Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Saturday, 25 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 58

Bab 58

Pintu terkuak dari luar. Kelibat Issac, Alex dan Geraldine membolos diri ke dalam ruang pejabat itu. Dilihat Shayaan yang sedang berdiri melempar pandangannya ke luar tingkap sementara Nek Wan sedang duduk tegak diatas sofa merenung kosong komputer riba yang menunjuk skrin hitam.
Dimana Fiyah?” Pertanyaan Nek Wan itu kedengaran perlahan tetapi amat tegas ditelinga mereka. Issac dan Alex kembali duduk disofa bertentangan dengan Nek Wan, sementara Geraldine melabuh duduknya sebelah Nek Wan.
Belakang tua itu diusap bila melihat titisan air mata membasahi pakaian yang dikenakan Nek Wan. Mata mereka memandang satu sama lain. Tidak tahu bagaimana harus cerita.

Mama Fiyah ada di Paris. Cuma…”
Cuma apa?” Soal Shayaan.
Cuma rancangan kita tidak berjalan selancar yang kita sangkakan.”
Alex meletak tangannya di lengannya Issac. Mengisyaratkan bahawa dia sendiri akan menjelaskan. “Kereta yang membawa Fiyah ke lapangan terbang beberapa bulan yang lalu ditimpa kemalangan. Kami dapat tahu brek kereta telah dianiaya.”
Maksud uncle, setelah ‘kematian’ mama, dia masih berada disini?” Alex angguk mengiakan.
Dia hanya berangkat ke Paris setelah wasiat telah dibaca.”
Macam mana saya boleh percaya cakap kamu?” Suara Nek Wan masih sangsi.
Kak Din.” Issac menoleh pada Geraldine disebelah Nek Wan.
Geraldine menekan nombor di Blackberrynya. “Hello Nat, you dah sedia? Okay.” Blackberry dimatikan lantas komputer riba yang berada atas meja dicapai Geraldine. Geraldine memperbetulkan kedudukkan komputer riba itu. Kamera kecil yang terdapat diatas dibetulkannya juga.
Beberapa saat kemudian muka seorang anak muda yang sama persis dengan Aviya terpampang diskrin komputer. Sebaik saja Nat mengensot badannya ketepi, Nek Wan terlopong dengan apa yang sedang dilihatnya.
Shayaan yang berada disebelah Geraldine mendekati komputer riba itu untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya itu adalah benar. Buntang matanya melihat senyuman yang amat dikenalinya itu. Riak wajah yang amat dirinduinya selama ini. Tanpa sedar matanya mula bergenang dengan air mutiara.
Ma…Mama?”
**
Teh panas yang berada didepannya tidak disentuh Nek Wan sedari tadi. Sejak bertemu dengan Issac dan yang lain-lain kepalanya rasa berat sekali. Banyak memikirkan semua yang baru dia ketahui. Beberapa malam dia tidak dapat tidur dengan nyenyak asyik mengingati semuanya, termasuk membaca surat arwah suaminya kepada Lutfiyah. Acap kali dia membaca tidak dapat menerima bahawa suaminya itu sanggup melakukan perkara terktuk itu kepada Lutfiyah dan Aairah.
Bingkai gambar mereka beberapa tahun sebelum permergian suaminya itu ditatap. Rindu yang sarat hanya Tuhan saja yang tahu. Menyesal kerana tidak tahu tentang kewujudan Aairah juga hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau dia tahu, pasti dia akan memastikan Aairah mendapat pelajaran dan kehidupan persis Lutfiyah. Paling penting dia akan mencegah kebodohan suaminya itu.
Lutfiyah. Senyuman nipis terukir bila bayangan dan nama itu diingatinya. Melihat anaknya melalui skrin komputer sungguh memeranjatkannya. Anak yang selama ini dia anggap sudah pergi buat selama-lamanya sebenarnya masih hidup. Dia benar-benar tidak sangka dengan apa yang dilihatnya. Bila mendengar suara yang keluar dari mulut tubuh itu, baru dia tahu bahawa dia tidak bermimpi. Wanita didepannya itu adalah anaknya yang dia kebumikan beberapa bulan yang lalu. Anak yang amat dirinduinya. Anak yang amat dikasihinya.
“Nek Wan yoohoo!” Pantas surat dalam genggaman disimpan dalam celah-celah majalah disebelahnya. Bingkai gambar arwah suaminya pula diletak atas meja disisi sofa yang didudukinya. Dipandang Faryal yang sedang menghampiri ke arahnya dengan senyuman hingga ke telinga.
