Bab
43
“Hari
ini you akan berada di bawah. Temujanji ini I tugaskan kepada you.
I will assist you throughout the meeting.
Ambil ni dan baca profil pelanggan you. Faham apa yang disukai dan
tidak disukainya. Dari situ you syorkan baju yang sesuai dengannya.
Faham?” Soal Geraldine kepada Ahdia yang mengangguk bagai burung
belatuk.
Fail
yang mengandungi profil pelanggan itu dibuka Ahdia. Tetapi belum
sempat dia membaca Geraldine sudah menyapa pelanggan itu sebaik saja
mereka tiba ditingkat bawah. Dilihat Geraldine memeluk wanita itu
seperti sudah lama berkenalan. Walhal wanita itu baru pertama kali
berada disini.
“Puan,
ini I kenalkan you staf I Ahdia yang akan bantu you hari ini. Ahdia
ini Puan Nila Vientis.”
Mereka
berjabat tangan sebaik saja Geraldine mengenalkan mereka. Mata Ahdia
mengamati wanita yang penuh gaya itu. Dari pakaian saja dia dapat
membuat andaian bahawa wanita itu mempunyai citarasa yang tinggi.
Dari cermin mata ke kasut yang tersarung dikaki wanita itu saja,
boleh makan beribu-ribu dollar.
Matanya
terpaku kasut yang tersarung dikaki putih milik pelanggan itu.
“Christian
Louboutin Love Flats collection right?”
Tiga pasang mata memandang kasut yang dipakai Nila. Sepasang kasut
yang biasa saja rekaannya itu boleh mencecah sehingga enam ratus
dollar. Bayangkan!
Nila
angguk mengiakan pertanyaan Ahdia. “My
hubby bought it for me during my birthday. Being away from him is
difficult. At least he is here with me.”
Kaki Nila diangkat sedikit menayang kasut yang dibeli oleh suaminya.
Gelagat Nila itu disambut tawa dua anak muda didepannya.
“Boleh
kita mulakan?” Nila angguk mengiakan.
Geraldine
menyila Nila ke bilik yang telah disediakan untuknya. Sedang mereka
berborak sambil menuju ke bilik dibelakang, Ahdia sempat membaca
profil pelanggannya itu.
Nila
Vientis. Berasal dari Paris. Kerja sebagai suri rumah sepenuh masa.
“Puan
silakan duduk dulu. Ahdia, sila buatkan teh untuk Puan Nila.” Arah
Geraldine kepada Ahdia yang baru saja menapak masuk.
Diberi
senyuman sebelum berpaling ke pantri. Muka yang tadi tidak lekang
dengan senyuman kini berubah menjadi masam. Kabinet dipantri itu
ditutup dengan kasar.
“Dia
ingat aku ni tea
lady
ke apa? Mentang-mentang kau sekarang pengurus, sesuka hati saja
mengarah aku buat itu ini. Nasib baik aku sudah janji dengan papa
kalau tidak memang nahas kau aku kerjakan.” Gula diletak dengan
kasar ke dalam cawan. Sudah beberapa hari dia bekerja dibawah
Geraldine, ada saja yang harus dibuatnya.
Dua
hari pertama, dia diarah membuang sampah dan membersihkan apa yang
patut di butik itu. Macam kuli dia dibuatnya. Pertama kali dia harus
mengelap dinding kaca butik itu. Pakai lawa-lawa tetapi terpaksa
melakukan pekerjaan yang hanya sesuai untuk seorang bibik. Selepas
itu ditambah tugasnya. Dia disuruh menjaga meja penyambut tetamu.
Kalau ada apa-apa yang diperlukan dari sesiapa ditingkat bawah, dia
harus melaksanakannya. Ini termasuk menjawab panggilan yang tidak
pernah berhenti. Ada beberapa kali dia memarahi seorang panggilan.
Nasibnya malang sekali apabila Geraldine berada disitu merenungnya
dengan tajam. Akibat itu dia didenda. Sehari suntuk dia terpaksa
menjawab panggilan didepan Geraldine. Memang menyakitkan hati sekali.
Tetapi dia terpaksa bersabar.
Cawan
berisi teh diangkatnya menuju ke bilik semula. Sebaik saja dia
memasuki bilik itu Geraldine sedang merenungnya dengan ekspresi yang
menunjuk dia kurang senang dengan apa yang sedang dilakukan Ahdia.
Geraldine senyum kepada Nila dan meminta diri seketika. Dengan mata
yang dicerlung kepada Ahdia, Geraldine berbisik kepada Ahdia supaya
mengikutinya.
