Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 12 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 75

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 75

Kedengaran suara tangisan yang amat dikenali menyapa telinga. Mata yang dipejam rapat dibuka perlahan. Mata dikerdip kerana cahaya lampu yang menyilau. Denyutan kepala dapat dirasainya.
Papa! Papa dah sedar.” Muka Ahdia memasuki kotak pandangannya. Dia dapat melihat air mata dipipi anak perempuannya itu.
Dia cuba bangkit tetapi dihalang oleh Ahdia. Berpinar seketika bila dia mahu bangkit dari pembaringannya. Mata melilau melihat sekelilingnya. Putih. “Dia, papa dekat mana ni? Apa terjadi?” Bertalu-talu Khaleed bertanya kerana ingatannya yang telah gagal buat sementara.

Papa dekat hospital. Abang Riq telefon Dia. Tiba-tiba saja papa pengsan dekat pejabat. He said you were delusional or something sebab papa pengsan bila sebut nama mama.” Jelas Ahdia.
Berkerut dahi Khaleed memikirkan kembali apa yang terjadi. Tangan naik mengurut kepalanya. Pengsan dekat pejabat? Mama? Terhenti gerakan jari-jemari Khaleed. Nafasnya bagai terhenti bila detik demi detik kejadian tadi pagi bermain difikirannya.
Mesyuarat. Faryal. Shariq dilantik sebagai CEO baru. Faryal mengoyak surat perjanjian. Dia berkata tentang Lutfiyah dan…Lutfiyah! Suara Lutfiyah! Lutfiyah berada didepan aku!
Fiyah! I saw her.” Suara Khaleed kepada Ahdia.
Hah? Apa yang papa merepek ni.”
Papa pengsan sebab nampak mama. I heard her voice. She was there. Mama ada tadi depan papa. I know its her. I’m certain.
Ahdia resah bila Khaleed seperti orang yang tidak masuk akal langsung. Dia mencapai tangan Khaleed. Dia yakin Khaleed hanya tertekan, itu sebab berfikir macam-macam. “Mama dah tak ada. Macam mana mama nak hidup kembali bila badan sudah dimakan ulat? Biar Dia panggilkan doktor.” Tangan Ahdia yang mahu menekan butang disebelah katil Khaleed dipegang lelaki itu.
Mata mereka bertembung. Khaleed menggeleng tidak membenarkan. “No. Papa betul-betul nampak mama. Mama tengah berdiri belakang papa. Papa yakin Faryal semua tahu sesuatu tentang ini. Mesti mereka semua mahu kenakan papa. They’ve planned everything. My downfall.” Khaleed bangkit dari katilnya. Ahdia terpinga-pinga dengan reaksi mendadak papanya itu. Tetapi dia sempat menekan butang kecemasan.
Ahdia mendapat Khaleed yang sudah berdiri didepan katil. “Papa nak pergi mana ni? Papa belum sihat lagi. Papa.” Lengan Khaleed dipautnya menghalang Khaleed dari maju setapak. Tetapi kudrat Khaleed lagi kuat darinya.
Papa nak jumpa mereka. Papa mahu berdepan dengan mereka. I’m not letting them have the last laugh.” Suara Khaleed tegas. Dia melangkah beberapa langkah sebelum pintu bilik terkuak kuat.
Ahdia melepaskan nafas lega bila melihat doktor Gopal dan beberapa orang jururawat muncul. Khaleed tergamam dengan apa yang dilihatnya kini. “Mama dah matilah papa. Doc tolong saya doc. He’s hallucinating again.” Pinta Ahdia bila Khaleed mahu menarik tangannya.
Dengan anggukan kepala, doktor Gopal dan para jururawat menghampiri Khaleed. Ahdia melepaskan pautannya bila dua jururawat lelaki telah memaut erat lengannya Khaleed dan membawanya kembali ke katil.
Lepaskanlah. Lepaskan aku. Aku nak jumpa dengan anak tak kenang budi tu. Aku nak jumpa isteri aku yang masih hidup. Lepaskan aku!” Jerita Khaleed sekuat hati. Dia meronta-ronta minta dilepas.
Papa.” Ahdia menggigit bibirnya melihat Khaleed yang dipaksa kembali ke katil. Tidak sampai hati dia melihat Khaleed dilayan sebegitu tetapi ini saja caranya untuk memastikan papanya itu tidak meninggalkan hospital.
Khaleed dibaringkan atas katil. Dengan segala tenaga yang ada, Khaleed cuba meloloskan diri dari pegangan maut dua lelaki itu. “Fiyah masih hidup! Fiyah masih hidup!” Jeritnya sekali lagi. Matanya melihat doktor Gopal menghampirinya dengan alat penyuntik. Dia meronta sekuat hatinya.
Aku tak gila. Aku tak gila. Aku nampak dia. Aku nampak dia dengan mata aku sendiri. Lepas!”
Dia.” Ahdia mendapat Shariq yang baru masuk.
Shariq mendakap erat Ahdia. “Abang Riq. Papa.” Shariq melihat Khaleed yang sedang disuntik.
Aku nampak dia. Aku nampak dia. Riq pun nampak dia. Tanya Riq. Lepaskan aku!” Laung Khaleed seperti orang yang hysteria. Matanya memanah anak matanya Shariq.
