Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab 75
Bab 75
Kedengaran
suara tangisan yang amat dikenali menyapa telinga. Mata yang dipejam
rapat dibuka perlahan. Mata dikerdip kerana cahaya lampu yang
menyilau. Denyutan kepala dapat dirasainya.
“Papa!
Papa dah sedar.” Muka Ahdia memasuki kotak pandangannya. Dia dapat
melihat air mata dipipi anak perempuannya itu.
Dia
cuba bangkit tetapi dihalang oleh Ahdia. Berpinar seketika bila dia
mahu bangkit dari pembaringannya. Mata melilau melihat sekelilingnya.
Putih. “Dia, papa dekat mana ni? Apa terjadi?” Bertalu-talu
Khaleed bertanya kerana ingatannya yang telah gagal buat sementara.
“Papa
dekat hospital. Abang Riq telefon Dia. Tiba-tiba saja papa pengsan
dekat pejabat.
He said you were delusional or something
sebab papa pengsan bila sebut nama mama.” Jelas Ahdia.
Berkerut
dahi Khaleed memikirkan kembali apa yang terjadi. Tangan naik
mengurut kepalanya. Pengsan dekat pejabat? Mama? Terhenti gerakan
jari-jemari Khaleed. Nafasnya bagai terhenti bila detik demi detik
kejadian tadi pagi bermain difikirannya.
Mesyuarat.
Faryal. Shariq dilantik sebagai CEO baru. Faryal mengoyak surat
perjanjian. Dia berkata tentang Lutfiyah dan…Lutfiyah! Suara
Lutfiyah! Lutfiyah berada didepan aku!
“Fiyah!
I
saw her.”
Suara Khaleed kepada Ahdia.
“Hah?
Apa yang papa merepek ni.”
“Papa
pengsan sebab nampak mama. I
heard her voice. She was there.
Mama ada tadi depan papa. I
know its her. I’m certain.”
Ahdia
resah bila Khaleed seperti orang yang tidak masuk akal langsung. Dia
mencapai tangan Khaleed. Dia yakin Khaleed hanya tertekan, itu sebab
berfikir macam-macam. “Mama dah tak ada. Macam mana mama nak hidup
kembali bila badan sudah dimakan ulat? Biar Dia panggilkan doktor.”
Tangan Ahdia yang mahu menekan butang disebelah katil Khaleed
dipegang lelaki itu.
Mata
mereka bertembung. Khaleed menggeleng tidak membenarkan. “No.
Papa betul-betul nampak mama. Mama tengah berdiri belakang papa. Papa
yakin Faryal semua tahu sesuatu tentang ini. Mesti mereka semua mahu
kenakan papa. They’ve
planned everything. My downfall.”
Khaleed bangkit dari katilnya. Ahdia terpinga-pinga dengan reaksi
mendadak papanya itu. Tetapi dia sempat menekan butang kecemasan.
Ahdia
mendapat Khaleed yang sudah berdiri didepan katil. “Papa nak pergi
mana ni? Papa belum sihat lagi. Papa.” Lengan Khaleed dipautnya
menghalang Khaleed dari maju setapak. Tetapi kudrat Khaleed lagi kuat
darinya.
“Papa
nak jumpa mereka. Papa mahu berdepan dengan mereka. I’m
not letting them have the last laugh.”
Suara Khaleed tegas. Dia melangkah beberapa langkah sebelum pintu
bilik terkuak kuat.
Ahdia
melepaskan nafas lega bila melihat doktor Gopal dan beberapa orang
jururawat muncul. Khaleed tergamam dengan apa yang dilihatnya kini.
“Mama dah matilah papa. Doc
tolong saya doc.
He’s hallucinating again.”
Pinta Ahdia bila Khaleed mahu menarik tangannya.
Dengan
anggukan kepala, doktor Gopal dan para jururawat menghampiri Khaleed.
Ahdia melepaskan pautannya bila dua jururawat lelaki telah memaut
erat lengannya Khaleed dan membawanya kembali ke katil.
“Lepaskanlah.
Lepaskan aku. Aku nak jumpa dengan anak tak kenang budi tu. Aku nak
jumpa isteri aku yang masih hidup. Lepaskan aku!” Jerita Khaleed
sekuat hati. Dia meronta-ronta minta dilepas.
“Papa.”
Ahdia menggigit bibirnya melihat Khaleed yang dipaksa kembali ke
katil. Tidak sampai hati dia melihat Khaleed dilayan sebegitu tetapi
ini saja caranya untuk memastikan papanya itu tidak meninggalkan
hospital.
Khaleed
dibaringkan atas katil. Dengan segala tenaga yang ada, Khaleed cuba
meloloskan diri dari pegangan maut dua lelaki itu. “Fiyah masih
hidup! Fiyah masih hidup!” Jeritnya sekali lagi. Matanya melihat
doktor Gopal menghampirinya dengan alat penyuntik. Dia meronta sekuat
hatinya.
“Aku
tak gila. Aku tak gila. Aku nampak dia. Aku nampak dia dengan mata
aku sendiri. Lepas!”
“Dia.”
Ahdia mendapat Shariq yang baru masuk.
Shariq
mendakap erat Ahdia. “Abang Riq. Papa.” Shariq melihat Khaleed
yang sedang disuntik.
“Aku
nampak dia. Aku nampak dia. Riq pun nampak dia. Tanya Riq. Lepaskan
aku!” Laung Khaleed seperti orang yang hysteria. Matanya memanah
anak matanya Shariq.
Tubuh
Ahdia menangis terhinggut-hinggut melihat Khaleed yang semakin
melayu. “It’s
okay. He’s going to be okay.”
