakukan Tok Wan kepada mereka. Menghancurkan sebuah
keluarga dan mengambil sebuah nyawa yang tidak bersalah memang tidak
dapat dimaafkan langsung. Mendengar bahawa Aairah dan ayahnya telah
maafkan Tok Wan, dia rasa bersyukur. Semoga roh papanya tenteram
disana.
“Pertama
kali Kak Irah nampak Fiyah di bangunan syarikat Fiyah. Sudah hampir
tiga bulan kak Irah intip Fiyah dari jauh. Mesti Fiyah ingat kak Irah
ni pengecut sebab tak berdepan terus dengan Fiyah. Cuma, kak Irah
takut reaksi Fiyah bila berjumpa dengan akak. Banyak persoalan yang
bermundar-mandir dikepala otak akak. Kepada akak, tengok Fiyah dari
jauh sudah mencukupi. Melihat kebahagiaan Fiyah sekeluarga membuat
akak bahagia juga.”
Tangan
Lutfiyah digenggam erat dengan dua belah tangannya. Senyuman yang
ikhlas dari hati ditayang kepada kembarnya itu. Raut wajah Lutfiyah
sedikit sayu mendengar cerita itu dari Aairah. Hatinya mengalir
airmata setiap kali semua mengatakan betapa bahagia dan sempurna
keluarganya itu. Dia tak mampu berkata hanya senyum sebagai jawapan.
Seperti sekarang.
“Akak.
Tak semua yang kak Irah lihat dengan mata kasar seperti apa yang
disangkakan. Kebahagiaan yang Fiyah kecapi kalau dilihat dengan mata
hati baru kak Irah dapat lihat kehidupan yang penuh onak dan duri.
Dari zahirnya dilihat sebegitu sempurna tetapi dari segi batin, hanya
Tuhan saja yang tahu betapa sukar sekali hidup Fiyah ini.”
Berkerut
dahi Aairah mendengar apa yang baru diucap Lutfiyah.“Apa yang Fiyah
maksudkan?”
Lutfiyah
geleng kepalanya. Sekarang bukan masanya untuk bercerita tentang
masalahnya. “Lain kali Fiyah ceritakan. Sekarang Fiyah nak tahu
semua tentang kembar Fiyah.” Senyuman ditayang dan ketawa kecil
melepasi bibir. Pipi yang basah dikesat. Wajah yang sayu kembali
ceria.
**
“Hi,
Eva’s my name and I’m your housemate.”
“Faryal.
This
is my mum and brother.”
“Jom
I tunjuk bilik you.” Eva mahu membantu mengangkat salah satu bagasi
yang dibawa Faryal tetapi dicegah Fadi. Lutfiyah dan Faryal mengikut
langkah Eva ke tingkat atas. Dalam perjalanan, sibuk Eva bercerita
mengenai dirinya sendiri, sekali-sekala bertanya juga tentang Faryal.
Sebaik
tiba ditingkat atas, Eva menunjuk ke biliknya disebelah kiri tangga.
“Hujung sana tu bilik I. Bilik tengah ni bilik tetamu. Kalau aunty
nak
tinggal dekat sini boleh. Strictly
ladies only. Bro sorry
kena tendang luar.” Mereka ketawa dengan gurauan Eva.
“Ini
bilik you. As
promised you have your own bathroom.
I tak sempat cat bilik ni. Jadi you buat apa sajalah yang you suka
dengan bilik ni supaya you selesa. Kalau nak suruh I cat. Boleh tu
bolehlah, tapi kena bilang in advance.”
Tersengih-sengih Eva dengan kata-katanya sendiri.
Fadi
meletak bagasi Faryal disebelah pintu. Lutfiyah melihat keseluruhan
bilik itu sementara Faryal melihat bilik air peribadinya sendiri.
Selama tiga tahun dia akan berada disini. Nasib baik rumah sewa Eva
ini tidak jauh dari sekolahnya.
“Okay
I leave you all alone.
Kalau nak apa-apa , I ada dekat bawa. Have
fun.”
