Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 10 February 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 83

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 83

Fiyah, maafkan abang. Kerana abang keluarga kita jadi begini. Abang…Abang buta dengan harta dunia. Abang buta untuk berbandingkan yang mana batu dan yang mana permata. Abang sia-siakan apa yang kita ada. Abang benar-benar tak guna. Tak guna!” Khaleed menghentak-hentak kepalanya ditiang dibelakangnya.
Lutfiyah berpaling melihat suaminya itu. “Abang, kita semua bersalah dalam semua ini.”
Khaleed menggeleng. Dia memandang Lutfiyah dengan perasaan penuh kesal. “Tapi abang seorang suami dan papa yang tak berguna langsung. Maafkan papa Ayal. Papa banyak bersalah dengan Ayal. Papa tak bersikap adil terhadap Ayal. Papa tak jadi seorang papa yang Ayal impikan.”

Dipandang pada Faryal pula. Anak yang selama ini diketepi olehnya. Anak yang selama ini tidak dingakunya. Anak yang selama ini dibencinya. Anak perempuan itu adalah darah dagingnya sendiri. Dia khilaf.
Faryal merasa sebak mendengar kata-kata maaf dari Khaleed. Dia dapat merasa apa yang keluar dari mulut Khaleed itu benar-benar ikhlas tidak seperti sebelumnya. “Ayal pun papa. Ayal minta maaf kerana selama ini Ayal bersikap kurang ajar pada papa. Ayal…”
Kamu tak bersalah. Kamu tak pernah bersalah. Ini semua kerana kami semua terperangkap dalam permainan Aairah. Kalaulah papa tak terjatuh dalam permainannya, pasti ini semua tak terjadi. Ini semua salah papa.”
Khaleed masih menyalahkan dirinya. Dia sudah mengalirkan air matanya. Dia benar-benar kesal dengan semua yang dilakukannya. Apa yang dia lakukan kepada kedua orang tua Issac. Dia memang seorang yang kejam.
Tiga kepala itu berpaling ke arah pintu yang baru dibuka. “Aww! Sedihnya Joe keluarga ni. Semua minta maaf antara satu sama lain sebelum ajal datang menjemput.” Ujar Aairah menayang muka terharunya terhadap apa yang didengarinya tadi.
Kak Irah, tolonglah lepaskan Ayal, dia tak ada kena mengena dalam hal ini. Tolong kak Irah.”
Mama!”
Kau ingat dengan merayu pada aku, aku akan dengar? Jangan harap. Lagipun anak kau ni terlalu berbahaya. Otaknya licik macam kau.” Balas Aairah tidak menghirau dengan rayuan dari adiknya itu.
Faryal mengetap bibirnya. “Aunty tak akan lepas dari ini semua. Aunty dan orang-orang aunty tak akan dapat…”
Ayal!” Laung Lutfiyah bila Aairah menarik tudung yang dipakai Faryal dengan kasar.
Besar kecil lubang hidung dan berhayun kencang dadanya Faryal bila matanya dan Aairah berlaga sama sendiri. Dia tidak menghiraukan kesakitan dikepalanya. “Ada aku kisah? Dari mengugut aku lebih baik kau doa kepada tuhan supaya kau tak sengsara nanti. Lagipun sebaik saja aku bakar kau orang hidup-hidup, aku akan pergi jauh dari sini. Aku dah rancang semuanya. Kau jangan risau tentang aku. Baik kau risau tentang diri kau sendiri.” Dilepaskan cengakamannya terhadap Faryal dengan kasar.
Irah tolong Irah. Jangan apa-apakan Fiyah dan Ayal. Bunuh saja aku. Lepaskan mereka. Tolonglah Irah.” Buat pertama kali Khaleed merayu demi anak dan isterinya. Aairah menayang muka terkejutnya.
Wow! Kau dah insaf ke Khaleed?” Soal Aairah terkejut.
Tolonglah Irah, aku rayu pada kau, tolong lepaskan mereka.” Sekali lagi Khaleed merayu demi keluarganya tetapi Aairah tidak menghiraukannya.
Any last words?” Aairah bertanya sambil mendepa tapak tangannya kepada Joe yang meletak ‘lighter’ ditapak tangannya.
