Bab
55
Lenguh
satu badan Lutfiyah bila sehari berada di tapak cawangan hotel baru
syarikatnya. Nasib baiklah anak-anaknya semua pandai berdikari. Bila
dia pulang tadi dia nampak anak daranya, Faryal sedang berada
didapur celoteh tanpa henti bertanya itu ini kepada Mak Limah yang
sedang membuat kek coklat kegemaran anak-anaknya.
Dilihat
Ahdia pula sedang bermain dengan alat solek yang dibeli Khaleed
tempoh hari. Bia ditanya Khaleed mengapa berbuat sedemikian,
maklumlah Ahdia masih muda lagi untuk benda seperti itu. Jawapan
Khaleed mudah saja. Sebab Ahdia merengek mahukannya sebab itu
dibelikan. Mahu saja dia bertikam lidah dengan Khaleed sebab terlalu
memanjakan dan mengikut kehendak Ahdia. Tetapi dia sudah tidak kuasa.
Setiap kali bersentuh tentang Ahdia, suaminya itu pasti akan membela
anaknya itu. Mengingatkan ujian DNA yang diterimanya, dia pasrah.
Suka hati suaminya mahu membuat apa dengan anak kesayangannya itu.
Sedang
kaki mahu menuju ke bilik tidurnya, kedengaran suara Khaleed sedang
ketawa dari ruang rehat ditingkat atas. Kaki perlahan mendaki ke
tingkat tiga dimana letaknya bilik anak-anak lelakinya. Hairan
mendengar suara tawa Khaleed yang kedenganran sungguh gembira. Kaki
berhenti ditangga dan telinga tekun mendengar perbualan Khaleed
ditelefon.
“Bodoh
punya lelaki. Dia ingat aku senang jatuh dalam perangkap dia. Suami
isteri sama saja. Kat bodoh kerana meninggalkan aku, dan Eddy bodoh
kerana mengugut aku dengan apa yang dia ketahui. Sekarang tengok
siapa yang berada diatas? Bukan si penagih itu tetapi aku. Khaleed
Jamaluddin.” Tercengang Lutfiyah dibuatnya.
“Bagus
idea kau untuk seksa dia dengan cara sebegitu sebelum kau humban dia
dekat sungai. Seorang penagih akan sentiasa menjadi penagih. Ganjaran
kau akan aku dua kali gandakan. Sekarang tiada sesiapa akan menjadi
penghalang untuk aku meneruskan rancangan aku.” Kedengaran tawa
galak Khaleed.
“Sekarang
masa untuk aku kembali fokus membolot semua harta Lutfiyah
sekeluarga. Sebab lelaki tua bodoh itu aku terpaksa lupa keinginan
merampas harta dia.” Lutfiyah tidak sanggup mendengar itu semua
lagi. Dia berdeham kuat lantas pura-pura memanggil suaminya dan mula
memanjat tangga.
“Okay
aku pergi dulu. Esok pagi kau akan terima upah kau. Nanti kalau aku
perlukan kau aku telefon.” Talian dimatikan Khaleed sebaik saja
kelibat Lutfiyah kelihatan. Senyuman manis dilakarnya.
“Sayang
dah balik?”
**
“Fiyah,
what
a surprise! Come have a seat.”
Lutfiyah menapak memasuki ruang pejabat lelaki cina itu. Punggung dilabuh atas kerusi sementara lelaki itu membuatkan secawan kopi untuknya.
Lutfiyah menapak memasuki ruang pejabat lelaki cina itu. Punggung dilabuh atas kerusi sementara lelaki itu membuatkan secawan kopi untuknya.
“Terima
kasih.” Ucap Lutfiyah apabila lelaki cina itu menghulur secawan
kopi kepadanya. Kopi itu dihirup untuk membasah tekaknya yang kering.
Lelaki
cina itu kembali mengambil tempat duduk disebalik meja kerjanya.
Dokumen yang sedikit berselerak atas meja dikemas dan meletaknya ke
tepi. “ So.
Apa perkara penting you mahu jumpa dengan I secara mengejut ni?”
“Mestikah
ada sesuatu yang penting baru I boleh jumpa you Alex? Lets
just say it’s a friendly visit.”
Alex ketawa lantas badannya disandar ke belakang kerusi.
“I
kenal dengan you sejak sekolah lagi Fiyah. You tak akan datang jumpa
I secara mendadak begini kalau tak ada sesuatu yang sedang bersarang
diotak kepala you tu.”
Secebis senyuman terlakar dibibir merekah Lutfiyah. Sudah bertahun mereka kenal satu sama lain dan lelaki inilah yang banyak membantunya. Walaupun mereka dalam bidang yang berlainan mereka mengongsi satu kesukaan yang sama. Beramal jariah. Menolong orang yang memerlukan.
Secebis senyuman terlakar dibibir merekah Lutfiyah. Sudah bertahun mereka kenal satu sama lain dan lelaki inilah yang banyak membantunya. Walaupun mereka dalam bidang yang berlainan mereka mengongsi satu kesukaan yang sama. Beramal jariah. Menolong orang yang memerlukan.
Perlahan
senyuman Lutfiyah hilang sinarnya bila memikir tujuan dia datang ke
mari. “I perlukan bantuan you.” Ternaik kening Alex bila Lutfiyah
berkata sebegitu.
Melihat
riak muka Lutfiyah yang tegang dia dapat merasakan ada sesuatu yang
telah berlaku. Dari dulu Lutfiyah suka menyimpan apa-apa saja masalah
yang dihadapinya seorang diri. Bila ditanya Lutfiyah akan sentiasa
mengatakan dia tidak apa-apa. Apabila dia mendesak Lutfiyah baru
semua akan terluah.
Ini
pertama kali dia mendengar Lutfiyah secara sendirinya menyuara bahawa
dia perlu pertolongan darinya. “Tell
me.
You tahukan yang I akan sentiasa tolong you.” Diamati Lutfiyah yang
sedang merenung tajam kalendar atas mejanya. Berfikir.
“I
mahu you jadi peguam peribadi I.”
“Bukankah
you ada peguam keluarga you sendiri? Fiyah
whats wrong?”
Badan yang tersandar ditegak dan mendekati meja kerjanya. Risau dia melihat bibir Fiyah bergetar. Dia yakin Lutfiyah sedang menahan tangisan. Dia juga yakin bahawa sesuatu telah berlaku sehingga Lutfiyah perlukan perkhidmatannya. Setahunya, keluarga Lutfiyah sudah ada peguam mereka tersendiri.