Tangannya disalam Faryal dan seperti selalu, ubun-ubunnya dikucup cucunya itu sebelum bertenggek dibahu sofa. Bahu Nek Wan dipautnya dan kepala ditunduk mengamati nenek kesayangannya itu. “Nek Wan sihat? Abang Sham bilang Nek Wan tak masuk kerja lagi hari ini. Kita pergi hospital okay.” Perlahan Nek Wan menggeleng. Ditepuk riba Faryal lembut tidak mahu menyusahkan cucunya itu.
“Nek Wan okay, Cuma penat sikit. Maklumlah dah tua. Besok-besok okaylah tu.” Dalih Nek Wan yang disambut ketapan bibir Faryal. Dia tahu Nek Wan tidak suka berjumpa dengan doktor. Kalau tidak sihat pun mati-mati tidak mahu dibawa ke klinik. Fobia kot nenek aku ni. Takut kena suntik ke? Hehehe.
“Macam mana projek Resort Island?” Soal Nek Wan ingin menukar topik perbualan mereka.
“Setakat ni Alhamdulillah bagus. Ayal dah jumpa dengan kontraktor untuk bincangkan tentang ubah suai setiap sudut resort. Mungkin lusa Ayal kena pergi sana lagi.” Jelas Faryal. Sejak Nek Wan memberinya projek Resort Island banyak yang dia pelajari. Nasib baik ada Mr Sam ada untuk membimbingnya setiap saat.
Keputusannya memberi Mr Sam 40% syer Resort Island benar-benar membuat lelaki itu tidak terkata. Pada Faryal itu salah satu caranya dia dapat membantu Mr Sam dalam segi kewangan. Tertanya-tanya juga apa yang telah jadi dengan pulau itu. Bila ditanya Mr Sam, dia sendiri kurang pasti dan apa yang dia ketahui pekerjaan sedang dilakukan dipulau itu. Mungkin untuk menyelesaikan rumah yang tergendala itu.
“Malam ni tak keluar dating dengan buah hati ke? Selalunya ‘Nek Wan Ayal keluar dengan kawan tau. Jangan kunci pintu.’ Kawan konon.” Usikkan Nek Wan membuat pipi Faryal tiba-tiba merah malu.
Ish! Mana ada macam tu. Kawan tu Wid, kak Din, kak Viya,Issac.” Nama Issac disebut dengan pantas tetapi dapat ditangkap Nek Wan.
Yelah tu. Nek Wan tengok dekat bilik kamu tu dah macam taman bunga. Banyak betul.” Tersengih-sengih Faryal bila Nek Wan masih mengusiknya.
Ini semua Issac punya fasal. Setiap pagi sebelum pergi kerja pasti ada bunga yang diterimanya. Belum cukup lagi, selepas makan tengah hari pasti ada sejambak bunga diatas meja kerjanya. Romantik betul lelaki bernama Issac Daimaru itu. Bertuah betul buah hati diakan? Eh? Buah hati dia akulah! Hehehe.
Lusa Nek Wan nak kena pergi Paris.”
“Paris?” Terjungkit kedua-dua keningnya.
“Ada klien Nek Wan kena jumpa. Sambil-sambil tu bercuti sekali.”
Cuti! Mendengar perkataan cuti, mata Faryal terbeliak besar. Duduknya pulak tegak. “Ayal ikut boleh? Ayal pun nak cuti.” Dipandang Nek Wan dengan penuh harapan. Suka sekali kalau dapat pergi Paris, boleh jumpa Eva.
Pipinya ditolak lembut jari telunjuk Nek Wan. “Banyak cantik.”
“Terima kasih.” Gelak ketawa mereka berdua dengan perangai perasan Faryal itu.
Bahu Nek Wan dipaut Faryal erat. “Nek Wan pergi cuti lama-lama pun tak apa. Biar Ayal tengokkan Ivic International.” Ucap Faryal bahagia.
Nek Wan menggeleng. “Habis tonggang langgang syarikat Nek Wan kalau biarkan kamu mengendalikannya. Hisham tak ikut jadi dia yang akan tengok-tengokkan Ivic International.” Faryal cemerut. Baru ingat nak buat parti. Dipeluk tubuhnya tanda protes.