Khaleed mula resah. Lutfiyah disebelah juga sama. “Irah tolonglah Irah. Tolong jangan lakukan ini. Tolong lepaskan Ayal. Fiyah janji…
Mama!” Aairah menghentak kuat kepala Lutfiyah ke tiang dibelakang. Faryal mahu mendapatkan mamanya yang mula melentok ke bahu Khaleed. Mata pula sudah terpejam.
Pergi mampus dengan kau punya janji. Tutup mulut mereka. Bising!”
Orangnya menghampiri mereka dengan sapu tangan. Faryal dan Khaleed meronta-ronta tidak mahu bekerjasama. Tetapi akhirnya mereka tewas juga. Mata Faryal melekat pada Lutfiyah yang sudah tidak sedarkan diri.
Mama! Jeritnya dalam hati.
Jangan tinggalkan Ayal. I need you. Sambungnya. Air mata mula menitis mengenangkan nasib mereka. Issac belum tiba. Gerald berada seorang diri diluar sana. Tidak mungkin lelaki itu dapat menangani orang-orang Aairah yang ramai. Mungkinkah ini nasib mereka?
Aairah memetik ‘lighter’ ditangannya. Dipandang ketiga ahli keluarganya yang menanti ajal menjemput mereka. Matany jatuh pada Lutfiyah yang sudah terkulai layu dibahu Khaleed. “Selamat tinggal adikku sayang. Aku harap kau dapat jumpa papa kesayangan kau tu dekat sana. Kirim salam dekat dia untuk aku.” Baru saja dia ingin menyala batang kayu yang dipegangnya, suara dari orangnya menghentikan perlakuannya.
Bos! Bos! Ada beberapa kereta sedang menuju ke sini?”
Apa? Siapa?” Soal Aairah pada orangnya yang tercungap-cungap didepannya. Joe sudah meninggalkan bilik itu untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Izzat Danish.” Mendengar nama itu, Faryal merasa semangatnya kuat kembali. Ya Allah. Terima kasih.
Aairah sudah gelisah. Macam mana mereka dapat tahu dimana mereka berada? Melainkan. Matanya jatuh pada gelang tangan Faryal. “Budak tak guna!” Batang kayu dicampaknya. Dia menerkam Faryal bila sudah dapat jawapannya.
Belum sempat Aairah melakukan apa-apa, Faryal menendang kuat kakinya Aairah sehingga wanita itu terjatuh kebelakang didepan Khaleed. Tanpa lengah, kaki Khaleed yang tidak diikat melingkari tubuh wanita didepannya itu kuat. Menahan bagi memberi anaknya itu masa untuk memloloskan diri.
Melihat apa yang sedang dilakukan Khaleed, tangan Faryal yang bebas dari ikatan mencapai kayu yang dicampak Aairah tadi dan menghayunnya pada kepala orangnya Aairah. Lelaki itu turut tersungkur dan tidak menyedarkan diri.
Tangan Faryal tergesa-gesa membuka ikatan dikakinya. Sekali-sekala melirik Aairah yang sedang cuba memboloskan diri dari cengakam kakinya Khaleed.Tergesa-gesa Faryal cuba membuka ikatan kakinya tetapi tidak sempat memboloskan diri bila Joe dan beberapa orangnya kembali ke bilik itu. Joe melihat Aairah yang sedang melepaskan dirinya dari Khaleed dan tubuh orangnya yang sudah terkulai dilantai.
Kalau aku jadi kau aku tak akan buat sebegitu.”
Sebelum Faryal dapat bergerak, Joe mendapatkannya dan dengan mengguna belakang pistol yang dipegangnya, dia menghentak kuat belakang Faryal. Cengakaman Khaleed pada Aairah terlepas bila melihat anak perempuannya sudah tidak sedarkan diri seperti Lutfiyah.
Aairah menendang kuat Khaleed bertalu-talu bagi membalas dendam terhadap apa yang dilakukan lelaki itu tadi. “Irah cepat. Kita kena pergi dari sini.” Joe mendapatkan Aairah menghentikan tendangan Aairah terhadap Khaleed.
Aairah merengus kasar. “Bawa budak sial tu sekali.” Arahnya pada Joe. Tanpa membantah, Joe mengendong Faryal dibahunya dan mula melangkah pergi. Baru saja Joe ingin menginggalkan bilik itu satu tembakan terkena tembok berhampiran dengannya.
Cepat bawa dia masuk kereta.”