Badan yang tersandar ditegak dan mendekati meja kerjanya. Risau dia melihat bibir Fiyah bergetar. Dia yakin Lutfiyah sedang menahan tangisan. Dia juga yakin bahawa sesuatu telah berlaku sehingga Lutfiyah perlukan perkhidmatannya. Setahunya, keluarga Lutfiyah sudah ada peguam mereka tersendiri.
Lutfiyah
angkat mukanya. Terpempan Alex melihat mata berkilauan Lutfiyah dek
air mata yang sedang mengalir membasahi pipi putih mulus itu. “ I
tak tahu apa yang harus I lakukan. I penat Alex. I’m
tired of everything.”
Kotak tisu dihulur Alex kepada Lutfiyah yang meramas beberapa helaian
tisu yang diambilnya.
Alex
bangkit dan duduk disebelah Lutfiyah. Lengan wanita didepannya itu
ditepuk lembut. Teresak-esak Lutfiyah menangis. Dia yakin apa yang
menimpa Lutfiyah ini pasti berat, kalau tidak Lutfiyah tak akan
bersikap sebegini. Lutfiyah yang dia tahu kuat menghadapi apa saja
yang datang mengetuk dipintu kehidupannya. Lutfiyah tidak sama sekali
menyerah kalah sehingga dia berjaya.
Tetapi
didepannya kini adalah Lutfiyah yang telah tewas. Tewas dengan apa
yang sedang melanda kehidupannya. Sukar sekali untuk melihat air
permata mengalir ditubir mata galak wanita itu. Sentiasa senyuman
yang tulus dan ikhlas akan menghisai bibir Lutfiyah.
“Tell
me.”
Lutfiyah
mula meluahkan segalanya. Dari apa yang berlaku antara dia dan Danial
di Paris, kepada surat yang ditulis papanya dan wasiat rahsia
papanya. Tentang kemunculan dan kematian Kat dan Eddy dalam
kehidupannya, amanah terakhir Eddy untuknya dan juga tentang sangkut
pautnya Khaleed dalam semua ini.
“Apa
yang menimpa you ini benar-benar sukar sekali. I tak sangka you boleh
bertahan selama ini.”
Tabik dia bila mendengar satu-persatu cerita dari Lutfiyah. Kalau dia berada ditempat Lutfiyah sudah lama dia menyerah. Bertalu-talu dugaan yang harus diharungi Lutfiyah tetapi selepas bertahun-tahun berdepannya sendirian, Lutfiyah akhirnya patah juga.
Tabik dia bila mendengar satu-persatu cerita dari Lutfiyah. Kalau dia berada ditempat Lutfiyah sudah lama dia menyerah. Bertalu-talu dugaan yang harus diharungi Lutfiyah tetapi selepas bertahun-tahun berdepannya sendirian, Lutfiyah akhirnya patah juga.
Bila
tangisan sudah reda. Nafas ditarik dalam Lutfiyah, dia merasa ringan
bila menceritakan segalanya kepada Alex. Setelah kematian Eddy, beban
yang dulu dia fikir sudah hilang bila menceritakan segalanya kepada
Eddy kembali sekali lagi. Malah lebih berat dari sebelumnya. Sukar
untuk dia menelan apa yang berlaku kepada Eddy dan tambah lagi
mendengar perbualan Khaleed ditelefon tempeh hari.
Berminggu
dia tidak dapat tidur dengan nyenyak bila memikirkan lelaki yang
sedang enak diulit mimpi disebelahnya adalah seorang pembunuh. Lelaki
yang amat dicintainya sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu dan
apa yang paling menakutkan adalah suaminya itu mahu mengambil semua
hasil kerja kerasnya. Harta kekayaannya.
Mahu
meluahnya kepada mamanya tetapi memikirkan reaksi mamanya yang sukar
diduga itu dia membatalkan hasratnya itu. Sehinggalah dia mendengar
tentang Alex daripada salah satu orang temannya. Alex kawannya
dibangku sekolah dahulu, kini seorang peguam yang handal dan dia
perlukan khidmat kawannya itu.
“I
ada satu rancangan. Pada you ia satu rancangan yang tidak masuk akal.
Tetapi pada I ia satu-satunya jalan untuk membawa keadilan kepada
kehidupan I sekeluarga.” Tegas Lutfiyah.
Alex
terkejut dengan perubahan drastis Lutfiyah. Sekelip mata wanita
didepannya boleh berubah. Memang berkecamuk perasaan Lutfiyah.
“Fiyah,
perasaan you tidak tenteram sekarang ini. I rasa lebih baik you ambil
beberapa hari cuti dan fikirkannya kembali. Perkara ini tidak boleh
dibuat main. Ini melibatkan ramai orang.”
“I
tahu. I sudah fikirkan masak-masak. Kalau dia boleh melakukan ini I
pun boleh…” Tutur bicara Lutfiyah disambut gelengan kepala Alex.
Keputusan sudah bulat. Tiada cara untuk dia mengubahnya.
“Susah
untuk ubah fikiran you kalau you dah buat satu keputusan.” Lutfiyah
gelak halus. Sekali dia sudah buat keputusan, dia tidak akan putar
balik.
“So?”
Kening diangkat meminta jawapan dari Alex yang duduk disebelahnya.
Ukiran
senyuman nipis dibibir Alex sudah memberi jawapan yang Lutfiyah
minta. Dia tahu Alex tidak akan mengecewakannya. “Kalau hitam kata
you malah hitamlah kata I. You mahu buat apa sekarang?” Soal Alex
tangan menongkat dagunya.
“I
harus cari Issac Daimaru, anak tunggal Kat dan Eddy.”
“Bukankah
you cakap anak perempuan mereka masih hidup? Kenapa pula you cakap
Issac anak tunggal mereka?” Hairan. Dari cerita Lutfiyah tadi, anak
perempuan yang dikandung Kat dikatakan masih hidup. Tapi mengapa
Issac dikatakan anak tunggal? Bukankah anak perempuan itu juga anak
Kat dan Eddy?
“Memang,
tapi status anak itu bukan seperti yang selama ini I sangkakan.”
Berpeluk
badan Alex dengan apa yang melepasi bibir Lutfiyah. “Maksud you?”
