Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 13 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 55

Bab 55
Lenguh satu badan Lutfiyah bila sehari berada di tapak cawangan hotel baru syarikatnya. Nasib baiklah anak-anaknya semua pandai berdikari. Bila dia pulang tadi dia nampak anak daranya, Faryal sedang berada didapur celoteh tanpa henti bertanya itu ini kepada Mak Limah yang sedang membuat kek coklat kegemaran anak-anaknya.
Dilihat Ahdia pula sedang bermain dengan alat solek yang dibeli Khaleed tempoh hari. Bia ditanya Khaleed mengapa berbuat sedemikian, maklumlah Ahdia masih muda lagi untuk benda seperti itu. Jawapan Khaleed mudah saja. Sebab Ahdia merengek mahukannya sebab itu dibelikan. Mahu saja dia bertikam lidah dengan Khaleed sebab terlalu memanjakan dan mengikut kehendak Ahdia. Tetapi dia sudah tidak kuasa. Setiap kali bersentuh tentang Ahdia, suaminya itu pasti akan membela anaknya itu. Mengingatkan ujian DNA yang diterimanya, dia pasrah. Suka hati suaminya mahu membuat apa dengan anak kesayangannya itu.

Sedang kaki mahu menuju ke bilik tidurnya, kedengaran suara Khaleed sedang ketawa dari ruang rehat ditingkat atas. Kaki perlahan mendaki ke tingkat tiga dimana letaknya bilik anak-anak lelakinya. Hairan mendengar suara tawa Khaleed yang kedenganran sungguh gembira. Kaki berhenti ditangga dan telinga tekun mendengar perbualan Khaleed ditelefon.
Bodoh punya lelaki. Dia ingat aku senang jatuh dalam perangkap dia. Suami isteri sama saja. Kat bodoh kerana meninggalkan aku, dan Eddy bodoh kerana mengugut aku dengan apa yang dia ketahui. Sekarang tengok siapa yang berada diatas? Bukan si penagih itu tetapi aku. Khaleed Jamaluddin.” Tercengang Lutfiyah dibuatnya.
Bagus idea kau untuk seksa dia dengan cara sebegitu sebelum kau humban dia dekat sungai. Seorang penagih akan sentiasa menjadi penagih. Ganjaran kau akan aku dua kali gandakan. Sekarang tiada sesiapa akan menjadi penghalang untuk aku meneruskan rancangan aku.” Kedengaran tawa galak Khaleed.
Sekarang masa untuk aku kembali fokus membolot semua harta Lutfiyah sekeluarga. Sebab lelaki tua bodoh itu aku terpaksa lupa keinginan merampas harta dia.” Lutfiyah tidak sanggup mendengar itu semua lagi. Dia berdeham kuat lantas pura-pura memanggil suaminya dan mula memanjat tangga.
Okay aku pergi dulu. Esok pagi kau akan terima upah kau. Nanti kalau aku perlukan kau aku telefon.” Talian dimatikan Khaleed sebaik saja kelibat Lutfiyah kelihatan. Senyuman manis dilakarnya.
Sayang dah balik?”
**
Fiyah, what a surprise! Come have a seat.” 

Lutfiyah menapak memasuki ruang pejabat lelaki cina itu. Punggung dilabuh atas kerusi sementara lelaki itu membuatkan secawan kopi untuknya.
“Terima kasih.” Ucap Lutfiyah apabila lelaki cina itu menghulur secawan kopi kepadanya. Kopi itu dihirup untuk membasah tekaknya yang kering.
Lelaki cina itu kembali mengambil tempat duduk disebalik meja kerjanya. Dokumen yang sedikit berselerak atas meja dikemas dan meletaknya ke tepi. “ So. Apa perkara penting you mahu jumpa dengan I secara mengejut ni?”
“Mestikah ada sesuatu yang penting baru I boleh jumpa you Alex? Lets just say it’s a friendly visit.” Alex ketawa lantas badannya disandar ke belakang kerusi.
“I kenal dengan you sejak sekolah lagi Fiyah. You tak akan datang jumpa I secara mendadak begini kalau tak ada sesuatu yang sedang bersarang diotak kepala you tu.” 

Secebis senyuman terlakar dibibir merekah Lutfiyah. Sudah bertahun mereka kenal satu sama lain dan lelaki inilah yang banyak membantunya. Walaupun mereka dalam bidang yang berlainan mereka mengongsi satu kesukaan yang sama. Beramal jariah. Menolong orang yang memerlukan.
Perlahan senyuman Lutfiyah hilang sinarnya bila memikir tujuan dia datang ke mari. “I perlukan bantuan you.” Ternaik kening Alex bila Lutfiyah berkata sebegitu.
Melihat riak muka Lutfiyah yang tegang dia dapat merasakan ada sesuatu yang telah berlaku. Dari dulu Lutfiyah suka menyimpan apa-apa saja masalah yang dihadapinya seorang diri. Bila ditanya Lutfiyah akan sentiasa mengatakan dia tidak apa-apa. Apabila dia mendesak Lutfiyah baru semua akan terluah.
Ini pertama kali dia mendengar Lutfiyah secara sendirinya menyuara bahawa dia perlu pertolongan darinya. “Tell me. You tahukan yang I akan sentiasa tolong you.” Diamati Lutfiyah yang sedang merenung tajam kalendar atas mejanya. Berfikir.
“I mahu you jadi peguam peribadi I.”
“Bukankah you ada peguam keluarga you sendiri? Fiyah whats wrong?” 

