Bab
67
“Masuk!”
“Assalammualaikum
bos!”
Issac
angkat kepalanya memandang gerangan suara itu. Dilihat kepala Widayah
terjengul disebalik pintu. Tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia
senyum nipis sebelum menarik perhatiannya kembali ke kertas kerja didepannya.
“Waalaikumsalam.
Hmm…Wid. Awak nak apa? Kerja awak yang tergendala dah habis ke
belum? Kalau tak cukup beritahu saya, nanti saya bagi lagi.” Gurau
Issac, mata tidak lepas dari meneliti dokumen didepannya.
Widayah
tidak terasa pun sebab sudah lali dengan gurauan Issac itu. “Hish!
Bos ni. Saya tengah rehatkan matalah. Penat tau pandang komputer
sejak tadi. Boleh juling mata saya dibuatnya.” Mata dijuling lantas
mengambil tempat duduk didepan Issac.
“Mata
rehat. Giliran mulut pula untuk berjalankan?”
Widayah
memetik jarinya. Tersenyum lebar dia dengan tebakkan Issac itu.
“Pandai. Tak sangka bos dah kenal betul dengan saya.” Tangannya
yang disilang diletak atas meja kerja Issac.
Diperhati
majikannya yang masih asyik melakukan kerja. Inilah hari pertama dia
masuk kerja. Tangannya pula masih dibalut. Kalau boleh dia mahu ambil
cuti yang panjang tetapi bila memikir bos kesayangannya sudah kembali
dia buat keputusan untuk masuk kerja. Itupun sebab ada muslihat lain.
Issac
mengangkat pandangannya bila Widayah hanya sunyi tidak berkata.
Widayah menayang barisan giginya pada Issac bila dia ditangkap
merenung bosnya itu.
“Awak nak apa ni ganggu saya waktu begini? Mesti ada sesuatu nak dibualkan. Cepat cakap.” Arah Issac dengan muka yang tegas.
“Awak nak apa ni ganggu saya waktu begini? Mesti ada sesuatu nak dibualkan. Cepat cakap.” Arah Issac dengan muka yang tegas.
“Saya
ganggu ke? Kalau ganggu saya pergi dululah bos.” Baru sahaja
Widayah mahu bangkit dari kerusi, Issac menghalang.
“Saya
gurau sajalah. Since
you’re here, entertain me. I’m bored.”
Issac ketawa bila Widayah mencebik dengan gurauannya itu.
Widayah
menepuk dahi. Terperanjat Issac dibuatnya. “Sebelum saya lupa. Ini
untuk bos dan Ayal.” Bungkusan yang dibawanya tadi disua kepada
Issac.
“Apa
ni?” Soal Issac menerima pemberian dari setiausahanya itu. Kotak
itu digoncang untuk meneka apa isinya.
“Hadiah
perkahwinan bos dengan Ayallah. Tak sangka saya lelaki yang buat Ayal
angau tak ingat dunia rupa-rupanya bos. Saya ingat siapa.”
Benar
dia tidak sangka bosnya yang dia pandang hampir setiap hari adalah
lelaki yang telah menambat hatinya Faryal. Bila Fadi beritahunya
tentang itu dia hampir-hampir pitam. Marah, terperanjat dan bahagia
semua bercampur dari satu. Semalam pun dapat cakap dengan Faryal
sekejap saja, itupun sebab si suami AKA bos dia potong perbualan
mereka. Kalau tidak mesti sampai esok pagi mereka akan berbual.
Jumpa
Ayal nanti aku cubit-cubit dia puas-puas. Geram to
the max!
Bisik hati kecil Widayah.
“Ahh…Terima
kasih. Nanti saya buka dengan Ayal.” Ucap Issac. Kotak itu diletak
dimeja belakang bersebelahan dengan beg bimbitnya.
“Hmm…bos.”
“Hmm…”
Widayah
bermain-main dengan jari-jemarinya. “Saya tanya bos jangan marah
eh.”
Takut sedikit mahu bertanya soalan yang agak sensitif pada majikannya itu. Kalau kena buang kerja nanti siapa yang susah? Mak Limah juga yang susah sebab anak dia kena tanam anggur.
Takut sedikit mahu bertanya soalan yang agak sensitif pada majikannya itu. Kalau kena buang kerja nanti siapa yang susah? Mak Limah juga yang susah sebab anak dia kena tanam anggur.
“Tanya
apa?” Issac pandang Widayah dengan kening yang ternaik. Jarang
dapat lihat Widayah yang tiba-tiba teragak-agak untuk berkata. Dia
menyembunyi senyumannya.
Nafas
yang dalam diambil Widayah. “Bos kahwin dengan Ayal sebab cinta
atau terpaksa? Maksud saya sebab rancangan itu ke atau sebab hati
perasaan?”
Bila Fadi ceritakan kepadanya segala yang terjadi dia hanya membatu. Terdiam terus tidak tahu apa yang harus dikatakan. Tidak sangka masalah yang dihadapi mereka semua sungguh rumit sekali.
Bila Fadi ceritakan kepadanya segala yang terjadi dia hanya membatu. Terdiam terus tidak tahu apa yang harus dikatakan. Tidak sangka masalah yang dihadapi mereka semua sungguh rumit sekali.
