Bab
53
“Lutfiyah!”
Lutfiyah yang baru saja membolos keluar dari perut kereta berpaling
ke belakang.
Tercengang
dia bila melihat siapa yang sedang berdiri didepannya kini. “Eddy.”
Nama itu melepasi bibirnya. Baru setapak Eddy mengambil mendekatinya,
pengawal peribadinya sudah maju ke depan. Melindungi Lutfiyah dari
lelaki yang tidak dikenali mereka.
Lutfiyah
berpaling kepada Jia, pembantu peribadinya. “Jia kalau siapa-siapa
termasuk suami saya tanya tentang saya, cakap saya ada temujanji
diluar. Saya mungkin tak masuk hari ini.” Arahan itu dibalas Jia
dengan anggukan kepala sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam
bangunan. Dia sudah lali jika majikannya itu mahu sesuatu dirahsiakan
dan inilah salah satunya.
Pengawal
peribadi Lutfiyah berganjak ke tepi bila Lutfiyah memberi isyarat
bahawa lelaki itu tidak berbahaya. Lutfiyah menapak menghampiri Eddy
yang sedang berdiri menyeluk poket seluarnya. Tenang. Mata mereka
berlaga sebelum Lutfiyah memerhati sekelilingnya memastikan tiada
sesiapa yang melihat mereka bersama.
“Sini
tak selamat. Ikut aku.” Bisik Lutfiyah sebelum menuju kembali ke
keretanya.
Disuruh
Eddy mengikuti keretanya untuk ke apartment peribadinya. Sepanjang
perjalanan Lutfiyah dapat menebak apa tujuan Eddy datang berjumpa
dengannya. Sekali-sekala dari cermin kereta dia dapat melihat kereta
lelaki itu mengekorinya.
Setibanya
di apartment, lelaki itu sepertinya tidak kelam-kabut mahu
menperjelaskan sebab kedatangannya. “Kenapa kau nak jumpa aku?”
Lutfiyah merenung belakang Eddy yang sedang mengamati pandangan luas
melalui pintu balkoni yang tertutup rapat.
Kedengaran
gelakan halus dari Eddy. “Aku rasa kau tahu sebabnya.” Ujar Eddy
dengan tenang.
Memang
dia tahu sebab Eddy datang berjumpa dengannya. “Tentang Kat dan
Khaleed?”
“Betul
apa yang aku dengar tentang kau. Otak kau memang cergas. Bijak.
Tetapi kasihan kau dapat lelaki seperti Khaleed.” Eddy memusing
menghadap Lutfiyah. Tangan yang tadi menyeluk poket seluar kini
memeluk tubuhnya.
Lutfiyah
yang tadi hanya berdiri mengorak beberapa langkah untuk berdiri
disebelah Eddy. Pandangan dilempar ke luar. “Sepertimana aku
kasihankan kau dapat isteri seperti Kat.”
Terangkat
kening Eddy bila Lutfiyah berani mengenakannya pula. Dipusing
badannya menghadap Lutfiyah yang masih asyik memandang ke luar. “Kita
sama. Bezanya, Kat sudah berubah menjadi seorang isteri dan ibu yang
penyayang, sementara Khaleed berubah menjadi seorang suami dan bapa
yang berat sebelah.” Tutur Lutfiyah perlahan. Dari ekor matanya dia
dapat melihat Eddy sedang mengamatinya.
“Apa
yang kau nak apa dari aku? Kau nak Khaleed? Aku rela serahkan dia
kepada kau. Tapi bila difikirkan tentang anak-anak dekat rumah yang
masih memerlukannya…” Eddy disebelah ditenung. Anak matanya
menikam sepasang mata hazel milik lelaki itu.
“Maaf
aku tak rela.” Lutfiyah menoleh kembali melempar pemandangan ke
luar pintu balkoni.
Memang
kalau boleh mahu saja dia serahkan Khaleed bukan saja kepada Eddy
tetapi kepada pihak polis juga. Biar lelaki yang dipanggil suami itu
menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang dia telah lakukan.
Tetapi setiap kali melihat anak-anaknya yang sedang membesar dan
tidak faham dengan apa yang sedang berlaku dia memikir dua kali.