Badan yang tersandar ditegak dan mendekati meja kerjanya. Risau dia melihat bibir Fiyah bergetar. Dia yakin Lutfiyah sedang menahan tangisan. Dia juga yakin bahawa sesuatu telah berlaku sehingga Lutfiyah perlukan perkhidmatannya. Setahunya, keluarga Lutfiyah sudah ada peguam mereka tersendiri.
Lutfiyah angkat mukanya. Terpempan Alex melihat mata berkilauan Lutfiyah dek air mata yang sedang mengalir membasahi pipi putih mulus itu. “ I tak tahu apa yang harus I lakukan. I penat Alex. I’m tired of everything.” Kotak tisu dihulur Alex kepada Lutfiyah yang meramas beberapa helaian tisu yang diambilnya.
Alex bangkit dan duduk disebelah Lutfiyah. Lengan wanita didepannya itu ditepuk lembut. Teresak-esak Lutfiyah menangis. Dia yakin apa yang menimpa Lutfiyah ini pasti berat, kalau tidak Lutfiyah tak akan bersikap sebegini. Lutfiyah yang dia tahu kuat menghadapi apa saja yang datang mengetuk dipintu kehidupannya. Lutfiyah tidak sama sekali menyerah kalah sehingga dia berjaya.
Tetapi didepannya kini adalah Lutfiyah yang telah tewas. Tewas dengan apa yang sedang melanda kehidupannya. Sukar sekali untuk melihat air permata mengalir ditubir mata galak wanita itu. Sentiasa senyuman yang tulus dan ikhlas akan menghisai bibir Lutfiyah.
Tell me.
Lutfiyah mula meluahkan segalanya. Dari apa yang berlaku antara dia dan Danial di Paris, kepada surat yang ditulis papanya dan wasiat rahsia papanya. Tentang kemunculan dan kematian Kat dan Eddy dalam kehidupannya, amanah terakhir Eddy untuknya dan juga tentang sangkut pautnya Khaleed dalam semua ini.
Apa yang menimpa you ini benar-benar sukar sekali. I tak sangka you boleh bertahan selama ini.” 
Tabik dia bila mendengar satu-persatu cerita dari Lutfiyah. Kalau dia berada ditempat Lutfiyah sudah lama dia menyerah. Bertalu-talu dugaan yang harus diharungi Lutfiyah tetapi selepas bertahun-tahun berdepannya sendirian, Lutfiyah akhirnya patah juga.
Bila tangisan sudah reda. Nafas ditarik dalam Lutfiyah, dia merasa ringan bila menceritakan segalanya kepada Alex. Setelah kematian Eddy, beban yang dulu dia fikir sudah hilang bila menceritakan segalanya kepada Eddy kembali sekali lagi. Malah lebih berat dari sebelumnya. Sukar untuk dia menelan apa yang berlaku kepada Eddy dan tambah lagi mendengar perbualan Khaleed ditelefon tempeh hari.
Berminggu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak bila memikirkan lelaki yang sedang enak diulit mimpi disebelahnya adalah seorang pembunuh. Lelaki yang amat dicintainya sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu dan apa yang paling menakutkan adalah suaminya itu mahu mengambil semua hasil kerja kerasnya. Harta kekayaannya.
Mahu meluahnya kepada mamanya tetapi memikirkan reaksi mamanya yang sukar diduga itu dia membatalkan hasratnya itu. Sehinggalah dia mendengar tentang Alex daripada salah satu orang temannya. Alex kawannya dibangku sekolah dahulu, kini seorang peguam yang handal dan dia perlukan khidmat kawannya itu.
I ada satu rancangan. Pada you ia satu rancangan yang tidak masuk akal. Tetapi pada I ia satu-satunya jalan untuk membawa keadilan kepada kehidupan I sekeluarga.” Tegas Lutfiyah.
Alex terkejut dengan perubahan drastis Lutfiyah. Sekelip mata wanita didepannya boleh berubah. Memang berkecamuk perasaan Lutfiyah.
Fiyah, perasaan you tidak tenteram sekarang ini. I rasa lebih baik you ambil beberapa hari cuti dan fikirkannya kembali. Perkara ini tidak boleh dibuat main. Ini melibatkan ramai orang.”
I tahu. I sudah fikirkan masak-masak. Kalau dia boleh melakukan ini I pun boleh…” Tutur bicara Lutfiyah disambut gelengan kepala Alex. Keputusan sudah bulat. Tiada cara untuk dia mengubahnya.
Susah untuk ubah fikiran you kalau you dah buat satu keputusan.” Lutfiyah gelak halus. Sekali dia sudah buat keputusan, dia tidak akan putar balik.
So?” Kening diangkat meminta jawapan dari Alex yang duduk disebelahnya.
Ukiran senyuman nipis dibibir Alex sudah memberi jawapan yang Lutfiyah minta. Dia tahu Alex tidak akan mengecewakannya. “Kalau hitam kata you malah hitamlah kata I. You mahu buat apa sekarang?” Soal Alex tangan menongkat dagunya.
I harus cari Issac Daimaru, anak tunggal Kat dan Eddy.”
Bukankah you cakap anak perempuan mereka masih hidup? Kenapa pula you cakap Issac anak tunggal mereka?” Hairan. Dari cerita Lutfiyah tadi, anak perempuan yang dikandung Kat dikatakan masih hidup. Tapi mengapa Issac dikatakan anak tunggal? Bukankah anak perempuan itu juga anak Kat dan Eddy?
Memang, tapi status anak itu bukan seperti yang selama ini I sangkakan.”
Berpeluk badan Alex dengan apa yang melepasi bibir Lutfiyah. “Maksud you?” Kening bertaut inginkan penjelasan.
Keluhan dari Lutfiyah sudah membuat Alex faham. Lutfiyah tidak mahu bercerita tentang perkara itu. “Nanti I akan cerita kepada you. Sekarang kita harus jumpa dengan Issac.”
Kepala diangguk kecil. Badan yang tadi bersandar dibelakang kerusi kini ditegakkan. Matanya mengamati wajah ayu bertudung didepannya.
Where are we going to find him?”
Paris.” Dari maklumat yang diterimanya, Issac kini menetap di Paris sejak setahun lalu setelah bertahun-tahun tinggal bersama orang tuanya Eddy setelah kematian lelaki itu. Syarikat Eddy sekarang menjadi milik Issac tetapi Pablo masih mengendali semua hal syarikat sehingga anak muda itu bisa mengambil alih sepenuhnya.