Pujuk Shariq sambil mengusap belakang Ahdia. Matanya tidak sama
sekali lepas dari memandang mata Khaleed yang semakin layu dan
akhirnya tertutup rapat.
**
Mereka
semua duduk diruang tamu sebaik saja selesai makan malam. Faizan dari
tadi tidak henti gelak. Faryal pula terikut sama. Suka sangat dengan
apa yang terjadi pagi tadi. Tambah lagi Faizan telah merakam setiap
babak dalam teleon bimbitnya. Dari tadi asyik main balik saja rakaman
itu. Shayaan hanya gelak dan Lutfiyah pula menggeleng kepala dengan
telatah dua anaknya itu.
“Dah-dah.
Tak baik ketawakan papa kamu.” Katanya sebaik saja melabuh punggung
disofa.
“Kelakarlah
mama. Tak sangka Zan dapat tengok papa pengsan sampai begitu sekali.
Adoi…Buat malu kaum lelaki saja. Betul tak Ayal?” Ditanya Faryal
yang duduk disebelahnya.
Faryal
angguk setuju. “Betul! Betul! Betul!” Dan mereka gelak sekali
lagi. Kali lini lebih kuat dari sebelumnya.
Lutfiyah
hanya memerhati anak perempuan dan lelakinya itu yang ketawa sehingga
satu memegang perut dan lagi satu mengesat mata. Kalau budak berdua
ni berjumpa memang boleh terbalik satu rumah. Belum tambah Widayah
lagi. Habis roboh dibuatnya. “Gelak-gelak juga Ayal. Ingat, kamu
belum berithau Izzat tentang ini semua. Nanti dia tahu…”
“Habis
Ayal kena house
arrest.”
Sambung Faizan dengan tawa yang bersisa.
Tamparan
mendarat dilengan Faizan, kuat. “Banyak abang punya house
arrest.
Ingat orang penjenayah ke apa?” Marah Faryal. Mati terus adegan
gelak ketawa mereka tadi.
Faizan
mencebik. “Eleh! Penjenayahlah sebab adik tu telah membelakangi
suami. Salah tau dalam segi undang-undang rumah tangga islam.”
Perli Faizan membuat kemarahan Faryal mendadak.
Belum
kahwin nak bagi ceramah percuma. Bantal yang dipeluk Faryal tadi
selamat mendarat dimuka Faizan. Tidak mahu kalah Faizan membalasnya
kembali. Faryal menyerang lagi dengan menyelerak rambut kesayangan
Faizan. Faryal senyum puas bila melihat Faizan membulatkan mata
melihatnya. Tangan Faizan mahu naik membalas tetapi suara Lutfiyah
menghentinya.
“Hah!
Hah! Hah! Kamu berdua asyik bergaduh saja kerjanya. Pantang jumpa
gaduh. Tadi bukan main suka ketawa, sekarang bertekak pula.” Tegur
Lutfiyah seperti biasa setiap kali anak-anaknya bertekak sesama
sendiri.
Faryal
menayang muka tidak puas hatinya terhadap Faizan. “Abang Zan nilah
Ma. Asyik nak kenakan orang saja. Sekeh kang.” Siku ditunjuk Faryal
mahu mengertak abangnya itu.
“Berani?”
Faizan mencabar sebelum menarik ikat rambut Faryal dan diselerak
rambut adiknya itu.
“Mama!”
Adu Faryal kepada Lutfiyah dengan rambut yang sudah mengerbang.
Shayaan disebelah dari tadi hanyak ketawa kecil. Mana boleh kuat-kuat
nanti mengamuk si singa tu. Habis merajuk tak mahu cakap dengan dia.
Shayaan
mendengar dengusan dari arah mamanya. Dia tahu tahap kesabaran
mamanya sudah ditahap maksimum. “Faryal Shameena. Shareef Faizan.
Ayal kamu duduk sebelah abang Yan sekarang. Zan, kamu duduk diam-diam
dekat sana.” Arah Lutfiyah.
Faryal
menikut arahan Lutfiyah itu. Tetapi sempat dia menjeling Faizan dan
melempar bantal kepada abangnya itu sebelum duduk disebelah Shayaan.
Mereka sudah arif benar, setiap kali nama penuh mereka dipanggil, itu
bermakna Lutfiyah tidak main-main dengan apa yang dikatakannya. Kalau
membantah apa yang diarah pasti mereka akan didenda. Bukan satu hari
tetapi satu bulan.
Puas
dengan apa yang dilihatnya, Lutfiyah memandang Shayaan yang sedang
memaut bahu adik kesayangannya itu. Dia sempat melihat Faryal dan
Faizan menjelir lidah sesama sendiri. Tak habis-habis. “Yan, abang
Riq kamu sudah telefon? Macam mana?” Soalnya tidak menghiraukan
anaknya yang dua lagi.
“Baru
saja tadi. Papa dah sedar. Dia mula cakap yang dia nampak mama.
Piranha…”
“Yan,
tak baik.” Tegur Lutfiyah bila nama gelaran yang diberi Widayah dan
Ahdia diguna oleh Shayaan.
Shayaan
mengeluh. Dia menjuling matanya. “Ahdia Abdullah panggil doktor.
Lepas tu papa kena tembak balik. Bang!” Terletus tawanya Faizan dan
Faryal bila Shayaan sudah dalam mode
loyar buruknya. Guna nama penuh Ahdia lagi tu.
Tawa
mereka perlahan-lahan reda bila melihat riak wajah Lutfiyah berubah
serius. “Sekarang kita kena lebih hati-hati. Mama yakin papa akan
cari kamu Ayal.”