Kalau
diserah Khaleed kepada polis, apa akan terjadi kepada anak-anaknya?
Apa harus dia jawab jika mereka bertanya tentang keberadaan Khaleed?
Anak-anak sekarang semakin pintar. Dengan adanya komputer semua boleh
mereka ketahui. Dia takut anak-anaknya akan terjejas kerana apa yang
telah Khaleed lakukan.
Eddy
mengamati wanita yang sedang berdiri didepannya. Dari sisi dia dapat
lihat riak wajah Lutfiyah bertukar dari satu ke satu. Dia yakin hati
wanita itu sedang melalui pelbagai perasaan. Dia faham sebab dia juga
pernah melaluinya.
Gelak
tawa Eddy yang tiba-tiba itu membuat Lutfiyah menoleh padanya.
Bertaut keningnya, hairan melihat lelaki itu ketawa sebegitu. “ Ini
perbezaan antara aku dan kau. Kau menghadapi masalah ini dengan
tenang. Kau membuat setiap keputusan dengan memikirkan orang
sekeliling kau. Aku?” Dengan tawa yang bersisa jari telunjuknya
menunding kepada dirinya sendiri.
“Tenggelam
dalam dunia aku sendiri. Aku tak dapat terima semua yang berlaku.
Kebahagiaan yang aku kecapi hilang begitu saja. Sekelip mata. Aku
naik gila bila separuh jiwa aku hilang. Sehingga aku mengabai
satu-satunya peninggalan Kat kepada aku. Aku tak memikirkan mereka.
Aku tak fikirkan Issac. Aku hanya fikirkan aku, aku dan aku.” Dari
suara Eddy, Lutfiyah dapat merasa kekesalan dan kesakitan yang
tersirat dalam sekeping hati lelaki itu. Melihat tawa yang tidak
seceria tadi dia mula rasa simpati. Hatinya rasa sebak tiba-tiba
melihat Eddy memicit matanya. Menangis, dia yakin.
“Lapan
tahun aku hancurkan diri aku. Baru aku sedar tiada gunanya menangisi
orang yang sudah pergi. Issac masih perlukan aku. Dua tahun aku dekat
pusat pemulihan. Memulih dan mencari balik diri aku yang sebenarnya.
Mencari tujuan dan aku sudah jumpanya.”
Memikirkan
kembali waktu-waktu terseksa dia di dalam pusat pemulihan. Ia
benar-benar membuatnya insaf dan sedar akan kehilafannya. Issac
kekuatannya. Masa depan anaknya pembakar semangatnya untuk berjuang.
Dia harus kuat demi satu-satunya peninggalan Kat untuknya.
Tersentak
Lutfiyah bila Eddy tiba-tiba mendengus kasar. Bila lelaki itu
mengangkat kepala memandangnya, luput terus lelaki yang sedang merana
itu. Didepannya kini lelaki yang pertama kali dia jumpa. Tenang.
“Aku
jumpa dengan kau sebab mahu kau tahu yang aku tak akan lepaskan
Khaleed begitu saja.” Itulah matlamatnya yang kedua. Membuat
perhitungan dengan Khaleed. Lelaki yang bersangkut paut dengan
kematian Kat dan anaknya.
Senyuman
sinis bermain dibibir Lutfiyah. “Kau tak tahu Khaleed seperti yang
aku tahu. Dia bukan seperti yang kau sangkakan. Dia licik seperti
ular. Aku rasa kau tahu apa maksud aku.”
Eddy
angguk mengiakan kata-kata Lutfiyah. Dia tahu Khaleed bukan lawan
yang mudah. Kalau lelaki itu boleh membuat rancangan yang teliti
untuk Kat. Apatahlagi untuk perkara yang lain. “Aku dapat tahu Yus
yang langgar Kat ada dibawa kawalan kau.” Sebelum Lutfiyah dapat
menjawab, Eddy menyambung terlebih dahulu. Dia tahu apa yang akan
dikatakan Lutfiyah.
“Aku
tak perlukan dia. Dia hanya kambing hitam Khaleed. Apa yang aku nak
adalah ketuanya, Khaleed Jamaluddin. Tetapi sebelum itu aku nak kau
ceritakan kepada aku apa yang kau tahu.” Eddy mendepa tangannya
menyilakan Lutfiyah duduk disalah satu sofa yang berdekatan.
