Bab
58
Pintu
terkuak dari luar. Kelibat Issac, Alex dan Geraldine membolos diri ke
dalam ruang pejabat itu. Dilihat Shayaan yang sedang berdiri melempar
pandangannya ke luar tingkap sementara Nek Wan sedang duduk tegak
diatas sofa merenung kosong komputer riba yang menunjuk skrin hitam.
“Dimana
Fiyah?” Pertanyaan Nek Wan itu kedengaran perlahan tetapi amat
tegas ditelinga mereka. Issac dan Alex kembali duduk disofa
bertentangan dengan Nek Wan, sementara Geraldine melabuh duduknya
sebelah Nek Wan.
Belakang
tua itu diusap bila melihat titisan air mata membasahi pakaian yang
dikenakan Nek Wan. Mata mereka memandang satu sama lain. Tidak tahu
bagaimana harus cerita.
“Mama
Fiyah ada di Paris. Cuma…”
“Cuma
apa?” Soal Shayaan.
“Cuma
rancangan kita tidak berjalan selancar yang kita sangkakan.”
Alex
meletak tangannya di lengannya Issac. Mengisyaratkan bahawa dia
sendiri akan menjelaskan. “Kereta yang membawa Fiyah ke lapangan
terbang beberapa bulan yang lalu ditimpa kemalangan. Kami dapat tahu
brek kereta telah dianiaya.”
“Maksud
uncle, setelah ‘kematian’ mama, dia masih berada disini?” Alex
angguk mengiakan.
“Dia
hanya berangkat ke Paris setelah wasiat telah dibaca.”
“Macam
mana saya boleh percaya cakap kamu?” Suara Nek Wan masih sangsi.
“Kak
Din.” Issac menoleh pada Geraldine disebelah Nek Wan.
Geraldine
menekan nombor di Blackberrynya.
“Hello Nat, you dah sedia? Okay.” Blackberry
dimatikan lantas komputer riba yang berada atas meja dicapai
Geraldine. Geraldine memperbetulkan kedudukkan komputer riba itu.
Kamera kecil yang terdapat diatas dibetulkannya juga.
Beberapa
saat kemudian muka seorang anak muda yang sama persis dengan Aviya
terpampang diskrin komputer. Sebaik saja Nat mengensot badannya
ketepi, Nek Wan terlopong dengan apa yang sedang dilihatnya.
Shayaan
yang berada disebelah Geraldine mendekati komputer riba itu untuk
memastikan apa yang sedang dilihatnya itu adalah benar. Buntang
matanya melihat senyuman yang amat dikenalinya itu. Riak wajah yang
amat dirinduinya selama ini. Tanpa sedar matanya mula bergenang
dengan air mutiara.
“Ma…Mama?”
**
Teh
panas yang berada didepannya tidak disentuh Nek Wan sedari tadi.
Sejak bertemu dengan Issac dan yang lain-lain kepalanya rasa berat
sekali. Banyak memikirkan semua yang baru dia ketahui. Beberapa malam
dia tidak dapat tidur dengan nyenyak asyik mengingati semuanya,
termasuk membaca surat arwah suaminya kepada Lutfiyah. Acap kali dia
membaca tidak dapat menerima bahawa suaminya itu sanggup melakukan
perkara terktuk itu kepada Lutfiyah dan Aairah.
Bingkai
gambar mereka beberapa tahun sebelum permergian suaminya itu ditatap.
Rindu yang sarat hanya Tuhan saja yang tahu. Menyesal kerana tidak
tahu tentang kewujudan Aairah juga hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau
dia tahu, pasti dia akan memastikan Aairah mendapat pelajaran dan
kehidupan persis Lutfiyah. Paling penting dia akan mencegah kebodohan
suaminya itu.
Lutfiyah.
Senyuman nipis terukir bila bayangan dan nama itu diingatinya.
Melihat anaknya melalui skrin komputer sungguh memeranjatkannya. Anak
yang selama ini dia anggap sudah pergi buat selama-lamanya sebenarnya
masih hidup. Dia benar-benar tidak sangka dengan apa yang dilihatnya.
Bila mendengar suara yang keluar dari mulut tubuh itu, baru dia tahu
bahawa dia tidak bermimpi. Wanita didepannya itu adalah anaknya yang
dia kebumikan beberapa bulan yang lalu. Anak yang amat dirinduinya.
Anak yang amat dikasihinya.
“Nek
Wan yoohoo!”
Pantas surat dalam genggaman disimpan dalam celah-celah majalah
disebelahnya. Bingkai gambar arwah suaminya pula diletak atas meja
disisi sofa yang didudukinya. Dipandang Faryal yang sedang
menghampiri ke arahnya dengan senyuman hingga ke telinga.