Itu
dia pasti. Khaleed tidak akan duduk diam dengan semua yang telah
berlaku. Dari kehilangan rumah ke harta benda dalam sekelip mata, dia
dapat agak arah tuju Khaleed sekarang. Hanya satu. Mendapat kembali
apa yang telah dia hilang dan dia akan mula dengan pelakunya. Faryal.
“Jangan
risau mama. Ayal dah bersedia. Lagipun Gerald dan Stacy ada. Satu
swing
tercampak dia pergi Antarktika.” Gurau Faryal. Lutfiyah hanya
senyum dengan telatah anak perempuannya itu. Orang tengah serius masa
itu juga dia nak buat lawak bodohnya.
“Iyalah
tu.” Suara Faizan mengusik Faryal.
Bantal
yang dipegang Shayaan dirampas Faryal dan dicampak ke arah Faizan
yang menangkapnya terlebih dahulu. “Sibuk!” Balasnya. Faizan
hanya ketawa. Suka dia dapat mengusik satu-satu adik perempuannya
itu.
“Ayal
lupa nak tanya. Aunty
Irah ada teman lelaki ke?” Soal Faryal bila gambar yang dilihatnya
kelmarin muncul difikirannya.
Lutfiyah
berfikir sejenak lantas menggeleng menidakkan pertanyaan Faryal itu.
“Setahu mama tak ada. Dulu pernahlah kahwin tapi cerai. Kenapa Ayal
tanya?” Hairan tiba-tiba saja Faryal bertanya tentang kakaknya itu.
Baru
sahaja Faryal mahu menjawab, Faizan memintas terlebih dahulu.
“Curiousity
kills the cat.
Betul tak Ayal?” Dijungkit-jungkit keningnya pada Faryal yang
bangkit dari duduknya dan meluru mendapat Faizan yang sudah
berdekah-dekah ketawa.
Shayaan
hanya duduk diam melihat wayang percuma didepannya itu. Faizan kena
sepit ketam dan lempeng kuat dari Faryal. Itulah suka sangat kacau
orangkan.
“Ayal!”
Lutfiyah memanggil anak perempuannya itu. Tidak sangka sudah kahwin
perangai semakin brutal.
**
Faryal
mengangkat kepala dan melihat Aviya menghampirinya dengan sampul
surat sederhana besar. “Ada surat untuk Ayal.” Dihulur surat itu
kepada Faryal.
“Thanks.”
Ucap Faryal dan Aviya meminta diri.
Melihat
sampul surat itu Faryal teringat sesuatu. “Oh kak Viya!” Aviya
yang mahu menutup pintu masuk kembali bila mendengar namanya
dipanggil Faryal.
“Mother
ada dekat rumah tak? Ayal ingat nak jenguk mother
lepas kerjalah. Lama tak jumpa.”
Aviya
senyum nipis. Dia ingat apa yang penting sangat sehingga Faryal
panggilnya kembali. “She’s
always home.
Melainkan Nat ajaknya keluar pergi beli-belah. Tapi tadi sebelum kak
Viya pergi kerja, mother
cakap dia tak keluar hari ini. Do
you want me to inform her you’re coming over?”
Soal Aviya disambut gelengan kepala Faryal.
“Tak
payah. Ayal nak buat kejutan.” Aviya angguk dan menutup pintu bilik
Faryal kembali.
Tanpa
lengah Faryal mencapai sampul surat yang dibawa Aviya tadi. Dikoyak
dan dikeluarkan isinya. Terkial-kial dia mahu membuka lipatan surat
itu sebab tidak sabar mahu membaca isi kandungannya.
Matanya
membaca setiap butir perkataan yang tertera. Matanya membuntang
dengan apa yang dibacanya pada saat itu. Jantungnya seperti berhenti
degupannya bila otaknya dapat mencerna isi kandaungan surat itu. Dia
mehenyak tubuhnya dibelakang kerusi. Terkejut. “Ya Allah. Apa ini
semua?” Mata dipejam seketika sebelum membukanya kembali. Surat
yang berada dalam pegangannya direnung tajam.
Dia
perlukan jawapan dan hanya seorang saja yang boleh membantunya. Surat
disimpan ke dalam sampulnya. Komputer dimatikannya. Dia menekan
interkom.
“Kak
Viya, Ayal ada perkara penting yang perlu Ayal selesaikan. Tolong
tangguhkan semua temujanji pada lain hari dan beritahu Gerald untuk
jumpa Ayal dilobi. Thanks.”
Interkom
dimatikan sebelum Aviya dapat bertanya lebih. Dengan cekap Faryal
mengemas apa yang patut. Dilihat buat kali terakhir ruang kerjanya
sebelum melangkah pergi untuk mencari jawapan kepada isi kandungan
surat itu.
**
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.
Ayal!” Faryal mendapatkan Nila yang menyambut kedatangannya.
Mereka
berpelukan seketika. “Kenapa tak beritahu mother
nak datang? Boleh mother
siapkan apa-apa yang patut.” Suara Nila kepada Faryal. Terperanjat
dia bila melihat Faryal datang. Baru saja dia ingat mahu merehatkan
matanya sebentar.
“Saja
nak buat kejutan. Mother
sihat? Father
dan
kak Nat mana? Senyap saja rumah.” Soalnya bila tidak melihat
kelibat Nat atau Pablo. Dia memaut bahunya Nila mesra.
“Father
dan Nat pergi keluar jumpa kawan. Mesti klien merekalah tu. Nanti
balik jugalah tu. Mari masuk. Biar mother
buatkan air. Mesti haus ni. Tambah lagi cuaca bahang betul.”