Bukan Nek Wan tak percaya Faryal mengendali syarikatnya cuma, belum masa untuk cucunya itu menggalas tanggungjawab itu. Ada tanggungjawab yang lebih besar yang harus Faryal harungi nanti.
Dari ekor mata Faryal dia melihat Nek Wan tidakterkutik dengan rajuknya. Nak kena tukar taktik ni. “Alah Nek Wan ni. Bawalah PA kesayangan Nek Wan sekali. Ayal janji Ivic International will be in good hands.” Tapak tangan dinaikkan mengangkat sumpah.
Sebelum Nek Wan dapat membalas, Faryal terlebih dahulu menyambung. Jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu. Muka berkerut memikirkan sesuatu.
“Tapikan kalau abang Sham ikut mesti kak Viya rindu. Hehehe.” Gelak Faryal sendiri. Sesaat kemudian gelakkannya bertukar menjadi muncung herot.
“Tapikan beberapa hari nikan abang Sham dengan kak Viya jarang sekali bercakap macam selalu. Kalau abang Sham ada dekat satu tempat yang sama mesti kak Viya pergi tempat lain. Abang Sham pun macam tu. Dia orang macam mengelak satu sama lain. Tapikan kadang-kadang tu Ayal nampak dia orang curi-curi tengok satu sama lain. Mesti gaduh-gaduh sayangkan Nek Wan?”
Budak ni tahu saja tentang orang lain. Suka sangat masuk campur hal orang lain. Kalau hal sendiri punyalah susah nak bercerita. Lengan Faryal ditolak lembut membuat cucunya itu tersentak. Hampir tubuh Faryal jatuh terjelepok ke lantai sebab hilang imbangan. Nek Wan ni nak tolak orang pun berilah warning.
“Dah-dah jangan nak masuk campur hal orang lain. Macam mana dengan kelas kamu hari ini?”
Penatlah Nek Wan. Lebam-lebam tahu tak satu badan kena terajang. Paling sebal sekali, pembantu peribadi Nek Wan tu boleh gelak sakan. Nanti Ayal ajar abang Sham cukup-cukup. Tapikan buat apa Ayal nak belajar ilmu pertanhanan ni? Penat tau. Beri Ayal pepper spray dah cukup. Kalau orang jahat datang, Ayal spray dekat mata dia macam dekat tv tu.” Bebel Faryal panjang.
Banyak kamu punya pepper spray. Kalau spray kamu tu tersumbat macam mana? Pepper spray ke mana, kamu pun ke mana. Sudah-sudah, pergi mandi sana. Belum mandi terus nak peluk-peluk Nek Wan. Busuk.”
Hujung selendang dibawa ke hidung. Menghidu bau badannya. Mana ada busuk. “Wangi okay macam baby.” Mestilah macam baby sebab Faryal pakai cologne Baby Johnson. Hehehe.
Faryal melangkah ke pintu. Baru sahaja dia mahu memulas tombol dia mengingati sesuatu yang ingin ditanya kepada Nek Wan.
“Oh! Ayal lupa. Nek Wan tahu tak mana cucu mithali Nek Wan pergi? Ayal telefon abang Yan beberapa hari ni tapi tak dapat. Bila tanya abang Riq dan abang Zan dia orang pun tak tahu.”
Hairan. Sukar sekali mahu mendapat abangnya yang satu itu. Hilang macam begitu saja. Merajuk ke? Sebab Widayah beritahu yang kelmarin muka abang Yan mendung semacam. Terperuk saja dalam bilik. Tup-tup terus tak ada. Jarang Shayaan macam begitu. Kenapa eh?
“Entah. Sibuk kot. Nanti-nanti dia telefon kamu baliklah tu. Dah pergi sana cepat. Solat asar dah ke belum ni?” Soal Nek Wan tidak mahu Faryal bertanya lanjut tentang Shayaan. Dia tahu sukar untuk cucunya itu menerima semua yang baru dia ketahui. Apatah lagi bila dapat tahu mama yang dianggap sudah tiada lagi masih bernyawa.
“Dah bos! Saya pergi dulu bos!” Ucap Faryal dan meninggal Nek Wan sendirian didalam bilik.
**
Issac memerhatikan Faryal didepannya. Suap demi suap mi goreng mamak selamat masuk ke dalam mulut Faryal. Tidak menghiraukan suasana yang hingar-bingar disekeliling. Faryal menyedut air teh limau yang dipesan lantas memandang Issac yang sedang mengamatinya dari tadi.