Joe meneruskan langkahnya. Aairah mencapai kayu yang dihayun Faryal tadi. Khaleed memerhati setiap perlakuan Aairah itu. Dia melihat hujung batang kayu yang dibalut dengan kain sudah diselemuti api.
Aairah senyum herot. Dipandang Lutfiyah dan Khaleed didepannya. “Ini untuk mama aku.” Baru saja Aairah ingin meletak batang kayu itu satu das tembakan lagi memasuki bilik itu. Tanpa lengah dia meninggalkan bilik itu dengan batang kauyu ditangan.
Sebaik saja dia tiba di permukaan pintu rumah itu, dia mencampak batang kayu itu ke dalam. Serta-merta, api mula menyala dengan besar. Dia senyum herot dan mula berlari ke arah Joe tetapi langkahnya mati bila das tembakan hampir terkena dirinya. Dia bersembunyi dibelakang tiang yang berhampiran dengannya.
Matanya melihat beberapa kereta hitam tersadai dijalan masuk ke tempat itu. Tiada jalan lain dari terpaksa membela dirinya sendiri. Aairah mengeluarkan pistolnya lantas mengerling sekali lagi jarak antara dia dengan kereta dimana Joe sedang memasukkan Faryal ke tempat penumpang sambil membalas tembakan.
Bang!
Aairah yang baru saja mahu bergerak kembali bersembunyi disebalik tiang. Matanya melihat api yang semakin marak dan dia senyum sendiri. Ini semua kerana lelaki yang tidak guna itu. Kalau tidak ini semua tak akan berlaku.
Irah!” Aairah menoleh ke arah Joe yang sedang bersembunyi dibelakang kereta. Joe mengisyaratkannya supaya berlari ke arahnya sementara lelaki itu melindunginya. Aairah angguk akur dan menanti masa yang sesuai untuk bertindak.
**
Sementara itu didalam, Khaleed sudah terbatuk-batuk kerana kepulan asap dan api yang semakin merebak. Dia cuba meleraikan ikatan ditangannya tetapi gagal. Dilirik Lutfiyah yang masih tidak sedarkan diri.
Tolong! Tolong!” Laungnya sekuat-kuatnya.
Ya Allah, tolonglah selamatkan kami Ya Allah. Hamba telah banyak dosa kepada keluarga hamba Ya Allah. Berilah hamba kesempatan untuk berubah. Hamba mohon pada-Mu. Doa Khaleed dalam hati.
Tolong! Uhuk! Uhuk! Tolong!” Sekali lagi dia menjerit. Dadanya semakin sesak dek asap yang dihidunya. Matanya semakin perit dan berair. Terkejut dia bila pintu bilik itu terbuka dengan kasar.
Matanya yang tidak berapa jelas itu melihat kelibat seseorang lelaki memasuki ruang itu. “Tolong! Tolong!” Pinta Khaleed dengan suara yang perlahan.
Gerald melihat dua tubuh yang terikat ditiang. Satu tidak bermaya sementara lagi satu hampir terkulai. Dia menghampiri Khaleed. Dikeluarkan pisau dikoceknya dan memotong ikatan Khaleed pada tiang dan juga ikatan tangannya.
Tolong isteri saya.” Rayu Khaleed pada Gerald.
Tuan boleh bangun?” Khaleed angguk. Gerald beralih pada Lutfiyah pula. Ikatan dileraikannya dan pada masa yang sama Lutfiyah mula menyedarkan diri. Dia terbatuk-batuk bila menghidu asap api yang kuat.
Puan kita kena pergi sekarang.” Suara Gerald menarik perhatian Lutfiyah. Matanya melilau mencari Faryal tetapi tidak ada.
Ayal? Ayal mana?”
Kita bawa puan keluar dari sini dahulu. Don’t worry she’s fine.” Bohong Gerald untuk menenangkan hati Lutfiyah yang sudah tidak tenteram.
Gerald memapah Lutfiyah yang lemah sementara Khaleed berada dibelakang. Lutfiyah mendengar bunyi tembakan diluar. Tetapi tidak dapat dilihatnya. Kepalanya rasa sakit dan tubuhnya rasa lemah sekali. Dia mengekori saja langkah Gerald untuk membawa mereka keluar. Dari satu tempat ke satu, dia melihat api membara disekeliling. Dia takuti kalau jalan keluar mereka akan terhalang.