**
Perempuan berkulit putih mengangkat kepala sambil bibir mengulas senyuman kepada dua orang tetamu didepannya. “May I help you?
I’m Lutfiyah and this is my lawyer Alex. We’re here to meet Mr Issac Daimaru.
Have you made an appointment?” Bila melihat gelengan kepala Lutfiyah perempuan itu menyuruh mereka meunggu sebentar sementara dia menelefon Issac. Sekali-sekala Lutfiyah dapat melihat perempuan itu mengerling sekilas kepadanya dalam masa yang sama masih tekun berbicara ditelefon.
Beberapa minit kemudian perempuan itu meletak gagang telefon dan senyum kembali kepada mereka. “Please come in. He’s inside.” Tangan didepakan menyilakan mereka menuju ke bilik kaca di hujung ruang itu. Diucapkan terima kasih sebelum menapak menghampiri pintu yang berkaca itu tetapi tidak dapat melihat ke dalamnya.
Pintu diketuk Alex sementara Lutfiyah menanti dengan penuh debaran disebelah. Lima tahun dia tidak bertemu dengan anak muda itu sejak hari pengebumian Eddy. Tertanya-tanya bagaimana sambuatan Issac terhadapnya setelah dia sudah tahu kebenaran yang tersimpan dalam kotak berukiran kayu itu.
Sebaik mendengar kebenaran untuk masuk, Alex memulas tombol pintu dan menolak pintu itu luas membenarkan Lutfiyah membolos diri ke dalam terlebih dahulu. Setapak saja Lutfiyah mengambil, matanya bertembung dengan sepasang mata hazel yang pernah dilihatnya bertahun yang lalu. Dahulu sepasang mata hazel milik Eddy penuh kesal, kesakitan dan kelembutan. Tetapi mata hazel didepannya kini kosong. Tiada perasaan.
Hi. You must be Lutfiyah and Alex.” Tubuh tegap yang dibaluti sut dan seluar berwarna hitam bangkit dari duduknya dan menghampiri mereka. Senyuman lebar ditayang kepada mereka.
Tangan anak muda itu disambutnya. “Lutfiyah and this is Alex, my lawyer.” Alex disebelah mengenalkan dirinya sendiri.
Right. Please have a seat.” Set sofa yang berdekatan ditunjuknya. Baru saja punggung mereka darat atas sofa, perempuan yang menyambut mereka masuk menatang dulang berisi tiga mug.
Sementara menanti perempuan itu menyaji air yang dibawanya, Issac memberi arahan kepada perempuan yang bernama Stacy itu supaya menahan semua panggilan untuknya. Sracy senyum akur dan meminta diri.
Selama itu Lutfiyah hanya mengamati anak muda didepannya itu. Kaki kanan direhat atas riba kirinya. Bersahaja. Senyuman Issac yang menyerlah sepasang lesung pipit dikedua belah pipi sepertinya menyimpan sesuatu rahsia. Sepasang mata yang dahulunya mencerminkan seorang anak muda yang kehilangan dan menagih kasih sayang ibu bapanya sudah lesap. Hilang ditelan masa.
So, what can I do for both of you?” Soal Issac pura-pura tidak tahu apa tujuan mereka datang ke mari.
Lutfiyah mengerling kepada Alex yang angguk kepalanya menyuruh Lutfiyah meluahkan hasratnya ingin bertemu dengan Issac. Dipaling Issac yang menyandar tenang dibelakang sofa. “I think you know the reason.” Ujar Lutfiyah.
Issac ketawa sambil mencapai mug berisi kopi atas meja. Disilakan tetamunya menikmati kopi didepan mereka sebelum mengambil masanya menghirup kopi buatan Stacy.
Tajam matanya merenung Lutfiyah dan Alex. “Kalau ini tentang papa dan mama, saya tak ada apa-apa yang harus dicakapkan.” Dihirup kopi sekali lagi. Tidak mengendah tujuan Lutfiyah yang ingin membuka masa silam.
Tertunduk Lutfiyah dengan kata-kata Issac tambah lagi dengan tikaman maut anak muda itu. Sesaat dia dapat melihat mata yang membara penuh dendam dan kesakitan. Tetapi bila mata hazel itu memejam dan celik kembali, pandangnya kembali kosong. Tidak berperasaan langusng. Pada masa itu juga dia yakin bahawa anak tunggal Eddy dan Kat menyembunyi apa yang dirasainya sedalam yang mungkin. Disebalik renungan yang kosong itu mempunyai berlapis-lapis perasaan yang sedang berperang untuk keluar. Issac bijak menyimpan dan mengawal perasaannya.
Buat masa sekarang aunty akan cakap. Issac hanya perlu dengar.” Tegas Lutfiyah. Tapi Issac membalas dengan tawa sinis dan membetulkan kot yang dipakainya. Dia malas mahu mendengar ini semua.
“Tak ada apa yang harus saya dengar dari aunty.” Dia bangkit dari sofa yang membuat Lutfiyah dan Alex turut berdiri sama. Tangan menyeluk poket seluarnya sambil menapak ke dinding cermin yang menampak seluruh bandar Paris.
Derapan kaki menghampiri menyapa telinganya. “Issac. Demi keadilan.” Pinta Lutfiyah.
Issac tahu Lutfiyah sedang terdesak. Dari tiga perkataan tadi dia tahu. Wanita itu mahu mengakhiri semua ini. Tapi dia ada agendanya sendiri dan tidak mahu sesiapa masuk campur, terutama sekali wanita bernama Lutfiyah itu.
“Saya ada jalan saya sendiri.” Tutur Issac tenang.
Lutfiyah tak mahu memutus asa. Berbatu jauhnya dia datang ke mari untuk bertemu Issac dengan harapan lelaki itu akan setuju tetapi nampaknya dia akan dikecewakan. Dia akan pulang ke Naraya seorang yang gagal.
Mata dipejam seketika. Wajah anak-anaknya bermain difikirannya. Tangan digempal disisi. Demi anak-anaknya dia harus mencuba. “Dengar dulu apa yang aunty cakapkan dulu. Kalau selepas itu Issac masih mahu mengikut jalan Issac, aunty akan akur. But please listen to what I have to say first.
“Issac?” Belum sempat Lutfiyah mendapat persetujuan Issac suara garau dibelakang membuatnya berpusing ke belakang.
Issac menayang senyuman kepada Pablo. Kaki mengorak langkah menuju Pablo yang memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia tahu Pablo ingin tahu apa mereka buat disini, di Paris. 