Tangannya
disalam Faryal dan seperti selalu, ubun-ubunnya dikucup cucunya itu
sebelum bertenggek dibahu sofa. Bahu Nek Wan dipautnya dan kepala
ditunduk mengamati nenek kesayangannya itu. “Nek Wan sihat? Abang
Sham bilang Nek Wan tak masuk kerja lagi hari ini. Kita pergi
hospital okay.” Perlahan Nek Wan menggeleng. Ditepuk riba Faryal
lembut tidak mahu menyusahkan cucunya itu.
“Nek
Wan okay, Cuma penat sikit. Maklumlah dah tua. Besok-besok okaylah
tu.” Dalih Nek Wan yang disambut ketapan bibir Faryal. Dia tahu Nek
Wan tidak suka berjumpa dengan doktor. Kalau tidak sihat pun
mati-mati tidak mahu dibawa ke klinik. Fobia kot nenek aku ni. Takut
kena suntik ke? Hehehe.
“Macam
mana projek Resort Island?” Soal Nek Wan ingin menukar topik
perbualan mereka.
“Setakat
ni Alhamdulillah bagus. Ayal dah jumpa dengan kontraktor untuk
bincangkan tentang ubah suai setiap sudut resort. Mungkin lusa Ayal
kena pergi sana lagi.” Jelas Faryal. Sejak Nek Wan memberinya
projek Resort Island banyak yang dia pelajari. Nasib baik ada Mr Sam
ada untuk membimbingnya setiap saat.
Keputusannya
memberi Mr Sam 40% syer Resort Island benar-benar membuat lelaki itu
tidak terkata. Pada Faryal itu salah satu caranya dia dapat membantu
Mr Sam dalam segi kewangan. Tertanya-tanya juga apa yang telah jadi
dengan pulau itu. Bila ditanya Mr Sam, dia sendiri kurang pasti dan
apa yang dia ketahui pekerjaan sedang dilakukan dipulau itu. Mungkin
untuk menyelesaikan rumah yang tergendala itu.
“Malam
ni tak keluar dating
dengan buah hati ke? Selalunya ‘Nek Wan Ayal keluar dengan kawan
tau. Jangan kunci pintu.’ Kawan konon.” Usikkan Nek Wan membuat
pipi Faryal tiba-tiba merah malu.
“Ish!
Mana ada macam tu. Kawan tu Wid, kak Din, kak Viya,Issac.” Nama
Issac disebut dengan pantas tetapi dapat ditangkap Nek Wan.
“Yelah
tu. Nek Wan tengok dekat bilik kamu tu dah macam taman bunga. Banyak
betul.” Tersengih-sengih Faryal bila Nek Wan masih mengusiknya.
Ini
semua Issac punya fasal. Setiap pagi sebelum pergi kerja pasti ada
bunga yang diterimanya. Belum cukup lagi, selepas makan tengah hari
pasti ada sejambak bunga diatas meja kerjanya. Romantik betul lelaki
bernama Issac Daimaru itu. Bertuah betul buah hati diakan? Eh? Buah
hati dia akulah! Hehehe.
“Lusa
Nek Wan nak kena pergi Paris.”
“Paris?”
Terjungkit kedua-dua keningnya.
“Ada
klien Nek Wan kena jumpa. Sambil-sambil tu bercuti sekali.”
Cuti!
Mendengar perkataan cuti, mata Faryal terbeliak besar. Duduknya pulak
tegak. “Ayal ikut boleh? Ayal pun nak cuti.” Dipandang Nek Wan
dengan penuh harapan. Suka sekali kalau dapat pergi Paris, boleh
jumpa Eva.
Pipinya
ditolak lembut jari telunjuk Nek Wan. “Banyak cantik.”
“Terima
kasih.” Gelak ketawa mereka berdua dengan perangai perasan Faryal
itu.
Bahu
Nek Wan dipaut Faryal erat. “Nek Wan pergi cuti lama-lama pun tak
apa. Biar Ayal tengokkan Ivic International.” Ucap Faryal bahagia.
Nek
Wan menggeleng. “Habis tonggang langgang syarikat Nek Wan kalau
biarkan kamu mengendalikannya. Hisham tak ikut jadi dia yang akan
tengok-tengokkan Ivic International.” Faryal cemerut. Baru ingat
nak buat parti. Dipeluk tubuhnya tanda protes.