Kenapa awak tengok saya macam tu?” Penyedut air digigitnya seperti selalu. Issac perasaan bidadarinya itu suka sangat gigit penyedut air setiap kali minum.
Awak cantik sangat, angel.” Faryal menjengilkan matanya kepada Issac yang duduk tersandar, mata tidak lepas dari muka ayu manis didepannya.
Masa makan begini pun awak boleh jiwangkan.”Suara Issac gelak didengari Faryal. Dia suka mendengar ketawanya Issac. Sungguh merdu ditelinga. Dah angau dah kau Faryal.
Kalau makan dengan awak saja saya boleh jiwang. Kalau dengan orang lain nak sebut satu patah pun berat.” Faryal mencebik. Yelah tu cik abang oi! Banyak bodek betullah Issac ni. Bisik hati kecil Faryal
Garfu yang penuh dengan mi goreng disuapkan ke dalam mulut. Nikmat! “Sedapkan mi goreng dia? Kalau awak nak tahu mi goreng inilah kegemaran mama saya. Tapi mama tak suka pedas sangat.” Ujar Faryal.
Teringat bagaimana setiap kali ulang tahun mamanya, mereka semua pasti akan makan ditempat kegememaran mamanya itu. Setiap kali mamanya menikmati mi goreng itu, orang lalu dekat depan pun tak dihiraukan.
Mama awak memang ada citarasa seperti anaknya.”
Senyuman lebar diukir Faryal. “Mestilah. Like mother like daughter.” Mereka dua sambung menikmati makanan didepan mereka.
Sementara itu Issac sedang memikirkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan Lutfiyah. Otaknya sedang menyusun kata-kata sambil mata mengamati Faryal didepannya.
Can I ask you something.” Jungkitan kening Faryal memberi Issac kebeneran untuk menyambung apa yang ingin dikatakannya.
Do you miss your mum?
Kunyahan Faryal terhenti. Kepala diangkat dan mata mereka bertembung seketika sebelum Faryal menunduk kembali, sudu dan garfu menguis-nguis mi didepannya. Air liur ditelannya sebelum mengangkat kepala dan menayang senyuman nipis kepada Issac.
Bohong kalau saya cakap yang saya tak rindukan dia. Setiap minit setiap saat saya rindukan dia. Tapi apa nak buat, Tuhan lebih sayangkan dia. Saya redha dengan permergiannya.”
Kalau mama awak masih hidup apa yang awak akan buat?” Sudu dan garfu diletak Faryal atas pinggan, dipandang Issac kosong. Kurang memahami apa yang ingin ditanyakan lelaki itu.
Issac mendekatkan tubuhnya dengan meja. Fikiran mengatur kata-katanya supaya tidak disalah faham Faryal. “Lets just say if you mum is still alive, what would you do?” Anggukkan kepala Faryal melegakan Issac.
Memang ada satu perkara yang ingin dia lakukan kalau diberi peluang. “Tell her how I much I love her every single second I have with her. Tapi kita tak boleh putarkan masa, yang hidup tetap akan mati. So all I can do is accept it and just move on.” Bahu dijungkit lantas menyambung makannnya yang tergendala.
Segaris senyuman dilakar Issac. Awak akan dapat peluang itu tak lama lagi. Bisik hati kecil Issac.
**
Khaleed membuka dokumen yang diterima peguamnya tadi. Tersenyum lebar dia melihat tandatangan yang diperlukannya. Tak sia-sia dia meminta pertolongan anak muda bernama Izzat Danish.
Dia ingat aku bodoh mahu serah apa yang aku peroleh dengan susah-payah kepadanya begitu saja? Itu gila namanya. Orang yang tak waras akan melakukan perkara itu. Hampir semua harta milik Lutfiyah sudah menjadi milik aku kecuali bahagian Faryal. Mengapalah Lutfiyah pergi tukar wasiatnya pada saat akhir? Rosak betul rancangan aku. Dengus hati kecil Khaleed dengan kasar.
Dia harus melakukan sesuatu mengenai perkara itu. Menghapuskan Faryal? Terlalu mudah dan pasti dia akan menjadi suspek pertama kalau ia benar-benar terjadi. Ibu mertuanya itu sekarang menjadi penghalang terbesarnya mendekati Faryal. Dengan adanya Faryal dirumah nenek sihir itu dia tidak dapat bersemuka dengan anaknya itu.