Father. This is Lutfiyah, dad’s old friend and that is Alex.” Ditunjuk kepada dua tubuh yang sedang berdiri didepan mereka.
They are here with a preposition but I’m not interested. Infact, they are just about to leave. Aren’t you?” Kening diangkat dengan pertanyaan kepada tetamu yang tidak diundangnya itu.
Lutfiyah memahami kehendak Issac. Dia kalah. “Yes, we are.” Beg tangan atas kerusi dicapainya. Kad nama dikeluarkan dan dihulur kepada Issac.
Call me if you’ve made up your mind.” Dengan senyuaman sinis kad itu diambil Issac.
Will do.” 

Dengan itu Lutfiyah dan Alex meninggalkan pejabat itu dengan rasa kecewa. Issac menjungkit bahunya bila Pablo merenungnya mahu dia beritahu apa yang baru terjadi. Kad nama ditatapnya sebelum diramas dalam tangannya.
As if I’ll call.
**
Kopi atas meja yang dibawa pelayan tidak dihiraunya. Tubuh diangkat dan menuju ke arah kolam ikan kecil yang terdapat di dalam ruang VIP itu. Tangan naik memeluk tubuh. Fikiran melayang memikirkan pertemuannya dengan Issac sebentar tadi. Dia memang datang ke Paris dengan tujuan untuk mebuat tawaran yang telah difikirkannya. Adakah dia yakin Issac akan setuju? Memang tidak. Dia hanya datang ke Paris dengan harapan nipis yang besar kemungkinan akan musnah bila dia balik Naraya nanti.
Alex yang baru berbual ditelefon dengan kliennya, mengambil tempatnya disebelah Lutfiyah. Mereka kembali ke hotel selepas bertemu dengan Issac. Dari tadi Lutfiyah hanya berdiam diri. Riak wajah pula suram. Dia tahu kawannya itu kecewa apabila apa yang diharapkannya tidak menjadi. Musnah dan terpaksa kembali ke garisan permulaan.
Mata Alex turut mengikut rentak Lutfiyah. Pandangan mereka berdua jatuh melihat beberapa ikan koi berenang di dalam kolam itu. “You fikir dia akan telefon? Dari apa yang I lihat tadi dia tak mahu ada apa-apa kena mengena dengan kita.” Direnung Lutfiyah yang memandang kosong ikan yang ada didepannya. Tangannya diseluk dalam poket seluar menanti jawapan Lutfiyah.
“I dah buat apa yang I mampu. Sekarang I hanya serah kepada Tuhan dan Issac. Hopefully he hops onto the wagon.” Mata masih tidak lepas dari apa yang direnungnya.
Hopefully the wagon has enough space for two more.” Tergamam Lutfiyah dengan apa yang dijamah matanya sebaik saja dia menoleh ke belakang.
Issac.” Bisikan nama itu didengari Alex yang turut tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Issac senyum herot dengan badan yang menyandar ditiang batu ruang VIP hotel itu. Geli hati dia melihat reaksi dua orang didepannya itu, seperti nampak hantu. Lutfiyah mengerling Alex yang menjungkit bahunya tidak tahu apa-apa.
Melihat Lutfiyah yang masih belum dapat menelah kehadirannya, Issac berdiri tegaktetapi tangan masih memeluk tubuh. “Saya bawa seseorang yang boleh bantu. Father.” Pablo muncul disisi Issac bila dipanggil. Bibir Lutfiyah yang tadi terlopong kini mengukir senyuman nipis. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih mendengar rintihan hamba Ya Allah.
Alex menyilakan mereka duduk apabila melihat Lutfiyah masih tercegat tidak terkutik. Pelayan dipanggil dan mengambil pesanan mereka. Lutfiyah akhirnya sedar dari kejutannya bila Alex memanggilnya. Dia duduk kembali atas kerusi yang didudukinya tadi. Dipandang Issac dan Pablo yang duduk satu meja dengannya. Senyuman masih tidak lekang dari bibir mereka.
“Maaf tentang sikap saya tadi. Saya tak maksud untuk bersikap kurang ajar cuma kedatangan kalian berdua diluar jangkaan saya. I’m just not prepared for it.” Issac memulakan bicara.
Selepas pemergian Lutfiyah dan Alex, Pablo telah menekannya supaya memberitahunya apa yang mereka mahukan. Pada mulanya dia tidak mahu bercerita tetapi bila Pablo mengugut akan beritahu Nila tentang rancangannya terhadap Khaleed, dia terpaksa akur. Takut juga dia kalau Nila tahu, pasti Nila akan mengganggu rancangan yang telah dia aturkan dengan sempurna.
Selesai menyampaikan tujuan Lutfiyah dan keputusannya untuk tidak mahu mendengar apa yang ingin dikatakan Lutfiyah. Perkataan pertama Pablo benar-benar luar jangakaannya. Bodoh. Itulah perkataan yang keluar dari mulut Pablo.
Bodoh sebab ego. Bodoh sebab tak dengar apa yang mereka mahu katakan. Bodoh kerana tidak manfaatkan apa yang terbentang untuknya. Bodoh kerana tidak berfikir. Itu semua dikatakan lelaki yang sudah dianggap seperti seorang bapa kepadanya. Bagai baru dihentak batu dia sedar bahawa peluang tidak akan datang bergolek dua kali. Dia meninggalkan pejabat secara mendadak dan mengarah orangnya mencari tahu dimana Lutfiyah dan peguam itu berada. Dia sudah banyak membuang masa. Nasib baik Pablo menyedarkannya kalau tidak memang melepas dia.
It’s okay. Salah aunty sebab datang secara mengejut. I should have at least made an appointment.” Gurauan Lutfiyah disambut gelak tawa mereka yang berada disitu.
Issac menolak ke tepi air tembikai yang dipesannya. Badan mengensot mendekati meja lantas meletak kedua lengannya atas meja. “So. Tentang tadi. Aunty mahu cakap apa dengan saya? Demi keadilan?” Keningnya diangkat menanti jawapan Lutfiyah.
Garisan nipis terukir dibibir Lutfiyah. Benar-benar berlainan Issac yang berada didepannya kini dengan Issac yang dijumpanya di pejabat tadi. Issac tadi lebih dingin dan penuh keyakinan tetapi Issac yang sedang menyedut air tembikai sambil menaikkan kening ke arahnya, sungguh beza sekali. Periang, senang diajak bual dan seperti sedikit keanak-anakkan. Tawa halus melepasi bibirnya.
Aunty rasa papa kamu sudah ceritakan segalanya kepada kamu melalui kotak yang aunty beri.” Pada hari kebumian papa kamu. Tapi kata-kata terakhir itu disambung dalam hatinya. Tidak sampai hati mahu berkata sebegitu kepada Issac.
Lutfiyah melihat Issac menyandar ke kerusi. Hilang terus Issac yang periang tadi. Issac kini mengerut dahi sepertinya sedang memikirkan tentang isi kandungan kotak itu.
Kotak yang penuh beribu kejutan pada satu masa.” 