“Tak
perlu susah-susah. Ayal ada bawakan coklat kek untuk mother. Tapi
tunjuk-tunjuk saja. No
time to bake.”
Nila menyambut kotak kek yang dibawa Faryal dan mereka menuju ke
dapur. Sempat berbual tentang Issac yang sedang keluar kota.
Faryal
mahu menolong Nila tetapi tidak dibenarkan oleh wanita itu sama
sekali. Tiada pilihan lain dia melabuh duduk dikerusi yang terdapat
disitu. Mata mengamati setiap pergerakan Nila dari satu sudut dapur
ke satu.
“Izzat
ada beritahu kamu bila dia balik dari Singapura?” Soal Nila dan
meletak dulang yang berisi dua bekas cawan, teko berisi air teh dan
piring berisi kek coklat yang dibawa Faryal.
“Besok.
Itupun kalau selesai kerja dekat sana.” Ujar Faryal sambil membantu
Nila menghidang dengan menuang air ke dalam cawan sebelum diletak
depan Nila.
Faryal
mengucapkan terima kasih bila Nila meletak piring berisi kek coklat
didepannya. “Abang ada beritahu Ayal yang father
dah nak balik ke Paris. Has
it been confirmed?”
Nila angguk mengiakan pertanyaan Faryal.
Semua
sudah dilakukan Nat dan Pablo. Dari memilih tarikh ke jadual
penerbangan semua telah disahkan oleh mereka. Tanpa menghirau
kata-katanya. “Minggu depan. Hari Ahad. Tapi…”
“Tapi
mother berat hati mahu tinggalkan kak Viya dekat sini seorang diri?”
Faryal sambungkan kata-kata Nila. Dia melihat riak wajah muka Nila
yang berbelah bagi. Simpati dia dengan situasi yang dihadapi Nila
ketika itu.
“Susah
untuk mother berjauhan dengan mereka semua. Dulu bila Viya mahu ke
sini. Mother
ingat untuk bercuti tapi lain pula yang jadi. Mother
risau. Mother
tak sanggup kehilangan anak-anak mother.
They are everything to me.”
Tangan Nila yang memegang cawan tehnya dicapai Faryal dan diusap
lembut.
“Everthing
will be fine.”
Ucap Faryal dengan senyuman manis. Nila sambut senyuman itu dan
mengangguk kecil.
Suasana
sunyi kembali. Faryal menarik nafas yang dalam. Ini masanya untuk dia
bertanya tentang perkara yang mengganggunya sejak pertemuan mereka
ditanah perkuburan kelmarin. “Ayal nak tanya mother
sesuatu boleh?” Soal Faryal minta izin terlebih dahulu.
“Tentang
apa yang mother
cakap dekat tanah perkuburan kelmarinkan? What
I said have been bugging you right?”
Tebak Nila. Faryal angguk mengiakan. Rasa resahnya reda bila Nila
menunjuk reaksi yang baik dengan apa yang ingin dia tanyakan.
“Bila
mother
cakap yang
mother
bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah
keluarga mother
yang dikandungkan arwah Kat. Apa maksudnya?”
Nila
menunduk seketika. Matanya merenung air teh yang bersisa dalam cawan.
“Izzat sudah ceritakan kepada kamu tentang mother
tak
boleh ada anak lagi?” Faryal angguk. Nila senyum nipis.
Sudah
lama dia menyimpan rahsia ini. Rahsia antara dia, Pablo dan Kat.
Setiap kali melihat anak kembarnya dia teringatkan Kat. Kandungan
Kat. Bila dia melihat Issac, dia teringatkan Kat. Kandungan Kat.
Walaupun sukar untuk dia membuka cerita ini, dia sedar anak-anaknya
berhak tahu. Bila dia mengatakan perkara ini kepada Faryal dia sedar
mereka semua berhak tahu tentang rahsia mereka bertiga yang
mengakibatkan kematian Kat.
Faryal
melihat muka Nila berubah sayu. “Mother
teringin sangat ada seorang lagi anak. Mother
sukakan kanak-kanak. Tapi mother
tak dapat menambah keturunan mother
dengan
keadaan mother
yang tidak mempunyai rahim. Mother
cadangkan kepada father
untuk bernikah lain tetapi father
tidak setuju. He
called me crazy. I was crazy.
Gila kerana tak dapat ada zuriat lagi.” Nila gelak kecil mengingati
pergaduhan antara dia dan Pablo tentang masalah itu.
Dia
tertekan atas semua yang terjadi kepadanya. Dari keputusan bahawa dia
menghidap kanser, kepada terpaksa melahirkan anak kembarnya bukan
saja untuk menyelamatkan nyawa mereka tetapi dia juga, dan terakhir
sekali kehilangan satu-satunya mahkota seorang wanita.
Gila.
Itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan dirinya ketika itu.
Dia rasa tidak berguna sekali. Dia rasa tidak berguna kerana dia
bukan lagi wanita yang sempurna untuk Pablo. Bila dia mengemukakan
ideanya untuk Pablo berkahwin lagi, suaminya itu melenting mengatakan
itulah perkara yang paling bodoh yang pernah dikemukan Nila.
Bila
fikirannya yang kacau semakin pulih, dengan adanya Pablo dan kedua
anak kembarnya. “Mother
membuat satu keputusan yang mother
tidak pernah kesal sama sekali.”
Faryal
mendengar dengan setia ceritanya Nila.