Lutfiyah
memerhatikan Eddy buat seketika. Dia teragak-agak haruskah dia
memberitahu semua yang dia ketahui. Dari pertemuan terakhir Khaleed
dan Kat yang besar kemungkinan telah membuahkan hasil didalam perut
Kat. Atau zuriat Kat yang dapat diselamatkan oleh doktor dan
jururawat yang dibayar Khaleed. Haruskah?
Melihat
kening Eddy yang dijungkit dan senyuman nipis yang terlakar, dia
membuka langkah menuju ke arah sofa yang berdekatan. Punggung
dilabuh. Mata dipejam dan nafas ditarik dalam. Sebaik saja mata
dibuka, Eddy sudah berada didepannya. Menunggu. Menanti dia membuka
cerita.
Maafkan
Fiyah abang. Fiyah terpaksa.
“Kau
mungkin tak suka dengan apa yang akan aku ceritakan. Tetapi aku harap
kau akan terimanya dengan fikiran dan hati yang terbuka.” Eddy
angguk akur. Tapi dalam hati ia sebaliknya.
**
Sunyi.
Sepi. Dua-dua melayan perasaan sendiri. Lutfiyah memerhati reaksi
Eddy yang dari tadi hanya membatu tidak bersuara. Dahi sudah kerut
seribu sepertinya bila dia dapat tahu mengenai ini semua. Dia tahu
lelaki itu sedang cuba memahami dan mencerna setiap butir ceritanya.
Entah mengapa setelah meluahkan segalanya kepada lelaki itu dia rasa
bebannya sedikit kurang. Tetapi nampaknya bebannya yang hilang itu
telah pergi ke Eddy.
“Maksud
kau anak aku masih hidup?” Pertanyaan pertama Eddy disambut
anggukkan Lutfiyah.
Eddy
meraup mukanya. Masih tidak dapat menelan semua yang didengarinya.
Sungguh tidak masuk akal. Mengapa Kat sanggup merahsiakan pertemuan
terakhirnya bersama Khaleed? Memang masa itu dia tidak dapat
dihubungi tetapi mengapa berjumpa dengan lelaki keparat itu sekali
lagi dan menyerah dirinya sekali lagi? Mengapa?
“Bayi
yang selamat itu. Anak aku?”
Tiada
gelengan atau anggukkan dari Lutfiyah. “Aku tak tahu. Dimana dia
sekarang pun aku tak tahu. Orang aku tengah mencarinya dari maklumat
yang Yus beri. Semua yang berhubungan dengan perkara ini juga ditanya
termasuk doktor dan jururawat.” Saja dia tidak menceritakan
mengenai Ahdia. Keputusan DNA yang telah dia buat terhadap Ahdia juga
tidak diceritakannya.
Eddy
angguk faham. Kepala ditunduk sebentar sebelum mengangkat punggung
dari sofa yang didudukinya. Dihulur tangannya kepada Lutfiyah.
“Terima kasih sebab ceritakan dekat aku. Walaupun kau tahu risiko
yang keluarga kau akan hadapi.”
Lutfiyah
turut bangkit dan menyambut tangan lelaki itu. Buat seketika mereka
hanya begitu. Masing-masing sepertinya cuba menyirap dan menghulur
kekuatan kepada satu sama lain. “Kau nak buat apa sekarang?” Soal
Lutfiyah sebaik saja tangan mereka terlerai.
“Mencari
jawapan. Membuat persiapan. Lepas itu aku akan dapatkan Khaleed.”
Balas Eddy lantas mengeluarkan kad nama dari dompetnya. Lutfiyah
turut laku perkara yang sama.
“Telefon
aku kalau kau ada apa-apa maklumat tentang anak aku.”
“Kau
juga.” Dengan itu Eddy meminta diri. Sementara Lutfiyah mehenyak
tubuh disofa. Lega. Resah. Kosong. Tidak tahu apa akan berlaku
seterusnya.