Dia tidak ingat tentang kotak itu selepas bertemu dengan Lutfiyah, sehinggalah peguam peribadi papanya datang bertemu dengannya. Sebatang kunci diterimanya beriringan dengan sepucuk surat yang membuat dia tertanya-tanya. Bila kotak itu dibuka satu-persatu jawapannya terjawap.
Pandangan Issac beralih dari air tembikainya ke Lutfiyah yang sedang mengamatinya dari tadi. “Jujur. Sukar untuk saya terima dan fahami itu semua. Terlalu rumit. Tapi sekarang saya faham kata-kata aunty dulu. Papa memang sayangkan saya dan sanggup mengorbankan dirinya demi saya. Demi keluarganya. Sepertimana papa terperangkap dalam dunia hinanya, begitu juga saya. Saya terperangkap dalam dunia saya sendiri. Dunia penuh kebencian, saya tak beri peluang kepada papa untuk menggenali saya. Saya tolak dia jauh sehingga dia pergi dan tak akan kembali lagi.”
Kekesalan dapat dirasai Lutfiyah dari Issac. Simpati dia melihat mata yang tadi kosong kini penuh kesakitan, kemarahan, kekesalan semua berkecamuk menjadi satu. Mahu saja dia menarik anak muda itu dalam dakapannya sepertimana dia melakukan kepada anak-anaknya setiap kali mereka mempunyai masalah atau dalam kesedihan. Naluri ibunya mahu memberi kasih sayang dan ketenangan kalau boleh kepada setiap insan yang dalam kesusahan. Tapi dia tahu ia tidak mungkin.
“Tak guna lagi untuk fikirkan kalau saya boleh memutar masa kembali sebab ia tak akan pernah berlaku. Masa tak boleh kembalikan kedua orang tua saya. Walaupun saya kehilangan mereka, saya dikurniakan dua orang tua yang amat sayangi saya. Father dan mother telah banyak mengajar dan menjaga saya dari kecil lagi. Ini termasuk datok dan nenek saya. Saya rasa aunty kenal dengan mereka.” Lutfiyah angguk mengiakan. Alex turut melakukan perkara yang sama.
Tuan Kamil Arsyad. Siapa tak kenal usahawan yang tersohor serta isterinya yang dikenali dengan sifat dermawannya. Sebut nama saja semua kenal. Tetapi tiada siapa tahu tentang keluarga usahawan itu. Tiada sesiapa yang tahu bahawa lelaki itu seorang mualaf. Hanya segelintir saja yang mengetahuinya termasuk Tok Wan. Semua mengenai keluarga Tuan Kamil Arsyaf disimpan erat didada. Semua sedia maklum bahawa pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak lelaki tetapi tiada sesiapa tahu apa-apa tentang anak tunggal mereka itu. Semua menjadi rahsia. Pertama kali dia dapat tahu bahawa Eddy adalah anak Tuan Kamil Arsyad dia tidak sangka. Eddy sentiasa mengenalkan dirinya sebagai Edward Daimaru, bukan Eddy Kamil Arsyad.
“Pertama kali saya membuka kotak itu, memang saya tak tahu apa yang harus saya katakan. Tentang mama saya dengan suami aunty. Kemalangan yang menimpanya. Tentang perjuangan papa dipusat pemulihan. Pertemuan pertama papa dan aunty sehingga ke hari-hari terakhirnya. Semua saya sudah tahu.” Jelas Issac. 