Tubuh Ahdia menangis terhinggut-hinggut melihat Khaleed yang semakin melayu. “It’s okay. He’s going to be okay.” Pujuk Shariq sambil mengusap belakang Ahdia. Matanya tidak sama sekali lepas dari memandang mata Khaleed yang semakin layu dan akhirnya tertutup rapat.
**
Mereka semua duduk diruang tamu sebaik saja selesai makan malam. Faizan dari tadi tidak henti gelak. Faryal pula terikut sama. Suka sangat dengan apa yang terjadi pagi tadi. Tambah lagi Faizan telah merakam setiap babak dalam teleon bimbitnya. Dari tadi asyik main balik saja rakaman itu. Shayaan hanya gelak dan Lutfiyah pula menggeleng kepala dengan telatah dua anaknya itu.
“Dah-dah. Tak baik ketawakan papa kamu.” Katanya sebaik saja melabuh punggung disofa.
“Kelakarlah mama. Tak sangka Zan dapat tengok papa pengsan sampai begitu sekali. Adoi…Buat malu kaum lelaki saja. Betul tak Ayal?” Ditanya Faryal yang duduk disebelahnya.
Faryal angguk setuju. “Betul! Betul! Betul!” Dan mereka gelak sekali lagi. Kali lini lebih kuat dari sebelumnya.
Lutfiyah hanya memerhati anak perempuan dan lelakinya itu yang ketawa sehingga satu memegang perut dan lagi satu mengesat mata. Kalau budak berdua ni berjumpa memang boleh terbalik satu rumah. Belum tambah Widayah lagi. Habis roboh dibuatnya. “Gelak-gelak juga Ayal. Ingat, kamu belum berithau Izzat tentang ini semua. Nanti dia tahu…”
“Habis Ayal kena house arrest.” Sambung Faizan dengan tawa yang bersisa.
Tamparan mendarat dilengan Faizan, kuat. “Banyak abang punya house arrest. Ingat orang penjenayah ke apa?” Marah Faryal. Mati terus adegan gelak ketawa mereka tadi.
Faizan mencebik. “Eleh! Penjenayahlah sebab adik tu telah membelakangi suami. Salah tau dalam segi undang-undang rumah tangga islam.” Perli Faizan membuat kemarahan Faryal mendadak.
Belum kahwin nak bagi ceramah percuma. Bantal yang dipeluk Faryal tadi selamat mendarat dimuka Faizan. Tidak mahu kalah Faizan membalasnya kembali. Faryal menyerang lagi dengan menyelerak rambut kesayangan Faizan. Faryal senyum puas bila melihat Faizan membulatkan mata melihatnya. Tangan Faizan mahu naik membalas tetapi suara Lutfiyah menghentinya.
“Hah! Hah! Hah! Kamu berdua asyik bergaduh saja kerjanya. Pantang jumpa gaduh. Tadi bukan main suka ketawa, sekarang bertekak pula.” Tegur Lutfiyah seperti biasa setiap kali anak-anaknya bertekak sesama sendiri.
Faryal menayang muka tidak puas hatinya terhadap Faizan. “Abang Zan nilah Ma. Asyik nak kenakan orang saja. Sekeh kang.” Siku ditunjuk Faryal mahu mengertak abangnya itu.
“Berani?” Faizan mencabar sebelum menarik ikat rambut Faryal dan diselerak rambut adiknya itu.
“Mama!” Adu Faryal kepada Lutfiyah dengan rambut yang sudah mengerbang. Shayaan disebelah dari tadi hanyak ketawa kecil. Mana boleh kuat-kuat nanti mengamuk si singa tu. Habis merajuk tak mahu cakap dengan dia.
Shayaan mendengar dengusan dari arah mamanya. Dia tahu tahap kesabaran mamanya sudah ditahap maksimum. “Faryal Shameena. Shareef Faizan. Ayal kamu duduk sebelah abang Yan sekarang. Zan, kamu duduk diam-diam dekat sana.” Arah Lutfiyah.
Faryal menikut arahan Lutfiyah itu. Tetapi sempat dia menjeling Faizan dan melempar bantal kepada abangnya itu sebelum duduk disebelah Shayaan. Mereka sudah arif benar, setiap kali nama penuh mereka dipanggil, itu bermakna Lutfiyah tidak main-main dengan apa yang dikatakannya. Kalau membantah apa yang diarah pasti mereka akan didenda. Bukan satu hari tetapi satu bulan.
Puas dengan apa yang dilihatnya, Lutfiyah memandang Shayaan yang sedang memaut bahu adik kesayangannya itu. Dia sempat melihat Faryal dan Faizan menjelir lidah sesama sendiri. Tak habis-habis. “Yan, abang Riq kamu sudah telefon? Macam mana?” Soalnya tidak menghiraukan anaknya yang dua lagi.
“Baru saja tadi. Papa dah sedar. Dia mula cakap yang dia nampak mama. Piranha…”
“Yan, tak baik.” Tegur Lutfiyah bila nama gelaran yang diberi Widayah dan Ahdia diguna oleh Shayaan.
Shayaan mengeluh. Dia menjuling matanya. “Ahdia Abdullah panggil doktor. Lepas tu papa kena tembak balik. Bang!” Terletus tawanya Faizan dan Faryal bila Shayaan sudah dalam mode loyar buruknya. Guna nama penuh Ahdia lagi tu.