“Sebelum
mother
kahwin dengan father,
mother telah
menderma telor mother
untuk
membantu wanita yang tidak dapat mengandung. Mother
tak sangka apa yang mother
lakukan
untuk menolong orang lain dapat menolong diri mother
sendiri.
Bila mother
ceritakan
kepada Kat tentang perkara ini, tanpa ragu dia menawarkan dirinya
untuk mengandungkan anaknya mother.
She
volunteered to become the surrogate mother. Father
pada mulanya tidak setuju tetapi akhirnya dia tiada pilihan lain.”
Sebab Pablo tidak sampai hati melihat dia sedih lagi. Pablo cinta
hatinya.
“Berbulan
kita menunggu keputusan dan akhirnya berhasil juga. I
was ecstatic. Mother
tak sabar dapat menimang cahaya mata lagi. Father
juga.” Faryal melihat muka Nila berubah ceria tetapi hanya untuk
sesaat saja sebelum kembali sayu.
“Ed,
papanya Izzat tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini. Bila
kami mahu beritahunya, Kat tidak membenarkan. Itulah syarat yang
ditetapkan Kat. Dia kata Ed pasti tidak kisah kerana apa yang
dilakuaknnya adalah menolong saudaranya sendiri.” Walaupun mereka
kurang setuju dengan permintaan Kat itu tetapi mereka terpaksa akur.
Kat satu-satunya solusi baginya untuk menambah ahli keluarga.
“Semakin
hampir tarikhnya, semakin tidak sabar mother
dibuatnya. Nursery
semua telah mother
sediakan. Tetapi tidak sangka Tuhan ada rancangan lain. Satu-satu
harapannya mother
musnah begitu saja. Ini semua kerana Khaleed.” Ujar Nila dengan
bibir yang diketap.
Bila
dia mendapat panggilan tentang kemalangan yang ditimpa Kat, sungguh
jantungnya seperti henti berdegup. Dia ingat dia pitam bila dapat
tahu bahawa Kat dan kandungan Kat, anaknya itu tidak dapat
diselamatkan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa musnah hatinya ketika
itu. Satu-satunya harapan yang ditunggu mereka, pergi dalam sekelip
mata dan ini semua kerana Khaleed. Lelaki jahanam yang telah meragut
kedua nyawa yang amat berharga baginya.
Tetapi
bila dia dapat tahu bahawa besar kemungkinan anaknya masih hidup, dia
mula berharap. Pagi, petang, siang dan malam dia berdoa untuk
disatukan kembali dengan anaknya itu. Tetapi masih tiada berita.
Faryal
memperbetulkan duduknya. “Jadi anak yang dikandungkan Kat adalah
anak mother?” Nila angguk kecil.
“Anak
perempuan mother.”
**
Kaki
diseret keluar dari kereta sebaik saja Gerald berhentikan kereta
diperkarangan rumah. Fikirannya terganggu sejak meninggalkan rumah
Nila. Secara automatis, dia akan menunggu terlebih dahulu dirumah
sementara menuggu Stacy atau Gerald memastikan rumah aman. Sebaik
saja Stacy muncul dan memberi lampu hijau, dia memasuki rumah yang
masih belum nyala lampunya. Gerald dan Stacy pula sudah hilang entah
ke mana.
Lampu
ruang tamu dihidupkannya. Terjatuh beg tangan miliknya bila melihat
kelibat lelaki yang amat dikenalinya sedang duduk disofa dengan kaki
yang disilang. Gelas berisi air sejuk berada dalam tangan Issac.
Tangan Faryal naik mengurut dada. Terperanjat.
“Astargfirullah
abang! Terperanjat Meen. Abang buat apa dalam gelap ni? Kenapa abang
balik tak bilang Meen pun?” Bertalu-talu dia bertanya dan diambil
beg tangannya atas lantai.
Faryal
melihat Issac yang merenungnya tajam dari tadi. Tiada senyuman atau
wajah ceria dari suaminya itu. Dia menghampiri Issac bingung dengan
sikap dingin suaminya itu.
“Abang?
What’s
wrong?”
Soalnya sebaik saja melabuh duduk bertenggek ditempat letak tangan
sofa yang diduduki Issac.
“You
tell me what’s wrong.”
Suara Issac tegang masih tidak menoleh pada Faryal disebelah.
Berkerut
dahi Faryal tidak faham apa yang dimaksudkan suaminya itu. Takkan
marah dengan klien dia pula yang kena? Mesti deal
gagal
ni itu sebab muka masam mencuka. Dia mengubah tempat duduknya dan
duduk diatas meja berukiran kayu didepan Issac. “Apa maksud abang?”
Soalnya.
Mata
mereka bertembung. Dilihat Issac menghirup air sejuk dalam gelasnya.
Sepasang mata hazel Issac tidak melepaskan pandangan matanya.
“It
must be fun turning the wheels on your own father without me
knowing.”
Faryal
tergamam. Macam mana Issac tahu tentang ini? Uncle
Alex ke? “Oh.” Hanya satu perkataan itu saja yang keluar dari
mulutnya.
Issac
duduk tegak. Gelas yang berisi air dihentak atas meja sebelah Faryal
membuat isterinya itu terlonjak, terkejut dengan reaksi spontan
Issac. “Oh? Itu saja yang Meen boleh cakap? Kalau mama tak telefon
abang pasti abang tak tahu yang isteri abang tengah melancarkan
satu-persatu pesta untuk menjatuhkan Khaleed.” Marahnya dengan
suara yang ditinggikan.