Tambah
lagi bila masa lalu Issac dicerita kepadanya. Dia merasa simpati
terhadap Issac. Pada usia yang muda sudah banyak pengalaman pahit
yang harus dilalui. Tetapi satu perkara yang bermain diotak
fikirannya. Tentang ketulusan hati Issac terhadap kawan baiknya itu.
Tertanya-tanya dia kalau Issac menerima Faryal kerana cinta atau
lelaki itu mempunyai muslihat yang lain.
Issac
menyandar tubuhnya dikerusi. Dipandang Widayah yang meminta
kepastian. “Awak rasa?” Dia membalas pertanyaan dengan
pertanyaan.
Widayah
menjuling matanya. Tepuk dahi betullah bos aku ni. “Alamak bos.
Kalau saya tahu memang saya tak tanyalah.” Tutur Widayah geram.
Sebal hatinya bila Issac gelakkannya.
Bilang
abang Adi baru tahu. Rajuk Widayah.
“Kalau
saya kata sebab terpaksa apa yang akan awak cakap?” Soal Issac.
Tubuhnya dipeluk.
Widayah
mengeluh. Macam nak cekik-cekik saja lelaki didepannya itu. Orang
tanya dia jawab dengan soalan. Cuba bagi jawapan? Pening aku
dibuatnya.
“Kalau
terpaksa. Saya akan terajang bos cukup-cukup sebab sudah
mempermainkan hati kawan baik saya. Tak heran kalau saya kena buang
kerja kerana itu. Saya akan beri pelajaran cukup-cukup kepada bos.”
Balas Widayah dengan senyuman plastik dibibir.
Kepala
Issac diangguk. “Kalau saya cakap kerana cinta?” Soalnya sekali
lagi.
“Biar
betul?” Soal Faryal kurang percaya. Mereka baru sahaja kenal.
Takkan terus dah jatuh cinta. Tapi tak mustahil juga.
“Awak
akan cakap apa?”
Widayah
menadah tangannya.
“Saya cakap Alhamdulillah sebab kawan baik saya dah ada pelindungnya dan juga sebab bos sudah menamatkan zaman tua bangkanya. Okaylah bos masa rehat saya dah tamat. Saya keluar dulu. Assalammualaikum.”
Tanpa lengah Widayah bangkit dari kerusi bila melihat riak wajah muka Issac berubah serta-merta dengan apa yang dikatakannya tadi.

Baik
cabut sebelum kena sembur. Baru sahaja Widayah mahu memulas tombol
suara Issac menyapa telinganya.
“Waalaikumsalam.
Oh! Nanti bila Encik Alex datang kamu suruh dia masuk. Lagi satu.
Saya juga doakan Adi tamatkan zaman tua bangkanya kerana tak salah
dia seumur saya. Amin. ” Usik Issac dengan gelak tawa yang mengisi
ruang pejabatnya itu.
**
“Bos!
Bos!”
Issac yang sedang berbual ditelefon tersentak bila pintu dibuka kasar oleh Widayah. Dia pantas menamatkan perbualan bila melihat muka Widayah yang resah.
Issac yang sedang berbual ditelefon tersentak bila pintu dibuka kasar oleh Widayah. Dia pantas menamatkan perbualan bila melihat muka Widayah yang resah.
“Ya Allah Wid terperanjat saya. Ketuklah pintu sebelum masuk. Ini
tidak rempuh masuk saja. Kenapa ni tercungap-cungap macam baru lari
seratus meter saja.”
Dia berdiri, risau bila melihat Widayah sedikit tercungap-cungap.
Dia berdiri, risau bila melihat Widayah sedikit tercungap-cungap.
“Tu…Tuan
Khaleed datang.” Ujar Widayah dengan tangan didada.
“Apa?”
Terbeliak mata Issac mendengar apa yang baru disampai Widayah.
Widayah
angguk kepalanya. “Semua kepala jabatan dipanggil ke bilik
mesyuarat sekarang juga. Saya pun dapat tahu sebab Lina setiausaha
Encik Vincent yang beritahu saya tadi.” Jelas Widayah.
Tadi
semasa dia mahu kembali ke meja selepas ke tandas, dia hairan juga
melihat semua pekerja berbisik-bisik sesama sendiri. Seperti sesuatu
yang gempar telah berlaku. Baru saja dia mahu sampai dimeja kerjanya,
Lina mendapatkannya dan memaklumkan kehadiran Khaleed dipejabat.
Hampir nak tercabut dia dengar itu. Encik Vincent yang menyuruh Lina
beritahu Widayah supaya menyampaikan berita itu kepada Issac. Pada
mulanya dia tidak percaya. Tetapi ada beberapa staf juga yang
mengiakan. Apa lagi? Dia pun pecut laju merempuh bilik Issac.
Widayah
pandang Issac yang sedang memikirkan sesuatu. “Mana Shariq dan si
kembar?”
“Abang
Riq tak masuk hari ni. Abang Zan ada dekat bilik. Abang Yan tak tahu
hilang ke mana. Mungkin pergi hospital kot.” Maklum Widayah. Issac
angguk faham.
Apa
yang Khaleed sedang lakukan ini? Apa rancangan lelaki itu sekarang?
Matanya yang tadi memandang meja kerjanya tiba-tiba membuntang.
Dilirik jam tangannya. Alex akan tiba tidak lama lagi tetapi sekarang
Khaleed sedang adakan mesyuarat tergempar. Dia harus bertindak.