Tawa mereka perlahan-lahan reda bila melihat riak wajah Lutfiyah berubah serius. “Sekarang kita kena lebih hati-hati. Mama yakin papa akan cari kamu Ayal.”
Itu dia pasti. Khaleed tidak akan duduk diam dengan semua yang telah berlaku. Dari kehilangan rumah ke harta benda dalam sekelip mata, dia dapat agak arah tuju Khaleed sekarang. Hanya satu. Mendapat kembali apa yang telah dia hilang dan dia akan mula dengan pelakunya. Faryal.
“Jangan risau mama. Ayal dah bersedia. Lagipun Gerald dan Stacy ada. Satu swing tercampak dia pergi Antarktika.” Gurau Faryal. Lutfiyah hanya senyum dengan telatah anak perempuannya itu. Orang tengah serius masa itu juga dia nak buat lawak bodohnya.
“Iyalah tu.” Suara Faizan mengusik Faryal.
Bantal yang dipegang Shayaan dirampas Faryal dan dicampak ke arah Faizan yang menangkapnya terlebih dahulu. “Sibuk!” Balasnya. Faizan hanya ketawa. Suka dia dapat mengusik satu-satu adik perempuannya itu.
“Ayal lupa nak tanya. Aunty Irah ada teman lelaki ke?” Soal Faryal bila gambar yang dilihatnya kelmarin muncul difikirannya.
Lutfiyah berfikir sejenak lantas menggeleng menidakkan pertanyaan Faryal itu. “Setahu mama tak ada. Dulu pernahlah kahwin tapi cerai. Kenapa Ayal tanya?” Hairan tiba-tiba saja Faryal bertanya tentang kakaknya itu.
Baru sahaja Faryal mahu menjawab, Faizan memintas terlebih dahulu. “Curiousity kills the cat. Betul tak Ayal?” Dijungkit-jungkit keningnya pada Faryal yang bangkit dari duduknya dan meluru mendapat Faizan yang sudah berdekah-dekah ketawa.
Shayaan hanya duduk diam melihat wayang percuma didepannya itu. Faizan kena sepit ketam dan lempeng kuat dari Faryal. Itulah suka sangat kacau orangkan.
“Ayal!” Lutfiyah memanggil anak perempuannya itu. Tidak sangka sudah kahwin perangai semakin brutal.
**
Faryal mengangkat kepala dan melihat Aviya menghampirinya dengan sampul surat sederhana besar. “Ada surat untuk Ayal.” Dihulur surat itu kepada Faryal.
Thanks.” Ucap Faryal dan Aviya meminta diri.
Melihat sampul surat itu Faryal teringat sesuatu. “Oh kak Viya!” Aviya yang mahu menutup pintu masuk kembali bila mendengar namanya dipanggil Faryal.
Mother ada dekat rumah tak? Ayal ingat nak jenguk mother lepas kerjalah. Lama tak jumpa.”
Aviya senyum nipis. Dia ingat apa yang penting sangat sehingga Faryal panggilnya kembali. “She’s always home. Melainkan Nat ajaknya keluar pergi beli-belah. Tapi tadi sebelum kak Viya pergi kerja, mother cakap dia tak keluar hari ini. Do you want me to inform her you’re coming over?” Soal Aviya disambut gelengan kepala Faryal.
“Tak payah. Ayal nak buat kejutan.” Aviya angguk dan menutup pintu bilik Faryal kembali.
Tanpa lengah Faryal mencapai sampul surat yang dibawa Aviya tadi. Dikoyak dan dikeluarkan isinya. Terkial-kial dia mahu membuka lipatan surat itu sebab tidak sabar mahu membaca isi kandungannya.
Matanya membaca setiap butir perkataan yang tertera. Matanya membuntang dengan apa yang dibacanya pada saat itu. Jantungnya seperti berhenti degupannya bila otaknya dapat mencerna isi kandaungan surat itu. Dia mehenyak tubuhnya dibelakang kerusi. Terkejut. “Ya Allah. Apa ini semua?” Mata dipejam seketika sebelum membukanya kembali. Surat yang berada dalam pegangannya direnung tajam.
Dia perlukan jawapan dan hanya seorang saja yang boleh membantunya. Surat disimpan ke dalam sampulnya. Komputer dimatikannya. Dia menekan interkom.
“Kak Viya, Ayal ada perkara penting yang perlu Ayal selesaikan. Tolong tangguhkan semua temujanji pada lain hari dan beritahu Gerald untuk jumpa Ayal dilobi. Thanks.
Interkom dimatikan sebelum Aviya dapat bertanya lebih. Dengan cekap Faryal mengemas apa yang patut. Dilihat buat kali terakhir ruang kerjanya sebelum melangkah pergi untuk mencari jawapan kepada isi kandungan surat itu.
**
Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam. Ayal!” Faryal mendapatkan Nila yang menyambut kedatangannya.
Mereka berpelukan seketika. “Kenapa tak beritahu mother nak datang? Boleh mother siapkan apa-apa yang patut.” Suara Nila kepada Faryal. Terperanjat dia bila melihat Faryal datang. Baru saja dia ingat mahu merehatkan matanya sebentar.
“Saja nak buat kejutan. Mother sihat? Father dan kak Nat mana? Senyap saja rumah.” Soalnya bila tidak melihat kelibat Nat atau Pablo. Dia memaut bahunya Nila mesra.