Dia
tidak sangka panggilan Lutfiyah kepadanya pagi tadi bukan sahaja
untuk bertanya mengenai khabarnya tetapi untuk memaklumkan tentang
muslihat Faryal selama tiadanya disana. Nasib baik surat perjanjian
dengan kliennya telah ditandantagan kalau tidak memang dia akan
menangguh temujanji mereka hanya kerana kebodohan isterinya itu.
Direnung
tajam Faryal yang mula gelisah dan serba salah. “Meen nak beritahu
abang…”
“Bila?
Selepas satu nyawa terkorban? Atau bila Meen disakiti Khaleed?”
Pintasnya tidak memberi Faryal peluang untuk menjelaskan apa-apa.
Kemarahannya sudah dikemuncak. Dia tidak faham mengapa Faryal tidak
mahu memberitahunya tentang rancangannya itu.
“He
will not dare hurt me.”
Ujar Faryal dengan suara perlahan.
“And
how do you know that?”
Issac melihat mulut Faryal buka dan tutup tidak tahu macam mana mahu
membalas pertanyaan itu.
Dia
mengensot ke depan mendekati Faryal. Kedua belah tangan Faryal
digenggamnya. “Kalau dia boleh bunuh orang tua abang dan merancang
kemalangan Nek Wan, abang tak nampak sembarang alasan mengapa dia
tidak berani buat perkara yang sama pada Meen.”
Matanya
menikam dalam mata Faryal. “He’s
not a toy you can play and chuck aside without them coming after you.
He’s a human being with feelings and I dare say this. He’ll come
after you.”
Itu dia yakin. Selepas apa yang dilakukan Faryal, Khaleed tidak akan
sama sekali berdiam diri. Khaleed akan membalas setimpal atau lebih
dengan apa yang dilaluinya.
“Dan
Ayal tak akan berdiam diri.” Balas Faryal tidak gentar.
Mata
mereka merenung satu sama lain seketika sebelum Issac mendengus kasar
sambil meraup rambutnya ke belakang. “Argh! Ini yang abang tak
mahu. Faryal Shameena ini yang abang takuti sekali. I
want my angel not a devil in disguise.”
Sekali lagi dia mendengus.
Faryal
Shameena yang berdendam. Faryal Shameena yang membelakanginya. Faryal
Shameena yang mahu membalas serangan demi serangan, dan Faryal
Shameena yang tidak takut dengan lelaki bernama Khaleed. Itulah yang
paling tidak diingininya. Bidadarinya bertukar menjadi setan yang
bertopeng. Dia memejam matanya. Kepalanya diurut, rasa pening
tiba-tiba.
Kini
giliran Faryal pula untuk mencapai tangannya Issac dan diusapnya
lembut dengan ibu jarinya. “Abang pernah cakap yang abang
percayakan Meenkan? Now
I need you to prove it, by believing in me.”
Dia perlukan kepercayaan Issac terhadapnya. Dia perlukan lelaki
didepannya ini untuk memahami dan menyokong setiap keputusannya.
Walaupun betapa bodoh keputusannya itu, dia mahu Issac menjadi tulang
belakangnya sepertimana akan dilakukannya untuk Issac.
“Please.”
Rayu Faryal bila tiada kata balas dari suaminya itu.
Melihat
mata Faryal yang bersinar dan mendengar Faryal merayu kepadanya
meruntun api kemarahannya. Dia tidak sanggup melihat Faryal disakiti
dan dia tidak sanggup menyakiti satu-satunya bidadari dihati.
Issac
melepaskan keluhan. “This
is against my better judgement.
Beritahu abang setiap butir yang Meen tahu dan dapat cari. Apa yang
sedang Meen rancangkan dan jangan tinggalkan apa-apa dari pengetahuan
abang. Sebab kalau abang dapat tahu Meen simpan apa-apa dari abang,
abang akan pastikan Meen terima hukumannya. Trust
me you’re not going to like it.”
Diberi peringatan kepada Faryal yang menanyang muka kasihannya. Mata
membulat besar dan bibir dicebik. Issac gelak dalam hatinya.
“Jangan
nak tunjuk muka puss
in boots
tu. Sekarang Meen naik dan pergi mandi. Kita makan pizza
untuk makan malam.” Issac mengeluarkan arahan kepada Faryal yang
akur. Dia bangkit dari duduknya atas meja.
Baru
beberapa langkah dia ambil, dia menoleh ke belakang melihat Issac
mengurut tengkuknya. “Hmm…abang nak mandi sekali tak?” Issac
menoleh melihat Faryal memandangnya dengan senyuman sipu-sipu malu.
Tidak sangka isterinya itu berani bertanya sedemikian.
Dia
bangkit dari duduknya atas sofa dan menghampiri Faryal. Muka masih
serius. Sebaik saja dia berdiri didepan Faryal, isterinya itu sudah
menayang senyuman nakalnya. Rindu benar dia dengan isterinya itu.
Kalau boleh mahu dia peluk erat Faryal sehingga esok pagi. Tapi
kerana kemarahannya, rasa rindu semua dicampak ke tepi.
Diusap
pipinya Faryal. “I’m
still angry with you.
Tapi boleh jugalah.” Issac kenyit matanya sebelum menarik Faryal
naik ke atas. Faryal pula sudah gelak dengan perubahan drastis
suaminya itu. Pening aku dibuatnya.
**
“Meen
dendam. Meen dendam dengan papa atas semua yang dia lakukan kepada
kita sekeluarga. Apa papa buat dekat orang tua abang, dekat mama dan
Nek Wan semua tidak adil. Hanya kerana papa obsess dengan kekayaan
dan kedudukan didunia, nyawa orang yang tidak bersalah menjadi
korban.” Rintih Faryal meluahkan apa yang dirasainya selama ini.