Dipejabat Ivic International pula dia sudah dilarang menjejak kaki disana. Malu sungguh bila dia tiba disana, pegawai keselamatan tidak membenarkannya masuk dengan alasan diberi arahan oleh mertuanya itu bahawa dia tidak dibenarkan ke dalam bangunan itu. Mahu dia melenting disana tetapi bila mengingatkan tujuannya dia terpaksa akur.
Telefon Faryal? Sudah acap kali dia cuba berbicara dengan anak perempuannya itu. Malah dia juga mengajak Faryal keluar makan tengah hari atau makan malam dengannya tetapi pelbagai alasan diberi. Kesabarannya semakin menipis. Cara lain harus dia fikirkan demi mendekati anaknya itu. Silapnya juga sebab melayan Faryal dengan teruk sejak kecil lagi. Sekarang dia terpaksa menerima akibatnya. Walaupun pahit dia tetap harus menelannya.
Telefon bimbitnya yang berbunyi dicapai lantas dilekap ke telinga bila melihat nama yang tertera. “Hello. Macam mana?”
Mereka sedang bersama.” Mata lelaki itu tajam memerhatikan empat susuk tubuh yang sedang berdiri didepan pintu masuk pusat membeli-belah itu.
Khaleed senyum herot suka dengan apa yang didengarinya. “Bagus. Kau boleh teruskan rancangan kita. Ingat, ringan-ringan saja sebagai sebuah peringatan. Aku masih perlukan dia.”
Lelaki itu angguk kepalanya walaupun Khaleed tidak dapat melihatnya. “Baik bos. Sudah selesai nanti saya akan beritahu bos.”
Hmm.” Talian dimatikan. Mungkin ini saja jalannya untuk mendapat apa yang dia inginkan. Kalau dia tidak dapat dengan cara lembut, cara kasar saja jalan seterusnya. Badan Khaleed mula terhinggut-hinggut suka dengan apa yang sedang dirancangnya dan apa yang akan berlaku.
**
“Oh! Maaf-maaf.”
“You buta ke apa?” Suara nyaring Ahdia membuat beberapa kepala dipusat membeli-belah itu berpaling memandang mereka.
“Wid kau okay?” Faryal dibelakang Widayah bertanya sambil mengangkat beg kertas yang terjatuh dilantai.
Membulat mata Ahdia dengan siapa yang sedang berdiri didepannya kini. “Kau?” Jari telunjuknya naik menunding Faryal dan Widayah.
“Akulah. Siapa lagi.” Balas Faryal acuh tak acuh dipandang minah senget yang memakai cermin mata hitam dalam tempat membeli-belah. Memang tak betul punya piranha. Bisik hati kecil Faryal. Malas sebenarnya mahu bertengkar dengan piranha ni ditempat awam. Buat malu saja.
Ahdia mendengus kasar. Cermin mata yang bertenggek dihidung dinaikkan atas kepalanya. “Banyak-banyak tempat aku pergi, dekat sini juga aku kena bertembung dengan kau orang?”
“Tak ingin aku bertembung dengan piranha tak cukup kain ni.” Sindiran Widayah didengari Ahdia. Baru saja dia ingin membalas suara Nila menegurnya.
“Dia, is everything okay?” Tersengih-sengih macam kerang busuk Ahdia bila Nila sedang berdiri dibelakangnya. Takkan nak marah-marahkan? Klien terpentingnya ni. Kalau dia tahu tentang dua belon ni mesti mereka buka mulut tentang aku.
Melihat Ahdia menggeleng kepalanya. Nila menyambung. “Tengok siapa aunty terserempak dalam tandas?” Tangan didepa ke belakang.Senyuman Ahdia beku tiba-tiba bila melihat siapa yang berada di belakang Nila.
Adui! Malang betul aku hari ini. Bukan saja ak terserempak dengan dua belon tak guna ni tapi dengan nenek sihir ni sekali. Kenapalah banyak-banyak tempat beli-belah yang ada, dekat sini juga mereka pergi? Eeee!
It looks like Ahdia is definitely helping you in spending.” Dilirik beg kertas yang berada bukan hanya dalam genggaman Ahdia tetapi disisinya juga. Geraldine memandang sinis Ahdia sebelum beralih kepada Nila yang tersenyum lebar.
Yap dan aunty suka sekali. Cuma nanti semakin botaklah hubby I. You dekat sini sendiri?” Soal Nila pura-pura, walaupun dia sudah tahu bahawa Geraldine berada bersama Aviya, Widayah dan Faryal.