**
Diluar, Issac yang sedang berlindung disebalik pintu kereta melepaskan tembakan demi tembakan ke arah Joe. Dia melihat Aairah berlari ke arah kereta itu. Pengkhianat! Desisnya dalam hati.
Suasana sudah menjadi kacau. Api semakin marak menjilat rumah usang didepannya dan perkara pertama dia cari adalah Faryal. Matanya melilau mencari isterinya. Apa yang dia tidak tahu adalah Faryal ada didalam kereta. Tetapi sesuatu yang baru keluar dari rumah yang dalam kebakaran itu menarik perhatiannya.
Dia melihat Gerald dan Khaleed memapah Lutfiyah. Matanya kembali melihat Joe yang turut mengarah matanya pada apa yang dipandangnya tadi. Pandangannya jatuh pada tangan lelaki itu. Tangan yang menggengam pistol dan sedang diacu ke arah Khaleed, Gerald dan Lutfiyah.
“Gerald!” Laung Issac kuat menarik perhatian Gerald yang memandang ke Joe. Tanpa lengah dia menolak Khaleed dan Lutfiyah ke tanah dan megeluarkan pistol yang diletaknya dikaki. Mereka melepaskan tembakan pada masa yang sama.
Issac melihat Joe memegang bahunya. Tembakan Gerald mengena sasaran. Dia berpaling kembali ke arah Gerald bila mendengar Lutfiyah menjerit memanggil namanya Khaleed. Matanya jatuh pada Khaleed yang sudah terlantar ditanah. Lutfiyah memusing tubuh suaminya menghadapnya. Gerald dengan pantas menolong Lutfiyah.
Aairah kini sudah selamat memasuki kereta dengan pertolongan Joe. Enjin kereta dihidupnya dan dilirik ke belakang, Faryal terbaring masih tidak menyedarkan diri. Dia membuka pintu depan untuk Joe membolos diri ke dalam.
“Joe!” Aairah memanggil Joe yang masih berada diluar dan tiada tanda-tanda mahu masuk.
Go without me.” Aairah menggeleng tidak setuju. Dia melihat baju yang dipakai Joe sudah basah kerana darah yang sedang mengalir.
No. Cepat Joe, masuk!” Rintihnya.
Walaupun jarak umur mereka jauh, lelaki itulah yang sentiasa berada disisinya dari permulaan permainan ini dan dia tidak mahu mengakhirinya tanpa lelaki itu. Jujur dia katakan, Joe sudah ada tempat istimewa dihatinya. Johan Marten adalah cinta hatinya. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki itu. Dia tidak mahu berpisah dengan Joe. Tidak mahu.
Be safe. Untuk I.” Ujar Joe sambil mengenyitkan mata.
No! Joe! Joe!” Tetapi pintu kereta sudah ditutup lelaki itu.
Joe! Kenapa you tukar apa yang telah kita rancangkan? Kenapa you tinggalkan I sendirian? Kenapa? Aairah memejam matanya. Dia memegang stereng kereta. Diangkat kepalanya dan melalui pandangannya yang kabur kerana air mata yang sedang menitis, dia melihat kelibat Issac sedang menuju ke arahnya.
Be safe. Kata-kata akhir Joe bermain difikirannya. Joe mahu dia pergi dari sini untuk menyelamatkan dirinya dan walaupun dia berat hati mahu melakukannya, dia menekan pedal minyak dan kereta maju ke depan. Melalui cermin kereta dia melihat kelibat Joe yang sudah terbaring diatas tanah.
I love you.
**
Angel!” Bisik Issac bila kereta yang dipandu Aairah itu melepasinya. Dia melihat Faryal dibelakang kereta itu walaupun sekilas. Dia berlari mahu mengejar tetapi kereta itu semakin pergi jauh.
Shayaan yang menghampirinya turut memandang ke arah kereta itu. “Kau pergi kejar dia, biar aku selesaikan semua dekat sini.” Ucap Shayaan faham apa yang sedang bermain difikiran adik iparnya itu.
Issac angguk dan bergegas laju ke arah kereta yang berdekatan. Glen dan beberapa orang mengikutnya. “Izzat! Bring back Ayal for us.” Issac angguk dengan permintaan Shayaan sebelum membolos diri ke dalam kereta.