Dipusing
menghadap Widayah yang masih tercegat dibelakangnya. “Awak telefon
uncle Alex dan beritahu dia tentang ini. Saya ada mesyuarat yang
harus saya hadiri.” Arah Issac dengan muka yang tidak dapat dibaca
Widayah.
“Baik
bos.”
Widayah pantas ke meja kerjanya sementara Issac menapak ke bilik mesyuarat, dimana mesyuarat tergempar sedang diadakan tanpa pengetahuannya.
Widayah pantas ke meja kerjanya sementara Issac menapak ke bilik mesyuarat, dimana mesyuarat tergempar sedang diadakan tanpa pengetahuannya.
**
Khaleed
duduk tenang dikepala meja mesyuarat. Dipandang setiap ketua jabatan
yang dipanggilnya pada saat-saat akhir.
“Seperti yang kalian semua sedia maklum, syarikat ini adalah milik arwah isteri saya. Tujuan saya memanggil kalian semua berkumpul petang ini sebab…”
“Seperti yang kalian semua sedia maklum, syarikat ini adalah milik arwah isteri saya. Tujuan saya memanggil kalian semua berkumpul petang ini sebab…”
Pintu
dibuka kasar dari luar membuat semua kepala memandang ke kelibat yang
baru masuk. Khaleed mengangguk kepalanya tidak sangka Faizan akan
hadir. Lagi pun dia tidak mahu anak lelakinya itu tahu tentang apa
yang ingin dikatakannya.
Faizan
menunduk kepalanya meminta maaf. “Maaf saya lambat. Saya baru dapat
tahu ada mesyuarat tergempar. Teruskan Tuan Khaleed dengan apa yang
sedang dibincangkan.” Dia mengambil tempat disalah satu kerusi yang
kosong. Matanya bertembung dengan papanya.
Dia
tergesa-gesa ke mari bila dapat tahu dari salah satu staf tentang
kehadiran papanya itu. Semasa dia mahu ke sini dia bertembung dengan
Issac yang juga mahu ke bilik mesyuarat. Masing-masing mempunyai
pertanyaan sendiri.
Khaleed
menteteramkan dirinya sebelum menyambung kembali apa yang ingin
dikatakannya tadi. “Baiklah. Seperti yang saya katakan, syarikat
ini adalah milik arwah isteri saya dan saya mengumpul kalian semua
sebab ingin beritahu bahawa mulai…”
Pintu
terbuka sekali lagi. Kini Khaleed dan peguamnya yang hadir bangkit
dari kerusi dengan dengusan kasar. Faizan pula menayang muka
seriusnya tetapi dalam hati dia sudah gelak sinis dengan reaksi
papanya itu.
“Bahawa mulai hari ini jawatan CEO FS Companies akan diserahkan kepada Fajer Shariq. Anak sulung Tuan Khaleed dan Puan Lutfiyah.” Umum Issac dimuka pintu.
“Bahawa mulai hari ini jawatan CEO FS Companies akan diserahkan kepada Fajer Shariq. Anak sulung Tuan Khaleed dan Puan Lutfiyah.” Umum Issac dimuka pintu.
Khaleed
menggeleng kepalanya. Dia gelak kecil dengan pengumuman lelaki itu.
Kot yang tersarung diperbetulkannya.
“Saya rasa kamu sudah salah faham encik Izzat. Saya kini adalah pemegang saham terbesar syarikat ini dan sebagai…”
“Saya rasa kamu sudah salah faham encik Izzat. Saya kini adalah pemegang saham terbesar syarikat ini dan sebagai…”
“Saya
rasa tuan sudah lupa bahawa diwasiat yang dibuat Puan Lutfuyah, dia
menyatakan bahawa saya yang akan melantik CEO FS Companies bila saya
yakin dengan kedudukan syarikat ini. Sebenarnya saya ingin
memaklumkan keputusan ini lusa, tetapi nampaknya Tuan Khaleed lebih
pantas dari saya.”
Mata Issac dan Khaleed menikam satu sama lain. Khaleed menayang senyuman herot pada Issac. Tangannya disua pada peguamnya yang memberi fail dari dalam beg bimbitnya. Fail itu diselak Khaleed sebelum menghulurnya kepada Issac.

“Surat
perjanjian yang terdapat didalam menyatakan bahawa anak-anak lelaki
saya, iaitu Shariq, Shayaan dan Faizan telah menyerah syer mereka
kepada saya. Ini bermakna saya adalah pemegang saham terbesar
disyarikat ini dan saya berhak memilih pemimpin baru.” Jelas
Khaleed dengan penuh yakin dan bongkak.
Faizan
bangkit dari duduknya. “Apa yang papa cakap? Serahkan syer? Bila
Zan buat macam tu?” Soalnya pura-pura tidak tahu. Dia menapak ke
arah Issac. Fail itu diambilnya dan pura-pura membaca dengan muka
yang tegang.
Kepalanya
diangkat. Dahi berkerut seribu. “What
is this?
Zan tak ingat pun menandatangan surat perjanjian ini. Apa ini semua
papa?” Fail didalam tangan digawang-gawang depan Khaleed. Pura-pura
marah.
“I’ll
explain to you later.”
“No!
I need an explaination now. How did you get my signature?”