Tutur Eva dengan riang sebelum meninggalkan bilik itu. Sebaik saja
kelibat Eva tidak kelihatan, Fadi menghenyak tubuhnya atas katil
empuk dihujung bilik itu. Sedapnya! Mata dipejam. Badannya yang penat
itu seperti berada diawangan sebaik saja belakangnya mencium katil
itu.
Pap!
“Argh!
Sakitlah Ayal.” Mata yang tadi terpejam kini terbuka luas. Perutnya
yang dipukul Faryal diusapnya. Dipandang Faryal yang bercekak
pinggang didepannya sementara Lutfiyah pula geleng kepalanya melihat
dua beradik itu.
“Ayal
belum buat official
landing.
Abang dah potong jalan dulu.” Rungut Faryal dengan muka monyoknya.
Tidak puas hati. Nampaknya dia bukan orang pertama yang berbaring
atas katilnya itu tetapi pak engineer
itu
yang melakukannya terlebih dahulu.
Melihat
riak wajah Faryal yang cemerut macam buah limau belakang rumah,
tangannya yang tadi mengusap perut kini disilang ke belakang,
menindih kepalanya. Dengan senyuman nakal dibibir dia memejam mata
kembali saja ingin menguji Faryal.
“I
was testing the bed for you.
Mana tahu nanti bila Ayal baring terus macam video
dekat youtube
tu. Baru nak landing terus tembus masuk air. Tak ke haru namanya.”
Mata
yang dipejam dikerdip sedikit melihat Faryal yang semakin berasap
telinganya. “You
little princess should be thankful.”
Suka dia dapat mengusik adik perempuannya itu. Tak tahu bila lagi
dia dapat berbuat sedemikian. Maklumlah, Faryal akan berada di Paris
sementara dia akan berada di Germanya dan Lutfiyah semua akan berada
di Naraya. Dia pasti akan rindu sakan dengan adiknya yang satu itu.
“Mama!
Tengok abang ni.” Adu Faryal kepada Lutfiyah pula bila Fadi masih
tidak mahu berganjak.
Lutfiyah
menghampiri dua anaknya itu. Dipaut bahu Faryal. “Abang Adi saja tu
mahu usik Ayal. Nanti tak ada peluang nak usik Ayal lagi. Ayal dekat
sini sementara kita semua dekat Naraya. Abang Adi pula dekat
Germany.”
Faryal
menjeling Fadi yang sengih mengejek kepadanya. Sukalah tu mama dekat
pihak dia. Benci! Semakin menjuih bibirnya. Walaupun kata-kata
Lutfiyah ada juga benarnya, bibir Faryal semakin memuncung ke depan
belum selesai rajuknya.
Garisan
yang lebar hingga ke telinga terukir dibibir melihat telatah anak
bongsunya itu. Manja dengan dia dan abang-abangnya kecuali dengan
Khaleed. Bagaimana Faryal mahu bermanja dengan lelaki yang bernama
papa kalau setiap kali mahu berdekat, dingaum macam singa kelaparan.
Kasihan dia melihat satu-satu anak perempuannya itu sentiasa bersikap
berjaga-jaga acap kali berada disatu ruang bersama Khaleed.
“Dah
jangan nak monyok-monyok lagi, dah tak lawa dah anak mama ni. Mama
tolong kemas barang Ayal. Lepas tu tengok apa yang tak ada nanti kita
pergi beli.” Ditepuk bahu Faryal supaya mengikut arahannya.
“Ow!
Mama tengok Ayal.” Adu Fadi bila pahanya ditepuk kuat adiknya itu.
Terduduk Fadi dibuatnya sambil mengusap riba yang mula rasa perit.
Pandangan menerkam Faryal yang sedang menjelir lidah kepadanya.
“Padan
muka.” Belum sempat Fadi mahu membalas, Faryal sudah kekek
bersembunyi dibelakang Lutfiyah. Mengguna tubuh Lutfiyah sebagai
penghadang dari tangan abangnya yang galak ingin menariknya.
