Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 28 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 67

Bab 67

“Masuk!”
“Assalammualaikum bos!”
Issac angkat kepalanya memandang gerangan suara itu. Dilihat kepala Widayah terjengul disebalik pintu. Tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia senyum nipis sebelum menarik perhatiannya kembali ke kertas kerja didepannya.
“Waalaikumsalam. Hmm…Wid. Awak nak apa? Kerja awak yang tergendala dah habis ke belum? Kalau tak cukup beritahu saya, nanti saya bagi lagi.” Gurau Issac, mata tidak lepas dari meneliti dokumen didepannya.

Widayah tidak terasa pun sebab sudah lali dengan gurauan Issac itu. “Hish! Bos ni. Saya tengah rehatkan matalah. Penat tau pandang komputer sejak tadi. Boleh juling mata saya dibuatnya.” Mata dijuling lantas mengambil tempat duduk didepan Issac.
“Mata rehat. Giliran mulut pula untuk berjalankan?”
Widayah memetik jarinya. Tersenyum lebar dia dengan tebakkan Issac itu. “Pandai. Tak sangka bos dah kenal betul dengan saya.” Tangannya yang disilang diletak atas meja kerja Issac.
Diperhati majikannya yang masih asyik melakukan kerja. Inilah hari pertama dia masuk kerja. Tangannya pula masih dibalut. Kalau boleh dia mahu ambil cuti yang panjang tetapi bila memikir bos kesayangannya sudah kembali dia buat keputusan untuk masuk kerja. Itupun sebab ada muslihat lain.
Issac mengangkat pandangannya bila Widayah hanya sunyi tidak berkata. Widayah menayang barisan giginya pada Issac bila dia ditangkap merenung bosnya itu.

“Awak nak apa ni ganggu saya waktu begini? Mesti ada sesuatu nak dibualkan. Cepat cakap.” Arah Issac dengan muka yang tegas.
“Saya ganggu ke? Kalau ganggu saya pergi dululah bos.” Baru sahaja Widayah mahu bangkit dari kerusi, Issac menghalang.
“Saya gurau sajalah. Since you’re here, entertain me. I’m bored.” Issac ketawa bila Widayah mencebik dengan gurauannya itu.
Widayah menepuk dahi. Terperanjat Issac dibuatnya. “Sebelum saya lupa. Ini untuk bos dan Ayal.” Bungkusan yang dibawanya tadi disua kepada Issac.
“Apa ni?” Soal Issac menerima pemberian dari setiausahanya itu. Kotak itu digoncang untuk meneka apa isinya.
“Hadiah perkahwinan bos dengan Ayallah. Tak sangka saya lelaki yang buat Ayal angau tak ingat dunia rupa-rupanya bos. Saya ingat siapa.”
Benar dia tidak sangka bosnya yang dia pandang hampir setiap hari adalah lelaki yang telah menambat hatinya Faryal. Bila Fadi beritahunya tentang itu dia hampir-hampir pitam. Marah, terperanjat dan bahagia semua bercampur dari satu. Semalam pun dapat cakap dengan Faryal sekejap saja, itupun sebab si suami AKA bos dia potong perbualan mereka. Kalau tidak mesti sampai esok pagi mereka akan berbual.
Jumpa Ayal nanti aku cubit-cubit dia puas-puas. Geram to the max! Bisik hati kecil Widayah.
“Ahh…Terima kasih. Nanti saya buka dengan Ayal.” Ucap Issac. Kotak itu diletak dimeja belakang bersebelahan dengan beg bimbitnya.
“Hmm…bos.”
“Hmm…”
Widayah bermain-main dengan jari-jemarinya. “Saya tanya bos jangan marah eh.”

Takut sedikit mahu bertanya soalan yang agak sensitif pada majikannya itu. Kalau kena buang kerja nanti siapa yang susah? Mak Limah juga yang susah sebab anak dia kena tanam anggur.
Tanya apa?” Issac pandang Widayah dengan kening yang ternaik. Jarang dapat lihat Widayah yang tiba-tiba teragak-agak untuk berkata. Dia menyembunyi senyumannya.
Nafas yang dalam diambil Widayah. “Bos kahwin dengan Ayal sebab cinta atau terpaksa? Maksud saya sebab rancangan itu ke atau sebab hati perasaan?”

