Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 19 August 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 43

Bab 43

Hari ini you akan berada di bawah. Temujanji ini I tugaskan kepada you. I will assist you throughout the meeting. Ambil ni dan baca profil pelanggan you. Faham apa yang disukai dan tidak disukainya. Dari situ you syorkan baju yang sesuai dengannya. Faham?” Soal Geraldine kepada Ahdia yang mengangguk bagai burung belatuk.
Fail yang mengandungi profil pelanggan itu dibuka Ahdia. Tetapi belum sempat dia membaca Geraldine sudah menyapa pelanggan itu sebaik saja mereka tiba ditingkat bawah. Dilihat Geraldine memeluk wanita itu seperti sudah lama berkenalan. Walhal wanita itu baru pertama kali berada disini.
Puan, ini I kenalkan you staf I Ahdia yang akan bantu you hari ini. Ahdia ini Puan Nila Vientis.”
Mereka berjabat tangan sebaik saja Geraldine mengenalkan mereka. Mata Ahdia mengamati wanita yang penuh gaya itu. Dari pakaian saja dia dapat membuat andaian bahawa wanita itu mempunyai citarasa yang tinggi. Dari cermin mata ke kasut yang tersarung dikaki wanita itu saja, boleh makan beribu-ribu dollar.
Matanya terpaku kasut yang tersarung dikaki putih milik pelanggan itu. “Christian Louboutin Love Flats collection right?” Tiga pasang mata memandang kasut yang dipakai Nila. Sepasang kasut yang biasa saja rekaannya itu boleh mencecah sehingga enam ratus dollar. Bayangkan!
Nila angguk mengiakan pertanyaan Ahdia. “My hubby bought it for me during my birthday. Being away from him is difficult. At least he is here with me.” Kaki Nila diangkat sedikit menayang kasut yang dibeli oleh suaminya. Gelagat Nila itu disambut tawa dua anak muda didepannya.
Boleh kita mulakan?” Nila angguk mengiakan.
Geraldine menyila Nila ke bilik yang telah disediakan untuknya. Sedang mereka berborak sambil menuju ke bilik dibelakang, Ahdia sempat membaca profil pelanggannya itu.
Nila Vientis. Berasal dari Paris. Kerja sebagai suri rumah sepenuh masa.
Puan silakan duduk dulu. Ahdia, sila buatkan teh untuk Puan Nila.” Arah Geraldine kepada Ahdia yang baru saja menapak masuk.
Diberi senyuman sebelum berpaling ke pantri. Muka yang tadi tidak lekang dengan senyuman kini berubah menjadi masam. Kabinet dipantri itu ditutup dengan kasar.
Dia ingat aku ni tea lady ke apa? Mentang-mentang kau sekarang pengurus, sesuka hati saja mengarah aku buat itu ini. Nasib baik aku sudah janji dengan papa kalau tidak memang nahas kau aku kerjakan.” Gula diletak dengan kasar ke dalam cawan. Sudah beberapa hari dia bekerja dibawah Geraldine, ada saja yang harus dibuatnya.
Dua hari pertama, dia diarah membuang sampah dan membersihkan apa yang patut di butik itu. Macam kuli dia dibuatnya. Pertama kali dia harus mengelap dinding kaca butik itu. Pakai lawa-lawa tetapi terpaksa melakukan pekerjaan yang hanya sesuai untuk seorang bibik. Selepas itu ditambah tugasnya. Dia disuruh menjaga meja penyambut tetamu. Kalau ada apa-apa yang diperlukan dari sesiapa ditingkat bawah, dia harus melaksanakannya. Ini termasuk menjawab panggilan yang tidak pernah berhenti. Ada beberapa kali dia memarahi seorang panggilan. Nasibnya malang sekali apabila Geraldine berada disitu merenungnya dengan tajam. Akibat itu dia didenda. Sehari suntuk dia terpaksa menjawab panggilan didepan Geraldine. Memang menyakitkan hati sekali. Tetapi dia terpaksa bersabar.
Cawan berisi teh diangkatnya menuju ke bilik semula. Sebaik saja dia memasuki bilik itu Geraldine sedang merenungnya dengan ekspresi yang menunjuk dia kurang senang dengan apa yang sedang dilakukan Ahdia. Geraldine senyum kepada Nila dan meminta diri seketika. Dengan mata yang dicerlung kepada Ahdia, Geraldine berbisik kepada Ahdia supaya mengikutinya.