Kening bertaut inginkan penjelasan.
Keluhan
dari Lutfiyah sudah membuat Alex faham. Lutfiyah tidak mahu bercerita
tentang perkara itu. “Nanti I akan cerita kepada you. Sekarang kita
harus jumpa dengan Issac.”
Kepala
diangguk kecil. Badan yang tadi bersandar dibelakang kerusi kini
ditegakkan. Matanya mengamati wajah ayu bertudung didepannya.
“Where
are we going to find him?”
“Paris.”
Dari maklumat yang diterimanya, Issac kini menetap di Paris sejak
setahun lalu setelah bertahun-tahun tinggal bersama orang tuanya Eddy
setelah kematian lelaki itu. Syarikat Eddy sekarang menjadi milik
Issac tetapi Pablo masih mengendali semua hal syarikat sehingga anak
muda itu bisa mengambil alih sepenuhnya.
**
Perempuan
berkulit putih mengangkat kepala sambil bibir mengulas senyuman
kepada dua orang tetamu didepannya. “May
I help you?”
“I’m
Lutfiyah and this is my lawyer Alex. We’re here to meet Mr Issac
Daimaru.”
“Have
you made an appointment?”
Bila melihat gelengan kepala Lutfiyah perempuan itu menyuruh mereka
meunggu sebentar sementara dia menelefon Issac. Sekali-sekala
Lutfiyah dapat melihat perempuan itu mengerling sekilas kepadanya
dalam masa yang sama masih tekun berbicara ditelefon.
Beberapa
minit kemudian perempuan itu meletak gagang telefon dan senyum
kembali kepada mereka. “Please
come in. He’s inside.”
Tangan didepakan menyilakan mereka menuju ke bilik kaca di hujung
ruang itu. Diucapkan terima kasih sebelum menapak menghampiri pintu
yang berkaca itu tetapi tidak dapat melihat ke dalamnya.
Pintu
diketuk Alex sementara Lutfiyah menanti dengan penuh debaran
disebelah. Lima tahun dia tidak bertemu dengan anak muda itu sejak
hari pengebumian Eddy. Tertanya-tanya bagaimana sambuatan Issac
terhadapnya setelah dia sudah tahu kebenaran yang tersimpan dalam
kotak berukiran kayu itu.
Sebaik
mendengar kebenaran untuk masuk, Alex memulas tombol pintu dan
menolak pintu itu luas membenarkan Lutfiyah membolos diri ke dalam
terlebih dahulu. Setapak saja Lutfiyah mengambil, matanya bertembung
dengan sepasang mata hazel yang pernah dilihatnya bertahun yang lalu.
Dahulu sepasang mata hazel milik Eddy penuh kesal, kesakitan dan
kelembutan. Tetapi mata hazel didepannya kini kosong. Tiada perasaan.
“Hi.
You must be Lutfiyah and Alex.”
Tubuh tegap yang dibaluti sut dan seluar berwarna hitam bangkit dari
duduknya dan menghampiri mereka. Senyuman lebar ditayang kepada
mereka.
Tangan
anak muda itu disambutnya. “Lutfiyah
and this is Alex, my lawyer.”
Alex disebelah mengenalkan dirinya sendiri.
“Right.
Please have a seat.”
Set sofa yang berdekatan ditunjuknya. Baru saja punggung mereka darat
atas sofa, perempuan yang menyambut mereka masuk menatang dulang
berisi tiga mug.
Sementara
menanti perempuan itu menyaji air yang dibawanya, Issac memberi
arahan kepada perempuan yang bernama Stacy itu supaya menahan semua
panggilan untuknya. Sracy senyum akur dan meminta diri.
Selama
itu Lutfiyah hanya mengamati anak muda didepannya itu. Kaki kanan
direhat atas riba kirinya. Bersahaja. Senyuman Issac yang menyerlah
sepasang lesung pipit dikedua belah pipi sepertinya menyimpan sesuatu
rahsia. Sepasang mata yang dahulunya mencerminkan seorang anak muda
yang kehilangan dan menagih kasih sayang ibu bapanya sudah lesap.
Hilang ditelan masa.
“So,
what can I do for both of you?”
Soal Issac pura-pura tidak tahu apa tujuan mereka datang ke mari.
Lutfiyah
mengerling kepada Alex yang angguk kepalanya menyuruh Lutfiyah
meluahkan hasratnya ingin bertemu dengan Issac. Dipaling Issac yang
menyandar tenang dibelakang sofa. “I
think you know the reason.”
Ujar Lutfiyah.
Issac
ketawa sambil mencapai mug berisi kopi atas meja. Disilakan tetamunya
menikmati kopi didepan mereka sebelum mengambil masanya menghirup
kopi buatan Stacy.
Tajam
matanya merenung Lutfiyah dan Alex. “Kalau ini tentang papa dan
mama, saya tak ada apa-apa yang harus dicakapkan.” Dihirup kopi
sekali lagi. Tidak mengendah tujuan Lutfiyah yang ingin membuka masa
silam.
Tertunduk
Lutfiyah dengan kata-kata Issac tambah lagi dengan tikaman maut anak
muda itu. Sesaat dia dapat melihat mata yang membara penuh dendam dan
kesakitan. Tetapi bila mata hazel itu memejam dan celik kembali,
pandangnya kembali kosong. Tidak berperasaan langusng. Pada masa itu
juga dia yakin bahawa anak tunggal Eddy dan Kat menyembunyi apa yang
dirasainya sedalam yang mungkin. Disebalik renungan yang kosong itu
mempunyai berlapis-lapis perasaan yang sedang berperang untuk keluar.
Issac bijak menyimpan dan mengawal perasaannya.
“Buat
masa sekarang aunty
akan cakap. Issac hanya perlu dengar.” Tegas Lutfiyah. Tapi Issac
membalas dengan tawa sinis dan membetulkan kot yang dipakainya. Dia
malas mahu mendengar ini semua.
“Tak
ada apa yang harus saya dengar dari aunty.”
Dia bangkit dari sofa yang membuat Lutfiyah dan Alex turut berdiri
sama. Tangan menyeluk poket seluarnya sambil menapak ke dinding
cermin yang menampak seluruh bandar Paris.
Derapan
kaki menghampiri menyapa telinganya. “Issac. Demi keadilan.”