Bila Fadi ceritakan kepadanya segala yang terjadi dia hanya membatu. Terdiam terus tidak tahu apa yang harus dikatakan. Tidak sangka masalah yang dihadapi mereka semua sungguh rumit sekali.
Tambah lagi bila masa lalu Issac dicerita kepadanya. Dia merasa simpati terhadap Issac. Pada usia yang muda sudah banyak pengalaman pahit yang harus dilalui. Tetapi satu perkara yang bermain diotak fikirannya. Tentang ketulusan hati Issac terhadap kawan baiknya itu. Tertanya-tanya dia kalau Issac menerima Faryal kerana cinta atau lelaki itu mempunyai muslihat yang lain.
Issac menyandar tubuhnya dikerusi. Dipandang Widayah yang meminta kepastian. “Awak rasa?” Dia membalas pertanyaan dengan pertanyaan.
Widayah menjuling matanya. Tepuk dahi betullah bos aku ni. “Alamak bos. Kalau saya tahu memang saya tak tanyalah.” Tutur Widayah geram. Sebal hatinya bila Issac gelakkannya.
Bilang abang Adi baru tahu. Rajuk Widayah.
Kalau saya kata sebab terpaksa apa yang akan awak cakap?” Soal Issac. Tubuhnya dipeluk.
Widayah mengeluh. Macam nak cekik-cekik saja lelaki didepannya itu. Orang tanya dia jawab dengan soalan. Cuba bagi jawapan? Pening aku dibuatnya.
Kalau terpaksa. Saya akan terajang bos cukup-cukup sebab sudah mempermainkan hati kawan baik saya. Tak heran kalau saya kena buang kerja kerana itu. Saya akan beri pelajaran cukup-cukup kepada bos.” Balas Widayah dengan senyuman plastik dibibir.
Kepala Issac diangguk. “Kalau saya cakap kerana cinta?” Soalnya sekali lagi.
Biar betul?” Soal Faryal kurang percaya. Mereka baru sahaja kenal. Takkan terus dah jatuh cinta. Tapi tak mustahil juga.
Awak akan cakap apa?”
Widayah menadah tangannya.

“Saya cakap Alhamdulillah sebab kawan baik saya dah ada pelindungnya dan juga sebab bos sudah menamatkan zaman tua bangkanya. Okaylah bos masa rehat saya dah tamat. Saya keluar dulu. Assalammualaikum.”

Tanpa lengah Widayah bangkit dari kerusi bila melihat riak wajah muka Issac berubah serta-merta dengan apa yang dikatakannya tadi.
Baik cabut sebelum kena sembur. Baru sahaja Widayah mahu memulas tombol suara Issac menyapa telinganya.
“Waalaikumsalam. Oh! Nanti bila Encik Alex datang kamu suruh dia masuk. Lagi satu. Saya juga doakan Adi tamatkan zaman tua bangkanya kerana tak salah dia seumur saya. Amin. ” Usik Issac dengan gelak tawa yang mengisi ruang pejabatnya itu.
**
“Bos! Bos!”

Issac yang sedang berbual ditelefon tersentak bila pintu dibuka kasar oleh Widayah. Dia pantas menamatkan perbualan bila melihat muka Widayah yang resah.
“Ya Allah Wid terperanjat saya. Ketuklah pintu sebelum masuk. Ini tidak rempuh masuk saja. Kenapa ni tercungap-cungap macam baru lari seratus meter saja.”

 Dia berdiri, risau bila melihat Widayah sedikit tercungap-cungap.
“Tu…Tuan Khaleed datang.” Ujar Widayah dengan tangan didada.
“Apa?” Terbeliak mata Issac mendengar apa yang baru disampai Widayah.
Widayah angguk kepalanya. “Semua kepala jabatan dipanggil ke bilik mesyuarat sekarang juga. Saya pun dapat tahu sebab Lina setiausaha Encik Vincent yang beritahu saya tadi.” Jelas Widayah.
Tadi semasa dia mahu kembali ke meja selepas ke tandas, dia hairan juga melihat semua pekerja berbisik-bisik sesama sendiri. Seperti sesuatu yang gempar telah berlaku. Baru saja dia mahu sampai dimeja kerjanya, Lina mendapatkannya dan memaklumkan kehadiran Khaleed dipejabat. Hampir nak tercabut dia dengar itu. Encik Vincent yang menyuruh Lina beritahu Widayah supaya menyampaikan berita itu kepada Issac. Pada mulanya dia tidak percaya. Tetapi ada beberapa staf juga yang mengiakan. Apa lagi? Dia pun pecut laju merempuh bilik Issac.
Widayah pandang Issac yang sedang memikirkan sesuatu. “Mana Shariq dan si kembar?”
“Abang Riq tak masuk hari ni. Abang Zan ada dekat bilik. Abang Yan tak tahu hilang ke mana. Mungkin pergi hospital kot.” Maklum Widayah. Issac angguk faham.
Apa yang Khaleed sedang lakukan ini? Apa rancangan lelaki itu sekarang? Matanya yang tadi memandang meja kerjanya tiba-tiba membuntang. Dilirik jam tangannya. Alex akan tiba tidak lama lagi tetapi sekarang Khaleed sedang adakan mesyuarat tergempar. Dia harus bertindak.
Dipusing menghadap Widayah yang masih tercegat dibelakangnya. “Awak telefon uncle Alex dan beritahu dia tentang ini. Saya ada mesyuarat yang harus saya hadiri.” Arah Issac dengan muka yang tidak dapat dibaca Widayah.
“Baik bos.”