Sebaik
saja pintu ditutup rapat oleh Ahdia, Geraldine memusing menghadapnya
dengan muka yang tegang. “You tak pernah belajar ke kalau mahu
menghidang sesuatu kepada seorang tamu harus mempunyai dulang. Lagi
satu, sebelum memasuki ruang sesiapa saja kamu tak pernah diajari ke
supaya mengetuk dulu?”
Ahdia
yang menggigit dalam bibirnya menahan supaya tidak meluahkan rasa
marahnya kini. Kalau boleh mahu saja dia memaki hamun perempuan
berlagak didepannya.
“Sekarang
I mahu you kembali ke pantri. Buat air yang baru dan membawanya
kembali ke dalam bilik dengan dulang.” Dua perkataan terakhir
ditekan Geraldine. Ahdia berlalu kembali ke dalam pantri dengan hati
yang membara.
Sementara
Geraldine menggeleng dengan senyuman sinis dibibir. Dia masuk kembali
ke dalam. Nila yang sedang membelek baju yang tergantung bersuara.
“She
really has no basic etiquette but she does have the sense of style.
Did you see her giving me the manhattan once over?”
Geraldine
gelak melihat muka mimik Nila yang menunjuk cara Ahdia meniliknya
tadi. Dari hujung rambut ke hujung kaki dan naik kembali ke rambut.
Nasib baiklah Nila ni pandai bergaya. Kalau pakai hanya seluar slack
dan baju biasa saja pasti Ahdia tidak akan menegurnya.
“Padanlah
kamu semua tak suka dengan dia. Tapi jangan risau aunty akan buat
sepertimana Issac mahu. Dengan perempuan macam dia kena pandai cucuk.
Sekali kena cucuk terus dia melekat.”
Ketukan
dipintu mengakhiri perbualan mereka. Ahdia menjengul kepalanya ke
dalam melihat adakah ia selamat untuk masuk. Apabila melihat
Geraldine mengangguk kepala memberi kebenaran, dia pun membolos ke
dalam dan menghidang secawan teh yang harus dibuatnya kembali. Nila
senyum kepada Ahdia.
“Terima
kasih.” Nila menghirup teh yang dibuat Ahdia. Apabila Nila memuji
air yang dibuatnya itu sedap, Ahdia senyum lebar sehingga ke telinga.
“Puan
ke sini ingin mencari baju untuk majilis makan malamkan?” Soal
Geraldine sambil membelek profil Nila.
Nila
angguk. “I nak baju yang tidak ikut sangat bentuk badan I.
Maklumlah I dah tua. Bukannya orang berkenan pun.” Gurau Nila
membuat Ahdia dan Geraldine ketawa kecil.
“Kita
sudah ada beberapa cadangan seperti yang dimahukan Puan. Ini dari
koleksi kami yang terbaru.” Geraldine menayang baju yang sudah
tergantung dirak yang tersedia. Sedang Geraldine menjelaskan rekaan
itu Nila tiba-tiba mengangkat tangannya membuat perbicaraan Geraldine
terhenti serta-merta.
Mata
Nila dikerling sekilas Ahdia yang berdiri dihujung rak itu. “I mahu
Ahdia yang pilihkan baju I.”
Terperanjat
Ahdia dengan permintaan wanita itu. “Are
you sure?
Lagipun dia baru berkerja disini.”
Nila
angguk.“Yes
I’m sure. Afterall, not all can recognise I’ve got Christian
Louboutin on my feet.”
“Baiklah.
Ahdia, kamu layan Puan Nila. Pastikan citarasa dia dipenuhi.”
“Okay.”
Ahdia akur. Hati Ahdia yang tadi membara kini sudah surut dengan
permintaan Nila. Pertama kali ada orang perlukan khidmatnya.
Geraldine
pula berdiri dibelakang mengawasi dan mendengar Ahdia menjelaskan
baju yang direka oleh pereka butik Bidadari. Berbaloi dia menyuruh
Ahdia mempelajari setiap rekaan dari setiap koleksi yang terdapat
dibutik itu. Tetapi apa yang Ahdia tidak tahu ini semua sudah dalam
rancangannya termasuk yang akan mengetuk pintu dalam tiga, dua, satu.
Tuk!
Tuk!
Perbualan
Ahdia dan Nila terhenti. Zee yang membolos dirinya ke dalam
mendapatkan Geraldine yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Zee
membisik sesuatu kepada Geraldine yang angguk faham sebelum
menghampiri Nila yang sedang membelek baju yang disua Ahdia.
“Maaf
puan. I ada klien yang menunggu. Ahdia akan membantu puan mencari
rekaan yang paling sesuai sekali untuk puan. Ahdia, please
don’t disappoint me. I’ll come and check on you later.”
Sebaik saja memberi peringatan kepada Ahdia, Geraldine meminta diri
dan berlalu pergi bersama Zee dibelakang.