Pinta Lutfiyah.
Issac
tahu Lutfiyah sedang terdesak. Dari tiga perkataan tadi dia tahu.
Wanita itu mahu mengakhiri semua ini. Tapi dia ada agendanya sendiri
dan tidak mahu sesiapa masuk campur, terutama sekali wanita bernama
Lutfiyah itu.
“Saya
ada jalan saya sendiri.” Tutur Issac tenang.
Lutfiyah
tak mahu memutus asa. Berbatu jauhnya dia datang ke mari untuk
bertemu Issac dengan harapan lelaki itu akan setuju tetapi nampaknya
dia akan dikecewakan. Dia akan pulang ke Naraya seorang yang gagal.
Mata
dipejam seketika. Wajah anak-anaknya bermain difikirannya. Tangan
digempal disisi. Demi anak-anaknya dia harus mencuba. “Dengar dulu
apa yang aunty
cakapkan dulu. Kalau selepas itu Issac masih mahu mengikut jalan
Issac, aunty
akan akur. But
please listen to what I have to say first.”
“Issac?”
Belum sempat Lutfiyah mendapat persetujuan Issac suara garau
dibelakang membuatnya berpusing ke belakang.
Issac
menayang senyuman kepada Pablo. Kaki mengorak langkah menuju Pablo
yang memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia tahu Pablo ingin tahu
apa mereka buat disini, di Paris.
“Father. This is Lutfiyah, dad’s old friend and that is Alex.” Ditunjuk kepada dua tubuh yang sedang berdiri didepan mereka.
“Father. This is Lutfiyah, dad’s old friend and that is Alex.” Ditunjuk kepada dua tubuh yang sedang berdiri didepan mereka.
“They
are here with a preposition but I’m not interested. Infact, they
are just about to leave. Aren’t you?”
Kening diangkat dengan pertanyaan kepada tetamu yang tidak
diundangnya itu.
Lutfiyah
memahami kehendak Issac. Dia kalah. “Yes,
we are.”
Beg tangan atas kerusi dicapainya. Kad nama dikeluarkan dan dihulur
kepada Issac.
“Call
me if you’ve made up your mind.”
Dengan senyuaman sinis kad itu diambil Issac.
“Will
do.”
Dengan itu Lutfiyah dan Alex meninggalkan pejabat itu dengan rasa kecewa. Issac menjungkit bahunya bila Pablo merenungnya mahu dia beritahu apa yang baru terjadi. Kad nama ditatapnya sebelum diramas dalam tangannya.
Dengan itu Lutfiyah dan Alex meninggalkan pejabat itu dengan rasa kecewa. Issac menjungkit bahunya bila Pablo merenungnya mahu dia beritahu apa yang baru terjadi. Kad nama ditatapnya sebelum diramas dalam tangannya.
As
if I’ll call.
**
Kopi
atas meja yang dibawa pelayan tidak dihiraunya. Tubuh diangkat dan
menuju ke arah kolam ikan kecil yang terdapat di dalam ruang VIP itu.
Tangan naik memeluk tubuh. Fikiran melayang memikirkan pertemuannya
dengan Issac sebentar tadi. Dia memang datang ke Paris dengan tujuan
untuk mebuat tawaran yang telah difikirkannya. Adakah dia yakin Issac
akan setuju? Memang tidak. Dia hanya datang ke Paris dengan harapan
nipis yang besar kemungkinan akan musnah bila dia balik Naraya nanti.
Alex
yang baru berbual ditelefon dengan kliennya, mengambil tempatnya
disebelah Lutfiyah. Mereka kembali ke hotel selepas bertemu dengan
Issac. Dari tadi Lutfiyah hanya berdiam diri. Riak wajah pula suram.
Dia tahu kawannya itu kecewa apabila apa yang diharapkannya tidak
menjadi. Musnah dan terpaksa kembali ke garisan permulaan.
Mata
Alex turut mengikut rentak Lutfiyah. Pandangan mereka berdua jatuh
melihat beberapa ikan koi berenang di dalam kolam itu. “You fikir
dia akan telefon? Dari apa yang I lihat tadi dia tak mahu ada apa-apa
kena mengena dengan kita.” Direnung Lutfiyah yang memandang kosong
ikan yang ada didepannya. Tangannya diseluk dalam poket seluar
menanti jawapan Lutfiyah.
“I
dah buat apa yang I mampu. Sekarang I hanya serah kepada Tuhan dan
Issac. Hopefully
he hops onto the wagon.”
Mata masih tidak lepas dari apa yang direnungnya.
“Hopefully
the wagon has enough space for two more.”
Tergamam Lutfiyah dengan apa yang dijamah matanya sebaik saja dia
menoleh ke belakang.
“Issac.”
Bisikan nama itu didengari Alex yang turut tidak percaya dengan apa
yang dilihatnya.
Issac
senyum herot dengan badan yang menyandar ditiang batu ruang VIP hotel
itu. Geli hati dia melihat reaksi dua orang didepannya itu, seperti
nampak hantu. Lutfiyah mengerling Alex yang menjungkit bahunya tidak
tahu apa-apa.
Melihat
Lutfiyah yang masih belum dapat menelah kehadirannya, Issac berdiri
tegaktetapi tangan masih memeluk tubuh. “Saya bawa seseorang yang
boleh bantu. Father.”
Pablo muncul disisi Issac bila dipanggil. Bibir Lutfiyah yang tadi
terlopong kini mengukir senyuman nipis. Terima kasih Ya Allah! Terima
kasih mendengar rintihan hamba Ya Allah.
Alex
menyilakan mereka duduk apabila melihat Lutfiyah masih tercegat tidak
terkutik. Pelayan dipanggil dan mengambil pesanan mereka. Lutfiyah
akhirnya sedar dari kejutannya bila Alex memanggilnya. Dia duduk
kembali atas kerusi yang didudukinya tadi. Dipandang Issac dan Pablo
yang duduk satu meja dengannya. Senyuman masih tidak lekang dari
bibir mereka.
“Maaf
tentang sikap saya tadi. Saya tak maksud untuk bersikap kurang ajar
cuma kedatangan kalian berdua diluar jangkaan saya. I’m
just not prepared for it.”
Issac memulakan bicara.