Lutfiyah
yang berada ditengah-tengah mereka tidak dapat menyembunyi
senyumannya. “Dah-dah. Kamu berdua kalau tak bergurau memang tak
sah. Nasib baik Zan dan Wid tak ada. Boleh tonggang terbalik bilik ni
nanti.” Memang betul apa yang dikatakan Lutfiyah. Kalau
anak-anaknya semua bergurau serentak termasuk Widayah sekali, memang
kecoh satu rumah dibuatnya.
**
“Hari
ini mama ada temujanji dengan klien. Jadi kamu pergi ambil Ayal dekat
rumah Eva.” Arah Lutfiyah sebaik saja menjejak kakinya dilobi hotel
dimana Fadi sedang menanti.
“Dekat
Paris pun mama ada klien?” Pertanyaan Fadi disambut anggukan
Lutfiyah. Dipandang mamanya yang sedang mencari sesuatu di dalam beg
tangannya lantas mengeluarkan dompet. Dihulur kad kreditnya kepada
Fadi.
“A
potential client.
Adi pergi jalan-jalan ke apa dengan Ayal. Beli sikit buah tangan
untuk semua dekat Naraya sementara kamu berdua berpusing-pusing tu.
Ajak Eva sekali. Nanti mama telefon bila mama dah habis.” Fadi
angguk kecil mengiakan arahan Lutfiyah.
Kad
kredit disimpan dalam dompetnya malas mahu bertanya tentang klien
mamanya itu. Kalau masih dalam peringkat mahu menjadi klien lebih
baik dia tak banyak soal, lambat laun Lutfiyah pasti akan
beritahunya, walaupun dia sudah siang-siang menyatakan bahawa dia
tidak mahu bekerja di FS Companies. Cermin mata hitam dikenakan
lantas menyalami Lutfiyah sebelum meninggalkan lobi menuju ke kereta
yang sedang menanti.
Sebaik
saja kereta yang dinaiki Fadi tidak kelihatan, Lutfiyah mengeluarkan
telefon bimbit dan melekapnya ditelinga. “Hello
Alex,
Semua ada? Okay
bagus.
I’m on the way there.”
Talian dimatikan dan kaki memasuki lif yang terbuka luas.
Pengawalnya
menapak ke luar terlebih dahulu bila lif tiba ditingkat enam.
Geraldine sudah menanti di depan lif. Pembantu peribadinya itu
membawa Lutfiyah ke bilik suite
dimana Alex sedang menanti. Pintu berukiran kayu dibuka Geraldine.
Lutfiyah menapak ke dalam. Lima pasang mata jatuh kepadanya. Suite
yang berkonsep moden dengan dinding kaca yang menerangi ruang itu
dengan cahaya matahari.
“Fiyah,
ini anak bongsu saya Aviya. Dia akan menjadi pembantu peribadi Faryal
seperti yang kita bincangkan.” Pablo mengenalkan anak muda
disebelahnya. Lutfiyah berjabat tangan sebelum menyilakan semua
mengambil tempat masing-masing.
“Betulkah
aunty
Irah mahu serta dalam rancangan ini? Afterall
both of you just met.
Bukankah terlalu awal untuk mengorbankan nyawa untuk orang yang baru
kita kenal walaupun dia adik sendiri.” Issac bersuara.
“Itu
juga pertanyaan Fiyah kepada aunty.
Memang semua akan kata yang aunty
membuat
keputusan yang terburu-buru tetapi kepada aunty,
ini semua untuk satu-satunya darah daging aunty.
Tak kira kita baru kenal atau sudah lama. Pertalian darah yang
mengalir tidak akan dapat diputuskan. Lagipun dari cerita Fiyah
tentang apa yang berlaku, lelaki itu harus diberi pelajaran dan
hukuman yang setimpal. Kalau aunty
terpaksa mengorbankan nyawa, aunty
sanggup.” Dengan hati yang berkobar-kobar Aairah menerangkan apa
yang tersirat dalam hati.
Pertama
kali Lutfiyah bercerita tentang keluarganya semua cukup sempurna
sekali. Keluarga angkat yang penyayang. Seorang suami yang dicintai.