Issac
memaut bahu Faryal. Ubun-ubun isterinya dikucup lama. Setelah usai
mandi mereka duduk diruang tamu atas dengan kotak pizza
yang
dipesan Issac tadi. “Bila Meen mula rancangkan ini semua?”
Soalnya ingin tahu. Walaupun dia sudah dapat agak bila.
“Bila
Meen digari dan dibawa pergi malam tu. I
was really scared that night.
Meen takut tak dapat jumpa mama, Nek Wan semua lagi. Meen sedar apa
yang harus Meen lakukan. Kalau Meen yang Khaleed mahukan, Meen akan
beri. Tapi sebelum itu Meen akan hancurkan dia terlebih dahulu.”
Ujar Faryal dengan bibir yang diketap.
Malam
itu tidak akan dia lupa buat selama-lamanya. Pertama kali dia digari
dan dibawa pergi dalam kereta polis. Pertama kali dia rasa
keseorangan dan dalam ketakutan kerana tidak tahu apa yang akan
terjadi. Soalan demi soalan. Jeritan demi jeritan diharunginya semasa
dia disoal siasat. Dia mengikut apa yang dikatakan Issac. Beritahu
saja semua kebenaran. Tetapi mereka memutar belitkan pertanyaan
sehingga dia sendiri yang bingung. Dia dituduh melakukan sesuatu yang
dia tidak lakukan. Apatah lagi terhadap satu-satunya orang yang amat
disayanginya.
Selepas
dia dibebaskan. Bersemuka dengan Khaleed membuat api kemarahnnya
membara. Dia melihat Khaleed dari sudut yang baru. Sudut dimana tiada
lagi Faryal yang menagih kasih sayang seorang papa. Bila dia melihat
Nek Wan terlantar dia sudah mempunyai matlamat baru. Khaleed harus
dijatuhkan dan dialah yang akan melakukannya.
“How
did you feel seeing him fall? Afterall he is your father.”
Faryal
mengangkat kepalanya sedikit. Matanya melihat sepasang mata hazel
yang merenung padanya. “Salah ke kalau Meen cakap Meen rasa puas?”
“Abang
tak salahkan Meen kalau itu yang sayang rasa. Selepas apa yang dia
lakukan pada Meen selama ini. You
totally deserve it.
Tapi abang dapat rasakan yang dalam hati bidadari abang ni mesti ada
perasaan bersalahkan?”
Faryal
mengeluh dan kembali menyembam mukanya didadanya Issac. “Salah ke
abang?” Kalau dia ada rasa simpati terhadap Khaleed walaupun dia
rasa puas melihat kejatuhan lelaki itu?
Issac
menggeleng. Lengan Faryal diusapnya lembut. “Nope.
That strong sense of empathy is what made you different from Khaleed.
Sayang ada hati nurani yang kuat, walaupun sayang berbuat jahat, Meen
ada perasaan simpati dan bersalah tetapi Khaleed tidak. Dia tidak
berperasaan. Jadi tak salah untuk sayang rasa kasihan kepada dia
juga. Suka atau tidak dia tetap papa sayang.”
Memang
ada benar apa yang dikatakan Issac. Suka atau tidak, Khaleed tetap
papa kandungnya. Jadi tidak hairan kalau dia mewarisi sedikit
perwatakkan Khaleed yang jahat.
“Sekarang
apa rancangan sayang? Khaleed masih dekat hospital dan dari apa yang
sayang cakapkan tadi, besar kemungkinan dia akan dibawa ke hospital
sakit jiwa. Kalau ikan jaws
kena straight
jacket, piranha
apa hal pula?” Mereka berdua gelak kecil dengan gurauan Issac itu.
Dalam kepala Faryal sudah membayang ikan jaws
benar-benar memakai straight jacket. Aduhai.
“Itu
yang Meen nak cakap dengan abang. Ada satu perkara penting yang Meen
kena beritahu abang.” Dia duduk tegak. Dengan berat hati melepaskan
dirinya dari pelukkan nyaman dan hangat suaminya itu.
Nafas
dalam ditariknya. “Motif sebenar Khaleed membunuh mama abang adalah
kerana dia ingat anak yang dikandungkan Kat adalah anak dia. Kita
juga dapat tahu yang bayi itu selamat tetapi kita tak tahu
keberadaannya. Jadi Meen terfikir kalau Ahdia adalah bayi itu.”
Jelasnya terlebih dahulu.
Issac
angguk. “Itu yang kita semua sangkakan tapi tidak. Keputusan DNA
pun tunjuk yang Ahdia itu bukan anaknya Khaleed ataupun adiknya
abang. Sayang pun mesti tahukan bila sayang minta kak Din cawan yang
diminum Ahdia.” Faryal tidak angguk atau geleng. Tetapi dia hanya
merenung Issac didepannya.
“Pada
mulanya Meen mahu lakukan sekali lagi ujian DNA Ahdia dan papa tapi
Meen tukar bila dapat info
baru.”
Bertaut
kening Issac. “Info
baru? Dari siapa?” Soalnya bertalu-talu ingin tahu.
Bibir
diketap Faryal. Dia menunduk seketika bagi mengumpul kekuatan untuk
mengatakan jawapannya. Dia kembali memandang Issac.
“Mother.”
Tergamam
Issac bila Nila disebut Faryal. Terkunci mulutnya tidak tahu apa yang
harus dikatakan.
“Abang
ingat tak masa kita pergi tanah perkuburan dan terserempak dengan
mother
dan
father?”
Issac angguk pada pertanyaan Faryal.