Selepas
pemergian Lutfiyah dan Alex, Pablo telah menekannya supaya
memberitahunya apa yang mereka mahukan. Pada mulanya dia tidak mahu
bercerita tetapi bila Pablo mengugut akan beritahu Nila tentang
rancangannya terhadap Khaleed, dia terpaksa akur. Takut juga dia
kalau Nila tahu, pasti Nila akan mengganggu rancangan yang telah dia
aturkan dengan sempurna.
Selesai
menyampaikan tujuan Lutfiyah dan keputusannya untuk tidak mahu
mendengar apa yang ingin dikatakan Lutfiyah. Perkataan pertama Pablo
benar-benar luar jangakaannya. Bodoh. Itulah perkataan yang keluar
dari mulut Pablo.
Bodoh
sebab ego. Bodoh sebab tak dengar apa yang mereka mahu katakan. Bodoh
kerana tidak manfaatkan apa yang terbentang untuknya. Bodoh kerana
tidak berfikir. Itu semua dikatakan lelaki yang sudah dianggap
seperti seorang bapa kepadanya. Bagai baru dihentak batu dia sedar
bahawa peluang tidak akan datang bergolek dua kali. Dia meninggalkan
pejabat secara mendadak dan mengarah orangnya mencari tahu dimana
Lutfiyah dan peguam itu berada. Dia sudah banyak membuang masa. Nasib
baik Pablo menyedarkannya kalau tidak memang melepas dia.
“It’s
okay.
Salah aunty
sebab datang secara mengejut.
I should have at least made an appointment.”
Gurauan Lutfiyah disambut gelak tawa mereka yang berada disitu.
Issac
menolak ke tepi air tembikai yang dipesannya. Badan mengensot
mendekati meja lantas meletak kedua lengannya atas meja. “So.
Tentang tadi. Aunty
mahu cakap apa dengan saya? Demi keadilan?” Keningnya diangkat
menanti jawapan Lutfiyah.
Garisan
nipis terukir dibibir Lutfiyah. Benar-benar berlainan Issac yang
berada didepannya kini dengan Issac yang dijumpanya di pejabat tadi.
Issac tadi lebih dingin dan penuh keyakinan tetapi Issac yang sedang
menyedut air tembikai sambil menaikkan kening ke arahnya, sungguh
beza sekali. Periang, senang diajak bual dan seperti sedikit
keanak-anakkan. Tawa halus melepasi bibirnya.
“Aunty
rasa papa kamu sudah ceritakan segalanya kepada kamu melalui kotak
yang aunty
beri.” Pada hari kebumian papa kamu. Tapi kata-kata terakhir itu
disambung dalam hatinya. Tidak sampai hati mahu berkata sebegitu
kepada Issac.
Lutfiyah
melihat Issac menyandar ke kerusi. Hilang terus Issac yang periang
tadi. Issac kini mengerut dahi sepertinya sedang memikirkan tentang
isi kandungan kotak itu.
“Kotak
yang penuh beribu kejutan pada satu masa.”
Dia tidak ingat tentang kotak itu selepas bertemu dengan Lutfiyah, sehinggalah peguam peribadi papanya datang bertemu dengannya. Sebatang kunci diterimanya beriringan dengan sepucuk surat yang membuat dia tertanya-tanya. Bila kotak itu dibuka satu-persatu jawapannya terjawap.
Dia tidak ingat tentang kotak itu selepas bertemu dengan Lutfiyah, sehinggalah peguam peribadi papanya datang bertemu dengannya. Sebatang kunci diterimanya beriringan dengan sepucuk surat yang membuat dia tertanya-tanya. Bila kotak itu dibuka satu-persatu jawapannya terjawap.
Pandangan
Issac beralih dari air tembikainya ke Lutfiyah yang sedang
mengamatinya dari tadi. “Jujur. Sukar untuk saya terima dan fahami
itu semua. Terlalu rumit. Tapi sekarang saya faham kata-kata aunty
dulu. Papa memang sayangkan saya dan sanggup mengorbankan dirinya
demi saya. Demi keluarganya. Sepertimana papa terperangkap dalam
dunia hinanya, begitu juga saya. Saya terperangkap dalam dunia saya
sendiri. Dunia penuh kebencian, saya tak beri peluang kepada papa
untuk menggenali saya. Saya tolak dia jauh sehingga dia pergi dan tak
akan kembali lagi.”
Kekesalan
dapat dirasai Lutfiyah dari Issac. Simpati dia melihat mata yang tadi
kosong kini penuh kesakitan, kemarahan, kekesalan semua berkecamuk
menjadi satu. Mahu saja dia menarik anak muda itu dalam dakapannya
sepertimana dia melakukan kepada anak-anaknya setiap kali mereka
mempunyai masalah atau dalam kesedihan. Naluri ibunya mahu memberi
kasih sayang dan ketenangan kalau boleh kepada setiap insan yang
dalam kesusahan. Tapi dia tahu ia tidak mungkin.
“Tak
guna lagi untuk fikirkan kalau saya boleh memutar masa kembali sebab
ia tak akan pernah berlaku. Masa tak boleh kembalikan kedua orang tua
saya. Walaupun saya kehilangan mereka, saya dikurniakan dua orang tua
yang amat sayangi saya. Father
dan mother
telah banyak mengajar dan menjaga saya dari kecil lagi. Ini termasuk
datok dan nenek saya. Saya rasa aunty
kenal dengan mereka.” Lutfiyah angguk mengiakan. Alex turut
melakukan perkara yang sama.
Tuan
Kamil Arsyad. Siapa tak kenal usahawan yang tersohor serta isterinya
yang dikenali dengan sifat dermawannya. Sebut nama saja semua kenal.
Tetapi tiada siapa tahu tentang keluarga usahawan itu. Tiada sesiapa
yang tahu bahawa lelaki itu seorang mualaf. Hanya segelintir saja
yang mengetahuinya termasuk Tok Wan. Semua mengenai keluarga Tuan
Kamil Arsyaf disimpan erat didada. Semua sedia maklum bahawa pasangan
suami isteri itu mempunyai seorang anak lelaki tetapi tiada sesiapa
tahu apa-apa tentang anak tunggal mereka itu. Semua menjadi rahsia.
Pertama kali dia dapat tahu bahawa Eddy adalah anak Tuan Kamil Arsyad
dia tidak sangka. Eddy sentiasa mengenalkan dirinya sebagai Edward
Daimaru, bukan Eddy Kamil Arsyad.