Glen disebelah sudah mengundur kereta dan mengikuti jalan dimana kereta yang dipandu Aairah pergi. Issac disebelah memeriksa pistolnya memastikan peluru masih ada. “Cepat Glen! Kita tak boleh hilang dia.” Sebab Meen ada didalam. Sambung Issac dalam hati.
Tangannya mengenggam konsol kereta kuat. Dia tidak tahu apa harus dilakukannya untuk meluahkan tekanan yang dirasainya. Dia harus menyelamatkan Faryal. Dia harus.
“Bos! Kereta dia dekat depan.” Issac angkat kepalanya dan seperti yang dikatakan Glen, kereta yang dipandu Aaiarh ada beberapa meter didepan.
“Jangan hilang jejak kereta tu. Isteri saya ada dibelakang.” Glen angguk akur dengan arahan majikannya itu.
Angel, I’ll bring you home.
**
Aairah melirik ke cermin kereta. Dia melihat sebuah kereta hitam sedang menghampirinya. Argh! Izzat Danish! Dia kembali menekan pedal minyak dan sekali-sekala melirik kereta dibelakang.
“Mmm…” Bunyi yang datang dari belakang kereta menarik perhatian Aairah. Dilihat Faryal sedang menggerakkan kepalanya. Aairah panik.
Budak sial ni dah bangun masa-masa gawat gini pula. Dia menoleh kembali ke depan. Bila dia hampir kehilangan kawalan keretanya akibat terlalu fokus pada Faryal.
Faryal menggeleng kepalanya. Cuba memfokus kembali penglihatannya. Tangan mengurut sedikit lehernya yang berdenyut-denyut akibat pukulan dari Joe. Matanya melilau melihat sekelilingnya. Dia berada dalam kereta. Di bahagian penumpang. Diangkat kepalanya dan dia melihat kelibat Aairah dibahagian pemandu. Dia terhayun kembali ke belakang bila Aairah menekan pedal minyak.
Perlahan, Faryal bangkit dari pembaringannya. Dia sedikit terhuyung-hayang akibat kepalanya yang rasa sakit itu.
Aunty nak bawa saya ke mana hah? Mana mama? Mana papa?”
“Sekarang mereka sudah mati terbakar.” Faryal terlopong tidak percaya. Tidak mungkin. Apa yang Faryal tidak tahu adalah, Lutfiyah selamat sementara Khaleed sekarang dalam perjalanan ke hospital.
Aairah membelok kereta ke kiri secara mendadak. Faryal terhumban ke pintu kereta. Kepalanya terhentak kuat tempat pengang pintu kereta. Dia mengetap bibir menahan kesakitan sebelum bangkit semula.
Dia memusing ke belakang dan pada saat itu dia melihat sebuah kereta sedang mengekori mereka dibelakang. Apa yang membuat dia kembali semangat adalah sepasang mata hazel yang merenung tajam ke arah mereka.
Abang! Selamatkan Meen. Rintih Faryal dalam hatinya.
Aairah melihat kereta hitam dibelakang semakin menghampirinya. Dia semakin panik bila kelajuan kereta yang dipandunya sudah sampai ke hadnya. Faryal yang melihat riak wajah Aairah yang semakin tidak tentu arah menoleh ke belakang.
Kalau aku keluar dari kereta secara mendadak dengan kelajuan kereta sekarang ini pasti aku cedera. Tetapi macam mana nak keluar bila pintu terkunci? Faryal melilau matanya mencari jalan keluar. Dia terdiam bila kakinya tertendang sesuatu dibelakang kerusi pemandu. Dia melirik ke bawah dan dapati batang kayu. Terima kasih Ya Allah.
Nafasnya semakin deras bila satu idea menerpa fikirannya. Faryal memandang ke depan, jalan lurus dan tiada kereta. Dengan kiraan sehingga tiga, Faryal memecahkan tingkap belakang kereta dengan batang kayu yang dijumpainya. Aairah terkejut dan berpaling ke belakang.
“Apa kau buat hah?” Soal Aairah bila melihat Faryal mula memboloskan dirinya melalui cermin yang dipecahnya tadi.