Widayah pantas ke meja kerjanya sementara Issac menapak ke bilik mesyuarat, dimana mesyuarat tergempar sedang diadakan tanpa pengetahuannya.
**
Khaleed duduk tenang dikepala meja mesyuarat. Dipandang setiap ketua jabatan yang dipanggilnya pada saat-saat akhir.

“Seperti yang kalian semua sedia maklum, syarikat ini adalah milik arwah isteri saya. Tujuan saya memanggil kalian semua berkumpul petang ini sebab…”
Pintu dibuka kasar dari luar membuat semua kepala memandang ke kelibat yang baru masuk. Khaleed mengangguk kepalanya tidak sangka Faizan akan hadir. Lagi pun dia tidak mahu anak lelakinya itu tahu tentang apa yang ingin dikatakannya.
Faizan menunduk kepalanya meminta maaf. “Maaf saya lambat. Saya baru dapat tahu ada mesyuarat tergempar. Teruskan Tuan Khaleed dengan apa yang sedang dibincangkan.” Dia mengambil tempat disalah satu kerusi yang kosong. Matanya bertembung dengan papanya.
Dia tergesa-gesa ke mari bila dapat tahu dari salah satu staf tentang kehadiran papanya itu. Semasa dia mahu ke sini dia bertembung dengan Issac yang juga mahu ke bilik mesyuarat. Masing-masing mempunyai pertanyaan sendiri.
Khaleed menteteramkan dirinya sebelum menyambung kembali apa yang ingin dikatakannya tadi. “Baiklah. Seperti yang saya katakan, syarikat ini adalah milik arwah isteri saya dan saya mengumpul kalian semua sebab ingin beritahu bahawa mulai…”
Pintu terbuka sekali lagi. Kini Khaleed dan peguamnya yang hadir bangkit dari kerusi dengan dengusan kasar. Faizan pula menayang muka seriusnya tetapi dalam hati dia sudah gelak sinis dengan reaksi papanya itu.

“Bahawa mulai hari ini jawatan CEO FS Companies akan diserahkan kepada Fajer Shariq. Anak sulung Tuan Khaleed dan Puan Lutfiyah.” Umum Issac dimuka pintu.
Khaleed menggeleng kepalanya. Dia gelak kecil dengan pengumuman lelaki itu. Kot yang tersarung diperbetulkannya.

“Saya rasa kamu sudah salah faham encik Izzat. Saya kini adalah pemegang saham terbesar syarikat ini dan sebagai…”
Saya rasa tuan sudah lupa bahawa diwasiat yang dibuat Puan Lutfuyah, dia menyatakan bahawa saya yang akan melantik CEO FS Companies bila saya yakin dengan kedudukan syarikat ini. Sebenarnya saya ingin memaklumkan keputusan ini lusa, tetapi nampaknya Tuan Khaleed lebih pantas dari saya.”

Mata Issac dan Khaleed menikam satu sama lain. Khaleed menayang senyuman herot pada Issac. Tangannya disua pada peguamnya yang memberi fail dari dalam beg bimbitnya. Fail itu diselak Khaleed sebelum menghulurnya kepada Issac.
Surat perjanjian yang terdapat didalam menyatakan bahawa anak-anak lelaki saya, iaitu Shariq, Shayaan dan Faizan telah menyerah syer mereka kepada saya. Ini bermakna saya adalah pemegang saham terbesar disyarikat ini dan saya berhak memilih pemimpin baru.” Jelas Khaleed dengan penuh yakin dan bongkak.
Faizan bangkit dari duduknya. “Apa yang papa cakap? Serahkan syer? Bila Zan buat macam tu?” Soalnya pura-pura tidak tahu. Dia menapak ke arah Issac. Fail itu diambilnya dan pura-pura membaca dengan muka yang tegang.
Kepalanya diangkat. Dahi berkerut seribu. “What is this? Zan tak ingat pun menandatangan surat perjanjian ini. Apa ini semua papa?” Fail didalam tangan digawang-gawang depan Khaleed. Pura-pura marah.
I’ll explain to you later.
No! I need an explaination now. How did you get my signature?