Sebaik saja pintu ditutup rapat oleh Ahdia, Geraldine memusing menghadapnya dengan muka yang tegang. “You tak pernah belajar ke kalau mahu menghidang sesuatu kepada seorang tamu harus mempunyai dulang. Lagi satu, sebelum memasuki ruang sesiapa saja kamu tak pernah diajari ke supaya mengetuk dulu?”
Ahdia yang menggigit dalam bibirnya menahan supaya tidak meluahkan rasa marahnya kini. Kalau boleh mahu saja dia memaki hamun perempuan berlagak didepannya.
Sekarang I mahu you kembali ke pantri. Buat air yang baru dan membawanya kembali ke dalam bilik dengan dulang.” Dua perkataan terakhir ditekan Geraldine. Ahdia berlalu kembali ke dalam pantri dengan hati yang membara.
Sementara Geraldine menggeleng dengan senyuman sinis dibibir. Dia masuk kembali ke dalam. Nila yang sedang membelek baju yang tergantung bersuara. “She really has no basic etiquette but she does have the sense of style. Did you see her giving me the manhattan once over?
Geraldine gelak melihat muka mimik Nila yang menunjuk cara Ahdia meniliknya tadi. Dari hujung rambut ke hujung kaki dan naik kembali ke rambut. Nasib baiklah Nila ni pandai bergaya. Kalau pakai hanya seluar slack dan baju biasa saja pasti Ahdia tidak akan menegurnya.
Padanlah kamu semua tak suka dengan dia. Tapi jangan risau aunty akan buat sepertimana Issac mahu. Dengan perempuan macam dia kena pandai cucuk. Sekali kena cucuk terus dia melekat.”
Ketukan dipintu mengakhiri perbualan mereka. Ahdia menjengul kepalanya ke dalam melihat adakah ia selamat untuk masuk. Apabila melihat Geraldine mengangguk kepala memberi kebenaran, dia pun membolos ke dalam dan menghidang secawan teh yang harus dibuatnya kembali. Nila senyum kepada Ahdia.
Terima kasih.” Nila menghirup teh yang dibuat Ahdia. Apabila Nila memuji air yang dibuatnya itu sedap, Ahdia senyum lebar sehingga ke telinga.
Puan ke sini ingin mencari baju untuk majilis makan malamkan?” Soal Geraldine sambil membelek profil Nila.
Nila angguk. “I nak baju yang tidak ikut sangat bentuk badan I. Maklumlah I dah tua. Bukannya orang berkenan pun.” Gurau Nila membuat Ahdia dan Geraldine ketawa kecil.
Kita sudah ada beberapa cadangan seperti yang dimahukan Puan. Ini dari koleksi kami yang terbaru.” Geraldine menayang baju yang sudah tergantung dirak yang tersedia. Sedang Geraldine menjelaskan rekaan itu Nila tiba-tiba mengangkat tangannya membuat perbicaraan Geraldine terhenti serta-merta.
Mata Nila dikerling sekilas Ahdia yang berdiri dihujung rak itu. “I mahu Ahdia yang pilihkan baju I.”
Terperanjat Ahdia dengan permintaan wanita itu. “Are you sure? Lagipun dia baru berkerja disini.”
Nila angguk.“Yes I’m sure. Afterall, not all can recognise I’ve got Christian Louboutin on my feet.
Baiklah. Ahdia, kamu layan Puan Nila. Pastikan citarasa dia dipenuhi.”
Okay.” Ahdia akur. Hati Ahdia yang tadi membara kini sudah surut dengan permintaan Nila. Pertama kali ada orang perlukan khidmatnya.
Geraldine pula berdiri dibelakang mengawasi dan mendengar Ahdia menjelaskan baju yang direka oleh pereka butik Bidadari. Berbaloi dia menyuruh Ahdia mempelajari setiap rekaan dari setiap koleksi yang terdapat dibutik itu. Tetapi apa yang Ahdia tidak tahu ini semua sudah dalam rancangannya termasuk yang akan mengetuk pintu dalam tiga, dua, satu.
Tuk! Tuk!
Perbualan Ahdia dan Nila terhenti. Zee yang membolos dirinya ke dalam mendapatkan Geraldine yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Zee membisik sesuatu kepada Geraldine yang angguk faham sebelum menghampiri Nila yang sedang membelek baju yang disua Ahdia.
Maaf puan. I ada klien yang menunggu. Ahdia akan membantu puan mencari rekaan yang paling sesuai sekali untuk puan. Ahdia, please don’t disappoint me. I’ll come and check on you later.” Sebaik saja memberi peringatan kepada Ahdia, Geraldine meminta diri dan berlalu pergi bersama Zee dibelakang.