Faryal tidak menghiraukan kaca yang mula meyakitinya. Apa yang difikirannya adalah melepaskan diri dari Aairah walaupun ia akan meragut nyawanya. Separuh badan Faryal berjaya meloloskan diri. Kepala diangkat Faryal matanya memandang kereta yang dinaiki Issac. Dia meluruskan tangan kanannya meminta Issac menolongnya.
Issac yang melihat Faryal sudah duduk dihujung kerusi. “Glen dekati kereta tu cepat.” Tali keledar dibukanya. Mata tidak lepas dari Faryal yang kelihatan pucat. Apa yang merisaukannya adalah kalau isterinya itu tercampak keluar dari kereta itu.
Abang.” Laung Faryal kuat. Kakinya sudah sakit dan dia dapat merasa darah bila ditelan air liurnya.
Aairah didalam sudah tidak tentu arah bila melihat Faryal sudah hampir keluar dibelakang. Dia cuba menarik kaki anak saudaranya itu sementara tangannya lagi satu mengimbangi panduannya, tetapi gagal. Dia melihat cermin sisi dan matanya jatuh pada apa yang dipegang Issac.
Bang!
Faryal menjerit bila tembakan dilepaskan Issac mengena tayar disebelah kiri.
Bang!
Aairah melihat cermin disisi dan dapati salah satu daripada orang Issac telah menembak tayarnya disebelah kanan pula
Setan!” Jeritnya sambil menghentak kuat stereng.
Kereta yang dipandu Aairah semakin perlahan tambah lagi dua tayarnya dibelakang sudah rosak. Aairah sekali lagi mencapai kakinya Faryal dan akhirnya dia berjaya. Faryal menendang-nendang kuat untuk meloloskan kakinya dari genggaman Aairah.
Meen!”
Faryal menoleh ke belakang. Kereta dinaiki Issac sudah berada hampir dengannya. Aairah tiba-tiba melanggar kereta Issac membuat Faryal terjerit kuat.
Jangan harap kau dapat lepas dari aku.” Ujar Aairah dan sekali lagi melangggar sisi kereta hitam itu. Tangannya tidak lepas dari memegang kakinya Faryal.
Faryal tidak henti meronta dan menendang Aairah. Matanya memandang kereta Issac yang menghampiri sekali lagi. Dia melirik Aairah yang senyum sinis padanya. Faryal sudah penat. Segala tenaganya sudah lesap. Faryal terbaring dibut kereta. Matanya melihat langit yang hitam. Bintang yang berkilauan dilangit.
Ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk mengharungi ini semua. Tolonglah hamba Ya Allah. Faryal memejamkan matanya. Setitis air mata melingkari pipinya.
Angel hang in there!
Dah penat dah Ayal?” Sindir Aairah didalam bila tiada rontaan atau tendangan balas dari anak saudaranya itu.
Faryal memandang kereta Issac yang menghampiri sekali lagi. Dilihat Issac yang mengarah sesuatu kepada Glen sebelum berpaling padanya kembali. Mata mereka bertaut. Hati Faryal mula sebak. Mungkinkah ini kali terakhir dia akan berjumpa dengan suaminya itu?
Angel, don’t give up on me. Stay with me.” Suara Issac menyapa telinganya sekali lagi.
Issac kini berada ditempat penumpang dibelakang dengan pintu yang terbuka luas. Issac memegang erat tempat pemegang sementara dia meyua tangannya pada Faryal. Isterinya itu kelihatan tidak bermaya lagi. Dia harus menyelamatkan Faryal. Harus!
Grab my hand angel. Grab my hand. Come on angel, don’t give up.” Pintanya pada Faryal yang angguk akur.
“Abang.”
Faryal memanjangkan tangannya ke arah Issac sekali lagi. Dia tidak mahu berputus asa. Glen mendekati kereta itu supaya Issac dapat meyelamatkan Faryal tetapi dengan cara Aairah memandu, ia amat menyukarkannya. Tangan Issac hampir mencapai tangan isterinya. Baru saja dia mahu menggenggam tangan suaminya, suara Aairah menarik perhatiannya.
Aairah menarik kaki Faryal kuat. Tubuh Faryal kembali masuk sedikit ke dalam. “Mana kau nak pergi angel? Kau nak pergi dekat suami kau? Jangan harap!”
Aku tak boleh putus asa. Aku tak boleh putus asa. Berkali-kali Faryal memainkan kata-kata itu. “Bos! Bersedia.” Issac angguk.