**
Lapan
Tahun Lalu
Telefon
dilekap ke telinga sementara jari-jemari ligat menari diatas papan
kekunci komputer. Sekali-sekala tangan naik membelek-belek fail yang
berada diatas meja. Ketukan dipintu membuat Lutfiyah mengangkat
kepalanya. “Puan ada tetamu.” Hairan dia bila Jia memaklumkan
kedatangan tetamu yang tidak diketahuinya. Tangan naik menyuruh Jia
tunggu sekejap. Perbualan dengan klien ditamatkan lantas berpaling
kepada Jia kembali.
“Siapa
tetamu saya? Setahu saya tak ada temujanji dengan siapa-siapa.”
“Ini
tetamu tak perlukan temujanji.” Pintu dibuka luas oleh Jia sebelum
Lutfiyah sempat menghalang. Terus ceria Lutfiyah melihat
anak-anaknya, termasuk Widayah sedang berdiri didepan pintu kerjanya
kini. “Selamat hari jadi. Selamat hari jadi kepada mama. Selamat
hari jadi.” Tersenyum dia bila dapat mencerna bahawa hari itu
adalah hari lahirnya. Terlalu banyak perkara yang difikirkannya
sehingga terlupa tarikh lahir sendiri.
Dia
bangkit dari duduknya dan menghampiri mereka. Sebiji kek dipegang
Shariq. Semua masih berpakaian sekolah. Diusap kepala setiap satu
anak-anaknya itu. Terharu dengan apa yang dibuat mereka untuknya.
“Make
a wish mama! Make a wish!”
Faryal disebelah Shayaan menarik-narik tangannya membuat dia
tertunduk sedikit.
Mata
dipejam mendoa dipanjangkan umur dan berterima kasih dengan semua
yang dia ada. Terutama sekali anak-anak iaitu permata hatinya. Sebaik
saja lilin ditiup sorakkan dan tepukan gemuruh bergema diseluruh
ruang pejabatnya itu.
“Thank
you.
Mama betul-betul tak sangka anak-anak mama ni semua ingat hari jadi
mama.” Dikucup satu-satu pipi anak-anaknya. Termasuk Widayah. Jia
kembali dengan piring dan sudu untuk mereka.
“Kalau
tak ingat nanti mama merajuk. Kan abang Yankan?” Shayaan hanya
senyum dengan gelagat Faryal. Lutfiyah menyuruh anak-anaknya duduk
disofa ditengah biliknya sementara dia memotong kek yang dibawa
mereka. Sedang mereka sibuk cerita tentang rancangan rahsia mereka
untuknya itu, baru dia perasan sesuatu. Ada kurang seseorang.
Satu
persatu piring kertas yang berisi kek dihulur kepada anak-anaknya.
“Dia mana?” Anak-anaknya menjungkit bahu kecuali Shariq.
“Dekat
bilik papa. Tadi gaduh dengan Yan dekat kereta.” Tutur Shariq yang
disambut muka tidak puas hati dari Shayaan. Lutfiyah menjungkit
keningnya kepada Shayaan meminta penjelasan. Dia tahu anaknya tidak
akan melakukan sesuatu itu tanpa sebab yang munasabah.
“Dia
rampas Wid punya candy
floss yang
Zan belikan tadi. Sampai habis dia makan. Tak tinggalkan sikit pun
untuk Wid.” Shayaan jelaskan membela dirinya.
“Macam
piranhakan
Ayal.” Sambung Widayah. Faryal angguk laju sambil menyuap kek ke
dalam mulutnya. Senyuman terukir dibibir Lutfiyah bila gerangan
piranha
diberi oleh Widayah. Anak-anaknya semua sukar sekali diramal. Ada
saja yang digaduhkan mereka. Dia yakin suaminya akan datang bila-bila
masa saja untuk meminta penjelasan daripada Shayaan.
Jia
yang masuk ke dalam ruang kerja menghulurnya sampul surat yang baru
diterimanya. Surat itu dikoyaknya bila melihat siapa penghantarnya.
Berminggu-minggu dia menanti surat keputusan DNA Ahdia. Dilirik
anak-anaknya yang masih asyik melayan karenah sesama sendiri. Lipatan
surat itu dibukanya. Mata membaca dengan tekun apa yang tertera.