Sebaik saja pintu ditutup rapat Nila memusing kepada Ahdia. “She watches you like a crow. Tak mahu kamu hilang dari pandangan dia. I don’t like that type of people. So strict. Life is too short to be firm. You just need to have fun. Betul tak?” Ahdia angguk setuju.
Betul tu. Lagipun kita hanya hidup sekali.” Balas Ahdia senang. Sekurang-kurangnya ada juga yang tidak menyukai Geraldine. Sebab itu dia semakin menyukai wanita yang berada didepannya itu.
Correct. That’s why I like you. Pertama kali I nampak you I sudah tahu that we can be best friends. Anyhoo panggil I aunty Ila saja. Puan-puan formal sangat.”
Ahdia gelak dengan gelagat Nila. Lucu, tambah lagi dengan tangan yang melambai sana-sini dan mimik muka yang menunjuk dia tidak senang dengan panggila Puan itu. Nampaknya dengan temujanji ini dia dapat membuktikan kepada Geraldine dan semua dibutik itu kebolehan dia. Tengok saja nanti.
**
Ini kad aunty. Kalau senang nanti telefon aunty, kita boleh pergi keluar membeli-belah atau something.” Kad nama Nila diambil Ahdia sebelum dia menghulurkan kad nama yang memang sedia ada dengannya.
Ini Dia punya. Kalau aunty nak personal shopper atau apa-apa saja. Telefon Dia.” Nila angguk mengiakan. Kad nama Ahdia disimpan dalam beg.
Puan Nila dapat apa yang dicari?” Sapa Geraldine yang melihat Ahdia dan Nila sedang berdiri diluar bilik mereka. Nila angguk dan menayang tangannya yang menjinjit beg berlogo butik itu. Geraldine senyum senang.
Sebuah kereta berhenti diperkarangan butik bidadari. Hon dibunyi. Nila melambai seketika. “Okaylah driver I dah datang, ada temujanji buat rambut pula. Terima kasih sekali lagi Ahdia. I benar-benar suka baju ini. Insyaallah lain kali I datang lagi. You tak kisahkan Geraldine kalau I ambil dia jadi personal shopper I?” Soal Nila sambil memaut lengan Ahdia manja. Ahdia dan Geraldine bertembung mata seketika.
Ahdia dengan pandangan yang mentertawakan sementara Geraldine dengan pandangan yang sinis.
Kalau itu yang puan mahu. I tak kisah. Just make an appointment and she’s all yours.” Balas Geraldine yang disambut tawa Nila.
Mereka berjalan menghantar Nila ke pintu utama dimana dia disambut pemandu peribadi yang diupah Issac. Sebaik saja kereta Nila bergerak pergi, Ahdia menghadap Geraldine dengan senyuman herot dan kening yang berjungkit. Berlagak.
Hanya satu pelanggan yang puas hati. Kita lihat yang lain. Zee!” Zee yang berdiri berhampiran terkocoh-kocoh menghampiri apabila Geraldine memetik jarinya.
Satu kotak sederhana besar disua kepada Ahdia. Membulat mata Ahdia dengan kotak yang berat dalam tangannya kini. Dipandang Geraldine yang sedang senyum sinis.
Ini fail semua klien yang temujanji you batalkan dan tidak hadir selama you jadi pengurus. I nak you telefon mereka semua, minta maaf dan buat temujanji baru untuk mereka. Lepas tu I nak senarai nama, hari dan waktu temujanji mereka dimeja I sebelum you balik.”
Tapi…”
Tapak tangan Geraldine yang ditayang depan muka Ahdia dengan serta-merta mematikan kata-katannya. Geraldine tahu masa kerja akan tamat lagi tiga jam. Tetapi saja dia mahu mengenakan Ahdia. Memberi pelajaran kepada anak manja itu. “Ini masalah yang you buat. Jadi siapa yang lebih berhak menyelesainya daripada orang yang membuatnya. Bukan begitu?” Terbuka tutup mulut Ahdia ingin membalas tetapi tidak apa-apa yang keluar dari mulutnya.
Selagi semua nama tidak ada dalam senarai, selagi itu you tak boleh balik. The time starts now. Enjoy.” Geraldine berpusing dan berlalu pergi bersama Zee disisi. Senyuman sinis dibibir semakin lebar apabila dia mendengar Ahdia menghentak kakinya. Geramlah tu. Hahaha.

2 comments:

  1. kak oi...fabulous betol kalau buat strategy diorg ni..hmm good job kak ^^

    ReplyDelete