Bukan
Nek Wan tak percaya Faryal mengendali syarikatnya cuma, belum masa
untuk cucunya itu menggalas tanggungjawab itu. Ada tanggungjawab yang
lebih besar yang harus Faryal harungi nanti.
Dari
ekor mata Faryal dia melihat Nek Wan tidakterkutik dengan rajuknya.
Nak kena tukar taktik ni. “Alah Nek Wan ni. Bawalah PA kesayangan
Nek Wan sekali. Ayal janji Ivic International will
be in good hands.”
Tapak tangan dinaikkan mengangkat sumpah.
Sebelum
Nek Wan dapat membalas, Faryal terlebih dahulu menyambung. Jari
telunjuk mengetuk-ngetuk dagu. Muka berkerut memikirkan sesuatu.
“Tapikan
kalau abang Sham ikut mesti kak Viya rindu. Hehehe.” Gelak Faryal
sendiri. Sesaat kemudian gelakkannya bertukar menjadi muncung herot.
“Tapikan
beberapa hari nikan abang Sham dengan kak Viya jarang sekali bercakap
macam selalu. Kalau abang Sham ada dekat satu tempat yang sama mesti
kak Viya pergi tempat lain. Abang Sham pun macam tu. Dia orang macam
mengelak satu sama lain. Tapikan kadang-kadang tu Ayal nampak dia
orang curi-curi tengok satu sama lain. Mesti gaduh-gaduh sayangkan
Nek Wan?”
Budak
ni tahu saja tentang orang lain. Suka sangat masuk campur hal orang
lain. Kalau hal sendiri punyalah susah nak bercerita. Lengan Faryal
ditolak lembut membuat cucunya itu tersentak. Hampir tubuh Faryal
jatuh terjelepok ke lantai sebab hilang imbangan. Nek Wan ni nak
tolak orang pun berilah warning.
“Dah-dah
jangan nak masuk campur hal orang lain. Macam mana dengan kelas kamu
hari ini?”
“Penatlah
Nek Wan. Lebam-lebam tahu tak satu badan kena terajang. Paling sebal
sekali, pembantu peribadi Nek Wan tu boleh gelak sakan. Nanti Ayal
ajar abang Sham cukup-cukup. Tapikan buat apa Ayal nak belajar ilmu
pertanhanan ni? Penat tau. Beri Ayal pepper spray dah cukup. Kalau
orang jahat datang, Ayal spray dekat mata dia macam dekat tv tu.”
Bebel Faryal panjang.
“Banyak
kamu punya pepper spray. Kalau spray kamu tu tersumbat macam mana?
Pepper spray ke mana, kamu pun ke mana. Sudah-sudah, pergi mandi
sana. Belum mandi terus nak peluk-peluk Nek Wan. Busuk.”
Hujung
selendang dibawa ke hidung. Menghidu bau badannya. Mana ada busuk.
“Wangi okay macam baby.”
Mestilah macam baby
sebab Faryal pakai cologne Baby
Johnson.
Hehehe.
Faryal
melangkah ke pintu. Baru sahaja dia mahu memulas tombol dia
mengingati sesuatu yang ingin ditanya kepada Nek Wan.
“Oh!
Ayal lupa. Nek Wan tahu tak mana cucu mithali Nek Wan pergi? Ayal
telefon abang Yan beberapa hari ni tapi tak dapat. Bila tanya abang
Riq dan abang Zan dia orang pun tak tahu.”
Hairan.
Sukar sekali mahu mendapat abangnya yang satu itu. Hilang macam
begitu saja. Merajuk ke? Sebab Widayah beritahu yang kelmarin muka
abang Yan mendung semacam. Terperuk saja dalam bilik. Tup-tup terus
tak ada. Jarang Shayaan macam begitu. Kenapa eh?
“Entah.
Sibuk kot. Nanti-nanti dia telefon kamu baliklah tu. Dah pergi sana
cepat. Solat asar dah ke belum ni?” Soal Nek Wan tidak mahu Faryal
bertanya lanjut tentang Shayaan. Dia tahu sukar untuk cucunya itu
menerima semua yang baru dia ketahui. Apatah lagi bila dapat tahu
mama yang dianggap sudah tiada lagi masih bernyawa.
“Dah
bos! Saya pergi dulu bos!” Ucap Faryal dan meninggal Nek Wan
sendirian didalam bilik.
**
Issac
memerhatikan Faryal didepannya. Suap demi suap mi goreng mamak
selamat masuk ke dalam mulut Faryal. Tidak menghiraukan suasana yang
hingar-bingar disekeliling. Faryal menyedut air teh limau yang
dipesan lantas memandang Issac yang sedang mengamatinya dari tadi.