“Bila
abang sedang berbincang dengan father,
Meen tanya mother
tentang abang masa kecil dan tentang arwah mama abang juga. Sebelum
abang datang balik, mother
ada
cakap yang mother
bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah
keluarga mother
yang dikandungkan arwah mama abang.” Cerita Faryal disambut kerutan
seribu dahinya Issac.
“Apa
yang mother
maksudkan
dengan itu?” Soal Issac kurang faham.
Faryal
mula berceritakan setiap butir tentang rahsia antara Nila, Pablo dan
Kat. Dari telor yang dibekukan, kepada Kat yang menawarkan diri untuk
mengandungkan zuriat Nila dan Pablo sehinggalah kemalangan yang
menimpa Kat.
Membulat
mata Issac. Mulutnya tercengang. Terbuka dan tertutup beberapa kali
tidak tahu dimana harus dia mula. “Seriously?
Tapi macam mana Meen tahu ini semua?”
“Meen
tadi pergi jumpa mother.
I asked her about what she said before dan mother ceritakan
rahsia antara dia, father
dan arwah mama.” Jelas Faryal.
Issac
meraup rambutnya sebelum menunduk menghadap lantai. Tangannya
menongkat dahinya yang sudah berkerut seribu. Faryal mengensot
mendekati Issac. Belakang Issac diusapnya lembut.
“Jadi
selama ini anak yang dikandungkan mama abang sebenarnya adalah
anaknya mereka?” Ulang Issac beberapa kali masih tidak dapat
mencerna informasi baru itu.
Faryal
tidak menjawab tetapi menyeluk poket pajama tidurnya dan menghulur
surat yang diterimanya dipejabat tadi kepada Issac. Suaminya itu
melihat surat itu dan Faryal bersilir-ganti.
“What’s
this?”
Dicapai surat itu dan dibacanya.
“Keputusan
DNA. Meen terima petang tadi dekat pejabat.” Faryal menjawab
mennanti reaksi Issac bila membaca surat itu.
The
probability of Nila Binti Sufian Ali being the biological mother of
Ahdia Binti Abdullah is 99.9999%. Therefore it is practically proven
that Nila Binti Sufian Ali is the biological mother of Ahdia Binti
Abdullah.
“Abang.”
Beberapa
kali Faryal memanggil Issac baru suaminya itu bersuara. “Abang tak
tahu apa yang harus abang katakan. Ahdia adalah anaknya mother?
Adiknya Nat dan Viya? She’s
my cousin?”
Satu-persatu pertanyaan keluar dari bibirnya.
Bayi
yang dia sangkah adalah adik kandungnya sendiri adalah saudaranya.
Jadi selama ini Ahdia yang sentiasa berada didepan mata mereka adalah
bayi yang dikandungnkan Kat. Mamanya sendiri. Satu pertanyaan muncul
diotak fikirannya. Dipandang Faryal disebelahnya.
“Tapi
apa yang abang tak faham, mengapa Khaleed bela Ahdia seperti anaknya
sendiri, walaupun dia tahu yang Ahdia bukan anaknya. Does
he know that Ahdia is not mama’s?”
Semakin berpusing kepalanya dengan ini semua.
“Meen
dapat tahu yang dahulu papa pernah mengejar mother
tapi father
telah memberi pelajaran padanya. Setelah Khaleed berjumpa dengan
mother
buat pertama kali dia jatuh suka dengan apa yang dilihatnya. Jadi
Meen terfikir mungkin Khaleed menyimpan Ahdia kerana dia tahu bahawa
Ahdia adalah satu-satunya kunci baginya untuk mendapat mother.
He’s not given up on her.”
Kemuka Faryal. Itulah yang difikirkannya seluruh jalan pulang dari
rumah Nila.
Bila
Nila cerita tentang Khaleed yang pernah mengejarnya dia mula membuat
andaian sendiri. Dia kenal dengan lelaki bernama Khaleed Jamaluddin.
Khaleed tidak akan pernah duduk diam selagi tidak peroleh apa yang
diingininya. Kalau benar Nila adalah salah satu kemahuannya selain
harta kekayaan, besar kemungkinan Khaleed pasti tahu rahsia antara
Pablo, Nila dan Kat. Itu sebab dia menyimpan Ahdia kerana dia
mempunyai satu lagi matlamat dalam hidup. Iaitu Nila.
“This
is crazy. Seriously crazy.”
Surat itu dicampak atas meja. Badan dihempas dibelakang sofa. Kepala
digeleng beberapa kali masih mencerna maklumat baru yang diterimanya.
Faryal
meletak tangannya dillengan Issac. “Meen belum berithu mother
tentang
ini. Tapi Meen rasa lebih baik kita beritahu sebab Meen kasihan lihat
mother
menangis atas kehilangannya. She
even blames herself for what happened to mama.”
Issac
hanya diam. Dada berombak kencang dan mata merenung tajam surat yang
berada diatas meja. “Abang?” Panggil Faryal sekali lagi.
“Kita
jumpa mereka besok. Abang perlukan penjelasan daripada mereka. Now
I just can’t think.”
Tutur Issac lantas menutup matanya erat.
Mai... ni bukan last post kan? Tak boleh bayangkan apa akan trjadi. Sy mengharapkan 'happy ending' tp curious jalan cerita. Mai, new n3 plzzzz
ReplyDeleteLagi...9 bab to go:B
DeleteLamanye kak!!! HAHAHAHAHA okay issac is being over-protective..hmm padan muke jaws..I thought so about the surrogate mother..still a good job kak^^
ReplyDeleteThank u dik:B
Deletebest 3x.
ReplyDeleteTerima kasih:B
Delete