Padahal dia sendiri yang menanda tangani surat itu. Issac yang berada dibelakang menunduk kepalanya, tidak sangka abang iparnya itu jaguh juga berlakon. Padan muka kau Khaleed.
Padahal dia sendiri yang menanda tangani surat itu. Issac yang berada dibelakang menunduk kepalanya, tidak sangka abang iparnya itu jaguh juga berlakon. Padan muka kau Khaleed.
Khaleed
melihat semua mata sedang memandang ke arah mereka. Ini bukan seperti
yang dirancangnya. Dia melihat muka Faizan yang sedang menyinga
didepannya.
Issac
langkah setapak menghampiri Faizan. “Kita duduk dulu. Kemarahan tak
akan selesai semua ini. Let
hear what he has to say.”
Kata Issac pada Faizan.
Faizan
melempar fail itu diatas meja dengan kasar. “Zan jumpa papa nanti.”
Dengan itu Faizan berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Pintu ditutup
dengan kasar membuat semua yang hadir terkejut.
Issac
menjungkit bahunya lantas mengambil tempat duduk dikerusi yang dihuni
Faizan tadi. Dia memandang Khaleed yang kelihatan risau itu dengan
tenang. “Dan siapa pemimpin yang dipilih tuan?” Pertanyaannya
mendapat perhatian Khaleed dan semua yang hadir.
“Saya.
Khaleed Jamaluddin.”
**
Widayah
berdiri terpacak bertentangan meja kerjanya Issac. “Jadi Tuan
Khaleed jadi CEO baru syarikat ni? Lepas tu bos?” Soalnya pada
Issac yang sedang berdiri didepan rak yang penuh dengan dokumen
penting.
“Saya?
Pergi bulan madulah. Awak ni pun Wid.” Balas Issac dengan mudah.
Dia mencapai beberapa dokumen dan menapak ke meja kerjanya.
“Lepas
tu saya?”
Issac
angkat kepalanya dengan pertanyaan Widayah itu. Mahu tergelak dia
melihat riak muka wajah Widayah pada saat itu. Kalau Faryal ada mesti
terkekek ketawakan Widayah. Faryal? Apa yang dibuat isterinya
sekarang? Tadi dia telefon semasa makan tengah hari. Masih berada di
hospital menemani Nek Wan. Rindu tiba-tiba pada isterinya itu.
“Awak
teruskan kerja awak dekat sini.”
Terlopong
Widayah dengan jawapan Issac. Dia melabuh duduk didepan Issac. Nafas
ditarik dan dilepaskan berkali-kali mahu menenangkan dirinya.
“Maksud bos saya kena berkhidmat untuk Tuan Khaleed? Bapa piranha tu? Kalau macam begitu saya rela berhenti kerja sekarang juga.” Tutur Widayah laju.
“Maksud bos saya kena berkhidmat untuk Tuan Khaleed? Bapa piranha tu? Kalau macam begitu saya rela berhenti kerja sekarang juga.” Tutur Widayah laju.
Issac
gelak. Kepala digeleng. “Wid-wid. Awak ni drama mama betullah.
Siapa cakap awak akan berkhidmat untuk dia?” Terduduk tegak Widayah
dengan pertanyaan Issac itu.
“Bukan
tadi bos cakap saya terus disini?”
“Iya,
memang awak disini tetapi bukan bawa Tuan Khaleed. Tetapi Faizan.
Kamu tahukan setiausaha Faizan dah nak berhenti, jadi awak akan
mengganti tempat dia.”
Dia telah membuat keputusan bersama Faizan tadi ditelefon. Abang iparnya itu pula selepas meninggalkan bilik mesyuarat terus hilang ke biliknya.
Dia telah membuat keputusan bersama Faizan tadi ditelefon. Abang iparnya itu pula selepas meninggalkan bilik mesyuarat terus hilang ke biliknya.
Khaleed?
Entah dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu pergi sebaik saja dia
meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Widayah
menghempas badannya dikerusi. “Whew! Selamat. Bila bos berhenti
kerja?”
“Hujung
minggu ni.”
Minggu ini adalah hari terakhirnya. Lebih cepat dia pergi lebih cepat dia boleh menjalankan kejutan untuk Khaleed.
Minggu ini adalah hari terakhirnya. Lebih cepat dia pergi lebih cepat dia boleh menjalankan kejutan untuk Khaleed.
“Kamu
tak perlu pergi seperti yang saya katakan tadi.”
Widayah berpusing sementara Issac mengalih pandangannya pada Khaleed yang berdiri ditengah bilik itu. Widayah pantas bangkit dari kerusi.
Widayah berpusing sementara Issac mengalih pandangannya pada Khaleed yang berdiri ditengah bilik itu. Widayah pantas bangkit dari kerusi.
Issac
senyum herot dan mengangguk kepalanya bila Widayah meminta diri untuk
keluar. Dia pandang Khaleed sekilas sebelum membelek fail yang
diambilnya tadi.
“Saya tak berminat dengan tawaran tuan.” Jawabnya tanpa memandang Khaleed.
“Saya tak berminat dengan tawaran tuan.” Jawabnya tanpa memandang Khaleed.
Khaleed
menggeleng. “Bukan tuan, tetapi papa. Kamukan sudah menjadi
suaminya Faryal.” Issac dapat merasa sindiran disebalik kata-kata
Khaleed itu. Papa? Huh!