Geraldine menggamit Faryal dan Widayah yang dari tadi menjadi penonton tak berbayar menghampirinya. “Ini hah, adik-adik angkat I. Faryal anak pemilik butik bidadari dan Widayah kawan baik dia. Girls, ini puan Nila Vientis, salah satu klien butik Bidadari.” Faryal dan Widayah menyalam tangan Nila setelah Geraldine mengenalkan mereka.
Okaylah Puan Nila, Ahdia, I kena pergi. Ahdia, I jumpa you dekat butik besok. Banyak kerja yang perlu you lakukan. Jadi bersuka-ria selagi you boleh. Bye!” Berasap telinga dan dada Ahdia bila Geraldine memberitahu bahawa ada banyak kerja yang perlu dia lakukan di butik itu. Apa lagi mesti dia buli aku cukup-cukup. Kau tunggu nenek sihir, kau akan terima akibatnya nanti.
**
Sorry-sorry I lambat. Queue panjang.” Ujar Aviya bila menghampiri Faryal, Widayah dan Geraldine yang sedang menantikannya.
It’s okay. Kak Din hantar Wid balik. Senang Viya tak payah nak berpusing-pusing untuk hantar Ayal lepas tu.” Aviya angguk setuju. Mereka beriringan untuk ke tempat letak kereta. Geraldine mendahului terlebih dahulu diikuti Faryal. Aviya dan Widayah dibelakang mengamati barang yang baru dibeli mereka.
Aviya mengangkat kepalanya bila mahu melintasi jalan menuju ke tempat letak kereta. Kepala ditoleh ke kiri. Senyuman dibibir bertukar menjadi lopongan yang besar bila melihat sebuah kereta sedang menuju ke arah mereka dan tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dipandang kelibat Faryal dan Geraldine didepan.
Kereta itu makin menghampiri. “Ayal!” Pantas lengan Faryal ditarik membuat anak perempuan Lutfiyah terdorong ke belakang.
Baru mereka mahu mengeluh lega, Widayah pantas bergerak mahu menolak tubuh Geraldine yang sedang mencari kunci keretanya dalam tas tangan.“Kak Din!” Geraldine mengangkat kepalanya dan berpaling ke sisi dan pada masa itulah dia nampak kereta berwarna hitam sedang menuju ke arahnya.
Buk!
Kaki Geraldine kaku. Mata buntang dan mulut tercengan luas. Dia rasa tubuhnya melayang dan akhirnya mendarat diatas permukaan jalan yang kasar.
Wid!” Mata dibuka bila mendengar suara Faryal memanggil Widayah. Terhenti degupan jantungnya melihat sekujur tubuh Widayah terbaring diatas jalan sementara Aviya cuba mengejar kereta hitam yang sedang memandu pergi, tetapi gagal.
**
Shayaan menjawab telefon bimbit bila nama Faizan tertera. “Hello Zan.”
Bang, Wid dengan Ayal dekat hospital.” Hampir terlepas telefon bimbitnya dari genggaman.
Apa? Are they okay? Apa jadi?” Degupan jantungnya mula berdegup kencang mendengar apa yang disampaikan Faizan. Sepertimana cemas suara Faizan ketika itu begitulah juga dia. Fikiran mula memutar macam-macam andaian.
Shayaan mula melangkah ke satu sudut bilik itu bila semua yang hadir berpaling ke arahnya. Telefon bimbit ditukar ke teling kirinya pula. “Ayal telefon tadi beritahu dia dan Wid dekat hospital. Ayal okay tapi Wid yang cedera. Zan tak tahu apa jadi. I’m on the way baru sampai carpark.” Kepala Shayaan angguk faham walaupun Faizan tidak dapat melihatnya.
Tangannya naik mengurut dahi. Rasa buntu tiba-tiba sebab tak dapat menolong Faizan disana.
Kau dah call abang Riq? Ibu dan ayah?”
Suara Faizan sedikit termengah-mengah. Dia yakin kembarnya itu sedang berlari.Dia menanti jawapan dari Faizan yang sedang bertanya tentang keberadaan Widayah kepada seorang pekerja dihospital. “Dah. Mereka dalam perjalanan.” Akhirnya Faizan membalas.