Father dan Nat pergi keluar jumpa kawan. Mesti klien merekalah tu. Nanti balik jugalah tu. Mari masuk. Biar mother buatkan air. Mesti haus ni. Tambah lagi cuaca bahang betul.”
“Tak perlu susah-susah. Ayal ada bawakan coklat kek untuk mother. Tapi tunjuk-tunjuk saja. No time to bake.” Nila menyambut kotak kek yang dibawa Faryal dan mereka menuju ke dapur. Sempat berbual tentang Issac yang sedang keluar kota.
Faryal mahu menolong Nila tetapi tidak dibenarkan oleh wanita itu sama sekali. Tiada pilihan lain dia melabuh duduk dikerusi yang terdapat disitu. Mata mengamati setiap pergerakan Nila dari satu sudut dapur ke satu.
“Izzat ada beritahu kamu bila dia balik dari Singapura?” Soal Nila dan meletak dulang yang berisi dua bekas cawan, teko berisi air teh dan piring berisi kek coklat yang dibawa Faryal.
“Besok. Itupun kalau selesai kerja dekat sana.” Ujar Faryal sambil membantu Nila menghidang dengan menuang air ke dalam cawan sebelum diletak depan Nila.
Faryal mengucapkan terima kasih bila Nila meletak piring berisi kek coklat didepannya. “Abang ada beritahu Ayal yang father dah nak balik ke Paris. Has it been confirmed?” Nila angguk mengiakan pertanyaan Faryal.
Semua sudah dilakukan Nat dan Pablo. Dari memilih tarikh ke jadual penerbangan semua telah disahkan oleh mereka. Tanpa menghirau kata-katanya. “Minggu depan. Hari Ahad. Tapi…”
“Tapi mother berat hati mahu tinggalkan kak Viya dekat sini seorang diri?” Faryal sambungkan kata-kata Nila. Dia melihat riak wajah muka Nila yang berbelah bagi. Simpati dia dengan situasi yang dihadapi Nila ketika itu.
“Susah untuk mother berjauhan dengan mereka semua. Dulu bila Viya mahu ke sini. Mother ingat untuk bercuti tapi lain pula yang jadi. Mother risau. Mother tak sanggup kehilangan anak-anak mother. They are everything to me.” Tangan Nila yang memegang cawan tehnya dicapai Faryal dan diusap lembut.
Everthing will be fine.” Ucap Faryal dengan senyuman manis. Nila sambut senyuman itu dan mengangguk kecil.
Suasana sunyi kembali. Faryal menarik nafas yang dalam. Ini masanya untuk dia bertanya tentang perkara yang mengganggunya sejak pertemuan mereka ditanah perkuburan kelmarin. “Ayal nak tanya mother sesuatu boleh?” Soal Faryal minta izin terlebih dahulu.
Tentang apa yang mother cakap dekat tanah perkuburan kelmarinkan? What I said have been bugging you right?” Tebak Nila. Faryal angguk mengiakan. Rasa resahnya reda bila Nila menunjuk reaksi yang baik dengan apa yang ingin dia tanyakan.
Bila mother cakap yang mother bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah keluarga mother yang dikandungkan arwah Kat. Apa maksudnya?”
Nila menunduk seketika. Matanya merenung air teh yang bersisa dalam cawan. “Izzat sudah ceritakan kepada kamu tentang mother tak boleh ada anak lagi?” Faryal angguk. Nila senyum nipis.
Sudah lama dia menyimpan rahsia ini. Rahsia antara dia, Pablo dan Kat. Setiap kali melihat anak kembarnya dia teringatkan Kat. Kandungan Kat. Bila dia melihat Issac, dia teringatkan Kat. Kandungan Kat. Walaupun sukar untuk dia membuka cerita ini, dia sedar anak-anaknya berhak tahu. Bila dia mengatakan perkara ini kepada Faryal dia sedar mereka semua berhak tahu tentang rahsia mereka bertiga yang mengakibatkan kematian Kat.
Faryal melihat muka Nila berubah sayu. “Mother teringin sangat ada seorang lagi anak. Mother sukakan kanak-kanak. Tapi mother tak dapat menambah keturunan mother dengan keadaan mother yang tidak mempunyai rahim. Mother cadangkan kepada father untuk bernikah lain tetapi father tidak setuju. He called me crazy. I was crazy. Gila kerana tak dapat ada zuriat lagi.” Nila gelak kecil mengingati pergaduhan antara dia dan Pablo tentang masalah itu.
Dia tertekan atas semua yang terjadi kepadanya. Dari keputusan bahawa dia menghidap kanser, kepada terpaksa melahirkan anak kembarnya bukan saja untuk menyelamatkan nyawa mereka tetapi dia juga, dan terakhir sekali kehilangan satu-satunya mahkota seorang wanita.
Gila. Itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan dirinya ketika itu. Dia rasa tidak berguna sekali. Dia rasa tidak berguna kerana dia bukan lagi wanita yang sempurna untuk Pablo. Bila dia mengemukakan ideanya untuk Pablo berkahwin lagi, suaminya itu melenting mengatakan itulah perkara yang paling bodoh yang pernah dikemukan Nila.
Bila fikirannya yang kacau semakin pulih, dengan adanya Pablo dan kedua anak kembarnya. “Mother membuat satu keputusan yang mother tidak pernah kesal sama sekali.”
Faryal mendengar dengan setia ceritanya Nila.