Diangkat
kepalanya melihat Khaleed mengambil tempat dikerusi yang diduduk
Widayah tadi. “Saya lebih selesai panggil tuan. Lagipun tak sedap
didengar pekerja yang lain. I
like to keep personal and work apart.”
Balas Issac.
“Suka
hati kamulah. Macam mana dengan isteri kamu? Sihat?”
Issac meletak kedua tangannya diatas meja. Senyuman lebar ditayang pada Khaleed.
Issac meletak kedua tangannya diatas meja. Senyuman lebar ditayang pada Khaleed.
“Alhamdulillah
dia okay. Kenapa? Tuan rasa bersalah ke dengan apa yang tuan lakukan
pada dia?”
Ketawa
kecil melepasi bibirnya Khaleed. Kelakar sungguh pertanyaan anak muda
itu.
“Bersalah? Tak ada perkataan itu didalam kamus kehidupan saya. Perasaan bersalah hanya akan memakan diri seseorang itu bukan membantu pun.”
Itulah salah satu prinsipnya. Perasaan bersalah tidak pernah tertulis sama sekali dalam hatinya. Kalau selalu rasa bersalah macam mana mahu maju ke depan?

“Itu
pada tuan. Pada saya, perasaan bersalah itu menunjuk yang kita ada
hati nurani. Kalau seseorang itu tidak ada perasaan bersalah, dia
tidak tahu erti kemaafan atau keinsafan. Tanpa itu semua bagaimana
dia mahu menjadi orang yang lebih baik?” Soal Issac dengan kening
yang diangkat. Senyuman ejek bermain dibibirnya.
“Kamu
sindir saya?”
Issac
menjunkit bahunya. “Tuan terasa? Seperti pepatah melayu. Siapa yang
makan cili dialah yang rasa pedasnya bukan begitu tuan Khaleed?”
Mata
Khaleed menikam Issac yang sedang duduk santai didepannya. Tercabar
dia dengan setiap sindiran lelaki itu. Memang dia akur Issac tidak
patut dipandang rendah. Tetapi anak muda itu tidak tahu dengan api
mana yang dia sedang bermain kini.
“Kamu
ingat kamu lebih pandai dari saya? Jangan terlalu yakin. Setinggi
tumpai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.” Balas Khaleed dengan
gigi yang diketap.
Issac
gelak kecil dengan peribahasa yang disebut Khaleed. “Saya rasa
peribahasa itu lebih sesuai dengan tuan.”
Tubuhnya
mengensot mendekati bucu mejanya. Direnung Khaleed tajam. Lesap terus
senyuman yang diukirnya tadi.
“Mungkin tuan lepas dari hukuman membunuh kedua orang tua saya. Tetapi tuan lupa Tuhan itu maha adil. Dia tak akan sekali-sekala membenarkan seseorang yang bersalah itu bermaharajalela. Tuan akan terima hukuman tuan. Just wait and see.” Tuturan Issac berbaur amaran.

bangkit dari duduknya. Dia pandang Issac dengan pandangan yang jelek.
“Before
that, I’ll make sure i’ll have the last laugh.”
Khaleed meninggalkan bilik itu dengan ketawa yang garau. Berani anak
muda itu mengugutnya. Kau belum kenal siapa itu Khaleed.
**
Gerald
yang sedang duduk dikerusi berdekatan dengan pintu wad yang
menempatkan Nek Wan mengangguk kepala bila melihat Issac menghampiri.
“Macam mana?” Soal Issac kepada Gerald yang sudah bangkit dari duduknya.
“Macam mana?” Soal Issac kepada Gerald yang sudah bangkit dari duduknya.
“Dia
masih ada dekat dalam dari tadi. Aku dah ajak dia untuk makan tetapi
dia tak mahu.” Jawab Gerald mengenai isteri majikannya itu. Issac
angguk faham.
Issac
memulas tombol untuk masuk ke dalam. Tersenyum dia melihat kelibat
isterinya sedang terlena disofa panjang. Ditutup perlahan pintu
supaya tidak mengganggu lenanya Faryal. Dia memandang fail yang
berselerak atas meja kopi lantas dia menggeleng kepalanya. Lincah
tangannya mengemas fail-fail itu.
Usai
selesai, dia melabuh punggung disebelah Faryal yang sedang nyenyak
tidur. Diamati bidadari hatinya itu. Kasihan dia melihat muka Faryal
yang masih kepenatan. Tangannya naik mengusap pipinya Faryal. Dahi
Faryal dikucupnya sayang.
Faryal
mula bergerak. Matanya dibuka perlahan bila tidurnya terganggu.
“Abang. Abang baru sampai?” Faryal bangkit dari pembaringannya. Issac angguk mata tidak melepas dari memandang Faryal yang sedang menggosok matanya. Mamai.
“Abang. Abang baru sampai?” Faryal bangkit dari pembaringannya. Issac angguk mata tidak melepas dari memandang Faryal yang sedang menggosok matanya. Mamai.
“Kenapa
sayang tak balik kalau penat?” Soal Issac pada Faryal yang
membetulkan tudung dikepala.
“Meen
okay. Baca fail dari tadi itu sebab terlelap. Ingat nak rehatkan mata
sekejap tapi terus tertidur.” Jelas Faryal.
Tadi dia ada bersama Shayaan, tetapi bila abangnya itu pulang dia tinggal sendiri membaca dokumen mengenai Lumiere Interntaional.