Bayangan kotak kayu yang tersimpan elok itu bermain difikirannya. Kotak yang akan dia gunakan untuk memporak-perandakan kehidupan Khaleed.
Mata hazel itu menikam anak matanya Lutfiyah. Sepasang mata yang membakar dengan api kemarahan. “Saya mahu menghabisi aunty sekeluarga bila semua rahsia yang tersimpan didalam kotak itu terbongkar. Mother pun sama. Pelbagai rancangan telah saya aturkan untuk aunty sekeluarga.” Berdebar hati Lutfiyah mendengar pengakuan Issac. Pengakuan yang tiada tapisnya.
Perlahan api yang membakar sepasang mata itu mula pudar. Kendur. “Tetapi father menghalang mother dan menukar pendirian saya. Tidak guna berdendam. Lebih baik menyerah segalanya kepada Tuhan. Buat apa mengotorkan tangan melakukan perbuatan terkutuk sebegitu. Bukan begitu father?” Issac melepaskan anak mata Lutfiyah dan menoleh pada Pablo yang hanya diam sedari tadi.
Bahu tegap Issac ditepuk Pablo. “You’ve learnt well my son.” 

Kedua-dua tawa sepertinya mereka saja tahu makna yang tersirat disebalik kata-kata Issac. Tersenyum Lutfiyah melihat kemesraan Pablo dan Issac.
“Jadi apa aunty mahu saya buat?” 

Terkejut Lutfiyah bila Issac memusing kepadanya kembali secara mendadak. Alex menutup mulut dengan tangan melihat reaksi Lutfiyah. Geli hati dengan perangai Issac yang bertukar-tukar dari satu ke satu. Sungguh tidak boleh dijangka apa yang dirasai dan bermain dalam otak fikiran anak muda itu.
Lutfiyah berdehem dan menghirup kopi atas meja cuba melega rasa gelisahnya. Dari ekor mata dia dapat melihat Issac masih tersenyum-senyum kepadanya.
Aunty tahu kamu ada rancangan kamu tersendiri. Kalau kamu tak mahu kongsi dengan aunty. Aunty faham. Tapi aunty harap kita boleh bersikap jujur dan mempercayai antara satu sama lain. Apa yang aunty rancangkan ini mungkin sukar untuk dilaksanakan. Beritahu aunty kalau kamu ada apa-apa buah fikiran terhadap apa yang aunty ingin katakan ini.”
Anggukan kecil dari Issac membalas kata-kata Lutfiyah. “That’s fair. Tapi apa yang akan saya dapat kalau saya turut serta dalam permainan aunty ini?” Tangan yang tadi bermain-main atas meja kini memeluk tubuh tegapnya.
“Keadilan.” Issac angguk sekali lagi.
Aunty tahu kamu mahu membalas dendam kepada Khaleed terhadap apa yang dia lakukan kepada keluarga kamu. Aunty juga sama.” Tekun tiga pasang telinga mendengar penjelasan Lutfiyah. Semua mengerut dahi dengan tiga perkataan terakhir dari Lutfiyah. Tapi belum sempat Issac bersuara, Lutfiyah menyambung.
Apa yang aunty akan lakukan bukan saja untuk aunty tetapi demi anak-anak aunty juga. Mereka tak tahu siapa papa mereka sebenarnya. Papa yang sanggup menghancurkan keluarga sendiri demi kesenangan diri sendiri.” Tutur Lutfiyah dengan ketapan bibir. 