“Pertama
kali saya membuka kotak itu, memang saya tak tahu apa yang harus saya
katakan. Tentang mama saya dengan suami aunty.
Kemalangan yang menimpanya. Tentang perjuangan papa dipusat
pemulihan. Pertemuan pertama papa dan aunty
sehingga ke hari-hari terakhirnya. Semua saya sudah tahu.” Jelas
Issac.
Bayangan kotak kayu yang tersimpan elok itu bermain difikirannya. Kotak yang akan dia gunakan untuk memporak-perandakan kehidupan Khaleed.
Bayangan kotak kayu yang tersimpan elok itu bermain difikirannya. Kotak yang akan dia gunakan untuk memporak-perandakan kehidupan Khaleed.
Mata
hazel itu menikam anak matanya Lutfiyah. Sepasang mata yang membakar
dengan api kemarahan. “Saya mahu menghabisi aunty
sekeluarga bila semua rahsia yang tersimpan didalam kotak itu
terbongkar. Mother
pun sama. Pelbagai rancangan telah saya aturkan untuk aunty
sekeluarga.” Berdebar hati Lutfiyah mendengar pengakuan Issac. Pengakuan yang tiada tapisnya.
Perlahan
api yang membakar sepasang mata itu mula pudar. Kendur. “Tetapi
father
menghalang
mother
dan menukar pendirian saya. Tidak guna berdendam. Lebih baik menyerah
segalanya kepada Tuhan. Buat apa mengotorkan tangan melakukan
perbuatan terkutuk sebegitu. Bukan begitu father?”
Issac melepaskan anak mata Lutfiyah dan menoleh pada Pablo yang hanya
diam sedari tadi.
Bahu
tegap Issac ditepuk Pablo. “You’ve
learnt well my son.”
Kedua-dua tawa sepertinya mereka saja tahu makna yang tersirat disebalik kata-kata Issac. Tersenyum Lutfiyah melihat kemesraan Pablo dan Issac.
Kedua-dua tawa sepertinya mereka saja tahu makna yang tersirat disebalik kata-kata Issac. Tersenyum Lutfiyah melihat kemesraan Pablo dan Issac.
“Jadi
apa aunty
mahu saya buat?”
Terkejut Lutfiyah bila Issac memusing kepadanya kembali secara mendadak. Alex menutup mulut dengan tangan melihat reaksi Lutfiyah. Geli hati dengan perangai Issac yang bertukar-tukar dari satu ke satu. Sungguh tidak boleh dijangka apa yang dirasai dan bermain dalam otak fikiran anak muda itu.
Terkejut Lutfiyah bila Issac memusing kepadanya kembali secara mendadak. Alex menutup mulut dengan tangan melihat reaksi Lutfiyah. Geli hati dengan perangai Issac yang bertukar-tukar dari satu ke satu. Sungguh tidak boleh dijangka apa yang dirasai dan bermain dalam otak fikiran anak muda itu.
Lutfiyah
berdehem dan menghirup kopi atas meja cuba melega rasa gelisahnya.
Dari ekor mata dia dapat melihat Issac masih tersenyum-senyum
kepadanya.
“Aunty
tahu kamu ada rancangan kamu tersendiri. Kalau kamu tak mahu kongsi
dengan aunty.
Aunty
faham. Tapi aunty
harap kita boleh bersikap jujur dan mempercayai antara satu sama
lain. Apa yang aunty
rancangkan ini mungkin sukar untuk dilaksanakan. Beritahu aunty
kalau kamu ada apa-apa buah fikiran terhadap apa yang aunty
ingin katakan ini.”
Anggukan
kecil dari Issac membalas kata-kata Lutfiyah. “That’s
fair.
Tapi apa yang akan saya dapat kalau saya turut serta dalam permainan
aunty
ini?” Tangan yang tadi bermain-main atas meja kini memeluk tubuh
tegapnya.
“Keadilan.”
Issac angguk sekali lagi.
“Aunty
tahu kamu mahu membalas dendam kepada Khaleed terhadap apa yang dia
lakukan kepada keluarga kamu. Aunty
juga sama.” Tekun tiga pasang telinga mendengar penjelasan
Lutfiyah. Semua mengerut dahi dengan tiga perkataan terakhir dari
Lutfiyah. Tapi belum sempat Issac bersuara, Lutfiyah menyambung.
“Apa
yang aunty
akan lakukan bukan saja untuk aunty
tetapi demi anak-anak aunty
juga. Mereka tak tahu siapa papa mereka sebenarnya. Papa yang sanggup
menghancurkan keluarga sendiri demi kesenangan diri sendiri.” Tutur
Lutfiyah dengan ketapan bibir.
Geram dan marah memikirkan semua yang dilakukan Khaleed sepanjang perkahwinan mereka. Cinta yang dahulu agung untu seorang lelaki bernama suami, hari demi hari semakin luput.
Geram dan marah memikirkan semua yang dilakukan Khaleed sepanjang perkahwinan mereka. Cinta yang dahulu agung untu seorang lelaki bernama suami, hari demi hari semakin luput.
“Jadi
aunty
mahu menjadi papa saya? Mengorbankan diri sendiri demi keluarga.”
Issac tidak suka bila Lutfiyah mahu melakukan perkara sama yang
meragut nyawa papanya. Pengorbanan demi orang yang tersayang.
Tidakkah mereka fikirkan akibat pengorbanan mereka itu?
Lutfiyah
faham apa yang dimaksudkan Issac. Dia tidak boleh bayangkan kehidupan
anak-anaknya tanpa dia disisi. Tetapi ajal dan maut ditangan Tuhan.
Satu hari dia tetap akan pergi meninggal anak-anaknya buat selamanya.
Dia tahu mereka kuat dari apa yang semua sangkakan. Dia tahu mereka
boleh teruskan hidup tanpa dia disisi.
Segaris
senyuman ditayang kepada tiga lelaki didepannya. “Aunty
sudah tua. Bila-bila saja boleh pergi. Tapi anak-anak aunty
masih muda. Yang sulung 22 sementara yang kecil baru 17 tahun. Masa
depan masih panjang. Aunty
mahu menyingkirkan masalah ini supaya masa depan mereka tidak
kucar-kacir seperti kehidupan aunty.
Tapi aunty
perlukan pertolongan kamu.”
“Kamu
sanggup singkirkan Khaleed? Suami dan bapa kepada anak-anak kamu?”