“Kenapa
awak tengok saya macam tu?” Penyedut air digigitnya seperti selalu.
Issac perasaan bidadarinya itu suka sangat gigit penyedut air setiap
kali minum.
“Awak
cantik sangat, angel.” Faryal menjengilkan matanya kepada Issac
yang duduk tersandar, mata tidak lepas dari muka ayu manis
didepannya.
“Masa
makan begini pun awak boleh jiwangkan.”Suara Issac gelak didengari
Faryal. Dia suka mendengar ketawanya Issac. Sungguh merdu ditelinga.
Dah angau dah kau Faryal.
“Kalau
makan dengan awak saja saya boleh jiwang. Kalau dengan orang lain nak
sebut satu patah pun berat.” Faryal mencebik. Yelah tu cik abang
oi! Banyak bodek betullah Issac ni. Bisik hati kecil Faryal
Garfu
yang penuh dengan mi goreng disuapkan ke dalam mulut. Nikmat!
“Sedapkan mi goreng dia? Kalau awak nak tahu mi goreng inilah
kegemaran mama saya. Tapi mama tak suka pedas sangat.” Ujar Faryal.
Teringat
bagaimana setiap kali ulang tahun mamanya, mereka semua pasti akan
makan ditempat kegememaran mamanya itu. Setiap kali mamanya menikmati
mi goreng itu, orang lalu dekat depan pun tak dihiraukan.
“Mama
awak memang ada citarasa seperti anaknya.”
Senyuman
lebar diukir Faryal. “Mestilah. Like
mother like daughter.”
Mereka dua sambung menikmati makanan didepan mereka.
Sementara
itu Issac sedang memikirkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan
Lutfiyah. Otaknya sedang menyusun kata-kata sambil mata mengamati
Faryal didepannya.
“Can
I ask you something.”
Jungkitan kening Faryal memberi Issac kebeneran untuk menyambung apa
yang ingin dikatakannya.
“Do
you miss your mum?”
Kunyahan
Faryal terhenti. Kepala diangkat dan mata mereka bertembung seketika
sebelum Faryal menunduk kembali, sudu dan garfu menguis-nguis mi
didepannya. Air liur ditelannya sebelum mengangkat kepala dan
menayang senyuman nipis kepada Issac.
“Bohong
kalau saya cakap yang saya tak rindukan dia. Setiap minit setiap saat
saya rindukan dia. Tapi apa nak buat, Tuhan lebih sayangkan dia. Saya
redha dengan permergiannya.”
“Kalau
mama awak masih hidup apa yang awak akan buat?” Sudu dan garfu
diletak Faryal atas pinggan, dipandang Issac kosong. Kurang memahami
apa yang ingin ditanyakan lelaki itu.
Issac
mendekatkan tubuhnya dengan meja. Fikiran mengatur kata-katanya
supaya tidak disalah faham Faryal. “Lets
just say if you mum is still alive, what would you do?”
Anggukkan kepala Faryal melegakan Issac.
Memang
ada satu perkara yang ingin dia lakukan kalau diberi peluang. “Tell
her how I much I love her every single second I have with her. Tapi
kita tak boleh putarkan masa, yang hidup tetap akan mati. So
all I can do is accept it and just move on.”
Bahu dijungkit lantas menyambung makannnya yang tergendala.
Segaris
senyuman dilakar Issac. Awak akan dapat peluang itu tak lama lagi.
Bisik hati kecil Issac.
**
Khaleed
membuka dokumen yang diterima peguamnya tadi. Tersenyum lebar dia
melihat tandatangan yang diperlukannya. Tak sia-sia dia meminta
pertolongan anak muda bernama Izzat Danish.
Dia
ingat aku bodoh mahu serah apa yang aku peroleh dengan susah-payah
kepadanya begitu saja? Itu gila namanya. Orang yang tak waras akan
melakukan perkara itu. Hampir semua harta milik Lutfiyah sudah
menjadi milik aku kecuali bahagian Faryal. Mengapalah Lutfiyah pergi
tukar wasiatnya pada saat akhir? Rosak betul rancangan aku. Dengus
hati kecil Khaleed dengan kasar.
Dia
harus melakukan sesuatu mengenai perkara itu. Menghapuskan Faryal?
Terlalu mudah dan pasti dia akan menjadi suspek pertama kalau ia
benar-benar terjadi. Ibu mertuanya itu sekarang menjadi penghalang
terbesarnya mendekati Faryal. Dengan adanya Faryal dirumah nenek
sihir itu dia tidak dapat bersemuka dengan anaknya itu.