Geram dan marah memikirkan semua yang dilakukan Khaleed sepanjang perkahwinan mereka. Cinta yang dahulu agung untu seorang lelaki bernama suami, hari demi hari semakin luput.
Jadi aunty mahu menjadi papa saya? Mengorbankan diri sendiri demi keluarga.” Issac tidak suka bila Lutfiyah mahu melakukan perkara sama yang meragut nyawa papanya. Pengorbanan demi orang yang tersayang. Tidakkah mereka fikirkan akibat pengorbanan mereka itu?
Lutfiyah faham apa yang dimaksudkan Issac. Dia tidak boleh bayangkan kehidupan anak-anaknya tanpa dia disisi. Tetapi ajal dan maut ditangan Tuhan. Satu hari dia tetap akan pergi meninggal anak-anaknya buat selamanya. Dia tahu mereka kuat dari apa yang semua sangkakan. Dia tahu mereka boleh teruskan hidup tanpa dia disisi.
Segaris senyuman ditayang kepada tiga lelaki didepannya. “Aunty sudah tua. Bila-bila saja boleh pergi. Tapi anak-anak aunty masih muda. Yang sulung 22 sementara yang kecil baru 17 tahun. Masa depan masih panjang. Aunty mahu menyingkirkan masalah ini supaya masa depan mereka tidak kucar-kacir seperti kehidupan aunty. Tapi aunty perlukan pertolongan kamu.”
Kamu sanggup singkirkan Khaleed? Suami dan bapa kepada anak-anak kamu?” Pablo bertanya menginginkan kepastian.
Lutfiyah angguk kecil. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. “Kalau dia sanggup singkirkan saya mengapa tidak saya?” Senang saja jawapan Lutfiyah. Pablo kurang senang dengan jawapan Lutfiyah. Tetapi lama kelamaan dia faham. Kalau dia berada ditempat Lutfiyah dia juga akan lakukan perkara yang sama.
Jadi apa yang kamu mahu Issac lakukan?” Soal Pablo sekali lagi.
Lutfiyah tunduk seketika, mengumpul semua kekuatan yang dia ada untuk membentangkan apa yang sudah difikirkannya. Cincin kahwin dijari manisnya diputar-putar. Perkahwinan yang hanya satu alasan bagi Khaleed. Nafas ditarik lantas kepala diangkat. Ditenung ketiga-tiga lelaki yang sedang menanti dengan penuh debaran.
Suami saya mahukan ke semua harta saya dan kedua orang tua saya. Dia tak dapat melakukan apa-apa tentang harta kedua orang tua saya sebab kalau apa-apa jadi kepada mama saya, semua harta akan diagih kepada masjid dan rumah kebajikan. Kami tak akan dapat satu sen. Tetapi apa yang dia tak tahu adalah, papa saya telah membuat wasiat baru tetapi dirahsiakan dari pengetahuan Khaleed. Harta bukan akan diagihkan tetapi akan jatuh kepada anak bongsu saya, Faryal.” Terangkat kening Pablo dengan penjelasan Lutfiyah. Sungguh licik sekali papanya Lutfiyah.
Ini termasuk Lumiere International, syarikat suami saya sendiri yang dibeli secara rahsia oleh papa saya.” Semakin terangkat kening Pablo. Issac disebelah hanya mendengar dengan tenang.
Mengapa anak bongsu kamu?” Soal Pablo tidak faham mengapa semua harta itu jatuh kepada satu. Mengapa tidak diagih-agihkan kepada cucu yang lain?
Air liur ditelan Lutfiyah. Agak sukar untuk mengatakan sebab kebencian Khaleed terhadap Faryal.
Sebab Khaleed tak anggap Faryal darah dagingnya sendiri. Ini kerana seseorang telah menfitnah aunty dengan seorang lelaki bernama Danial.” Bukan Lutfiyah yang menjawabnya tetapi Issac disebelahnya. Buntang mata Lutfiyah mendengar apa yang baru dikatakan Issac.
Macam…”
Issac membetulkan duduknya atas kerusi. Mengambil masanya memberi jawapan kepada pertanyaan Lutfiyah dan Alex. “Saya tahu semua itu. Kalau mahu mencari kelemahan seorang musuh, penyelidikkan harus dibuat dan maklumat harus dikumpul mengenai mereka. Baru kita boleh bertindak. Sesuatu yang papa saya ajar  melalui kotak itu.”
Kepala digeleng Lufiyah. Gelak kecil bermain dibibir. Macam mana boleh dia tidak fikirkan perkara itu. Issac pasti akan mencari jawapan seperti yang dilakukan Eddy. Mahu berdepan dengan musuh yang licik memang harus tahu serba-serbi tentang mereka. Sungguh Issac lebih bijak yang disangkanya.
“Benar apa yang kamu katakan tadi tentang fitnah itu. Bila aunty dapat tahu tentang wasiat papa aunty, memang tidak masuk akal benar apa yang ingin dilakukannya. Bila mendengar perbualan Khaleed ditelefon, aunty dapat tahu dia mahu menyingkirkan aunty sebab dia dapat tahu dari peguam keluarga, bahawa wasiat yang aunty buat menyatakan sekiranya apa-apa terjadi kepada aunty, semua harta akan dikendali oleh Khaleed sebelum diagihkan kepada anak-anak aunty bila mereka semua mencecah 23 tahun.”
Kalau Issac bodoh kerana ego. Dia bodoh kerana terlalu mempercayai orang sekelilingnya. Bila dia dapat tahu tentang peguam keluarga mereka memberitahu Khaleed tentang isi kandungan wasiatnya dia benar-benar tidak terkata. Sungguh tidak boleh menerima apa yang dilakukan peguam itu, dan kerana itu juga dia menjumpai Alex. Hanya Alex saja yang dipercayainya kini.
Orang yang aunty sangka dapat dipercayai menikam aunty dari belakang. Itu sebab aunty berjumpa dengan Alex. Dia saja yang aunty percaya.” Dipandang Alex yang membalas senyumannya. Sejak bertemu kembali dengan Alex dia rasa lega sebab ada seseoranya yang dia boleh tanpa berasa ragu.
Pablo mendepankan tubuhnya ke meja. “Correct me if I’m wrong. Khaleed mahu harta kamu dan satu-satu caranya adalah menyingkirkan kamu? Ini bermakna…”
“Benar. Lutfiyah harus mati.” Kata-kata Pablo disambung Alex. Tersandar kembali Pablo dengan apa yang didengarinya. Mati? Tidak bolehkah mereka melakukan sesuatu tanpa tumpahan darah?
Issac yang melihat reaksi Pablo bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Dia dari tadi sedang mencerna semua butiran dari Lutfiyah. “Don’t tell me aunty berfikir untuk memalsu kematian aunty?