“Pegang kuat-kuat Meen!” Laung Issac kuat dan Faryal akur. Dia menutup matanya erat dan dia hampir terhumban ke belakang bila Glen melanggar sisi kereta Aairah.
Pegangan dikaki Faryal terlepas bila kedua belah tangannya Aairah terpaksa memegang stereng kereta bila dia hampir hilang kawalan. Mengambil kesempatan itu, Faryal menolak dirinya keluar dari bahagian penumpang. Aairah yang baru sedar apa yang sedang dilakukan Faryal cuba menangkap kembali kaki anak saudaranya itu, tetapi Faryal sudah berjaya meloloskan seluruh tubuhnya keluar. Sekarang Faryal duduk bertenggek dibelakang kereta.
Faryal memegang erat pembukaan tingkap belakang itu. Dia mengensot tubuhnya ke hujung kereta menghampiri keretanya Issac. Aairah yang melihatnya memusing-musing stereng ke kanan dan ke kiri, serta-mereta membuat Faryal hampir terjatuh dari kereta kalau dia tidak memegang erat belakang kereta.
Sekali lagi Faryal memanjangkan tangan kanannya sementara tangannya lagi satu memegang kuat kereta. “Come on angel. Abang perlu Meen lompat ke mari.” Mendengar arahan itu Faryal menggeleng kepalanya. Dia takut kalau Issac tidak dapat menangkapnya.
Trust me angel. Percayakan abang Meen. Abang akan tangkap Meen. I’ll catch you. I won’t let you fall. I promise.” Issac cuba memberi kata-kata semangat pada isterinya itu.
“Percayakan abang.” Issac meyua tangannya sekali lagi. Faryal menarik nafasnya dalam. Percaya. Dengan Bismillah, Faryal memanjang tangannya. Semakin hampir dan tangan mereka akan bersatu. Lagi sedikit. Lagi sedikit.
Got you.” Ucap Issac bila tangannya dan Faryal bersatu.
In the count of three, Meen lompat sekuat hati sayang.”
“Satu” Issac mula mengira.
Say it with me angel. Two.” Faryal mengikut kiraan Issac. Hatinya berdegup kencang bila dia menunduk ke bawa dan melihat jalan raya berlalu pantas.
“Jangan tengok bawah. Tengok abang. Look at me.” Kepala diangkat Faryal. Dia menelan air liurnya. Issac menggangguk padanya.
“Bos! Incoming.
Issac dan Faryal menoleh ke depan. Sebuah lori sedang menghampiri mereka. Pada tepatnya, lori sedang menuju ke arah kereta yang dipandu Aairah. Faryal tercengang. Dia sudah gelisah. Issac dapat merasai Faryal yang sudah gelabah.
Angel.” Mata mereka bertaut. Sepasang mata hazel itu memberinya isyarat.
Three!” Dengan segala tenaga yang dia ada, Faryal melompat sekuat hatinya. Matanya tertutup rapat bila dia rasa kepala menghentak sesuatu keras.
Aairah berpaling ke belakang dan dapati Faryal tidak ada. Dia melihat Faryal sudah berada dalam kereta Issac. Dalam dakapan lelaki itu. Baru saja dia kembali menoleh ke depan, matanya membulat keluar dan mulutnya terlopong besar bila sebuah lori berada bertentangan dengannya.
Bam!
**
Angel. You’re safe.
Telinga Faryal menangkap suara Issac berbisik ditelinganya. Dia merasa kucupan hangat diseluruh mukanya. Dia merasa usapan lembut dipipi dan dia merasa dakapan hangat yang amat dia kenali.
Perlahan dia membuka mata. Sepasang mata yang amat dikenalinya menatapnya dalam. Matanya berair. Diangkat tangannya dan megusap lembut wajah yang sangka tidak akan dia dapat lihat lagi. “A…Abang.” Panggilnya perlahan.
Issac mengeggam pergelangan tangan Faryal yang sedang mengusap pipi dan menyeka air matanya. “Abang dekat sini sayang. Abang dekat sini.” Dikucup tapak tangan Faryal. Dia membalas senyuman nipis Faryal. Tangannya mengusap bibir mungil isterinya itu.
Aunty Irah?” Soal Faryal.
“Bos kami sudah panggil ambulans.” Glen menyampaikan berita kepada majikannya itu. Faryal bangkit secara mendadak dari dakapan Issac.