Dipejabat
Ivic International pula dia sudah dilarang menjejak kaki disana. Malu
sungguh bila dia tiba disana, pegawai keselamatan tidak
membenarkannya masuk dengan alasan diberi arahan oleh mertuanya itu
bahawa dia tidak dibenarkan ke dalam bangunan itu. Mahu dia melenting
disana tetapi bila mengingatkan tujuannya dia terpaksa akur.
Telefon
Faryal? Sudah acap kali dia cuba berbicara dengan anak perempuannya
itu. Malah dia juga mengajak Faryal keluar makan tengah hari atau
makan malam dengannya tetapi pelbagai alasan diberi. Kesabarannya
semakin menipis. Cara lain harus dia fikirkan demi mendekati anaknya
itu. Silapnya juga sebab melayan Faryal dengan teruk sejak kecil
lagi. Sekarang dia terpaksa menerima akibatnya. Walaupun pahit dia
tetap harus menelannya.
Telefon
bimbitnya yang berbunyi dicapai lantas dilekap ke telinga bila
melihat nama yang tertera. “Hello. Macam mana?”
“Mereka
sedang bersama.” Mata lelaki itu tajam memerhatikan empat susuk
tubuh yang sedang berdiri didepan pintu masuk pusat membeli-belah
itu.
Khaleed
senyum herot suka dengan apa yang didengarinya. “Bagus. Kau boleh
teruskan rancangan kita. Ingat, ringan-ringan saja sebagai sebuah
peringatan. Aku masih perlukan dia.”
Lelaki
itu angguk kepalanya walaupun Khaleed tidak dapat melihatnya. “Baik
bos. Sudah selesai nanti saya akan beritahu bos.”
“Hmm.”
Talian dimatikan. Mungkin ini saja jalannya untuk mendapat apa yang
dia inginkan. Kalau dia tidak dapat dengan cara lembut, cara kasar
saja jalan seterusnya. Badan Khaleed mula terhinggut-hinggut suka
dengan apa yang sedang dirancangnya dan apa yang akan berlaku.
**
“Oh!
Maaf-maaf.”
“You
buta ke apa?” Suara nyaring Ahdia membuat beberapa kepala dipusat
membeli-belah itu berpaling memandang mereka.
“Wid
kau okay?” Faryal dibelakang Widayah bertanya sambil mengangkat beg
kertas yang terjatuh dilantai.
Membulat
mata Ahdia dengan siapa yang sedang berdiri didepannya kini. “Kau?”
Jari telunjuknya naik menunding Faryal dan Widayah.
“Akulah.
Siapa lagi.” Balas Faryal acuh tak acuh dipandang minah senget yang
memakai cermin mata hitam dalam tempat membeli-belah. Memang tak
betul punya piranha.
Bisik hati kecil Faryal. Malas sebenarnya mahu bertengkar dengan
piranha
ni ditempat awam. Buat malu saja.
Ahdia
mendengus kasar. Cermin mata yang bertenggek dihidung dinaikkan atas
kepalanya. “Banyak-banyak tempat aku pergi, dekat sini juga aku
kena bertembung dengan kau orang?”
“Tak
ingin aku bertembung dengan piranha
tak cukup kain ni.” Sindiran Widayah didengari Ahdia. Baru saja dia
ingin membalas suara Nila menegurnya.
“Dia,
is
everything okay?”
Tersengih-sengih macam kerang busuk Ahdia bila Nila sedang berdiri
dibelakangnya. Takkan nak marah-marahkan? Klien terpentingnya ni.
Kalau dia tahu tentang dua belon ni mesti mereka buka mulut tentang
aku.
Melihat
Ahdia menggeleng kepalanya. Nila menyambung. “Tengok siapa aunty
terserempak dalam tandas?” Tangan didepa ke belakang.Senyuman Ahdia
beku tiba-tiba bila melihat siapa yang berada di belakang Nila.
Adui!
Malang betul aku hari ini. Bukan saja ak terserempak dengan dua belon
tak guna ni tapi dengan nenek sihir ni sekali. Kenapalah
banyak-banyak tempat beli-belah yang ada, dekat sini juga mereka
pergi? Eeee!
“It
looks like Ahdia is definitely helping you in spending.”
Dilirik beg kertas yang berada bukan hanya dalam genggaman Ahdia
tetapi disisinya juga. Geraldine memandang sinis Ahdia sebelum
beralih kepada Nila yang tersenyum lebar.
“Yap
dan aunty
suka sekali. Cuma nanti semakin botaklah hubby I. You dekat sini
sendiri?” Soal Nila pura-pura, walaupun dia sudah tahu bahawa
Geraldine berada bersama Aviya, Widayah dan Faryal.