Pablo bertanya menginginkan kepastian.
Lutfiyah
angguk kecil. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. “Kalau dia
sanggup singkirkan saya mengapa tidak saya?” Senang saja jawapan
Lutfiyah. Pablo kurang senang dengan jawapan Lutfiyah. Tetapi lama
kelamaan dia faham. Kalau dia berada ditempat Lutfiyah dia juga akan
lakukan perkara yang sama.
“Jadi
apa yang kamu mahu Issac lakukan?” Soal Pablo sekali lagi.
Lutfiyah
tunduk seketika, mengumpul semua kekuatan yang dia ada untuk
membentangkan apa yang sudah difikirkannya. Cincin kahwin dijari
manisnya diputar-putar. Perkahwinan yang hanya satu alasan bagi
Khaleed. Nafas ditarik lantas kepala diangkat. Ditenung ketiga-tiga
lelaki yang sedang menanti dengan penuh debaran.
“Suami
saya mahukan ke semua harta saya dan kedua orang tua saya. Dia tak
dapat melakukan apa-apa tentang harta kedua orang tua saya sebab
kalau apa-apa jadi kepada mama saya, semua harta akan diagih kepada
masjid dan rumah kebajikan. Kami tak akan dapat satu sen. Tetapi apa
yang dia tak tahu adalah, papa saya telah membuat wasiat baru tetapi
dirahsiakan dari pengetahuan Khaleed. Harta bukan akan diagihkan
tetapi akan jatuh kepada anak bongsu saya, Faryal.” Terangkat
kening Pablo dengan penjelasan Lutfiyah. Sungguh licik sekali papanya
Lutfiyah.
“Ini
termasuk Lumiere International, syarikat suami saya sendiri yang
dibeli secara rahsia oleh papa saya.” Semakin terangkat kening
Pablo. Issac disebelah hanya mendengar dengan tenang.
“Mengapa
anak bongsu kamu?” Soal Pablo tidak faham mengapa semua harta itu
jatuh kepada satu. Mengapa tidak diagih-agihkan kepada cucu yang
lain?
Air
liur ditelan Lutfiyah. Agak sukar untuk mengatakan sebab kebencian
Khaleed terhadap Faryal.
“Sebab
Khaleed tak anggap Faryal darah dagingnya sendiri. Ini kerana
seseorang telah menfitnah aunty
dengan seorang lelaki bernama Danial.” Bukan Lutfiyah yang
menjawabnya tetapi Issac disebelahnya. Buntang mata Lutfiyah
mendengar apa yang baru dikatakan Issac.
“Macam…”
Issac
membetulkan duduknya atas kerusi. Mengambil masanya memberi jawapan
kepada pertanyaan Lutfiyah dan Alex. “Saya tahu semua itu. Kalau
mahu mencari kelemahan seorang musuh, penyelidikkan harus dibuat dan
maklumat harus dikumpul mengenai mereka. Baru kita boleh bertindak.
Sesuatu yang papa saya ajar melalui kotak itu.”
Kepala
digeleng Lufiyah. Gelak kecil bermain dibibir. Macam mana boleh dia
tidak fikirkan perkara itu. Issac pasti akan mencari jawapan seperti
yang dilakukan Eddy. Mahu berdepan dengan musuh yang licik memang
harus tahu serba-serbi tentang mereka. Sungguh Issac lebih bijak yang
disangkanya.
“Benar
apa yang kamu katakan tadi tentang fitnah itu. Bila aunty
dapat tahu tentang wasiat papa aunty,
memang tidak masuk akal benar apa yang ingin dilakukannya. Bila
mendengar perbualan Khaleed ditelefon, aunty
dapat tahu dia mahu menyingkirkan aunty
sebab dia dapat tahu dari peguam keluarga, bahawa wasiat yang aunty
buat menyatakan sekiranya apa-apa terjadi kepada aunty,
semua harta akan dikendali oleh Khaleed sebelum diagihkan kepada
anak-anak aunty bila mereka semua mencecah 23 tahun.”
Kalau
Issac bodoh kerana ego. Dia bodoh kerana terlalu mempercayai orang
sekelilingnya. Bila dia dapat tahu tentang peguam keluarga mereka
memberitahu Khaleed tentang isi kandungan wasiatnya dia benar-benar
tidak terkata. Sungguh tidak boleh menerima apa yang dilakukan peguam
itu, dan kerana itu juga dia menjumpai Alex. Hanya Alex saja yang
dipercayainya kini.
“Orang
yang aunty
sangka dapat dipercayai menikam aunty
dari belakang. Itu sebab aunty
berjumpa dengan Alex. Dia saja yang aunty percaya.” Dipandang Alex
yang membalas senyumannya. Sejak bertemu kembali dengan Alex dia rasa
lega sebab ada seseoranya yang dia boleh tanpa berasa ragu.
Pablo
mendepankan tubuhnya ke meja. “Correct
me if I’m wrong. Khaleed
mahu harta kamu dan satu-satu caranya adalah menyingkirkan kamu? Ini
bermakna…”
“Benar.
Lutfiyah harus mati.” Kata-kata Pablo disambung Alex. Tersandar
kembali Pablo dengan apa yang didengarinya. Mati? Tidak bolehkah mereka melakukan sesuatu tanpa tumpahan darah?
Issac
yang melihat reaksi Pablo bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
Dia dari tadi sedang mencerna semua butiran dari Lutfiyah. “Don’t
tell me aunty berfikir untuk memalsu kematian aunty?”
Melihat
anggukan Lutfiyah, Issac kebingungan. “Kalau begitu saya tak nampak
dimana saya dapat menolong aunty.”
Terus terang Issac luakan apa yang terpendam. Dia tak dapat melihat
dimana peranannya dalam rancangan itu. Kalau Lutfiyah ‘mati’, apa
harus dia lakukan? Kalau bab duit, Lutfiyah memang tak perlukan itu.
Kalau bab menyuruh orang ‘mematikannya’ Lutfiyah juga pasti ada
orangnya.
“Kamu
muncul setelah kematian aunty.
Bukan sebagai Issac Daimaru tetapi Izzat Danish, cucu kepada Tuan
Kamil Arsyad. Penolong kanan Arsyad Holdings dan CEO sementara FS
Companies.”