Padahal dia sendiri yang menanda tangani surat itu. Issac yang berada dibelakang menunduk kepalanya, tidak sangka abang iparnya itu jaguh juga berlakon. Padan muka kau Khaleed.
Khaleed melihat semua mata sedang memandang ke arah mereka. Ini bukan seperti yang dirancangnya. Dia melihat muka Faizan yang sedang menyinga didepannya.
Issac langkah setapak menghampiri Faizan. “Kita duduk dulu. Kemarahan tak akan selesai semua ini. Let hear what he has to say.” Kata Issac pada Faizan.
Faizan melempar fail itu diatas meja dengan kasar. “Zan jumpa papa nanti.” Dengan itu Faizan berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Pintu ditutup dengan kasar membuat semua yang hadir terkejut.
Issac menjungkit bahunya lantas mengambil tempat duduk dikerusi yang dihuni Faizan tadi. Dia memandang Khaleed yang kelihatan risau itu dengan tenang. “Dan siapa pemimpin yang dipilih tuan?” Pertanyaannya mendapat perhatian Khaleed dan semua yang hadir.
Saya. Khaleed Jamaluddin.”
**
Widayah berdiri terpacak bertentangan meja kerjanya Issac. “Jadi Tuan Khaleed jadi CEO baru syarikat ni? Lepas tu bos?” Soalnya pada Issac yang sedang berdiri didepan rak yang penuh dengan dokumen penting.
“Saya? Pergi bulan madulah. Awak ni pun Wid.” Balas Issac dengan mudah. Dia mencapai beberapa dokumen dan menapak ke meja kerjanya.
“Lepas tu saya?”
Issac angkat kepalanya dengan pertanyaan Widayah itu. Mahu tergelak dia melihat riak muka wajah Widayah pada saat itu. Kalau Faryal ada mesti terkekek ketawakan Widayah. Faryal? Apa yang dibuat isterinya sekarang? Tadi dia telefon semasa makan tengah hari. Masih berada di hospital menemani Nek Wan. Rindu tiba-tiba pada isterinya itu.
“Awak teruskan kerja awak dekat sini.”
Terlopong Widayah dengan jawapan Issac. Dia melabuh duduk didepan Issac. Nafas ditarik dan dilepaskan berkali-kali mahu menenangkan dirinya.

“Maksud bos saya kena berkhidmat untuk Tuan Khaleed? Bapa piranha tu? Kalau macam begitu saya rela berhenti kerja sekarang juga.” Tutur Widayah laju.
Issac gelak. Kepala digeleng. “Wid-wid. Awak ni drama mama betullah. Siapa cakap awak akan berkhidmat untuk dia?” Terduduk tegak Widayah dengan pertanyaan Issac itu.
“Bukan tadi bos cakap saya terus disini?”
“Iya, memang awak disini tetapi bukan bawa Tuan Khaleed. Tetapi Faizan. Kamu tahukan setiausaha Faizan dah nak berhenti, jadi awak akan mengganti tempat dia.”

Dia telah membuat keputusan bersama Faizan tadi ditelefon. Abang iparnya itu pula selepas meninggalkan bilik mesyuarat terus hilang ke biliknya.
Khaleed? Entah dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu pergi sebaik saja dia meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Widayah menghempas badannya dikerusi. “Whew! Selamat. Bila bos berhenti kerja?”
“Hujung minggu ni.”

Minggu ini adalah hari terakhirnya. Lebih cepat dia pergi lebih cepat dia boleh menjalankan kejutan untuk Khaleed.
“Kamu tak perlu pergi seperti yang saya katakan tadi.”

Widayah berpusing sementara Issac mengalih pandangannya pada Khaleed yang berdiri ditengah bilik itu. Widayah pantas bangkit dari kerusi.
Issac senyum herot dan mengangguk kepalanya bila Widayah meminta diri untuk keluar. Dia pandang Khaleed sekilas sebelum membelek fail yang diambilnya tadi.