Tadi dia ada bersama Shayaan, tetapi bila abangnya itu pulang dia tinggal sendiri membaca dokumen mengenai Lumiere Interntaional.
Issac
mengenggam jari-jemarinya Faryal dan dibawa ke bibir. Tersipu Faryal
bila suaminya itu berbuat sedemikian. Dia masih belum biasa dengan
aksi-aksi romantik lelaki itu.
“Sayang dah makan belum? Kalau belum kita makan dulu lepas tu kita balik.” Ujar Issac bila mengingati laporan Gerald sebentar tadi.
“Sayang dah makan belum? Kalau belum kita makan dulu lepas tu kita balik.” Ujar Issac bila mengingati laporan Gerald sebentar tadi.
Faryal
geleng kepalanya. “Meen tak lapar. Nanti siapa nak jaga Nek Wan?”
Matanya memandang Nek Wan yang masih terbaring, sebelum memandang Issac pula.
Matanya memandang Nek Wan yang masih terbaring, sebelum memandang Issac pula.
Issac
melepaskan keluhan. “Meen kenyang makan fail-fail ni semua? Kita
makan okay?” Faryal masih diam, berdegil dengan keputusannya.
Kepala
Faryal diusap Issac. Mata dia menikam Faryal didepannya. “Adi ada
dekat luar tu. Dia akan jaga Nek Wan pula. Esok kita datang lagi
okay.” Pujuk Issac. Terlupa dia tentang Fadi yang dia tembung
dilobi tadi.
“Please
angel.”
Pinta Issac denga penuh mengharap.
Dia
senyum lebar bila Faryal angguk setuju. Ditarik Faryal dalam
dakapannya dan dikucup ubun-ubun isterinya itu. Faryal membalas
pelukan Issac. Tenang dan selamat dia berada dalam pelukan suaminya
itu. Mata dipejam seketika mendengar degupan jantung Issac.
Pelukan
dilerai. Issac bangkit dari sofa dan mencapai beg tangan Faryal dan
dibantu isterinya itu menyimpan fail yang dikemasnya tadi ke dalam.
Faryal bangkit dan menapak menuju ke arah Nek Wan diikuti oleh Issac.
Issac
melihat Faryal menggenggam jari-jemari Nek Wan yang masih tidak
sedarkan diri. Sayu dia melihat Faryal yang seakan-akan mahu
menangis. Dia meletak tangannya dibahu isterinya itu, bagi memberi
sokongan. Bila Faryal pusing menghadapnya dia mengukir senyuman
ikhlas dari lubuk hatinya.
Faryal
mendekatkan bibir ke telinga Nek Wan.
“Nek Wan, Ayal balik dulu. Nanti esok pagi Ayal datang lagi. Ayal tak akan tinggalkan Nek Wan lagi. Ayal janji.” Dikucup lama dahinya Nek Wan yang berbalut dan tangan Nek Wan disalaminya.
“Nek Wan, Ayal balik dulu. Nanti esok pagi Ayal datang lagi. Ayal tak akan tinggalkan Nek Wan lagi. Ayal janji.” Dikucup lama dahinya Nek Wan yang berbalut dan tangan Nek Wan disalaminya.
“Dah
jom.”
Faryal menyambut huluran tangan Issac padanya. Berat hati Faryal mahu meninggalkan Nek Wan. Dia pusing melihat Nek Wan sebelum membolos keluar mengikuti langkahnya Issac.
Faryal menyambut huluran tangan Issac padanya. Berat hati Faryal mahu meninggalkan Nek Wan. Dia pusing melihat Nek Wan sebelum membolos keluar mengikuti langkahnya Issac.
Fadi
yang sedang berbual dengan Gerald menghampiri mereka. “Abang Adi
tengok-tengokkan Nek Wan tau. Kalau ada apa-apa cepat telefon Ayal.”
Fadi mengusap kepala adiknya itu.
Dia
angguk kepalanya akur. “Iya. Ayal jangan risau. Kalau apa-apa nanti
abang telefon Ayal.” Janji Fadi ingin menenang hati Faryal yang
sedang resah itu.
“Kami
pergi dulu.” Fadi bersalam dengan Issac sebelum menarik Faryal ke
dalam dakapannya.
Issac
mendapatkan Faryal sebaik saja pelukan dua beradik itu lerai. “Bawa
elok-elok kereta tu.” Pesan Fadi kepada adik iparnya itu. Dengan
anggukan Issac melangkah pergi bersama Faryal disisi.
**
Pintu
bilik air ditutup rapat. Tuala yang tersangkut dileher dialih
menutupi kepalanya. Issac menapak pada Faryal yang sedang duduk
diatas sofa dihujung bilik tidur mereka sambik membaca fail yang
dibawa pulang tadi.
“Belum tidur lagi?” Soalnya lantas melabuh duduk disebelah Faryal.
“Belum tidur lagi?” Soalnya lantas melabuh duduk disebelah Faryal.
Dilihat
Faryal menggeleng kepalanya. “Tengah belajar fail untuk Lumiere
International. Kalau abang mengantuk abang tidur dulu. Meen masih
banyak kerja ni.” Balas Faryal dengan senyuman.
Dia
mencapai tuala yang berada diatas kepala Issac. Faryal berlutut atas
sofa dan mengeringkan rambut basah Issac dengan tuala itu.