“Sebelum mother kahwin dengan father, mother telah menderma telor mother untuk membantu wanita yang tidak dapat mengandung. Mother tak sangka apa yang mother lakukan untuk menolong orang lain dapat menolong diri mother sendiri. Bila mother ceritakan kepada Kat tentang perkara ini, tanpa ragu dia menawarkan dirinya untuk mengandungkan anaknya mother. She volunteered to become the surrogate mother. Father pada mulanya tidak setuju tetapi akhirnya dia tiada pilihan lain.” Sebab Pablo tidak sampai hati melihat dia sedih lagi. Pablo cinta hatinya.
Berbulan kita menunggu keputusan dan akhirnya berhasil juga. I was ecstatic. Mother tak sabar dapat menimang cahaya mata lagi. Father juga.” Faryal melihat muka Nila berubah ceria tetapi hanya untuk sesaat saja sebelum kembali sayu.
“Ed, papanya Izzat tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini. Bila kami mahu beritahunya, Kat tidak membenarkan. Itulah syarat yang ditetapkan Kat. Dia kata Ed pasti tidak kisah kerana apa yang dilakuaknnya adalah menolong saudaranya sendiri.” Walaupun mereka kurang setuju dengan permintaan Kat itu tetapi mereka terpaksa akur. Kat satu-satunya solusi baginya untuk menambah ahli keluarga.
“Semakin hampir tarikhnya, semakin tidak sabar mother dibuatnya. Nursery semua telah mother sediakan. Tetapi tidak sangka Tuhan ada rancangan lain. Satu-satu harapannya mother musnah begitu saja. Ini semua kerana Khaleed.” Ujar Nila dengan bibir yang diketap.
Bila dia mendapat panggilan tentang kemalangan yang ditimpa Kat, sungguh jantungnya seperti henti berdegup. Dia ingat dia pitam bila dapat tahu bahawa Kat dan kandungan Kat, anaknya itu tidak dapat diselamatkan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa musnah hatinya ketika itu. Satu-satunya harapan yang ditunggu mereka, pergi dalam sekelip mata dan ini semua kerana Khaleed. Lelaki jahanam yang telah meragut kedua nyawa yang amat berharga baginya.
Tetapi bila dia dapat tahu bahawa besar kemungkinan anaknya masih hidup, dia mula berharap. Pagi, petang, siang dan malam dia berdoa untuk disatukan kembali dengan anaknya itu. Tetapi masih tiada berita.
Faryal memperbetulkan duduknya. “Jadi anak yang dikandungkan Kat adalah anak mother?” Nila angguk kecil.
Anak perempuan mother.
**
Kaki diseret keluar dari kereta sebaik saja Gerald berhentikan kereta diperkarangan rumah. Fikirannya terganggu sejak meninggalkan rumah Nila. Secara automatis, dia akan menunggu terlebih dahulu dirumah sementara menuggu Stacy atau Gerald memastikan rumah aman. Sebaik saja Stacy muncul dan memberi lampu hijau, dia memasuki rumah yang masih belum nyala lampunya. Gerald dan Stacy pula sudah hilang entah ke mana.
Lampu ruang tamu dihidupkannya. Terjatuh beg tangan miliknya bila melihat kelibat lelaki yang amat dikenalinya sedang duduk disofa dengan kaki yang disilang. Gelas berisi air sejuk berada dalam tangan Issac. Tangan Faryal naik mengurut dada. Terperanjat.
Astargfirullah abang! Terperanjat Meen. Abang buat apa dalam gelap ni? Kenapa abang balik tak bilang Meen pun?” Bertalu-talu dia bertanya dan diambil beg tangannya atas lantai.
Faryal melihat Issac yang merenungnya tajam dari tadi. Tiada senyuman atau wajah ceria dari suaminya itu. Dia menghampiri Issac bingung dengan sikap dingin suaminya itu.
“Abang? What’s wrong?” Soalnya sebaik saja melabuh duduk bertenggek ditempat letak tangan sofa yang diduduki Issac.
You tell me what’s wrong.” Suara Issac tegang masih tidak menoleh pada Faryal disebelah.
Berkerut dahi Faryal tidak faham apa yang dimaksudkan suaminya itu. Takkan marah dengan klien dia pula yang kena? Mesti deal gagal ni itu sebab muka masam mencuka. Dia mengubah tempat duduknya dan duduk diatas meja berukiran kayu didepan Issac. “Apa maksud abang?” Soalnya.
Mata mereka bertembung. Dilihat Issac menghirup air sejuk dalam gelasnya. Sepasang mata hazel Issac tidak melepaskan pandangan matanya.
It must be fun turning the wheels on your own father without me knowing.
Faryal tergamam. Macam mana Issac tahu tentang ini? Uncle Alex ke? “Oh.” Hanya satu perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya.
Issac duduk tegak. Gelas yang berisi air dihentak atas meja sebelah Faryal membuat isterinya itu terlonjak, terkejut dengan reaksi spontan Issac. “Oh? Itu saja yang Meen boleh cakap? Kalau mama tak telefon abang pasti abang tak tahu yang isteri abang tengah melancarkan satu-persatu pesta untuk menjatuhkan Khaleed.” Marahnya dengan suara yang ditinggikan.