Dikurniakan anak-anak yang ramai dan juga kerjaya yang sungguh
membanggakan. Kehidupan Lutfiyah seperti yang diidamkan Aairah sejak
kecil lagi. Tetapi bila Lutfiyah bercerita mengenai hubungan Khaleed
dan Kat. Tentang kemalangan yang meninmpa Kat. Bayi yang masih hidup.
Eddy yang muncul dan pergi dan Khaleed yang ingin membolot kesemua
harta milik Lutfiyah sekeluarga benar-benar membuat dia marah. Tidak
sangka ada orang seperti itu didunia ini. Sungguh kejam dan tidak
berhati perut langsung.
Setelah
Lutfiyah selesai bercerita terus Aairah membuat keputusan untuk turut
serta dalam rancangan gila Lutfiyah itu. Adiknya itu tergamam tak
sangka begitu pantas Aairah membuat keputusan. Mereka juga membuat
keputusan bukan masanya untuk Aairah mengenalkan dirinya kepada
keluarga Lutfiyah. Kalau mahu rancangan itu berjaya mereka harus
menyimpan rahsia ini sehingga ia selesai.
“Baiklah
kalau itu keputusan aunty
saya tak boleh kata apa-apa melainkan, Welcome
to the club.”
Dengan senyuman herot Issac bersuara. Lutfiyah gelak kecil semakin
lali dengan sikap bersahaja anak muda itu.
“Khaleed
ada mengupah seorang pengintip mengekori setiap pergerakkan Fiyah,
termasuklah setiap aktiviti yang dilakukannya disini.” Alex maklum
kepada semua. Pablo sedikit kaget dengan berita itu.
Hampir
dua minggu lepas, para pengawalnya memberitahu bahawa ada seseorang
sedang mengikuti setiap langkah mereka. Syafiq pula memberitahunya
bahawa Khaleed telah mengupah seorang pengintip untuk mengekori
setiap langkah Lufiyah.
“That
is not good.”
Pablo bersuara dengan muka yang tidak berpuas hati.
Melihat
reaksi Pablo, tercetus tawa Issac membuat semua menoleh menghadapnya.
Gelengan kepala serta bibir yang masih melepaskan gelak sakan itu
membuat semua tertanya apa yang sungguh melucukan pada anak muda itu.
“Dear
Father, aunty
Fiyah bukan bodoh. Kalau pengintip itu sedang melaporkan pertemuan
kita, aunty
pasti tak akan bertemu kita disini. I
reckon she’s taken care of that spy.”
Dengan penuh yakin Issac membuat andaian. Matanya berlaga dengan
Lutfiyah yang tersenyum nipis.
“Saya
sudah membayarnya tiga kali ganda dari apa yang Khaleed tawar
kepadanya. Let’s
just say he can’t resist.”
Senyuman nipis semakin lebar. Dilirik Pablo yang mengeluh lega lantas
menghenyak tubuhnya kembali dibelakang sofa.
Pablo
menggoyang-goyang jari telunjuknya kepada Aairah. “Seperti Issac,
otak kamu berbahaya juga. Jadi bagaimana rancangan ‘kematian’
kamu itu? Kita akan guna Aairah untuk sesuatu bukan?” Dipandang
sekilas Aairah disebelah Lutfiyah.
Pertama
kali menjejakkan kaki dalam bilik suite
itu dia sangka Lutfiyah sedang berdiri dihadapannnya. Tetapi dia
hairan mengapa Lutfiyah tidak mengenakan tudung seperti selalu. Bila
Alex mengenalkan Aairah kepada mereka baru dia faham. Muka memang
seiras tetapi cara pemakaian lain. Sedang menanti Lutfiyah, dia
mengamati wanita itu. Sukar sekali mahu lihat perbezaan mereka.
Benar-benar iras. Sehinggalah Issac memberitahu bahawa Aairah
mempunyai tahi lalat disebelah bawah kanan bibirnya dan Lutfiyah
sedikit tinggi dari Aairah. Baru dia dapat melihat perbezaannnya.