Geraldine
menggamit Faryal dan Widayah yang dari tadi menjadi penonton tak
berbayar menghampirinya. “Ini hah, adik-adik angkat I. Faryal anak
pemilik butik bidadari dan Widayah kawan baik dia. Girls,
ini puan Nila Vientis, salah satu klien butik Bidadari.” Faryal dan
Widayah menyalam tangan Nila setelah Geraldine mengenalkan mereka.
“Okaylah
Puan Nila, Ahdia, I kena pergi. Ahdia, I jumpa you dekat butik besok.
Banyak kerja yang perlu you lakukan. Jadi bersuka-ria selagi you
boleh. Bye!”
Berasap telinga dan dada Ahdia bila Geraldine memberitahu bahawa ada
banyak kerja yang perlu dia lakukan di butik itu. Apa lagi mesti dia
buli aku cukup-cukup. Kau tunggu nenek sihir, kau akan terima
akibatnya nanti.
**
“Sorry-sorry
I
lambat. Queue
panjang.” Ujar Aviya bila menghampiri Faryal, Widayah dan Geraldine
yang sedang menantikannya.
“It’s
okay.
Kak Din hantar Wid balik. Senang Viya tak payah nak berpusing-pusing
untuk hantar Ayal lepas tu.” Aviya angguk setuju. Mereka beriringan
untuk ke tempat letak kereta. Geraldine mendahului terlebih dahulu
diikuti Faryal. Aviya dan Widayah dibelakang mengamati barang yang
baru dibeli mereka.
Aviya
mengangkat kepalanya bila mahu melintasi jalan menuju ke tempat letak
kereta. Kepala ditoleh ke kiri. Senyuman dibibir bertukar menjadi
lopongan yang besar bila melihat sebuah kereta sedang menuju ke arah
mereka dan tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dipandang kelibat Faryal
dan Geraldine didepan.
Kereta
itu makin menghampiri. “Ayal!” Pantas lengan Faryal ditarik
membuat anak perempuan Lutfiyah terdorong ke belakang.
Baru
mereka mahu mengeluh lega, Widayah pantas bergerak mahu menolak tubuh
Geraldine yang sedang mencari kunci keretanya dalam tas tangan.“Kak
Din!” Geraldine mengangkat kepalanya dan berpaling ke sisi dan pada
masa itulah dia nampak kereta berwarna hitam sedang menuju ke
arahnya.
Buk!
Kaki
Geraldine kaku. Mata buntang dan mulut tercengan luas. Dia rasa
tubuhnya melayang dan akhirnya mendarat diatas permukaan jalan yang
kasar.
“Wid!”
Mata dibuka bila mendengar suara Faryal memanggil Widayah. Terhenti
degupan jantungnya melihat sekujur tubuh Widayah terbaring diatas
jalan sementara Aviya cuba mengejar kereta hitam yang sedang memandu
pergi, tetapi gagal.
**
Shayaan
menjawab telefon bimbit bila nama Faizan tertera. “Hello
Zan.”
“Bang,
Wid dengan Ayal dekat hospital.” Hampir terlepas telefon bimbitnya
dari genggaman.
“Apa?
Are
they okay?
Apa jadi?” Degupan jantungnya mula berdegup kencang mendengar apa
yang disampaikan Faizan. Sepertimana cemas suara Faizan ketika itu
begitulah juga dia. Fikiran mula memutar macam-macam andaian.
Shayaan
mula melangkah ke satu sudut bilik itu bila semua yang hadir
berpaling ke arahnya. Telefon bimbit ditukar ke teling kirinya pula.
“Ayal telefon tadi beritahu dia dan Wid dekat hospital. Ayal okay
tapi Wid yang cedera. Zan tak tahu apa jadi. I’m
on the way baru
sampai carpark.”
Kepala Shayaan angguk faham walaupun Faizan tidak dapat melihatnya.
Tangannya
naik mengurut dahi. Rasa buntu tiba-tiba sebab tak dapat menolong
Faizan disana.
“Kau
dah call abang Riq? Ibu dan ayah?”
Suara
Faizan sedikit termengah-mengah. Dia yakin kembarnya itu sedang
berlari.Dia menanti jawapan dari Faizan yang sedang bertanya tentang
keberadaan Widayah kepada seorang pekerja dihospital. “Dah. Mereka
dalam perjalanan.” Akhirnya Faizan membalas.
“Okay.
Kau jumpa dia orang, pastikan semua okay. Lepas tu telefon aku.”