Dia tidak sangka panggilan Lutfiyah kepadanya pagi tadi bukan sahaja untuk bertanya mengenai khabarnya tetapi untuk memaklumkan tentang muslihat Faryal selama tiadanya disana. Nasib baik surat perjanjian dengan kliennya telah ditandantagan kalau tidak memang dia akan menangguh temujanji mereka hanya kerana kebodohan isterinya itu.
Direnung tajam Faryal yang mula gelisah dan serba salah. “Meen nak beritahu abang…”
“Bila? Selepas satu nyawa terkorban? Atau bila Meen disakiti Khaleed?” Pintasnya tidak memberi Faryal peluang untuk menjelaskan apa-apa. Kemarahannya sudah dikemuncak. Dia tidak faham mengapa Faryal tidak mahu memberitahunya tentang rancangannya itu.
He will not dare hurt me.” Ujar Faryal dengan suara perlahan.
And how do you know that?” Issac melihat mulut Faryal buka dan tutup tidak tahu macam mana mahu membalas pertanyaan itu.
Dia mengensot ke depan mendekati Faryal. Kedua belah tangan Faryal digenggamnya. “Kalau dia boleh bunuh orang tua abang dan merancang kemalangan Nek Wan, abang tak nampak sembarang alasan mengapa dia tidak berani buat perkara yang sama pada Meen.”
Matanya menikam dalam mata Faryal. “He’s not a toy you can play and chuck aside without them coming after you. He’s a human being with feelings and I dare say this. He’ll come after you.” Itu dia yakin. Selepas apa yang dilakukan Faryal, Khaleed tidak akan sama sekali berdiam diri. Khaleed akan membalas setimpal atau lebih dengan apa yang dilaluinya.
“Dan Ayal tak akan berdiam diri.” Balas Faryal tidak gentar.
Mata mereka merenung satu sama lain seketika sebelum Issac mendengus kasar sambil meraup rambutnya ke belakang. “Argh! Ini yang abang tak mahu. Faryal Shameena ini yang abang takuti sekali. I want my angel not a devil in disguise.” Sekali lagi dia mendengus.
Faryal Shameena yang berdendam. Faryal Shameena yang membelakanginya. Faryal Shameena yang mahu membalas serangan demi serangan, dan Faryal Shameena yang tidak takut dengan lelaki bernama Khaleed. Itulah yang paling tidak diingininya. Bidadarinya bertukar menjadi setan yang bertopeng. Dia memejam matanya. Kepalanya diurut, rasa pening tiba-tiba.
Kini giliran Faryal pula untuk mencapai tangannya Issac dan diusapnya lembut dengan ibu jarinya. “Abang pernah cakap yang abang percayakan Meenkan? Now I need you to prove it, by believing in me.” Dia perlukan kepercayaan Issac terhadapnya. Dia perlukan lelaki didepannya ini untuk memahami dan menyokong setiap keputusannya. Walaupun betapa bodoh keputusannya itu, dia mahu Issac menjadi tulang belakangnya sepertimana akan dilakukannya untuk Issac.
Please.” Rayu Faryal bila tiada kata balas dari suaminya itu.
Melihat mata Faryal yang bersinar dan mendengar Faryal merayu kepadanya meruntun api kemarahannya. Dia tidak sanggup melihat Faryal disakiti dan dia tidak sanggup menyakiti satu-satunya bidadari dihati.
Issac melepaskan keluhan. “This is against my better judgement. Beritahu abang setiap butir yang Meen tahu dan dapat cari. Apa yang sedang Meen rancangkan dan jangan tinggalkan apa-apa dari pengetahuan abang. Sebab kalau abang dapat tahu Meen simpan apa-apa dari abang, abang akan pastikan Meen terima hukumannya. Trust me you’re not going to like it.” Diberi peringatan kepada Faryal yang menanyang muka kasihannya. Mata membulat besar dan bibir dicebik. Issac gelak dalam hatinya.
“Jangan nak tunjuk muka puss in boots tu. Sekarang Meen naik dan pergi mandi. Kita makan pizza untuk makan malam.” Issac mengeluarkan arahan kepada Faryal yang akur. Dia bangkit dari duduknya atas meja.
Baru beberapa langkah dia ambil, dia menoleh ke belakang melihat Issac mengurut tengkuknya. “Hmm…abang nak mandi sekali tak?” Issac menoleh melihat Faryal memandangnya dengan senyuman sipu-sipu malu. Tidak sangka isterinya itu berani bertanya sedemikian.
Dia bangkit dari duduknya atas sofa dan menghampiri Faryal. Muka masih serius. Sebaik saja dia berdiri didepan Faryal, isterinya itu sudah menayang senyuman nakalnya. Rindu benar dia dengan isterinya itu. Kalau boleh mahu dia peluk erat Faryal sehingga esok pagi. Tapi kerana kemarahannya, rasa rindu semua dicampak ke tepi.
Diusap pipinya Faryal. “I’m still angry with you. Tapi boleh jugalah.” Issac kenyit matanya sebelum menarik Faryal naik ke atas. Faryal pula sudah gelak dengan perubahan drastis suaminya itu. Pening aku dibuatnya.
**
“Meen dendam. Meen dendam dengan papa atas semua yang dia lakukan kepada kita sekeluarga. Apa papa buat dekat orang tua abang, dekat mama dan Nek Wan semua tidak adil. Hanya kerana papa obsess dengan kekayaan dan kedudukan didunia, nyawa orang yang tidak bersalah menjadi korban.” Rintih Faryal meluahkan apa yang dirasainya selama ini.