“Tukar
identiti. Dia akan menjadi saya dan saya akan menjadi dia. Sebaik
saja Faryal selesai dengan peperiksaan tahun akhirnya saya akan
bertolak ke sana.” Umum Lutfiyah.
“Seriously?”
Soal Issac tidak percaya.
Lutfiyah
angguk. “That’s
the best.”
Mungkin terlalu mendadak dan tidak berhati perut tetapi padanya
itulah masa yang paling sesuai. Hari bila tamatnya peperiksaan anak
bongsunya itulah masa yang terbaik. Dia tidak perlu fikirkan keadaan
anaknya itu bila anaknya itu kembali semula ke tanah air. Sebab semua
sudah dirancang dan disediakan olehnya.
“Saya
akan ke apartment
saya dengan memandu kereta saya sendiri. Aairah akan menunggu disana
dan kita akan bertukar tempat. Aairah akan menaiki kereta yang saya
pandu untuk ke lapangan terbang dan setengah jam selepas itu saya
akan bergerak ke tempat yang selamat. Aairah akan menimpa kemalangan
dan kereta akan meletup. Saya sudah dapat orang yang akan menolong
kita dalam hal itu. Lepas itu dia akan bergerak ke tempat yang lebih
selamat.” Semua yang hadir mendengar dengan tekun apa yang sedang
dikatakan Lutfiyah.
“Polis,
anggota keselamatan semua adalah orang kita. Saya sudah uruskan
kesemuanya. Apa yang tinggal di dalam kereta itu hanya rangka saya.
Ujian forensik semua akan dilakukan mengikut prosedur biasa.”
Dengan
pertolongan Alex, mereka dapat bekerjasama dengan beberapa orang yang
penting dan mahir dalam setiap bidang yang diperlukan mereka. Dari
bekas polis, pegawai keselamatan, doktor semuanya sudah dirancang
mereka dengan teliti.
“After
all that fiasco,
wasiat lama akan dibaca sebulan selepas kematian saya. Wasiat baru
pula akan dibaca empat bulan selepas pemergian saya. Keluarga saya
tak ada tahu menahu tentang kewujudan Alex. Mereka hanya tahu
mengenai peguam keluarga saya sahaja. Peguam yang bekerja untuk
Khaleed. ” Seorang pembelot.
“Jadi
ia sesuatu yang mereka tak akan jangka sama sekali?” Lutfiyah
angguk bila Pablo bersuara.
“Interesting.”
Tangan Pablo naik memeluk tubuh. Semakin tertarik dengan apa yang
sedang dirancangkan.
Lutfiyah
memandang anak muda disebelah Pablo. Alex menyambung menjelaskan
rancangan mereka. “Aviya akan memantau semua yang berada di rumah
mama saya sebagai pembantu peribadi Faryal. Kerja kamu senang sekali,
menemukan Faryal dengan Issac, dan pada masa yang sama kamu harus
memaklumkan apa-apa yang ganjil dirumah mama saya. Agak sukar sebab
kamu tak akan duduk satu bumbung dengannya, jadi kamu harus membuat
Faryal mempercayai kamu.” Aviya angguk akur faham dengan apa yang
harus dilakukaknnya. Risau juga dia kalau rancangan mereka dapat
dihidu Nek Wan.
Melihat
Aviya menggigit bibir, Lutfiyah mencantas. “Jangan risau, anak saya
senang mahu diajak kawan. Kamu tak payah banyak bercakap sebab anak
perempuan saya hobi dia ialah bercakap. That
will not be a problem for you.
Tapi saya harus bawa kamu ke sana supaya kamu boleh sesuaikan diri
dirumah mama saya dan paling penting sekali dengan mama saya. Mungkin
beberapa bulan sebelum ini semua bermula kamu boleh datang ke Naraya.
Is
that okay with you Pablo?”
Dipandang Pablo dengan kening yang diangkat meminta jawapan.
Anggukan
dari Pablo membuat mereka semua senyum lega.“Asalkan, tak ada
apa-apa berlaku kepadanya saya izinkan. Afterall,
Issac is going to be there.”