Sebaik
saja pintu ditutup rapat Nila memusing kepada Ahdia. “She
watches you like a crow. Tak
mahu kamu hilang dari pandangan dia.
I don’t like that type of people. So strict. Life is too short to
be firm. You just need to have fun.
Betul tak?” Ahdia angguk setuju.
“Betul
tu. Lagipun kita hanya hidup sekali.” Balas Ahdia senang.
Sekurang-kurangnya ada juga yang tidak menyukai Geraldine. Sebab itu
dia semakin menyukai wanita yang berada didepannya itu.
“Correct.
That’s why I like you.
Pertama kali I nampak you I sudah tahu that
we can be best friends. Anyhoo
panggil I aunty Ila saja. Puan-puan formal sangat.”
Ahdia
gelak dengan gelagat Nila. Lucu, tambah lagi dengan tangan yang
melambai sana-sini dan mimik muka yang menunjuk dia tidak senang
dengan panggila Puan itu. Nampaknya dengan temujanji ini dia dapat
membuktikan kepada Geraldine dan semua dibutik itu kebolehan dia.
Tengok saja nanti.
**
“Ini
kad aunty. Kalau senang nanti telefon aunty, kita boleh pergi keluar
membeli-belah atau something.”
Kad nama Nila diambil Ahdia sebelum dia menghulurkan kad nama yang
memang sedia ada dengannya.
“Ini
Dia punya. Kalau aunty nak personal
shopper
atau apa-apa saja. Telefon Dia.” Nila angguk mengiakan. Kad nama
Ahdia disimpan dalam beg.
“Puan
Nila dapat apa yang dicari?” Sapa Geraldine yang melihat Ahdia dan
Nila sedang berdiri diluar bilik mereka. Nila angguk dan menayang
tangannya yang menjinjit beg berlogo butik itu. Geraldine senyum
senang.
Sebuah
kereta berhenti diperkarangan butik bidadari. Hon dibunyi. Nila
melambai seketika. “Okaylah driver I dah datang, ada temujanji buat
rambut pula. Terima kasih sekali lagi Ahdia. I benar-benar suka baju
ini. Insyaallah lain kali I datang lagi. You tak kisahkan Geraldine
kalau I ambil dia jadi personal
shopper
I?” Soal Nila sambil memaut lengan Ahdia manja. Ahdia dan Geraldine
bertembung mata seketika.
Ahdia
dengan pandangan yang mentertawakan sementara Geraldine dengan
pandangan yang sinis.
“Kalau
itu yang puan mahu. I tak kisah. Just
make an appointment and she’s all yours.”
Balas Geraldine yang disambut tawa Nila.
Mereka
berjalan menghantar Nila ke pintu utama dimana dia disambut pemandu
peribadi yang diupah Issac. Sebaik saja kereta Nila bergerak pergi,
Ahdia menghadap Geraldine dengan senyuman herot dan kening yang
berjungkit. Berlagak.
“Hanya
satu pelanggan yang puas hati. Kita lihat yang lain. Zee!” Zee yang
berdiri berhampiran terkocoh-kocoh menghampiri apabila Geraldine
memetik jarinya.
Satu
kotak sederhana besar disua kepada Ahdia. Membulat mata Ahdia dengan
kotak yang berat dalam tangannya kini. Dipandang Geraldine yang
sedang senyum sinis.
“Ini
fail semua klien yang temujanji you batalkan dan tidak hadir selama
you jadi pengurus. I nak you telefon mereka semua, minta maaf dan
buat temujanji baru untuk mereka. Lepas tu I nak senarai nama, hari
dan waktu temujanji mereka dimeja I sebelum you balik.”
“Tapi…”
Tapak
tangan Geraldine yang ditayang depan muka Ahdia dengan serta-merta
mematikan kata-katannya. Geraldine tahu masa kerja akan tamat lagi
tiga jam. Tetapi saja dia mahu mengenakan Ahdia. Memberi pelajaran
kepada anak manja itu. “Ini masalah yang you buat. Jadi siapa yang
lebih berhak menyelesainya daripada orang yang membuatnya. Bukan
begitu?” Terbuka tutup mulut Ahdia ingin membalas tetapi tidak
apa-apa yang keluar dari mulutnya.
“Selagi
semua nama tidak ada dalam senarai, selagi itu you tak boleh balik.
The
time starts now. Enjoy.”
Geraldine berpusing dan berlalu pergi bersama Zee disisi. Senyuman
sinis dibibir semakin lebar apabila dia mendengar Ahdia menghentak
kakinya. Geramlah tu. Hahaha.
kak oi...fabulous betol kalau buat strategy diorg ni..hmm good job kak ^^
ReplyDeleteTerima kasih:B
Delete