Issac memaut bahu Faryal. Ubun-ubun isterinya dikucup lama. Setelah usai mandi mereka duduk diruang tamu atas dengan kotak pizza yang dipesan Issac tadi. “Bila Meen mula rancangkan ini semua?” Soalnya ingin tahu. Walaupun dia sudah dapat agak bila.
“Bila Meen digari dan dibawa pergi malam tu. I was really scared that night. Meen takut tak dapat jumpa mama, Nek Wan semua lagi. Meen sedar apa yang harus Meen lakukan. Kalau Meen yang Khaleed mahukan, Meen akan beri. Tapi sebelum itu Meen akan hancurkan dia terlebih dahulu.” Ujar Faryal dengan bibir yang diketap.
Malam itu tidak akan dia lupa buat selama-lamanya. Pertama kali dia digari dan dibawa pergi dalam kereta polis. Pertama kali dia rasa keseorangan dan dalam ketakutan kerana tidak tahu apa yang akan terjadi. Soalan demi soalan. Jeritan demi jeritan diharunginya semasa dia disoal siasat. Dia mengikut apa yang dikatakan Issac. Beritahu saja semua kebenaran. Tetapi mereka memutar belitkan pertanyaan sehingga dia sendiri yang bingung. Dia dituduh melakukan sesuatu yang dia tidak lakukan. Apatah lagi terhadap satu-satunya orang yang amat disayanginya.
Selepas dia dibebaskan. Bersemuka dengan Khaleed membuat api kemarahnnya membara. Dia melihat Khaleed dari sudut yang baru. Sudut dimana tiada lagi Faryal yang menagih kasih sayang seorang papa. Bila dia melihat Nek Wan terlantar dia sudah mempunyai matlamat baru. Khaleed harus dijatuhkan dan dialah yang akan melakukannya.
How did you feel seeing him fall? Afterall he is your father.
Faryal mengangkat kepalanya sedikit. Matanya melihat sepasang mata hazel yang merenung padanya. “Salah ke kalau Meen cakap Meen rasa puas?”
“Abang tak salahkan Meen kalau itu yang sayang rasa. Selepas apa yang dia lakukan pada Meen selama ini. You totally deserve it. Tapi abang dapat rasakan yang dalam hati bidadari abang ni mesti ada perasaan bersalahkan?”
Faryal mengeluh dan kembali menyembam mukanya didadanya Issac. “Salah ke abang?” Kalau dia ada rasa simpati terhadap Khaleed walaupun dia rasa puas melihat kejatuhan lelaki itu?
Issac menggeleng. Lengan Faryal diusapnya lembut. “Nope. That strong sense of empathy is what made you different from Khaleed. Sayang ada hati nurani yang kuat, walaupun sayang berbuat jahat, Meen ada perasaan simpati dan bersalah tetapi Khaleed tidak. Dia tidak berperasaan. Jadi tak salah untuk sayang rasa kasihan kepada dia juga. Suka atau tidak dia tetap papa sayang.”
Memang ada benar apa yang dikatakan Issac. Suka atau tidak, Khaleed tetap papa kandungnya. Jadi tidak hairan kalau dia mewarisi sedikit perwatakkan Khaleed yang jahat.
“Sekarang apa rancangan sayang? Khaleed masih dekat hospital dan dari apa yang sayang cakapkan tadi, besar kemungkinan dia akan dibawa ke hospital sakit jiwa. Kalau ikan jaws kena straight jacket, piranha apa hal pula?” Mereka berdua gelak kecil dengan gurauan Issac itu. Dalam kepala Faryal sudah membayang ikan jaws benar-benar memakai straight jacket. Aduhai.
“Itu yang Meen nak cakap dengan abang. Ada satu perkara penting yang Meen kena beritahu abang.” Dia duduk tegak. Dengan berat hati melepaskan dirinya dari pelukkan nyaman dan hangat suaminya itu.
Nafas dalam ditariknya. “Motif sebenar Khaleed membunuh mama abang adalah kerana dia ingat anak yang dikandungkan Kat adalah anak dia. Kita juga dapat tahu yang bayi itu selamat tetapi kita tak tahu keberadaannya. Jadi Meen terfikir kalau Ahdia adalah bayi itu.” Jelasnya terlebih dahulu.
Issac angguk. “Itu yang kita semua sangkakan tapi tidak. Keputusan DNA pun tunjuk yang Ahdia itu bukan anaknya Khaleed ataupun adiknya abang. Sayang pun mesti tahukan bila sayang minta kak Din cawan yang diminum Ahdia.” Faryal tidak angguk atau geleng. Tetapi dia hanya merenung Issac didepannya.
“Pada mulanya Meen mahu lakukan sekali lagi ujian DNA Ahdia dan papa tapi Meen tukar bila dapat info baru.”
Bertaut kening Issac. “Info baru? Dari siapa?” Soalnya bertalu-talu ingin tahu.
Bibir diketap Faryal. Dia menunduk seketika bagi mengumpul kekuatan untuk mengatakan jawapannya. Dia kembali memandang Issac.
Mother.
Tergamam Issac bila Nila disebut Faryal. Terkunci mulutnya tidak tahu apa yang harus dikatakan.
Abang ingat tak masa kita pergi tanah perkuburan dan terserempak dengan mother dan father?” Issac angguk pada pertanyaan Faryal.