“Saya tak berminat dengan tawaran tuan.” Jawabnya tanpa memandang Khaleed.
Khaleed menggeleng. “Bukan tuan, tetapi papa. Kamukan sudah menjadi suaminya Faryal.” Issac dapat merasa sindiran disebalik kata-kata Khaleed itu. Papa? Huh!
Diangkat kepalanya melihat Khaleed mengambil tempat dikerusi yang diduduk Widayah tadi. “Saya lebih selesai panggil tuan. Lagipun tak sedap didengar pekerja yang lain. I like to keep personal and work apart.” Balas Issac.
“Suka hati kamulah. Macam mana dengan isteri kamu? Sihat?”

 Issac meletak kedua tangannya diatas meja. Senyuman lebar ditayang pada Khaleed.
“Alhamdulillah dia okay. Kenapa? Tuan rasa bersalah ke dengan apa yang tuan lakukan pada dia?”
Ketawa kecil melepasi bibirnya Khaleed. Kelakar sungguh pertanyaan anak muda itu.

“Bersalah? Tak ada perkataan itu didalam kamus kehidupan saya. Perasaan bersalah hanya akan memakan diri seseorang itu bukan membantu pun.”

Itulah salah satu prinsipnya. Perasaan bersalah tidak pernah tertulis sama sekali dalam hatinya. Kalau selalu rasa bersalah macam mana mahu maju ke depan?
“Itu pada tuan. Pada saya, perasaan bersalah itu menunjuk yang kita ada hati nurani. Kalau seseorang itu tidak ada perasaan bersalah, dia tidak tahu erti kemaafan atau keinsafan. Tanpa itu semua bagaimana dia mahu menjadi orang yang lebih baik?” Soal Issac dengan kening yang diangkat. Senyuman ejek bermain dibibirnya.
“Kamu sindir saya?”
Issac menjunkit bahunya. “Tuan terasa? Seperti pepatah melayu. Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya bukan begitu tuan Khaleed?”
Mata Khaleed menikam Issac yang sedang duduk santai didepannya. Tercabar dia dengan setiap sindiran lelaki itu. Memang dia akur Issac tidak patut dipandang rendah. Tetapi anak muda itu tidak tahu dengan api mana yang dia sedang bermain kini.
Kamu ingat kamu lebih pandai dari saya? Jangan terlalu yakin. Setinggi tumpai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.” Balas Khaleed dengan gigi yang diketap.
Issac gelak kecil dengan peribahasa yang disebut Khaleed. “Saya rasa peribahasa itu lebih sesuai dengan tuan.”
Tubuhnya mengensot mendekati bucu mejanya. Direnung Khaleed tajam. Lesap terus senyuman yang diukirnya tadi.

“Mungkin tuan lepas dari hukuman membunuh kedua orang tua saya. Tetapi tuan lupa Tuhan itu maha adil. Dia tak akan sekali-sekala membenarkan seseorang yang bersalah itu bermaharajalela. Tuan akan terima hukuman tuan. Just wait and see.” Tuturan Issac berbaur amaran.
Khaleed bangkit dari duduknya. Dia pandang Issac dengan pandangan yang jelek. “Before that, I’ll make sure i’ll have the last laugh.” Khaleed meninggalkan bilik itu dengan ketawa yang garau. Berani anak muda itu mengugutnya. Kau belum kenal siapa itu Khaleed.
**
Gerald yang sedang duduk dikerusi berdekatan dengan pintu wad yang menempatkan Nek Wan mengangguk kepala bila melihat Issac menghampiri.

“Macam mana?” Soal Issac kepada Gerald yang sudah bangkit dari duduknya.
Dia masih ada dekat dalam dari tadi. Aku dah ajak dia untuk makan tetapi dia tak mahu.” Jawab Gerald mengenai isteri majikannya itu. Issac angguk faham.
Issac memulas tombol untuk masuk ke dalam. Tersenyum dia melihat kelibat isterinya sedang terlena disofa panjang. Ditutup perlahan pintu supaya tidak mengganggu lenanya Faryal. Dia memandang fail yang berselerak atas meja kopi lantas dia menggeleng kepalanya. Lincah tangannya mengemas fail-fail itu.
Usai selesai, dia melabuh punggung disebelah Faryal yang sedang nyenyak tidur. Diamati bidadari hatinya itu. Kasihan dia melihat muka Faryal yang masih kepenatan. Tangannya naik mengusap pipinya Faryal. Dahi Faryal dikucupnya sayang.
Faryal mula bergerak. Matanya dibuka perlahan bila tidurnya terganggu.