Arah Shayaan kepada Faizan. Risau bukan kepalang dia bila mengingat
tentang adiknya dan Widayah.
“Okay.
Zan telefon abang balik nanti.” Talian dimatikan. Telefon bimbit
ditelinga diturunkan. Kepala ditunduk dan dipejamkan mata seketika
bila mendengar suara yang penuh kegelisahan dibelakangnya.
“Yan
kenapa dengan Ayal dan Wid? Mereka tak apa-apakan? Yan?” Shayaan
berpaling menghadap mereka kembali. Baru saja Shayaan mahu menjawab,
telefon Issac pula berbunyi. Semua memusing ke arah Issac yang sedang
melekap telefon bimbit ditelinga pula. Sama seperti Shayaan dia turut
mengundur diri ke hujung bilik itu.
“Hello.”
Semua memasang telinga mahu mendengar apa yang sedang dikatakan
Issac.
“I
heard.
Faryal baru call
Shayaan.
Is
she okay?”
Dilihat Issac angguk kepala dengan penjelasan si pemanggil. Shayaan
menghampiri Nek Wan yang kelihatan risau.
“Alright.
Plate
kereta?” Suara Issac tenang tetapi hanya Tuhan saja tahu betapa
gelisah dan gundah perasaannya ketika itu. Berita yang baru diterima
bukan yang diingininya.
Issac
angguk kepalanya bertalu-talu. “Okay-okay.
Just keep me updated.
I akan cuba habiskan semua dekat sini secepat mungkin. Bye.”
Talian dimatikan. Telefon bimbit digenggam erat. Nafas ditarik dalam
cuba menenangkan dirinya.
Tubuh
dipusing ke belakang. Lima pasang mata sedang mengamatinya menantikan
penjelasan. Matanya jatuh kepada kelibat diatas katil. Matanya
berlagar dengan sepasang mata yang sedang bergenang dengan air mata.
Dia dapat merasa keresahan disebalik anak mata itu.
“Kak
Din telefon. Wid kena admitted.
Patah tangan bila cuba selamatkan kak Din dekat pusat beli-belah.”
“Astarghfirullah.”
Ucap Nek Wan mulutnya ditekup tidak percaya.
“Apa
yang jadi? Siapa yang langgar?” Soal kelibat atas katil itu.
“Dari
apa yang diberitahu kak Din, mereka sedang menuju ke tempat letak
kereta bila semuanya berlaku. Faryal ditarik Aviya yang berada
dibelakangnya sementara Widayah menolak tubuh kak Din dari dilanggar
kereta itu.”
“Macam
mana dengan Wid?”
“Nyaris-nyaris
terlanggar tetapi patah tangannya bila jatuh dijalan raya semasa
menyelamatkan kak Din.” Semua melepaskan nafas lega dengan apa yang
baru disampaikan Issac.
Issac
mengangkat kepalanya kepada Shayaan dan beralih kepada Pablo yang
sedang berdiri disebelah Nat. “Uncle Alex sudah arah orang cari
kereta tu. He’ll
keep us updated.”
Nat meminta diri untuk menelefon Aviya.
Nek
Wan yang sedang memandang kosong ke depan bersuara. “Khaleed ke?”
Issac mengurut tengkuknya. Shayaan pula sedang bercakap ditelefon
dengan Faizan.
“Mungkin.”
Tutur Issac perlahan tetapi dapat didengari Nek Wan.
Terduduk
tegak kelibat yang sedang duduk diatas katil. “Ini semua salah
Fiyah. Kalau Fiyah laporkan tentang Khaleed awal lagi pasti ini semua
tak berlaku. Ini semua salah Fiyah.” Nek Wan yang sedang duduk
dikerusi disisi katil mengusap lengan anaknya itu. Kepala digeleng
tidak suka dengan apa yang didengarinya.
“Ini
bukan salah Fiyah. Kalau Fiyah lapor pun Fiyah tak ada bukti yang
kukuh untuk dakwa Khaleed. Kita tak tahu apa yang terjadi. Mungkin
ini semua bukan seperti yang kita fikirkan. Mungkin kemalangan itu
tak ada kena mengena dengan Khaleed.” Nek Wan cuba menyakinkan
Lutfiyah yang sedang menitiskan air mata.
Tadi
anaknya itu menitis air mata bila mereka bertentang mata buat pertama
kali. Sungguh dia tergamam melihat Lutfiyah didepannya kini. Alasan
untuk bertemu klien di Paris hanya sebuah alasan supaya Faryal tidak
tertanya-tanya tentang keberadaannya itu.