“Okay. Kau jumpa dia orang, pastikan semua okay. Lepas tu telefon aku.” Arah Shayaan kepada Faizan. Risau bukan kepalang dia bila mengingat tentang adiknya dan Widayah.
“Okay. Zan telefon abang balik nanti.” Talian dimatikan. Telefon bimbit ditelinga diturunkan. Kepala ditunduk dan dipejamkan mata seketika bila mendengar suara yang penuh kegelisahan dibelakangnya.
“Yan kenapa dengan Ayal dan Wid? Mereka tak apa-apakan? Yan?” Shayaan berpaling menghadap mereka kembali. Baru saja Shayaan mahu menjawab, telefon Issac pula berbunyi. Semua memusing ke arah Issac yang sedang melekap telefon bimbit ditelinga pula. Sama seperti Shayaan dia turut mengundur diri ke hujung bilik itu.
Hello.” Semua memasang telinga mahu mendengar apa yang sedang dikatakan Issac.
I heard. Faryal baru call Shayaan. Is she okay?” Dilihat Issac angguk kepala dengan penjelasan si pemanggil. Shayaan menghampiri Nek Wan yang kelihatan risau.
Alright. Plate kereta?” Suara Issac tenang tetapi hanya Tuhan saja tahu betapa gelisah dan gundah perasaannya ketika itu. Berita yang baru diterima bukan yang diingininya.
Issac angguk kepalanya bertalu-talu. “Okay-okay. Just keep me updated. I akan cuba habiskan semua dekat sini secepat mungkin. Bye.” Talian dimatikan. Telefon bimbit digenggam erat. Nafas ditarik dalam cuba menenangkan dirinya.
Tubuh dipusing ke belakang. Lima pasang mata sedang mengamatinya menantikan penjelasan. Matanya jatuh kepada kelibat diatas katil. Matanya berlagar dengan sepasang mata yang sedang bergenang dengan air mata. Dia dapat merasa keresahan disebalik anak mata itu.
Kak Din telefon. Wid kena admitted. Patah tangan bila cuba selamatkan kak Din dekat pusat beli-belah.”
“Astarghfirullah.” Ucap Nek Wan mulutnya ditekup tidak percaya.
“Apa yang jadi? Siapa yang langgar?” Soal kelibat atas katil itu.
“Dari apa yang diberitahu kak Din, mereka sedang menuju ke tempat letak kereta bila semuanya berlaku. Faryal ditarik Aviya yang berada dibelakangnya sementara Widayah menolak tubuh kak Din dari dilanggar kereta itu.”
“Macam mana dengan Wid?”
“Nyaris-nyaris terlanggar tetapi patah tangannya bila jatuh dijalan raya semasa menyelamatkan kak Din.” Semua melepaskan nafas lega dengan apa yang baru disampaikan Issac.
Issac mengangkat kepalanya kepada Shayaan dan beralih kepada Pablo yang sedang berdiri disebelah Nat. “Uncle Alex sudah arah orang cari kereta tu. He’ll keep us updated.” Nat meminta diri untuk menelefon Aviya.
Nek Wan yang sedang memandang kosong ke depan bersuara. “Khaleed ke?” Issac mengurut tengkuknya. Shayaan pula sedang bercakap ditelefon dengan Faizan.
“Mungkin.” Tutur Issac perlahan tetapi dapat didengari Nek Wan.
Terduduk tegak kelibat yang sedang duduk diatas katil. “Ini semua salah Fiyah. Kalau Fiyah laporkan tentang Khaleed awal lagi pasti ini semua tak berlaku. Ini semua salah Fiyah.” Nek Wan yang sedang duduk dikerusi disisi katil mengusap lengan anaknya itu. Kepala digeleng tidak suka dengan apa yang didengarinya.
“Ini bukan salah Fiyah. Kalau Fiyah lapor pun Fiyah tak ada bukti yang kukuh untuk dakwa Khaleed. Kita tak tahu apa yang terjadi. Mungkin ini semua bukan seperti yang kita fikirkan. Mungkin kemalangan itu tak ada kena mengena dengan Khaleed.” Nek Wan cuba menyakinkan Lutfiyah yang sedang menitiskan air mata.
Tadi anaknya itu menitis air mata bila mereka bertentang mata buat pertama kali. Sungguh dia tergamam melihat Lutfiyah didepannya kini. Alasan untuk bertemu klien di Paris hanya sebuah alasan supaya Faryal tidak tertanya-tanya tentang keberadaannya itu.