“Abang. Abang baru sampai?” Faryal bangkit dari pembaringannya. Issac angguk mata tidak melepas dari memandang Faryal yang sedang menggosok matanya. Mamai.
“Kenapa sayang tak balik kalau penat?” Soal Issac pada Faryal yang membetulkan tudung dikepala.
Meen okay. Baca fail dari tadi itu sebab terlelap. Ingat nak rehatkan mata sekejap tapi terus tertidur.” Jelas Faryal.

Tadi dia ada bersama Shayaan, tetapi bila abangnya itu pulang dia tinggal sendiri membaca dokumen mengenai Lumiere Interntaional.
Issac mengenggam jari-jemarinya Faryal dan dibawa ke bibir. Tersipu Faryal bila suaminya itu berbuat sedemikian. Dia masih belum biasa dengan aksi-aksi romantik lelaki itu.

“Sayang dah makan belum? Kalau belum kita makan dulu lepas tu kita balik.” Ujar Issac bila mengingati laporan Gerald sebentar tadi.
Faryal geleng kepalanya. “Meen tak lapar. Nanti siapa nak jaga Nek Wan?”

Matanya memandang Nek Wan yang masih terbaring, sebelum memandang Issac pula.
Issac melepaskan keluhan. “Meen kenyang makan fail-fail ni semua? Kita makan okay?” Faryal masih diam, berdegil dengan keputusannya.
Kepala Faryal diusap Issac. Mata dia menikam Faryal didepannya. “Adi ada dekat luar tu. Dia akan jaga Nek Wan pula. Esok kita datang lagi okay.” Pujuk Issac. Terlupa dia tentang Fadi yang dia tembung dilobi tadi.
Please angel.” Pinta Issac denga penuh mengharap.
Dia senyum lebar bila Faryal angguk setuju. Ditarik Faryal dalam dakapannya dan dikucup ubun-ubun isterinya itu. Faryal membalas pelukan Issac. Tenang dan selamat dia berada dalam pelukan suaminya itu. Mata dipejam seketika mendengar degupan jantung Issac.
Pelukan dilerai. Issac bangkit dari sofa dan mencapai beg tangan Faryal dan dibantu isterinya itu menyimpan fail yang dikemasnya tadi ke dalam. Faryal bangkit dan menapak menuju ke arah Nek Wan diikuti oleh Issac.
Issac melihat Faryal menggenggam jari-jemari Nek Wan yang masih tidak sedarkan diri. Sayu dia melihat Faryal yang seakan-akan mahu menangis. Dia meletak tangannya dibahu isterinya itu, bagi memberi sokongan. Bila Faryal pusing menghadapnya dia mengukir senyuman ikhlas dari lubuk hatinya.
Faryal mendekatkan bibir ke telinga Nek Wan.

“Nek Wan, Ayal balik dulu. Nanti esok pagi Ayal datang lagi. Ayal tak akan tinggalkan Nek Wan lagi. Ayal janji.” Dikucup lama dahinya Nek Wan yang berbalut dan tangan Nek Wan disalaminya.
“Dah jom.”

Faryal menyambut huluran tangan Issac padanya. Berat hati Faryal mahu meninggalkan Nek Wan. Dia pusing melihat Nek Wan sebelum membolos keluar mengikuti langkahnya Issac.
Fadi yang sedang berbual dengan Gerald menghampiri mereka. “Abang Adi tengok-tengokkan Nek Wan tau. Kalau ada apa-apa cepat telefon Ayal.” Fadi mengusap kepala adiknya itu.
Dia angguk kepalanya akur. “Iya. Ayal jangan risau. Kalau apa-apa nanti abang telefon Ayal.” Janji Fadi ingin menenang hati Faryal yang sedang resah itu.
“Kami pergi dulu.” Fadi bersalam dengan Issac sebelum menarik Faryal ke dalam dakapannya.
Issac mendapatkan Faryal sebaik saja pelukan dua beradik itu lerai. “Bawa elok-elok kereta tu.” Pesan Fadi kepada adik iparnya itu. Dengan anggukan Issac melangkah pergi bersama Faryal disisi.
**
Pintu bilik air ditutup rapat. Tuala yang tersangkut dileher dialih menutupi kepalanya. Issac menapak pada Faryal yang sedang duduk diatas sofa dihujung bilik tidur mereka sambik membaca fail yang dibawa pulang tadi.