“Bila abang sedang berbincang dengan father, Meen tanya mother tentang abang masa kecil dan tentang arwah mama abang juga. Sebelum abang datang balik, mother ada cakap yang mother bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah keluarga mother yang dikandungkan arwah mama abang.” Cerita Faryal disambut kerutan seribu dahinya Issac.
“Apa yang mother maksudkan dengan itu?” Soal Issac kurang faham.
Faryal mula berceritakan setiap butir tentang rahsia antara Nila, Pablo dan Kat. Dari telor yang dibekukan, kepada Kat yang menawarkan diri untuk mengandungkan zuriat Nila dan Pablo sehinggalah kemalangan yang menimpa Kat.
Membulat mata Issac. Mulutnya tercengang. Terbuka dan tertutup beberapa kali tidak tahu dimana harus dia mula. “Seriously? Tapi macam mana Meen tahu ini semua?”
“Meen tadi pergi jumpa mother. I asked her about what she said before dan mother ceritakan rahsia antara dia, father dan arwah mama.” Jelas Faryal.
Issac meraup rambutnya sebelum menunduk menghadap lantai. Tangannya menongkat dahinya yang sudah berkerut seribu. Faryal mengensot mendekati Issac. Belakang Issac diusapnya lembut.
Jadi selama ini anak yang dikandungkan mama abang sebenarnya adalah anaknya mereka?” Ulang Issac beberapa kali masih tidak dapat mencerna informasi baru itu.
Faryal tidak menjawab tetapi menyeluk poket pajama tidurnya dan menghulur surat yang diterimanya dipejabat tadi kepada Issac. Suaminya itu melihat surat itu dan Faryal bersilir-ganti.
What’s this?” Dicapai surat itu dan dibacanya.
“Keputusan DNA. Meen terima petang tadi dekat pejabat.” Faryal menjawab mennanti reaksi Issac bila membaca surat itu.
The probability of Nila Binti Sufian Ali being the biological mother of Ahdia Binti Abdullah is 99.9999%. Therefore it is practically proven that Nila Binti Sufian Ali is the biological mother of Ahdia Binti Abdullah.
Abang.”
Beberapa kali Faryal memanggil Issac baru suaminya itu bersuara. “Abang tak tahu apa yang harus abang katakan. Ahdia adalah anaknya mother? Adiknya Nat dan Viya? She’s my cousin?” Satu-persatu pertanyaan keluar dari bibirnya.
Bayi yang dia sangkah adalah adik kandungnya sendiri adalah saudaranya. Jadi selama ini Ahdia yang sentiasa berada didepan mata mereka adalah bayi yang dikandungnkan Kat. Mamanya sendiri. Satu pertanyaan muncul diotak fikirannya. Dipandang Faryal disebelahnya.
Tapi apa yang abang tak faham, mengapa Khaleed bela Ahdia seperti anaknya sendiri, walaupun dia tahu yang Ahdia bukan anaknya. Does he know that Ahdia is not mama’s?” Semakin berpusing kepalanya dengan ini semua.
Meen dapat tahu yang dahulu papa pernah mengejar mother tapi father telah memberi pelajaran padanya. Setelah Khaleed berjumpa dengan mother buat pertama kali dia jatuh suka dengan apa yang dilihatnya. Jadi Meen terfikir mungkin Khaleed menyimpan Ahdia kerana dia tahu bahawa Ahdia adalah satu-satunya kunci baginya untuk mendapat mother. He’s not given up on her.” Kemuka Faryal. Itulah yang difikirkannya seluruh jalan pulang dari rumah Nila.
Bila Nila cerita tentang Khaleed yang pernah mengejarnya dia mula membuat andaian sendiri. Dia kenal dengan lelaki bernama Khaleed Jamaluddin. Khaleed tidak akan pernah duduk diam selagi tidak peroleh apa yang diingininya. Kalau benar Nila adalah salah satu kemahuannya selain harta kekayaan, besar kemungkinan Khaleed pasti tahu rahsia antara Pablo, Nila dan Kat. Itu sebab dia menyimpan Ahdia kerana dia mempunyai satu lagi matlamat dalam hidup. Iaitu Nila.
This is crazy. Seriously crazy.” Surat itu dicampak atas meja. Badan dihempas dibelakang sofa. Kepala digeleng beberapa kali masih mencerna maklumat baru yang diterimanya.
Faryal meletak tangannya dillengan Issac. “Meen belum berithu mother tentang ini. Tapi Meen rasa lebih baik kita beritahu sebab Meen kasihan lihat mother menangis atas kehilangannya. She even blames herself for what happened to mama.
Issac hanya diam. Dada berombak kencang dan mata merenung tajam surat yang berada diatas meja. “Abang?” Panggil Faryal sekali lagi.
Kita jumpa mereka besok. Abang perlukan penjelasan daripada mereka. Now I just can’t think.” Tutur Issac lantas menutup matanya erat.



6 comments:

  1. Mai... ni bukan last post kan? Tak boleh bayangkan apa akan trjadi. Sy mengharapkan 'happy ending' tp curious jalan cerita. Mai, new n3 plzzzz

    ReplyDelete
  2. Lamanye kak!!! HAHAHAHAHA okay issac is being over-protective..hmm padan muke jaws..I thought so about the surrogate mother..still a good job kak^^

    ReplyDelete