Mendakap anaknya itu setelah sekian lama benar-benar menyayat hatinya. Hanya Tuhan tahu betapa bersyukurnya dia diberi peluang kedua bersama anaknya kembali. Walaupun Lutfiyah bukan anak kandungnya tetapi dialah yang membesarkan dan mendidik Lutfiyah hingga kini.
Shayaan menghampiri Lutfiyah. Ditarik tubuh mamanya ke dalam dakapannya. Lutfiyah melekap kepalanya didada anak keduanya itu. Dia dapat merasa kucupan hangat diubun-ubunnya. Air matanya sekali-sekala diseka Shayaan.
Mama, jangan risau. Insyaallah semua akan baik-baik saja. Ayal okay. Yan baru cakap dengan Wid tadi. Bila suruh dicerita apa yang terjadi boleh pula dia gelak ketawa dengan Ayal dekat hujung talian. Sempat ugut Yan kalau tak bawa balik oleh-oleh kena terajang dengan mereka.” Lutfiyah gelak kecil tahu benar dengan sikap kasar anak daranya dengan anak dara Mak Limah itu. Sentiasa menghiburkan hatinya.
Belakang tubuh Lutfiyah diusap lembut Shayaan. “Mama jangan risau tentang mereka. Mama hanya kena pulih sepenuhnya dekat sini. Dekat sana ramai yang sedang tengok-tengokkan mereka. Yan akan suruh Rohan tengok-tengokkan mereka juga.” Sambung Shayaan mahu mententeramkan Lutfiyah.
Shayaan tahu mamanya risau tentang semua di Naraya. Tetapi sekarang mamanya harus pulih sepenuhnya. Belakang Lutfiyah yang cedera semasa kemalangan itu masih tidak baik seratus peratus.
Issac yang hanya memerhati adegan anak dan ibunya rasa sebak. Rindu dia kepada mamanya yang sudah lama tiada. “Betul tu mama Fiyah. Selama saya kenal dengan Wid, saya tahu dia kuat orangnya. Tambah kalau Faryal ada disisinya. Pasti mereka tak apa-apa. Percayalah. Kita sudah kayuh jauh untuk sampai ke tahap ini. Mama Fiyah jangan putus asa. Saya janji ini semua akan selesai tak lama lagi.” Pandangannya dan Shayaan bersatu. Shayaan senyum nipis mengucapkan terima kasih kepadanya.
Issac meminta diri untuk membuat panggilan. Pablo mengikuti anak angkatnya itu. “What are you thinking?” Soal Pablo sebaik saja pintu bilik ditutup rapat.
There’s not one vehicle but two.” Tutur Issac dengan suara yang tegang. Terbeliak mata Pablo dengan jawapan Issac.
“Apa maksud kamu dua?” Issac yang membelakanginya berhenti langkah dan berpaling menghadapnya.
Jari telunjuknya ditayang. “Pertama sebuah kereta. Kedua sebuah motosikal. That bike hit Widayah, that is how she broke her arm. Tapi mereka fikir kereta yang melanggar dia. Semua berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak nampak si motosikal.” Issac bercekak pinggang. Bibirnya diketap dan pandangan dijatuhkan pada pasu bunga belakang Pablo.
“Geraldine bilang kamu?” Gelengan kepala menjawab pertanyaan Pablo.
“Viya. Motosikal tak dinampak Faryal, Widayah dan Geraldine sebab semua hanya fikirkan tentang kereta yang sedang maju. Mereka hanya nampak kereta. Motosikal datang pada saat-saat terakhir. We’re dealing with not one but two people.” Dua jari ditayang kepada Pablo.
Berkerut dahi Pablo memikirkan bahawa bukan saja Khaleed musuh mereka. “Khaleed dan Ahdia?” Hanya dua nama itu saja yang dapat difikirkannya. Setahu dia Ahdia anak kesayangan Khaleed dan seperti Khaleed tidak menyukai Faryal. Jadi besar kemungkinan perempuan itu terlibat juga.
Issac menarik nafas yang dalam. Khaleed dan Ahdia? “Mungkin.” Kemungkinan juga ada orang lain. Kemungkinan yang amat tidak disenanginya.



2 comments:

  1. aduh x senang duduk baca nih, huhuhu amat mendebarkan...teruja... dan x sabar nak tahu kesudahannya. tq mai kerana buat cerita yg sangatttt besttttttt....

    ReplyDelete