“Okay
that’s settled for now.
Apa yang saya risaukan adalah bagaimana kita mahu perangkap Khaleed.”
Aairah menyuarakan apa yang bermain difikirannya.
“Faryal
dan Ahdia.” Nama itu melepasi bibir Issac.
Semua
berpusing menghadap anak muda itu yang berdiam diri dari tadi.
“Faryal
dan Ahdia?” Aairah bersuara tidak faham.
Issac
angguk. Badannya yang tadi enak bersandar dibelakang sofa diengsot ke
hujung sofa. Lengan diletak atas riba sementara jari-jemarinya
bertaut kemas.
“They
are the key to all this.
Bayangkan. Kita sudah sedia maklum bahawa Ahdia dan Faryal tidak
sehaluan. So we use that to our advantage. Kita buat Ahdia jatuh
dalam perangkap kita.”
“Macam
mana?” Aairah bertanya.
“That
is where Faryal comes in. What is best then Ahdia reporting to
Khaleed what bad things Faryal is doing in Paris.”
“Aunty
tak faham.”
Issac
mengalih pandangan pada Lutfiyah. “Kita buat macam mana aunty Fiyah
dan Danial diperangkap. Tapi bezanya, Ahdia yang menangkap gambar
itu, sebab dia dihantar bercuti oleh aunty Fiyah ke Paris.
I can guarantee you, Ahdia will be all please to send this news to
Khaleed.
Kejatuhan Faryal adalah apa yang diinginkan Ahdia. Aunty nampak
gambar itu dan membuat keputusan untuk ke Paris secara mendadak.
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, that is where kereta yang
dipandu aunty Irah menimpa kemalangan.” Jelas Issac.
“Maksud
kamu fitnah Ayal?”
Anggukan
anak muda itu membuat Lutfiyah tidak senang duduk. Membuat sebegitu
kepada Faryal akan menambah kebencian Khaleed terhadap Faryal. Bukan
saja itu, anak-anak yang lain pasti akan menyalahkan Faryal atas
‘kematiannya’ dan anak perempuannya itu pasti akan rasa sedih
atas semua ini.
“Melainkan
aunty
ada jalan lain. Ofcourse
we still have about three years before executing this plan.”
Ucap Issac bila melihat riak muka Lutfiyah yang sedang berbelah bagi
dengan buah fikirannya itu.
**
“Okay
aunty,
saya bergerak dulu. Let’s
hope this works out.
Kalau ada apa-apa perkembangan baru dengan rancangan ini, jangan lupa
beritahu saya. I
will do the same.”
“Issac.”
Lelaki itu memusing bila namanya dipanggil.
“Terima
kasih.” Issac senyum lebar. Melihat Lutfiyah mengingatkannya kepada
Kat. Walaupun dia masih kecil bila Kat meninggalkannya, dari cerita
Nila dia dapat merasakan bahawa mamanya amat menyayanginya hanya
tidak ada peluang untuk dia merasakannya.
“No
hal aunty.
Kita mahukan perkara yang sama. Keadilan demi masa depan orang yang
tersayang. Jadi tak perlu aunty
ucapkan terima kasih. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Ucap Lutfiyah melihat kelibat Issac semakin menjauhinya. Tanpa dia
sedari sepasang mata sedang memerhati dan sepasang telinga telah
mendengar perbualan mereka.
haa suspennya, nk lg huhuhu x sabar nk tahu sapa yg mendengar tu
ReplyDeletehmm...fadi ke yg dgr..or faryal..tapi hrp-hrp bukan org jht!.. mama ayal hidup lagi lh kn..dh teka sbb ada org masuk bilik ayal pastu bahasakan diri mama..tapi kesian ayal kena fitnah...btw can't wait for more entries!! good job kak^^
ReplyDeleteFadi? Faryal? Atau orang lain? Hmmm...; B
Deletemaybe fadi sbb lepas dia balik dari germany terus dia berubah jd pendiam kan hihihi
ReplyDeleteHmm...mungkin; B
Delete