“Sayang.” Sebelum Issac dapat menghalang, Faryal sudah berdiri diluar kereta. Dia melihat reaksi isterinya itu dengan apa yang terpampang didepannya. Kereta yang dipandu Aairah mencium pokok ditepi jalan. Lori itu pula sudah berhenti beberapa jarak darinya.
Faryal melihat beberapa tubuh berkerumun mengelilingi sesuatu. Dia mengorak langkah ke sana. Issac mengikuti isterinya itu. Dia tidak mahu Faryal melihat keadaan Aairah tetapi dia yakin kalau dia tidak membenarkan, keinginan isterinya akan semakin berkobar-kobar. Dia merelakan saja.
Setiap langkah yang diambil menghampiri orang ramai itu, semakin berdegup kencang degupan jantungnya. Faryal hampir tersandung kakinya sendiri tetapi Issac menangkapnya terlebih dahulu. “Careful. Meen masih lemah.” Issac menarik isterinya itu ke sisinya dan mereka berjalan beriringan ke tempat kemalangan itu.
Mata Faryal melihat mulut kereta yang sudah hancur akibat impak kuat tadi. Kepulan asap keluar dari bahagian depan. Pelbagai soalan masih bermain difikiran Faryal. Tetapi hanya satu yang bermain ulang kali.
Aunty Irah selamatkah?
Kakinya terhenti dan tangannya naik menekup mulut bila pertanyaannya terjawab. Matanya berair bila dia melihat tubuh Aairah terlantar atas jalan setelah beberapa tubuh bergerak ke tepi bila melihat Faryal dan Issac menghampiri mereka.
A…Aunty Irah.” Sukar sekali nama itu unutk keluar dari bibir Faryal kerana nafasnya bagai terhenti.
Faryal melihat kepala Aairah menoleh ke arahnya. Tangan wanita itu yang berlumuran darah menggapai-gapai padanya. Mulut bergerak-gerak memanggilnya. Seperti terpukau Faryal maju menghampiri Aairah. Mata mereka bersatu. Hati Faryal mula rasa sayu.
Tubuh diturunkan Faryal sehingga dia duduk berlutut disebelah Aairah. Air matanya sudah mengalir. Dia mencapai tangannya Aairah dan digenggamnya erat. Mulut Aairah bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu. Faryal mengensot mendekati kepala Aairah.
“A…Ayal. De..dendam aku su…sudah terbalas.” Ujar Aairah lantas dia ketawa walaupun Faryal yakin amat menyakitkan. Belum sempat Faryal dapat bersuara, Aairah sudah menarik nafasnya yang dalam. Nafasnya yang terakhir sebelum genggaman Aairah pada tangan Faryal terlerai dan matanya tertutup rapat.
Aunty. Aunty.” Faryal memanggil Aairah berkali-kali. Badan Aairah digoyang-goyangkan tetapi tidak ada respon.
Faryal menoleh ke sisinya bila tangan kasar Issac menariknya dalam dakapan. Walaupun Aairah yang melakukan ini semua, dia tidak dapat membenci mak ciknya itu. Aairah telah melakukan ini semua kerana apa yang dilakukan Tok Wan terhadap mereka sekeluarga. Kalau Tok Wan tidak memulakan ini semua, Faryal yakin tidak akan ada dendam yang tersemat dihati Aairah.
Issac memeluk Faryal erat. Belakang isterinya itu diusap berkali-kali. Dia memandang tubuh Aairah yang sedang ditutup oleh Glen. Semua sudah berakhir. Permainan sudah tamat.





10 comments:

  1. Akhirnya smua slmt...Mak Cik air ah xsmpt brtaubat..harap keluarga ni akn bhgia..harap faryal dan izzat dpt chayamata yg comel..keep it good writg dear writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ! In Sha Allah lepas the last bab, Mai akan tulis sambungan KMAJ:B

      Delete
  2. akak..mane cukup satu bab ending!!! uwaa..serious i like part pistol2 ni cool je..HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sebab tk cukuplah, Lps last bab Mai akan upload bab khas utk KMAJ:B

      Delete
  3. Replies
    1. Yap2..last bab tapi ade sambungan special aft tt:B

      Delete
  4. Ada lagi satu bab kan writer?

    ReplyDelete