“Belum tidur lagi?” Soalnya lantas melabuh duduk disebelah Faryal.
Dilihat Faryal menggeleng kepalanya. “Tengah belajar fail untuk Lumiere International. Kalau abang mengantuk abang tidur dulu. Meen masih banyak kerja ni.” Balas Faryal dengan senyuman.
Dia mencapai tuala yang berada diatas kepala Issac. Faryal berlutut atas sofa dan mengeringkan rambut basah Issac dengan tuala itu.

“Tak apa. Dekat pejabat pun abang tak banyak kerja nak buat.” Tutur Issac senang dimanja oleh Faryal. Sekali-sekala mata mereka bertembung. Faryal tersenyum apabila melihat lirikan dan senyuman nakal Issac.
Wid ada bilang Meen yang papa datang ofis tadi petang. Papa dah lantik diri sendiri jadi CEO baru, betul ke?” Tangannya berhenti apabila sudah selesai kerjanya.
Disua tapak tangannya meminta berus rambut yang dipegang Issac. Dengan rela hati Issac memberinya. Tangan Faryal mula melakuakan tugas seterusnya.
Minggu ni yang terakhir untuk abang. So abang kena selesaikan apa yang patut sebelum serahkan pada papa. Tapi tak banyak pun. Sekelip mata dah habis.”

 Tangannya yang tidak betah duduk diam mula melingkari pinggangnya Faryal. Bila Faryal menamparnya dengan berus yang dipegangnya, Issac hanya menunjuk muka tidak bersalahnya.
Tapikan surat perjanjian tu…” Faryal tidak dapat menghabis kata-katanya bila Issac memintas terlebih dahulu.
Kita biarkan dia duduk senang dulu. Lepas itu baru kita bertindak. The best part of all of this is that he never sees it coming. At all.” Tergelak sinis Issac memikirkan apa yang bakal terjadi. Tidak sabar melihat reaksi Khaleed nanti.
Faryal selesai dengan tugasannya. Dia memandang Issac yang sedang memeriksa rambutnya yang disikat lepeh oleh Faryal.

“Habis tu. Apa peranan Meen dalam ni semua? Dari apa yang Meen lihat. I’m the bait.”

Sehari suntuk dia memikirkan perkara ini. Banyak pertanyaan yang perlukan jawapan dan dia berazam untuk mencarinya.
Issac kurang senang dengan kata-kata Faryal itu. Dia menarik tubuhnya Faryal sehingga tersandar didadanya. Dia menghidu bau wangi rambutnya Faryal. Tergugat imannya dengan apa yang dilakukannya itu.
Dilirik Faryal yang sedang bermain dengan gigi berus rambutnya. “Bukan umpan tapi kunci. Kunci untuk kesemuanya. Sayang kena ingat, sekarang papa tak tahu yang Meen adalah pemilik sebenar Lumiere International. Dia hanya tahu yang Meen sekarang adalah pemilik sepenuhnya Ivic International. To him the sole reason I’m marrying you is Ivic International. Jadi…”
Papa akan melakukan sesuatu untuk dapatkan Ivic International sebelum abang. Begitu?” Issac angguk mengiakan tekaan Faryal.
That’s right.
Faryal melentok kepalanya didada Issac. Tangan memeluk tubuh suaminya itu. Hilang terus rasa malu yang pernah dirasainya.

“Habis tu mama macam mana?”

Sejak perpisahan mereka dilapangan terbang, dia hanya dapat berbual dengan Lutfiyah melalui telefon. Rindu benar dia pada mamanya itu.
Dia dapat rasa dahinya dikucup Issac.

She’s still going to be in hiding but not for long.

Memang tidak lama lagi, Khaleed akan mendapat kejutan yang tidak akan dia lupa buat selama-lamanya.
**
Shayaan mengetuk-ngetuk jari-jemarinya menanti dengan penuh sabar isyarat untuk langkah seterusnya. Jam tangan dilirik. Ketukan ditingkap kereta mengejutnya. Diturunkan tingkap kereta dan pandangan jatuh ke kelibat disebelah kereta.
Semua okay. Kita boleh bergerak sekarang.”
Shayaan angguk faham. Tingkap dinaikkan kembali. Shayaan memusing tubuhnya ke belakang.

Ready?

Kelibat dibelakang mengangguk kepalanya sambil membetulkan hood jaket yang dipakainya.
Shayaan keluar dari kereta terlebih dahulu. Lelaki tadi masih menanti dengan setia diluar. Mata melilau melihat sekeliling. Shayaan membuka pintu belakang sambil matanya turut memastikan sekeliling. Kelibat yang baru membolos dari kereta memaut lengannya Shayaan dan mereka beriringan ke dalam bangunan diikuti oleh beberapa orang yang memastikan keselamatan mereka.
Sebaik saja lif terbuka, mereka keluar dan menuju ke bilik yang ingin dikunjungi mereka. Tombol dipulas Shayaan. Kelibat itu memasuki terlebih dahulu sebelum Shayaan.
“Mama.”