Hatinya yang berdegup kencang sesaat lalu bagaikan terhenti membaca
keputusan yang tertulis itu. Dibacanya buat sekian kali masih tidak
percaya dengan apa yang tertulis.
“Mama
nak lagi.” Suara Faryal disebelahnya membuatnya melipat kembali
surat itu dan menayang senyuman manis kepada Faryal yang menyua
piring yang sudah kosong itu.
**
Duduk
tidak senang. Berdiri pun tidak senang. Sejak mendapat panggilan dari
Eddy, Lutifyah tidak senang duduk. Kaki dibawa ke balkoni bilik
tidurnya. Matahari yang berdiri tegak diatas kepala tidak mematikan
tawa riang anak-anaknya diatas pangkin. Tangannya melambai bila
Faryal dan Widayah melambai tangan mereka kepadanya. Senyuman manis
ditayang kepada mereka sebelum memasuki ke biliknya kembali.
“Aku
akan berjumpa dengan Khaleed dalam masa terdekat ini. Mungkin hari
ini. Mungkin esok atau lusa aku tak pasti. Apa yang aku tahu aku akan
bersemuka dengan dia.”
Telefon
bimbit atas meja soleknya dicapai. Masih tiada panggilan dari Syafiq
dan orang-orangnya yang lain. Hatinya benar-benar tidak enak setelah
mendapat panggilan dari Eddy. Khaleed pula sudah menghilang selepas
sarapan pagi. Tidak sempat bertanya ke mana suaminya itu mahu pergi,
kerana sibuk melayan anak-anak pada hari hujung minggu itu.
“Esok
satu bungkusan akan dihantar ke pejabat kau. Orang aku akan
menghantarnya kepada kau. Dalam itu ada sesuatu yang untuk kau.
Mungkin satu hari ia dapat membantu kau dalam semua ini.”
Apa
yang akan diterimanya pun dia tidak tahu. Bila ditanya Eddy hanya
menyuruhnya menunggu esok hari. Jari-jemari menari dipermukaan
telefon bimbitnya menghantar mesej kepada Syafiq.
“Aku
tak tahu apa akan terjadi. Mungkin ini perbualan kita yang terakhir
mungkin tidak. Aku hanya mahu kau tahu yang aku amat berterima kasih
kepada kau sebab memberi maklumat yang kau tahu kepada aku, walaupun
ia bersangkut paut dengan Khaleed suami kau sendiri.”
Orang
mungkin akan beritahu bahawa dia orang yang paling bodoh mengongsi
apa yang dia tahu dengan Eddy. Tetapi entah mengapa dia percaya dan
rasa simpati dengan lelaki itu. Dia mungkin tidak berani melakukannya
kerana memikirkan anak-anaknya. Tetapi dia tahu Eddy bisa
melakukannya kerana dia tiada apa-apa pertalian bersama Khaleed.
Pantas
telefon bimbitnya dilekap ke telinga bila ia berbunyi dan tertera
nama Syafiq. “Hello.
Macam mana? Kamu jumpa dia?” Lutfiyah bertanya dengan suara yang
cemas.
“Dia
ada di rumah Tuan Kamil Arsyad, bersama anaknya. Dia bawa beg besar
bersamanya. Mungkin dia akan tinggal berapa malam disini. Saya akan
pantau dia disini.”
“Khaleed?”
Soal Lutfiyah lagi.
“Club
house.
Gopal sedang memerhatikannya disana. Kalau ada perkembangan baru saya
akan beritahu Puan secepat mungkin.” Lutfiyah angguk walaupun tidak
dapat dilihat Syafiq. Talian dimatikan. Punggung jatuh dibirai katil.
Nafas ditarik dalam dan dihembuskan berkali-kali untuk melegakan
hatinya yang gelisah itu.
Ya
Allah! Tolonglah lindungi semua yang terlibat Ya Allah.
huh..kesiannye hidup mama ayal ngan papa issac ni...ish kite satu part bile ayal jadi gangster sikit..jadi kasar dgn papa and ahdia...tak boleh ke? hehe btw ahdia tu adik issac kn? hmm good job kak ^^
ReplyDeleteAyal jadi gangster? Ada kot...tkkan nk takut selamanykan? :B
Delete