Mendakap
anaknya itu setelah sekian lama benar-benar menyayat hatinya. Hanya
Tuhan tahu betapa bersyukurnya dia diberi peluang kedua bersama
anaknya kembali. Walaupun Lutfiyah bukan anak kandungnya tetapi
dialah yang membesarkan dan mendidik Lutfiyah hingga kini.
Shayaan
menghampiri Lutfiyah. Ditarik tubuh mamanya ke dalam dakapannya.
Lutfiyah melekap kepalanya didada anak keduanya itu. Dia dapat merasa
kucupan hangat diubun-ubunnya. Air matanya sekali-sekala diseka
Shayaan.
“Mama,
jangan risau. Insyaallah semua akan baik-baik saja. Ayal okay. Yan
baru cakap dengan Wid tadi. Bila suruh dicerita apa yang terjadi
boleh pula dia gelak ketawa dengan Ayal dekat hujung talian. Sempat
ugut Yan kalau tak bawa balik oleh-oleh kena terajang dengan mereka.”
Lutfiyah gelak kecil tahu benar dengan sikap kasar anak daranya
dengan anak dara Mak Limah itu. Sentiasa menghiburkan hatinya.
Belakang
tubuh Lutfiyah diusap lembut Shayaan. “Mama jangan risau tentang
mereka. Mama hanya kena pulih sepenuhnya dekat sini. Dekat sana ramai
yang sedang tengok-tengokkan mereka. Yan akan suruh Rohan
tengok-tengokkan mereka juga.” Sambung Shayaan mahu mententeramkan
Lutfiyah.
Shayaan
tahu mamanya risau tentang semua di Naraya. Tetapi sekarang mamanya
harus pulih sepenuhnya. Belakang Lutfiyah yang cedera semasa
kemalangan itu masih tidak baik seratus peratus.
Issac
yang hanya memerhati adegan anak dan ibunya rasa sebak. Rindu dia
kepada mamanya yang sudah lama tiada. “Betul tu mama Fiyah. Selama
saya kenal dengan Wid, saya tahu dia kuat orangnya. Tambah kalau
Faryal ada disisinya. Pasti mereka tak apa-apa. Percayalah. Kita
sudah kayuh jauh untuk sampai ke tahap ini. Mama Fiyah jangan putus
asa. Saya janji ini semua akan selesai tak lama lagi.” Pandangannya
dan Shayaan bersatu. Shayaan senyum nipis mengucapkan terima kasih
kepadanya.
Issac
meminta diri untuk membuat panggilan. Pablo mengikuti anak angkatnya
itu. “What
are you thinking?”
Soal Pablo sebaik saja pintu bilik ditutup rapat.
“There’s
not one vehicle but two.”
Tutur Issac dengan suara yang tegang. Terbeliak mata Pablo dengan
jawapan Issac.
“Apa
maksud kamu dua?” Issac yang membelakanginya berhenti langkah dan
berpaling menghadapnya.
Jari
telunjuknya ditayang. “Pertama sebuah kereta. Kedua sebuah
motosikal. That
bike hit Widayah, that is how she broke her arm.
Tapi mereka fikir kereta yang melanggar dia. Semua berlaku terlalu
pantas sehingga mereka tidak nampak si motosikal.” Issac bercekak
pinggang. Bibirnya diketap dan pandangan dijatuhkan pada pasu bunga
belakang Pablo.
“Geraldine
bilang kamu?” Gelengan kepala menjawab pertanyaan Pablo.
“Viya.
Motosikal tak dinampak Faryal, Widayah dan Geraldine sebab semua
hanya fikirkan tentang kereta yang sedang maju. Mereka hanya nampak
kereta. Motosikal datang pada saat-saat terakhir. We’re
dealing with not one but two people.”
Dua jari ditayang kepada Pablo.
Berkerut
dahi Pablo memikirkan bahawa bukan saja Khaleed musuh mereka.
“Khaleed dan Ahdia?” Hanya dua nama itu saja yang dapat
difikirkannya. Setahu dia Ahdia anak kesayangan Khaleed dan seperti
Khaleed tidak menyukai Faryal. Jadi besar kemungkinan perempuan itu
terlibat juga.
Issac
menarik nafas yang dalam. Khaleed dan Ahdia? “Mungkin.”
Kemungkinan juga ada orang lain. Kemungkinan yang amat tidak
disenanginya.
aduh x senang duduk baca nih, huhuhu amat mendebarkan...teruja... dan x sabar nak tahu kesudahannya. tq mai kerana buat cerita yg sangatttt besttttttt....
ReplyDeleteTQ sebab sudi membaca:B
Delete