“Bukankah
Khaleed akan syak sesuatu kalau Issac ada kaitan dengan Tuan Kamil
Arsyad?” Lutfiyah sudah agak pertanyaan itu akan ditanya. Pablo
didepannya masih berkerut seperti tadi.
“Tuan
Kamil Arsyad sudah sedia maklum dengan rancangan saya ini. Dia
sendiri yang menyuruh saya untuk bertemu dengan kamu terlebih
dahulu.”
Issac
ketawa kecil. Datoknya itu tidak akan sama sekali menyetujui sesuatu
perkara yang melibatkan satu-satu cucunya itu. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. “Complicated
but I’m starting to get the idea.”
Ujar Issac yang menyilang kakinya sambil tangan menongkat mukanya.
“Faryal
akan saya hantar ke rumah neneknya. Dia lebih selamat di situ dari
dirumah.”
Semua
sudah difikirkannya.Kalau dia tidak ada nanti, pasti Khaleed akan
memberi layanan yang lebih teruk terhadap Faryal. Walaupun anak-anak
lelakinya ada tetapi mereka tak akan sentiasa ada disisi Faryal.
Mereka semua mempunyai kehidupan mereka sendiri. Memikirkan mamanya
yang tinggal sendirian dengan pembantu rumah dirumah dia dibesarkan,
dia yakin jika dia meletak Faryal dibawa jagaan mamanya, bukan sahaja
mamanya akan mendapat teman tetapi ia juga dapat menjauhkan Khaleed
dari Faryal sehingga ia semua selesai. Tambah lagi dia tahu mamanya
akan melaksanakan semua yang disuruhnya dengan lebih teliti.
“Bagaimana
dengan kematian kamu? Macam mana kamu akan mati? You
understand what I mean.”
Pertanyaan Pablo yang bertubi-tubi membuat Lutfiyah gelak sendiri.
“Accident.
Explosion.”
“Ahh…so
your body is blown to pieces. Nice.”
Lebar sekali senyuman Issac memikirkan perkara itu.
“Issac.”
Tegur Pablo kurang senang dengan guraun anak muda itu.
“Sorry.
It’s just that it is too simple.”
Adu Issac.
Alex
yang meletak cawan kopinya memandang anak muda didepannya. “Kamu
ada idea yang lebih baik?”
Tersengih-sengih
macam kerang busuk Issac dengan pertanyaan peguam itu. Alex gelak
dengan gelengan kepala. Sungguh menghibur sekali lelaki bernama Issac
itu.
“Not
right now.
Tapi saya perlu masa untuk berfikir. Kita tak boleh kelam-kabut.
Kalau ia memakan tiga tahun. Kita akan tunggu selama itu asalkan
rancangan kita tak ada lobang untuk air menembus keluar atau masuk. It
has to be full proof. Perfect.”
“Betul
cakap Issac. Kita kena rancang dengan teliti. Khaleed bukan orang
yang senang untuk diperdaya. Kalau dia boleh merancang untuk
menamatkan dua nyawa, dia boleh lakukan lebih daripada itu. That
is why what Issac said is right. If it has to be 3 years then let it
be. It’s all about the perfect timing.”
Alex setuju dengan apa yang dikatakan Issac. Lutfiyah berfikir
sejenak sementara Issac sudah mengerling jam tangannya.
“Okaylah,
saya kena pergi ada temujanji penting dekat ofis. Kalau saya sudah
fikirkan sesuatu nanti saya akan telefon aunty.”
Kaget Lutfiyah dan Alex dengan perubahan drastis Issac. Satu saat
sedang memikirkan tentang rancangan mereka tup tup sudah mahu meminta
diri. Issac yang sudah berdiri sambil membetulkan pakaiannya diamati.
Pablo
ketawa dengan reaksi Lutfiyah dan Alex. Dia turut bangkit dari
duduknya. “Dia tinggalkan pejabat secara mendadak tadi sebab mahu
kejar kamu berdua. Kamu jangan risau, dia memang macam begitu. Senget
sikit.” Pablo memberi penjelasan. Issac yang sedang membetulkan
butang bajunya mengerling Pablo disebelah. Muncung ditarik bila
dilabel senget oleh Pablo.
“I’m
right here father.
Kalau nak kutuk orang pun tunggulah orang pergi dulu.” Rungutan
Issac disambut tawa mereka bertiga. Boleh tahan juga merajuk anak
muda itu.
Sebaik
saja mereka berjabat tangan, Issac mula melangkah pergi. Tetapi baru
beberapa langkah yang diambilnya dia pusing kembali. Tangan menyeluk
poket kot yang dipakainya. “Sebelum saya lupa, ini untuk aunty.
Mungkin ini boleh menolong dalam rancangan kematian aunty
itu.” Fail yang dilipat dua dihulur kepada Lutfiyah dan mula
berlalu pergi
Buntang
mata Lutfiyah dengan isi kandungan fail yang diterimanya. Nama Issac
dilaungnya. Terhenti langkah Issac dimuka pintu ruang VIP itu.
Perlahan dia memusing.
“Bagaimana
kamu dapat cari dia? Bertahun-tahun orang aunty cari tapi tak ketemu.
Dia sepertinya lesap begitu saja.”
Issac
memberi senyuman herotnya. Dia tahu Lutfiyah pasti tertanya-tanya
bagaimana dia dapat mencari maklumat dan menjejaki kembarnya itu.
Memang sukar untuk mencari sebab tidak banyak maklumat yang dia
peroleh, tetapi bila diminta pertolongan Tuan Kamil Arsyad, dia jumpa
apa yang dicari-cari.
“Tuan
Kamil Arsyad datok saya. Apa saja yang mahu cari akan pasti
ditemukan. Sepertimana aunty ada orang-orang kepercayaan aunty, saya
juga begitu. Just
one thing you should know. She doesn’t want to be found. If I were
you, I’ll wait for her to make the first move.”
Mata dikenyit sebelum berlalu pergi.
Rasanya lutfiyah masih hidup..yg mti adlh kmbarnya.. Mereka brpkat utk bongkr kjhtan khaleed
ReplyDeleteHehehe:B
Deletewahh...susah betol kalau org yg kite benci org yg paling dekat dgn kite.. and file tu pasal kakak lutfiyah kn..hmm btw good job kak ^^
ReplyDeleteYap2...file tu tentang kakaknya Lutfiyah..heheh:B
Delete