Fadi yang sedang duduk dikerusi sebelah Nek Wan bangkit bila kelibat Lutfiyah dan Shayaan memasuki bilik itu. Dia menyalami Lutfiyah dan Shayaab.
Matanya Lutfiyah jatuh pada sekujur tubuh didepannya. Bergetar bibirnya melihat wanita yang membesarkannya kini terlantar dan tidak berdaya.

“Macam mana dengan Nek Wan, Adi?” Soalnya tanpa melepaskan pandangannya pada sekujur tubuh itu. Perlahan dia mula menapak menghampiri. Semakin dia mendekat semakin sebak dadanya.
“Alhamdulillah Nek Wan dah melepasi tahap kritikal. Cuma sekarang kita harus tunggu Nek Wan sedar saja. The doctor says she can hear us.” Jelas Fadi sambil melihat Lutfiyah melabuh duduk dikerusi yang didudukinya tadi.
Shayaan mengisyarat pada adiknya untuk menunggu diluar bersamanya, ingin memberi Lutfiyah ruang untuk bersama Nek Wan.
Lutfiyah menekup mulutnya. Ingin menahan tangisannya tetapi tewas jua. Dia mencapai jari-jemari yang sudah berkedut itu.

“Mama. Fiyah ni mama.” Katanya dengan suara yang bergetar.
Jari-jemari tua itu dikucupnya bertalu-talu. Air mata hangat masih turun membasahi pipin. Tangannya mengusap pipi yang pucat dan penuh dengan parut luka.

“Fiyah tahu mama dapat dengar apa yang Fiyah cakapkan ni. Fiyah rindu sangat dengan mama. Maafkan Fiyah sebab Fiyah, mama yang menjadi korbannya Khaleed. Kalaulah Fiyah tahu dia akan bertindak seperti ini memang Fiyah tak izinkan mama untuk ke Paris.” Tak akan.
Bersalah, kesal, marah semua bercampur menjadi satu bila mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa Nek Wan. Dia tidak sama sekali sangka Khaleed akan mencari sasaran lain untuk mendapatkan apa yang diingininya. Tetapi bila difikirkan kembali memang tidak mustahil kalau Khaleed melakukan sebegitu. Hanya dia saja yang lalai dalam memikirkan perkara ini terlebih dahulu.
Kepala Nek Wan yang berbalut itu diusapnya berkali-kali.

“Mama kena kuat. Mama kena sembuh. Fiyah tahu mama kuat orangnya. Mama jangan berhenti berjuang sebab kami semua masih perlukan mama. Terutama sekali Ayal. Ayal perlukan kita mama.” Tutur Lutfiyah penuh mengharap.
“Fiyah risau sangat tentang Ayal mama. Fiyah dapat merasakan bahawa Ayal yang kita kenal semakin lemas dilautan dendam. Alex baru telefon Fiyah semalam beritahu yang Ayal minta semua penyelidikkan yang kita ada tentang Khaleed. Fiyah dapat rasakan yang Ayal mahu melakukan sesuatu tanpa pengetahuan kita. Fiyah perlukan mama. Fiyah perlukan mama demi Ayal.” Belakang tangannya Nek Wan diletak dipipinya. Sekali-sekala dia mengucupnya.
“Ayal…”

Terhenti perlakuan Lutfiyah bila mendengar nama Faryal disebut.
“Mama. Fiyah dekat sini mama.”


 “Ayal…”

Lutfiyah berdiri tegak dan melaung memanggil Shayaan dan Fadi. Teruja dia dapat respon dari mamanya itu. Alhamdulillah Ya Allah!

9 comments:

  1. Best.. Xlma lg khaleed akn dpt kjutan.. Kjahatan yg dilkukn akan diketahui oleh smua org

    ReplyDelete
  2. Huhhhh. X sabar dgn n3 baru.

    ReplyDelete
  3. uihh...x perasan pon yg ni...hihihi still sweet as ever...khaleed..kau tunggu!!! hehe siape kelibat tu ye? well good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lh..ingtkan ade manusia lain selain mama ayal ngan shayaan..hihi my bad...bace balik baru perasan^^

      Delete