“Tak apa. Dekat pejabat pun abang tak banyak kerja nak buat.” Tutur Issac senang dimanja oleh Faryal. Sekali-sekala mata mereka bertembung. Faryal tersenyum apabila melihat lirikan dan senyuman nakal Issac.

“Wid
ada bilang Meen yang papa datang ofis tadi petang. Papa dah lantik
diri sendiri jadi CEO baru, betul ke?” Tangannya berhenti apabila
sudah selesai kerjanya.
Disua
tapak tangannya meminta berus rambut yang dipegang Issac. Dengan rela
hati Issac memberinya. Tangan Faryal mula melakuakan tugas
seterusnya.
“Minggu
ni yang terakhir untuk abang. So abang kena selesaikan apa yang patut
sebelum serahkan pada papa. Tapi tak banyak pun. Sekelip mata dah
habis.”
Tangannya yang tidak betah duduk diam mula melingkari pinggangnya Faryal. Bila Faryal menamparnya dengan berus yang dipegangnya, Issac hanya menunjuk muka tidak bersalahnya.
Tangannya yang tidak betah duduk diam mula melingkari pinggangnya Faryal. Bila Faryal menamparnya dengan berus yang dipegangnya, Issac hanya menunjuk muka tidak bersalahnya.
“Tapikan
surat perjanjian tu…” Faryal tidak dapat menghabis kata-katanya
bila Issac memintas terlebih dahulu.
“Kita
biarkan dia duduk senang dulu. Lepas itu baru kita bertindak. The
best part of all of this is that he never sees it coming. At all.”
Tergelak sinis Issac memikirkan apa yang bakal terjadi. Tidak sabar
melihat reaksi Khaleed nanti.
Faryal
selesai dengan tugasannya. Dia memandang Issac yang sedang memeriksa
rambutnya yang disikat lepeh oleh Faryal.
“Habis tu. Apa peranan Meen dalam ni semua? Dari apa yang Meen lihat. I’m the bait.”
Sehari suntuk dia memikirkan perkara ini. Banyak pertanyaan yang perlukan jawapan dan dia berazam untuk mencarinya.

kurang senang dengan kata-kata Faryal itu. Dia menarik tubuhnya
Faryal sehingga tersandar didadanya. Dia menghidu bau wangi rambutnya
Faryal. Tergugat imannya dengan apa yang dilakukannya itu.
Dilirik
Faryal yang sedang bermain dengan gigi berus rambutnya. “Bukan
umpan tapi kunci. Kunci untuk kesemuanya. Sayang kena ingat, sekarang
papa tak tahu yang Meen adalah pemilik sebenar Lumiere International.
Dia hanya tahu yang Meen sekarang adalah pemilik sepenuhnya Ivic
International. To
him the sole reason I’m marrying you is Ivic International.
Jadi…”
“Papa
akan melakukan sesuatu untuk dapatkan Ivic International sebelum
abang. Begitu?” Issac angguk mengiakan tekaan Faryal.
“That’s
right.”
Faryal
melentok kepalanya didada Issac. Tangan memeluk tubuh suaminya itu.
Hilang terus rasa malu yang pernah dirasainya.
“Habis tu mama macam mana?”
Sejak perpisahan mereka dilapangan terbang, dia hanya dapat berbual dengan Lutfiyah melalui telefon. Rindu benar dia pada mamanya itu.
“Habis tu mama macam mana?”
Sejak perpisahan mereka dilapangan terbang, dia hanya dapat berbual dengan Lutfiyah melalui telefon. Rindu benar dia pada mamanya itu.
Dia
dapat rasa dahinya dikucup Issac.
“She’s still going to be in hiding but not for long.”
Memang tidak lama lagi, Khaleed akan mendapat kejutan yang tidak akan dia lupa buat selama-lamanya.
“She’s still going to be in hiding but not for long.”
Memang tidak lama lagi, Khaleed akan mendapat kejutan yang tidak akan dia lupa buat selama-lamanya.
**
Shayaan
mengetuk-ngetuk jari-jemarinya menanti dengan penuh sabar isyarat
untuk langkah seterusnya. Jam tangan dilirik. Ketukan ditingkap
kereta mengejutnya. Diturunkan tingkap kereta dan pandangan jatuh ke
kelibat disebelah kereta.
“Semua
okay. Kita boleh bergerak sekarang.”
Shayaan
angguk faham. Tingkap dinaikkan kembali. Shayaan memusing tubuhnya ke
belakang.
“Ready?”
Kelibat dibelakang mengangguk kepalanya sambil membetulkan hood jaket yang dipakainya.
“Ready?”
Kelibat dibelakang mengangguk kepalanya sambil membetulkan hood jaket yang dipakainya.
Shayaan
keluar dari kereta terlebih dahulu. Lelaki tadi masih menanti dengan
setia diluar. Mata melilau melihat sekeliling. Shayaan membuka pintu
belakang sambil matanya turut memastikan sekeliling. Kelibat yang
baru membolos dari kereta memaut lengannya Shayaan dan mereka
beriringan ke dalam bangunan diikuti oleh beberapa orang yang
memastikan keselamatan mereka.
Sebaik
saja lif terbuka, mereka keluar dan menuju ke bilik yang ingin
dikunjungi mereka. Tombol dipulas Shayaan. Kelibat itu memasuki
terlebih dahulu sebelum Shayaan.