Melihat anggukan Lutfiyah, Issac kebingungan. “Kalau begitu saya tak nampak dimana saya dapat menolong aunty.” Terus terang Issac luakan apa yang terpendam. Dia tak dapat melihat dimana peranannya dalam rancangan itu. Kalau Lutfiyah ‘mati’, apa harus dia lakukan? Kalau bab duit, Lutfiyah memang tak perlukan itu. Kalau bab menyuruh orang ‘mematikannya’ Lutfiyah juga pasti ada orangnya.
“Kamu muncul setelah kematian aunty. Bukan sebagai Issac Daimaru tetapi Izzat Danish, cucu kepada Tuan Kamil Arsyad. Penolong kanan Arsyad Holdings dan CEO sementara FS Companies.”
“Bukankah Khaleed akan syak sesuatu kalau Issac ada kaitan dengan Tuan Kamil Arsyad?” Lutfiyah sudah agak pertanyaan itu akan ditanya. Pablo didepannya masih berkerut seperti tadi.
Tuan Kamil Arsyad sudah sedia maklum dengan rancangan saya ini. Dia sendiri yang menyuruh saya untuk bertemu dengan kamu terlebih dahulu.”
Issac ketawa kecil. Datoknya itu tidak akan sama sekali menyetujui sesuatu perkara yang melibatkan satu-satu cucunya itu. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. “Complicated but I’m starting to get the idea.” Ujar Issac yang menyilang kakinya sambil tangan menongkat mukanya.
Faryal akan saya hantar ke rumah neneknya. Dia lebih selamat di situ dari dirumah.”
Semua sudah difikirkannya.Kalau dia tidak ada nanti, pasti Khaleed akan memberi layanan yang lebih teruk terhadap Faryal. Walaupun anak-anak lelakinya ada tetapi mereka tak akan sentiasa ada disisi Faryal. Mereka semua mempunyai kehidupan mereka sendiri. Memikirkan mamanya yang tinggal sendirian dengan pembantu rumah dirumah dia dibesarkan, dia yakin jika dia meletak Faryal dibawa jagaan mamanya, bukan sahaja mamanya akan mendapat teman tetapi ia juga dapat menjauhkan Khaleed dari Faryal sehingga ia semua selesai. Tambah lagi dia tahu mamanya akan melaksanakan semua yang disuruhnya dengan lebih teliti.
Bagaimana dengan kematian kamu? Macam mana kamu akan mati? You understand what I mean.” Pertanyaan Pablo yang bertubi-tubi membuat Lutfiyah gelak sendiri.
Accident. Explosion.”
Ahh…so your body is blown to pieces. Nice.” Lebar sekali senyuman Issac memikirkan perkara itu.
Issac.” Tegur Pablo kurang senang dengan guraun anak muda itu.
Sorry. It’s just that it is too simple.” Adu Issac.
Alex yang meletak cawan kopinya memandang anak muda didepannya. “Kamu ada idea yang lebih baik?”
Tersengih-sengih macam kerang busuk Issac dengan pertanyaan peguam itu. Alex gelak dengan gelengan kepala. Sungguh menghibur sekali lelaki bernama Issac itu.
Not right now. Tapi saya perlu masa untuk berfikir. Kita tak boleh kelam-kabut. Kalau ia memakan tiga tahun. Kita akan tunggu selama itu asalkan rancangan kita tak ada lobang untuk air menembus keluar atau masuk. It has to be full proof. Perfect.”
“Betul cakap Issac. Kita kena rancang dengan teliti. Khaleed bukan orang yang senang untuk diperdaya. Kalau dia boleh merancang untuk menamatkan dua nyawa, dia boleh lakukan lebih daripada itu. That is why what Issac said is right. If it has to be 3 years then let it be. It’s all about the perfect timing.” Alex setuju dengan apa yang dikatakan Issac. Lutfiyah berfikir sejenak sementara Issac sudah mengerling jam tangannya.
“Okaylah, saya kena pergi ada temujanji penting dekat ofis. Kalau saya sudah fikirkan sesuatu nanti saya akan telefon aunty.” Kaget Lutfiyah dan Alex dengan perubahan drastis Issac. Satu saat sedang memikirkan tentang rancangan mereka tup tup sudah mahu meminta diri. Issac yang sudah berdiri sambil membetulkan pakaiannya diamati.
Pablo ketawa dengan reaksi Lutfiyah dan Alex. Dia turut bangkit dari duduknya. “Dia tinggalkan pejabat secara mendadak tadi sebab mahu kejar kamu berdua. Kamu jangan risau, dia memang macam begitu. Senget sikit.” Pablo memberi penjelasan. Issac yang sedang membetulkan butang bajunya mengerling Pablo disebelah. Muncung ditarik bila dilabel senget oleh Pablo.
I’m right here father. Kalau nak kutuk orang pun tunggulah orang pergi dulu.” Rungutan Issac disambut tawa mereka bertiga. Boleh tahan juga merajuk anak muda itu.
Sebaik saja mereka berjabat tangan, Issac mula melangkah pergi. Tetapi baru beberapa langkah yang diambilnya dia pusing kembali. Tangan menyeluk poket kot yang dipakainya. “Sebelum saya lupa, ini untuk aunty. Mungkin ini boleh menolong dalam rancangan kematian aunty itu.” Fail yang dilipat dua dihulur kepada Lutfiyah dan mula berlalu pergi
Buntang mata Lutfiyah dengan isi kandungan fail yang diterimanya. Nama Issac dilaungnya. Terhenti langkah Issac dimuka pintu ruang VIP itu. Perlahan dia memusing.
“Bagaimana kamu dapat cari dia? Bertahun-tahun orang aunty cari tapi tak ketemu. Dia sepertinya lesap begitu saja.”
Issac memberi senyuman herotnya. Dia tahu Lutfiyah pasti tertanya-tanya bagaimana dia dapat mencari maklumat dan menjejaki kembarnya itu. Memang sukar untuk mencari sebab tidak banyak maklumat yang dia peroleh, tetapi bila diminta pertolongan Tuan Kamil Arsyad, dia jumpa apa yang dicari-cari.
“Tuan Kamil Arsyad datok saya. Apa saja yang mahu cari akan pasti ditemukan. Sepertimana aunty ada orang-orang kepercayaan aunty, saya juga begitu. Just one thing you should know. She doesn’t want to be found. If I were you, I’ll wait for her to make the first move.” Mata dikenyit sebelum berlalu pergi. 

4 comments:

  1. Rasanya lutfiyah masih hidup..yg mti adlh kmbarnya.. Mereka brpkat utk bongkr kjhtan khaleed

    ReplyDelete
  2. wahh...susah betol kalau org yg kite benci org yg paling dekat dgn kite.. and file tu pasal kakak lutfiyah kn..hmm btw good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap2...file tu tentang kakaknya Lutfiyah..heheh:B

      Delete