“Mama.”
Fadi yang sedang duduk dikerusi sebelah Nek Wan bangkit bila kelibat Lutfiyah dan Shayaan memasuki bilik itu. Dia menyalami Lutfiyah dan Shayaab.
Fadi yang sedang duduk dikerusi sebelah Nek Wan bangkit bila kelibat Lutfiyah dan Shayaan memasuki bilik itu. Dia menyalami Lutfiyah dan Shayaab.
Matanya
Lutfiyah jatuh pada sekujur tubuh didepannya. Bergetar bibirnya
melihat wanita yang membesarkannya kini terlantar dan tidak berdaya.
“Macam mana dengan Nek Wan, Adi?” Soalnya tanpa melepaskan pandangannya pada sekujur tubuh itu. Perlahan dia mula menapak menghampiri. Semakin dia mendekat semakin sebak dadanya.
“Macam mana dengan Nek Wan, Adi?” Soalnya tanpa melepaskan pandangannya pada sekujur tubuh itu. Perlahan dia mula menapak menghampiri. Semakin dia mendekat semakin sebak dadanya.
“Alhamdulillah
Nek Wan dah melepasi tahap kritikal. Cuma sekarang kita harus tunggu
Nek Wan sedar saja. The
doctor says she can hear us.”
Jelas Fadi sambil melihat Lutfiyah melabuh duduk dikerusi yang
didudukinya tadi.
Shayaan
mengisyarat pada adiknya untuk menunggu diluar bersamanya, ingin
memberi Lutfiyah ruang untuk bersama Nek Wan.
Lutfiyah
menekup mulutnya. Ingin menahan tangisannya tetapi tewas jua. Dia
mencapai jari-jemari yang sudah berkedut itu.
“Mama. Fiyah ni mama.” Katanya dengan suara yang bergetar.
“Mama. Fiyah ni mama.” Katanya dengan suara yang bergetar.
Jari-jemari
tua itu dikucupnya bertalu-talu. Air mata hangat masih turun
membasahi pipin. Tangannya mengusap pipi yang pucat dan penuh dengan
parut luka.
“Fiyah tahu mama dapat dengar apa yang Fiyah cakapkan ni. Fiyah rindu sangat dengan mama. Maafkan Fiyah sebab Fiyah, mama yang menjadi korbannya Khaleed. Kalaulah Fiyah tahu dia akan bertindak seperti ini memang Fiyah tak izinkan mama untuk ke Paris.” Tak akan.

Bersalah,
kesal, marah semua bercampur menjadi satu bila mendapat berita
tentang kemalangan yang menimpa Nek Wan. Dia tidak sama sekali sangka
Khaleed akan mencari sasaran lain untuk mendapatkan apa yang
diingininya. Tetapi bila difikirkan kembali memang tidak mustahil
kalau Khaleed melakukan sebegitu. Hanya dia saja yang lalai dalam
memikirkan perkara ini terlebih dahulu.
Kepala
Nek Wan yang berbalut itu diusapnya berkali-kali.
“Mama kena kuat. Mama kena sembuh. Fiyah tahu mama kuat orangnya. Mama jangan berhenti berjuang sebab kami semua masih perlukan mama. Terutama sekali Ayal. Ayal perlukan kita mama.” Tutur Lutfiyah penuh mengharap.

“Fiyah
risau sangat tentang Ayal mama. Fiyah dapat merasakan bahawa Ayal
yang kita kenal semakin lemas dilautan dendam. Alex baru telefon
Fiyah semalam beritahu yang Ayal minta semua penyelidikkan yang kita
ada tentang Khaleed. Fiyah dapat rasakan yang Ayal mahu melakukan
sesuatu tanpa pengetahuan kita. Fiyah perlukan mama. Fiyah perlukan
mama demi Ayal.” Belakang tangannya Nek Wan diletak dipipinya.
Sekali-sekala dia mengucupnya.
“Ayal…”
Terhenti perlakuan Lutfiyah bila mendengar nama Faryal disebut.
Terhenti perlakuan Lutfiyah bila mendengar nama Faryal disebut.
“Mama.
Fiyah dekat sini mama.”
“Ayal…”
Lutfiyah berdiri tegak dan melaung memanggil Shayaan dan Fadi. Teruja dia dapat respon dari mamanya itu. Alhamdulillah Ya Allah!
Lutfiyah berdiri tegak dan melaung memanggil Shayaan dan Fadi. Teruja dia dapat respon dari mamanya itu. Alhamdulillah Ya Allah!
Best.. Xlma lg khaleed akn dpt kjutan.. Kjahatan yg dilkukn akan diketahui oleh smua org
ReplyDeleteYapX3! Hehehe:B
DeleteHuhhhh. X sabar dgn n3 baru.
ReplyDeleteIn Sha Allah selasa Mai upload nxt ntry:B
Deleteuihh...x perasan pon yg ni...hihihi still sweet as ever...khaleed..kau tunggu!!! hehe siape kelibat tu ye? well good job kak^^
ReplyDeleteHaha..kelibat tu Lutfiyah:B
Deletehaah lh..ingtkan ade manusia lain selain mama ayal ngan shayaan..hihi my bad...bace balik baru perasan^^
DeleteBEST 3X.
ReplyDeleteTQ!:B
Delete